Tiga hari selepas kematian Hani, kelas 4 Biruni diselubungi ketakutan. Pihak
polis yang menjalankan penyiasatan terhadap kes itu, tidak dapat membuat
kesimpulan dengan jelas. Pihak polis tidak menemui tapak kaki orang lain
kecuali tapak kaki rakan-rakan Hani. Pihak polis juga tidak menemui
tapak kaki Hani dan cap jarinya atau cap jari orang lain pada tali lama
yang menggantung Hani. Jika tidak menemui sebarang cap jari pada tali
dan sebarang tapak kaki pada lantai, bagaimana Hani boleh tergantung disitu?
Shira yang sebelum ini seorang yang periang, menjadi murung dan senyap
setelah kematian kawan rapatnya. Han yang mula mengetahui keadaan
berjumpa dengan Rin di perpustakaan.
"Apa yang kamu maksudkan dengan malapetaka?" tanya Han kepada Rin yang
sedang asyik melukis.
"Apa maksud kamu, kamu tidak wujud pada pandangan orang lain?" tanya Han
lagi.
Rin tidak menjawab persoalan daripada Han, sebaliknya asyik dengan melukis.
Tiba-tiba telefon Han berdering, Han keluar dari perpustakaan dari
menjawab panggilan telefon.
"Hello, Lily?"
"Ya"
"Kenapa telefon saya, kamu sudah dapat maklumat dari adik kamu tentang
budak perempuan yang bernama Rin ke?"
"Ya. Han saya sudah tanya adik saya tentang budak perempuan yang bernama
Rin tu. Tapi bila saya tanya, dia terus marah dan cakap "Saya tidak ada
rakan sekelas yang bernama Rin!", saya tidak faham kenapa dia marah?"
"Oh.. Tidak mengapa, terima kasih ya"
"Sama-sama".
Han masuk semula ke bilik perpustakaan dan didapati Rin tiada.
************
Tiba waktu rehat, Han yang ingin tahu, memberanikan diri untuk ke lorong
yang ditakuti oleh kelas 4 Biruni seorang diri. Han berdiri di hadapan papan
tanda yang tertulis "Dilarang Masuk" yang menjadi penghalang jalan untuk
masuk ke lorong yang gelap itu. Han memegang papan tanda itu, dan
terdengar suatu bisikan yang mengatakan "jangan masuk". Han berpaling
dan melihat tiada sesiapa di situ. Jantung Han mula berdegup kencang,
Han diselubungi ketakutan bisikan tadi, tetapi Han tidak berganjak.
Sekali lagi Han terdengar bisikan, "sekali masuk, tidak akan pulang".
Han berpaling ke belakang dan terlihat Rin. Han terkejut dan menarik
nafas lega.
"Kamu menakutkan saya" kata Han kepada Rin.
"Apa yang kamu buat di sini?" tanya Rin.
"Saya hanya ingin tahu tentang lorong ni. Kamu pula, apa yang kamu buat
disini?"
Rin senyap dan tidak menjawab soalan Han, sebaliknya mengatakan, "Disini
bahaya, mari pergi ke tempat lain". Han dan Rin meninggalkan lorong
tersebut. Mereka berdua ke bumbung sekolah.
"Apa yang kamu faham tentang lorong tu?" tanya Rin kepada Han.
"Ee.. Lorong tu membawa malapetaka kepada kelas 4 Biruni, itu saja"
"Itu betul, 27 tahun yang lalu bermulalah malapetaka itu. Setiap 1 April
bermulalah malapetaka itu, dan berakhir pada 1 Ogos".
"Kenapa bermula 1 April dan berakhir pada 1 Ogos?"
"1 April merupakan tarikh Rin dilaporkan hilang, dan 1 Ogos merupakan
tarikh mayat Rin dijumpai"
"Jadi malapetaka itu berulang setiap tahun?"
"Ya".
"Oh.. Em.. Apa maksud kamu tentang kamu tidak wujud pada pandangan orang
lain?"
"Saya akan ceritakannya. Saya datang dari ibu kota akhir tahun lepas.
Ibu saya sudah meninggal 15 tahun yang lepas dan ayah saya sudah
meninggal tahun lepas dalam kemalangan jalan raya. Pada awal tahun ini,
saya didaftarkan di kelas 4 Biruni, Kelas yang sama dengan sepupu saya. Dalam
kelas saya dikenali sebagai Haru dan sepupu saya pula Rin. Oleh sebab
saya masih baru disitu, Rin menceritakan tentang kejadian yang berlaku
di lorong pada 27 tahun yang lepas kepada saya. Hal itu menyebabkan,
saya ingin tahu, dan saya tidak mengetahui bahaya yang akan menimpanya
jika menceritakan kisah itu. Saya sentiasa bertanya tentang kisah itu
dan dia selalu menceritakannya, walaupun mengetahui bahaya yang akan
menimpanya. Selepas dua bulan saya belajar di kelas itu, mereka
berkelakuan pelik, seperti tidak mengetahui bahawa saya ada di situ.
Setelah itu saya baru sedari, jika kerap bertanya tentang kejadian itu,
secara perlahan kewujudan saya terpadam di kelas 4 Biruni. Setelah tiga bulan
berlalu, saya mengetahui bahawa sesiapa yang berasal dari kampung ini
dan menceritakan kisah itu pada orang luar akan mati disebabkan
malapetaka lorong itu. Saya bertanya, "kenapa kamu ceritakannya, jika
tahu maut yang akan menimpa?", dan dia jawab, "saya sudah tiada pilihan
lagipun penyakit barah paru-paru saya sudah di tahap ketiga ini bermakna
saya sudah tidak lama lagi tinggal di dunia ini". Pada malam 28 Mac dia
dilaporkan mati. Sejak hari itu, Rin juga dilupakan di kelas itu. Tiada
sesiapa yang mengenali dan mengetahui bahawa Rin telah mati, yang mereka
ketahui hanyalah Rin yang telah mati 27 tahun yang lepas".
"Tapi bagaimana saya boleh nampak kamu?"
"Kerana kamu orang luar, seperti saya, dan mungkin juga kita mempunyai
banyak persamaan".
"Saya baru berpindah dan berdaftar di kelas 4 Biruni "
"Sama seperti saya" kata Rin.
"Ibu saya telah meninggal 15 yang lepas, sama seperti kamu".
"Ya"
"Tapi, kamu kekal dengan keadaan ini ke?" tanya Han.
"Tidak, ia hanya kekal sehingga mangsa kedua ditemui mati di lorong itu"
"Kenapa begitu?"
"Sebab kewujudan saya terhapus sebelum 1 April. Setiap 2 minggu pasti
ada seorang pelajar ataupun saudara sedarah pelajar dari kelas 4 Biruni...
Ibu kamu besekolah di sini ke?"
"Ya. Dia dari kelas 4 Biruni, 20 tahun lepas"
"Mungkin ada album gambar graduasi ibu kamu 20 tahun yang lepas di
perpustakaan"
Mereka bergerak ke perpustakaan untuk mencari album gambar graduasi
kelas 4 Biruni 20 tahun yang lepas.
************
"Kamu susah jumpa, gambar ibu kamu?" tanya cikgu John kepada Han.
"Ya. Tahun 1980"
"Mana dia" tanya cikgu John.
Han menunjukkan gambar ibunya, ketika berusia 16.
"Dania?"
"Kamu kenal ke?" tanya Rin.
"Ya" jawab cikgu John.
"Tunggu kamu boleh nampak Rin?" tanya Han.
"Ya, saya bukanlah berasal dari sini, 21 tahun yang lepas saya berpindah
ke sini dan bersekolah disini"
"Kamu juga tahu tentang kejadian yang berlaku 27 tahun yang lepas di
lorong itu?"
"Ya, sudah tentu. Saya sudah mengajar selama 11 tahun disini, tentulah
saya tahu" kata cikgu John.
"Tapi tak sangka kamu anak Dania. Bagaimana dengan Dania sekarang ni?"
tanya cikgu John.
"Dia sudah meninggal 15 tahun yang lepas"
"Oh.. Begitu.. Saya tak sangka"
"Cuba tengok gambar graduasi kelas 4 Biruni, 27 tahun yang lepas" kata Rin.
"27 tahun lepas, tahun 1973" kata Han sambil membelek gambar graduasi.
Han melihat gambar graduasi 27 tahun yang lepas dan terkejut melihat
seorang pelajar yang ditikam di dada berlumuran darah berada di dalam
gambar tersebut.
"Itu ke Rin, dia lelaki?" tanya Han.
"Ya, namanya David Rin. Ramai orang terkejut melihat dia muncul di dalam
gambar graduasi padahal dia sudah mati" kata cikgu John.
"Jadi, siapa yang membunuhnya?" tanya Han.
"Inilah yang menjadi misteri, tidak siapa ketahui pembunuhnya. Polis
sendiri tidak menjumpai pembunuhnya sehinggalah sekarang" kata cikgu John.
"Diakah penyebab malapetaka kelas 4 Biruni berlaku?" tanya Han lagi.
"Yang itu saya tidak tahu"
"Kamu tahu cara nak hentikannya?" tanya Rin kepada cikgu John.
"Maaflah saya tidak tahu".
"Jadi, setiap orang dari kelas 4 Biruni dan saudara sedarah berisiko untuk
mati?" tanya Han.
"Tidak semua, yang berasal dari sini saja. Orang luar tidak"
Setelah mendengar jawapan daripada cikgu John, Han melihat ke luar
tingkap berserta dengan cikgu John dan Rin
"Tempat ni kampung ke bandar?" tanya Han.
"Sekarang ini masih kampung, tapi 2 minggu depan akan diiktiraf menjadi
bandar" jawab cikgu John.
"Teruklah jika rakan sendiri yang akan mati.. Kamu tahu bagaimana cara
untuk hentikannya?"
"Tidak"
"Tunggu! saya rasa, kawan saya mungkin tahu bagaimana caranya untuk
menghentikan malapetaka ini!" kata cikgu John.
Share this novel