Bab 11

Romance Completed 78329

“Hello daddy? Kamusta ka (how are you)? Sihat?” Gia menghadiahkan senyuman manis buat daddynya. Takkanlah nak tunjuk reaction sedih pulak kan?

Habistu bila kau video call dengan daddy kau sekarang ni, tak kantoi ke? Untung saja Gia berfikiran cepat. Baju kerjanya ditanggalkan dan dia hanya bersinglet hitam di
tubuhnya.

“Semuanya sihat di sini. Emmm wait, something weird there. Gia tak duduk dalam apartment ke? Gia dekat mana ni?” terus jantung Gia berdegup kencang. Kena bijak atur ayat ni!

“Daddy ni…takkanlah Gia nak terperap je kan dalam apartment tu? Gia keluarlah jalan-jalan dekat tepi pantai dekat Anika Resort. Best suasana dekat Anika Resort ni daddy. Makanan dia pun best-best jugak,” dia tersenyum manis pada daddy. Walhal dalam hati hanya dia dan Tuhan saja yang tahu betapa peritnya dia nak lalui kehidupannya yang sekarang.

Namun, dalam masa yang sama dia turut bersyukur kerana staf di sini semuanya baik dengannya dan adakalanya akan belanja dia makan jika syif mereka habis sama waktu.

“Ye ke? Lega daddy dengar Gia suka duduk di situ. Emmm…daddy rasa daddy nak melawat Gia hujung minggu ni? Boleh? Ke Gia busy dengan sekolah baru?”

Dahi Gia berkerut sedikit bila dengar daddynya sebut pasal sekolah baru? Bila masa pulak aku sekolah dekat sini? Hmmm…mesti mummy reka cerita dekat daddy yang aku sekolah dekat sini. Tapi dah alang-alang tu biar jelah aku menipu yang aku busy dengan homework ke apa. Kalau daddy datang sini tak pasal-pasal pulak pecah rahsia dan keadaan makin bertambah buruk kalau mummy dan daddy saling bertengkak. Tak pasal-pasal aku yang jadi mangsanya.

“Sorry daddy minggu ni Gia busy sikit maklumlah dah nak dekat exam kan? Bukan maksud Gia tak bagi daddy datang sini tapi Gia need space and time untuk ulangkaji, buat latihan semua tu. Bolehkan daddy?”

“Tak apa…daddy faham. Gia belajar rajin-rajin ok? Belajar sampai dapat masuk university. Daddy yakin yang Gia mampu.”

“I hope so daddy. Thank you for your advice! I love you daddy!” flying kiss dituju kepada daddynya. Mr. Scott Padilla tertawa kecil.

“Ok Gia. Daddy kena off. It’s time for lunch! Gia pun jangan skip makan ok? I miss you so much! Bye!”

“Miss you too daddy. Bye!” video call diputuskan. Gia kembali menyimpan telefonnya ke dalam poket. Haih…rindunya nak makan sama-sama dengan keluarga tapi itulah nak buat macam mana kan? Aku kena hadapi fasa-fasa yang agak perit dalam hidup aku.

“Gia! Gia!” jeritan dari belakang membuatkan Gia menoleh. Gabriel sedang berlari ke arahnya. Dah kenapa pulak Gabriel ni nampak gelabah semacam?

“Kenapa ni? Kita ada kecemasan ke?” Gia pun jadi gelabah sama.

“Tak! Bukan!”

“Then?” kalau bukan emergency dah tu kenapa si Gabriel ni gelabah bewak semacam?

“Sebenarnya saya pun terkejut bila jumpa dia tadi. Hensemnya mintak potong kaki!”

“Siapa pulak dah? Tourist ke?”

“Bukan! Dia sebenarnya nak jumpa dengan awak. Nama dia Eric Louis Scott Padilla! OMG! Siapa je yang tak kenal dengan Eric Louis Scott Padilla? Anak jutawan terkenal di Cebu!”

Bila nama Eric disebut oleh Gabriel, Gia mula dah gelabah. Sekarang ini dia pulak yang jadi gelabah bewak semacam. Aduh! Kenapa pulak tiba-tiba abang Eric datang sini!!! Kenapa dia tak SMS ke call aku dulu sebelum dia datang ke sini?!

“Hello my lil’ sis!” dalam dia berperang dengan diri sendiri, suara Eric kedengaran. Gia dah cuak bila Eric mula menghampiri mereka berdua. Gabriel yang tadinya beriak teruja lain macam terus berhenti teruja bila terdengar Eric memanggil Gia dengan panggilan lil’ sis.

Gia dengan Eric ni adik-beradik ke? Tapi kalau betul diorang ni adik beradik kenapa dia tak tahu pun? Yang dia tahu hanya Gia Vitalika seorang saja adik tiri dalam keluarga tersebut. Ke Gia yang didepannya sekarang ini ialah Gia Vitalika.

“Hey sis! How are you? Why are you look so shocked?” Eric memeluk bahu Gia lagi menambah pelik dalam hati Gabriel.

Gia mula gabra bila Gabriel mula memandangnya lain macam. Bukan setakat Gia saja tapi ada juga staf yang lain turut curi-curi pandang ke arahnya. Aduh! Masak aku kali ini. Mesti staf-staf resort akan korek rahsia habis-habisan. Yelah, siapa je tak kenal dengan keluarga Scott Padilla kan?

“Wait Gia…are you Gia Vitalika? Step-daughter to Mr. Scott Padilla?” soal Gabriel. Kini Eric pula yang berkerut dahinya.

“Huh? Are you kidding Gabriel? She is Gia Vatanika not Gia Vitalika. Gia Vitalika kembar kepada dia plus dia adik tiri kesayangan saya,” Eric pula jadi tukang betulkan kenyataan dari mulut Gabriel.

“Oh ye ke? Tapi kenapa nama Gia Vatanika tak disebut pun dalam keluarga angkat Mr. Scott Padilla? Cuma Gia Vitalika saja yang disebut?”

“Oh…ini atas permintaan Gia sendiri. Gia yang tak nak namanya disebut sebagai anak angkat Mr. Scott Padilla. Dia lebih suka berahsia status dia.”

Aduh abang Eric ni!!! Yang rajin sangat nak buka cerita pasal aku dah kenapa? Habislah aku hari ni kena interview dengan semua orang di resort tu! Waaaa! Aku baru rasa nak hidup aman di sini dengan status rahsia aku. Tapi, kedatangan abang Eric hari ni memusnahkan segalanya! Waaa!!! Lola!!! Tolong datang sini ambik abang Eric balik rumah!!!

“Ok…emmm sorry sebab tanya banyak sangat. Saya pergi sambung kerja dulu,” Gabriel tersenyum kecil sebelum beredar dari situ.

Gia tanpa menunggu lagi terus pinggang Eric diketamnya membuatkan Eric mengaduh sakit. Puas hati Gia bila dapat ketam abang angkatnya ini.

“Why?”

“Abang tanya Gia kenapa? Abang sendiri tahu kan yang Gia tak nak status Gia sebagai anak daddy diketahui orang ramai? Kenapa abang buka cerita jugak dekat Gabriel?”

“Why not? Dah alang-alang dia tanya kan? Lagipun abang nampak dia dah mula curiga status abang dengan Gia tadi bila abang panggil Gia lil’ sis.”

Hmmm…apa-apa jelah. Dah terlajak perahu tak boleh nak undur balik dah.

“Macam mana semua orang dekat rumah? Sihat?”

“Sihat je semua. Tapi tulah rumah tu rasa sunyi bila Gia dah pindah keluar. Kalau Gia ada, meriah jugak dengan mulut becok Gia ni,” Eric menarik bibir Gia membuatkan Gia memberontak lepaskan bibirnya.

Kalau mulut aku jadi itik, salahkan abang Eric!!!

“Abang! Tak naklah Tarik bibir Gia!!!” lengan Eric ditamparnya bertalu-talu. Kalau ada kesempatan, mesti abang Eric akan bulinya habis-habisan.

“Macam mana duduk sini? Selesa? Best?” soal Eric sambil merenung tepat ke dalam anak mata Gia.

Gia yang sedikit gelabah dengan soalan Eric terus jawab soalan Eric dengan yakin. “Best! Selesa tempat tu! Gia suka sangat!” Rileks Gia! Jangan gelabah sangat! Tak pasal-pasal abang Eric syak something pulak nanti.

“Baguslah macam tu. Emmm…Gia lapar tak?”

“Lapar? Laparlah jugak. Kenapa? Abang nak belanja makan ke?”

“Dah tu? Takkanlah Gia pulak nak belanja abang makan kan? Jom abang belanja Gia makan. Dengar kata makanan dekat resort ni sedap?” masa dia tengah on the way ke sini, sempat jugak dia buat research pasal makanan di resort ni dan banyakkan reviewnya kata sedap.

“Sedap! Gia dah pernah try dan memang superb makanan dekat sini. Everything is fresh!”

“Ok. Jom!” Mereka berdua melangkah menuju ke café resort tersebut.

Ketika mereka lalu di situ, banyak mata-mata staf disitu curi-curi pandang ke arah mereka membuatkan Gia langsung rasa tak selesa.

“Tak sangka pulak Gia tu sebenarnya adik angkat kepada Eric Louis. Tapi, kenapa dia rahsiakan status dia daripada kita ehhh?” Alexa bersuara bingung. Apa salahnya kan kalau terus-terang je kedudukan dia tu siapa?

“Maybe dia ada sebab dia yang tersendiri kot rahsiakan yang dia sebenarnya anak tiri kepada Mr. Scott Padilla,” Regi bersuara. Mereka di situ mengangguk kecil dan bersetuju dengan kenyataan Regi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience