17 - Jaga Pandangan, Hanis!

Romance Completed 45760

Hanis membuka televisyen sebelum menuju ke dapur mencari makanan untuk mengalas perut pada pagi itu. Hari ini adalah hari untuk dia bermalas-malasan di rumah. Bukan selalu dapat cuti dari majikannya yang dingin nak mampus itu. Dia mengambil biskut Oreo yang dibeli olehnya semalam. Sempat dia singgah di sebuah kedai sebelum pulang ke rumah. Kemudian, dia membancuh secangkir teh dan dibawa ke ruang tamu semula.

Layar kaca televisyen dipandang. Ruang mata Hanis kini tertumpu pada rancangan yang ditayangkan iaitu '44 Cats'. Aksi lucu kucing-kucing itu membuatnya sesekali melepaskan tawa. Teringat pula dirinya pada Nurul Atiqah. Terkadang mereka meminta cuti pada hari yang sama agar dapat menonton dan bermalas-malasan secara serentak. Sungguh dia merindui wanita itu. Biasanya ada saja suara yang bergema memanggil namanya, memberi sebuah puisi leteran.

Hanis menghela nafas ringan. Mahu saja saat ini, dia menghubungi wanita itu. Namun, saat ini bukanlah masa yang sesuai. Maklumlah, wanita itu sedang berbulan madu bersama si pujaan hatinya. Hanis menghirup teh yang kian dingin akibat terkena angin kipas yang ligat berputar.

TOK! TOK! TOK!

Pandangan Hanis terus beralih ke arah pintu. Tertanya-tanya dirinya dengan gerangan yang mengetuk pintu tersebut. Sebulat biskut Oreo yang berada di jarinya di suap ke dalam mulut. Dengan rasa malas, dia menghampiri dan terus memulas tombol pintu. Hampir tersedak dirinya apabila melihat majikannya sedang berdiri di hadapan pintunya. Dia melihat kiri kanan sebelum memandang wajah lelaki itu.

“Tuan buat apa dekat sini?” Soal Hanis kehairanan. Matanya tidak lepas dari memandang lelaki yang mengenakan baju T-shirt hitam dan seluar slack hitam. Meskipun wajah lelaki itu tampak serius, tetapi ia cukup sempurna di mata Hanis. Tiada langsung cacat celahnya. Fuh, kacak dan bergaya mamat ni.

“Kau busy ke?” Soalan di balas soalan. Hanis menggelengkan kepala. Semakin hairan dia dengan lelaki itu. “Jom keluar? Tapi... Kalau kau busy atau tak sudi, it's okay. Aku tak paksa,” katanya lagi.

Hanis terdiam sejenak, mengambil masa mempertimbangkan ajakan majikannya itu. Sejujurnya, dia malas untuk keluar rumah hari ini. Dia sudah memutuskan untuk duduk diam di rumah sambil bermalas-malasan seharian. Dia juga sudah mempersiapkan sebuah movie untuk ditonton sebentar saja lagi. Namun, apabila melihat wajah lelaki itu, jatuh kasihan pula.

Pada masa yang sama, Jason sedang menunggu jawapan daripada Hanis. Dia berharap wanita itu setuju dengan ajakannya sebentar tadi. Dia sedar bahawa dia telah mengganggu masa cuti wanita ini. Tapi, entahlah. Tiba-tiba saja hatinya tergerak untuk membawa wanita itu keluar berjalan-jalan.

“Ermm... tuan tunggu sekejap, saya bersiap dahulu. Give me 10 minutes,” balas Hanis.

“Alright, take your time. Aku tunggu dalam kereta,” balas Jason sebelum melangkah pergi. Jelas terlihat ceria wajah lelaki itu. Dengan senang hati, dia melangkah menuruni setiap anak tangga tersebut.

Hanis kembali menutup pintu. Nafas dilepas agak berat. Mahu saja dia menolak tawaran lelaki itu. Dia tahu niat lelaki itu baik, tetapi dia tidak mahu orang-orang sekeliling menganggap dirinya sebagai wanita yang mengambil kesempatan atas lelaki itu. Hanis menggeleng menepis fikiran negatif itu. Hanis, ini kali terakhir kau keluar dengan majikan kau. Kalau bukan urusan kerja, kau kena tolak. Faham?! Monolognya.

Usai bersiap, Hanis keluar dan mengunci pintu sebelum turun ke bawah. Rasanya masa yang di ambil sudah melebihi dengan masa yang dijanjikan. Langkah menjadi perlahan, wajahnya juga bertukar cemberut apabila melihat beberapa orang lelaki sedang berkumpul di laluan utama untuk keluar dari bangunan flat tersebut. Hanis menarik nafas panjang lalu di hembus kasar sebelum dia melanjutkan langkahnya.

“Hai, gadis manis. Nak pergi mana ni? Tak nak duduk lepak dengan kitaorang ke?” Salah seorang dari lelaki itu mula menegur sambil tersenyum. Namun, Hanis hanya membiarkan dengan berpura-pura tidak mendengar. Bukan sekali budak-budak flat itu menegurnya.

“Jual mahal nampaknya. Cubit pipi tu karang. Geram sangat dengan pipi dia ni!” rakannya pula membuka suara. Masing-masing meledakkan tawa pada waktu itu. Darah Hanis saat itu sudah mendidih bagaikan hendak meletupkan gunung berapi.

“Kau siapa nak cubit pipi aku?!” marah Hanis. Dia berpaling memandang tajam satu per satu wajah lelaki tersebut.

“Uish... Dia marahlah... marah pun comel,”

“Kepala hotak engkau! Korang ni hidup memang nak mengganggu orang lain eh? Korang dah tak ada kerja lain?! Pergilah cari duit sikit, duduk dekat sini dapat apa?” bebel Hanis.

“Dapat tengok awak marah...” selamba salah seorang dari mereka membalas. Mereka ketawa lagi. Namun, beberapa saat tawa mereka terhenti.

“Kenapa berhenti gelak? Bantailah lagi gelak. Gelak sepuasnya... Tak payah berhenti sampai esok!” kata Hanis dengan geram. Nafas dilepas kasar. Dia berpusing ingin meneruskan langkahnya. Namun, ia terhenti di situ. Akibat terkejut, laju saja tangannya memukul dada Jason saat itu.

“Tuan! Terkejut saya...” tutur Hanis sambil mengurut perlahan dadanya. Lama-lama boleh terkena serangan jantung dibuatnya. Kehadiran lelaki itu ibarat angin, tiba-tiba datang dan pergi. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran lelaki itu di belakangnya. Patutlah beberapa orang lelaki itu terhenti daripada ketawa.

“Korang semua buat apa lagi dekat sini? Cubalah usaha sikit cari kerja yang berfaedah. Tak dapat kerja, bantu mak atau ayah korang. Masak nasi pun jadilah...” Pesan Jason dengan nada mendatar. Hanis yang berada di sebelah mencuri-curi pandang ke arah Jason. Terlintas difikirannya untuk mempunyai seorang suami seperti lelaki itu. Rajin bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal dan paling penting dia tidak tinggalkan solat. Haih... lelaki idaman.

“Jom!” Laju pandangan Hanis dilarikan ke arah lain saat dia menyedari lelaki sedang memandang tepat pada anak matanya. Alamak, kantoi! Tulah, tak pandai jaga pandangan! Lagi satu, suka sangat berangan dekat tempat yang tidak tepat. Padan muka kau Hanis! Bebelnya di dalam hati.

“Tuan... saya minta maaf tentang tadi. Bukan sengaja nak pukul tuan, tapi saya betul-betul terkejut...” jelas Hanis apabila mereka berdua telah tiba di sebuah restoran. Dari tadi mulutnya ingin mengatakan perkara itu, tapi terasa seperti ada emas di dalam mulut.

Jason memandang tepat ke arah Hanis. Pada masa yang sama, Hanis turut membalas pandangan itu. Tetapi, sepantas kilat wanita itu mengalihkan pandangan ke arah lain. Jantungnya tidak begitu aman apabila bertentang mata dengan seorang Haiqal Jason.

“No problem. Aku just nak pesan dengan kau, lain kali jangan layan sangat perangai orang macam tu. Just ignore them. Biarlah dia nak kata kau pengecut sekali pun,” ujar Jason sambil bermain-main dengan kunci kereta miliknya. Mujurlah tadi dia mengikut kata hatinya untuk kembali ke flat tersebut.

Hanis menggaru lengan yang tidak gatal. “Saya bukan apa tuan, geramlah dengan diaorang tu. Asyik nak mengganggu orang je. Makcik-makcik yang lalu dekat situ pun kadang diusik juga tau,” luah Hanis.

“Yalah... Tapi, next time kau jangan buat macam tu lagi. Kau perempuan, diaorang lelaki. Kau seorang, diaorang ramai. Macam-macam boleh jadi. Kau mana tahu isi kepala diaorang,” Terang Jason panjang lebar. Jelas lelaki itu mengkhawatirkan keselamatan Hanis.

Dia memperkemaskan kedudukannya. Tangan disilang ke dada sementara menatap wajah wanita dihadapannya. “Jadi aku sarankan, kau pekakkan telinga jika berselisih dengan orang macam tu. Semakin kau layan, semakin menjadi perangai diaorang.” tambah Jason lagi.

Hanis terangguk-angguk memahami setiap baris ayat yang disampaikan oleh lelaki itu. Salahnya juga tidak meneruskan langkah meninggalkan lelaki yang berkumpul di flat tadi. “Baik, tuan. Terima kasih sudi mengingatkan saya...” ucapnya. Dalam diam dia terpesona dengan perwatakan lelaki itu. Hanis... sedar!

“Kau keluar dengan aku ni, ikhlas, kan? Maksud aku, kau tak terpaksa? Sebab hari ni hari cuti engkau...tapi, aku ajak kau keluar pula...” tanya Jason, cuba ingin memastikan bahawa wanita itu tidak terpaksa untuk keluar dengannya.

“Saya okay je, tuan. Dekat rumah pun tak de benda nak buat,” Balas Hanis, menyedapkan hati lelaki itu.

“That's great. But, how about your boyfriend? Kau ada inform dia kau keluar dengan aku? Bukan apa, takut nanti tiba-tiba viral seorang lelaki dibunuh kerana dipercayai telah membawa teman wanitanya keluar bersiar-siar,” Kata Jason selamba. Senyuman senget dikuntumkan diakhir ayat.

“Salah tu, Tuan. Takutnya nanti seorang wanita dibunuh kerana dipercayai keluar bersama kekasih si pelaku. Ha... macam tu, sebab saya mana ada boyfriend.” giliran Hanis pula membalas. Walaupun itu hanya sebuah gurauan, dia risau juga jikalau benda itu terjadi secara nyata. Tak fasal-fasal jadi buruan teman wanita lelaki itu. Heboh satu Malaysia!

“Nonsense! Aku mana ada girlfriend,” Jason menjeling.

“Yeke? Muka handsome macam ni takde awek? Susah je nak percaya... Kenapa tuan tak cari?” tanya Hanis bersahaja.

“No reason. Kau tanya kenapa? Kau nak try jadi girlfriend aku?”

Senyuman yang terukir dibibir manis seorang Putri Hanis mati serta-merta. Wajahnya berubah seakan-akan darah tidak mengalir dengan lancar. “T-tak delah, tuan. S-saja tanya... Tak tahu nak bual apa dah,” balas Hanis kekok. Jason hanya diam tidak membalas. Suasana mereka menjadi bungkam seketika. Setelah pelayan restoran menghantar pesanan, barulah mereka berbual seperti biasa.

Setelah lama berjalan meluangkan masa bersama lelaki itu, akhirnya Hanis selamat kembali di tempat kediamannya. Tepat pukul 4 petang dia berada di hadapan pintu rumahnya. Seronok dapat, penat pun dapat. Hanis menoleh ke arah Jason yang sudi menghantar dirinya sampai di hadapan pintu.

“Terima kasih, Tuan. Saya tak tahu nak cakap apa lagi...” ucap Hanis sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Hampir seharian dia berjalan dengan lelaki itu, namun duit satu sen pun tidak pernah keluar dari dompet wanita itu. Rasa bersalah bercampur dengan malu dibuatnya.

“Masuk jelah, tak payah terima kasih bagai. Aku rasa dah 50 kali kau kata benda yang sama.” balas Jason sedikit rimas dengan perkataan terima kasih Hanis.

“Baiklah... semoga tuan sentiasa dimurahkan rezeki. Terima kasih banyak-banyak... Bye...” Laju Hanis menutup pintu selepas mengucapkan terima kasih untuk sekian kalinya. Riak wajah lelaki itu mulai sebal dengan dirinya. Pada masa yang sama, Jason telah pun berada di dalam perut kereta. Tanpa dia sedari, dia mulai tersenyum sendiri apabila terbayang senyuman nakal Hanis sebentar tadi. Beberapa saat kemudian, kereta itu berlalu pergi.

****

Hai para readers Ez semua... saya nak bagitahu, lepas raya baru saya update lagi tau hehe, sbb masa skrg ni mmg busy nak prepare utk raya >< InsyaAllah kita jumpa lepas Raya nanti hehe jangan lari pula tau ><

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-04-26 11:23:26 

tq selamat hari raya maaf zahir batin


NovelPlus Premium

The best ads free experience