"Zaida.. Ikut saya.."
Zaida memandang Ayai. Ya, satu sekolah mengetahui bahawa Ayai dan Zaida ada hubungan istimewa, iaitu couple.
Zaida mendengus kecil lalu dia bangun dari tempat duduknya. Kemudian mereka mengatur langkah ke arah koridor kelas yang pada ketika itu agak lengang. Ayai bersandar pada dinding lalu Zaida dipandang tidak puas hati. sudah berbuih mulut Ayai menasihati agar Zaidda mengawal sikapnya yang panas baran itu.
"berapa kali nak saya nasihatkan awak? jaga la sikit sikap awak yang panas baran tu. awak jangan ingat saya tak nampak yang awak mengamuk dekat budak kelas sebelah tu.." Ayai memaksudkan Aileen. Terpalit rasa kasihan melihat Aileen dimarahi oleh Zaida di depan khalayak ramai. Cantik sangat la perangai..
Zaida menjulingkan mata ke atas lalu tangan disilangkan di dada. Rasa cemburu dan bengang menerjah masuk ke dalam diri Zaida.
"awak, dia yang mulakan dulu! dia langgar saya and kotorkan kasut saya! ee dah la saya baru beli kasut ni semalam! tengok la sekarang! dah kotor!" tengking Zaida terhadap Ayai. Ayai menggelengkan kepala.
"kasut awak yang penting ke perasaan orang? awak marah dia.. Depan.. pelajar.. Lain.. And you were shouted like she was hurting you.. awak tak rasa bersalah ke?" Ayai masih lagi mencuba nasib. Manalah tahu tiba tiba Zaida berlembut hati lalu ingin meminta maaf kepada Aileen, namun sangkaannya meleset kerana Zaida masih lagi ingin memenangkan dirinya. “apa beza kasut baru dengan kasut lama… balik balik kasut putih jugak pakai,” omel Ayai sendirian.
"rasa kesian? untuk apa? kenapa nak rasa kesian kat perempuan tu pulak? heh.. dia yang mulakan dulu! she hit me, Ayai.. eh kenapa awak ni marah saya tengking dia?" soal Zaida sambil memandang Ayai. Ayai mengeluh.
"sebab saya tak suka awak bersikap macam tu dekat orang yang tak bersalah.. Dia tak sengaja la.. Say sorry to her, now..." arah Ayai kepada Zaida dan membuatkan Zaida menjadi bengang dan tidak puas hati.
"ah taknak!" bentak Zaida sambil menyilangkan tangan. "kalau awak nak sangat say sorry to her, buat sendiri! saya taknak!" ujar Jihyo lalu dia melangkah masuk ke dalam kelas.
Ayai menggeleng-gelengkan kepala kerana bingung dengan sikap Zaida yang panas baran serta keras kepala itu.
***
Aileen terasa lengannya ditarik-tarik lalu dengan malas dia mengangkat muka dan memandang Una yang duduk disebelahnya itu.
"apa..? malu aku tak sudah lagi weh.." Una menjulingkan mata ke atas lalu bibir dijuihkan keluar kelas. Aileen mengikut arah pandangan Una sambil bibirnya dijuihkan. Mata Aileen membulat kerana Anas sedang menunggu di luar kelas. Laju Aileen bangkit dan mengatur langkah ke arah Anas yang di luar kelas itu.
"Anas..?" kau menegur Anas, ‘abang hot’ Tingkatan 5. Anas terus ke arah kau lalu kau dipeluk erat. Kau terkejut beruk tahap petala tujuh.
"Alienn! kau okay tak ni?! aku dengar si Zaida tu tengking kau dekat perhimpunan. Omaigad! dia tampar kau ke? cakar?" soal Anas sambil membelek-belek badan Aileen dan membuatkan Aileen terasa rimas dan geli.
"Anas! dah laa! aku okay je.. Tak, dia tak cakar pun, tampar pun tak.. Alaa lek la weh," ungkap Aileen sambil tersengih.
"lek pale hongak kau laa! dia tak kenal lagi aku ni cemana?! hesh! sekali aku kasi tangan aku yang super perfect ni mahunya dia terus tersuka aku!" mendengarkan apa yang Anas merepek, Aileen ketawa besar. Aduh senget punya abang kembar!
"Abang! ish! enough laa! stop making a stupid jokes, boleh tak? Aku penat la nak gelak!" kata Aileen dan membuatkan Anas memuncungkan bibir.
"aku dah kasi cadangan,kalau kau taknak sudah!!! hah! kalau pasni minah bajet lawa tu kacau kau, roger roger tau.. Jangan lupa.." pesan Anas lalu menarik tudung Aileen sehingga tiada lagi nampak bentuknya.
"aisey! rosak abis tudung aku!" omel Aileen sambil membetulkan tudungnya.
"ingat! dia buat hal lagi, roger!!"
"oi mak kau meletop, ehh meletop!!" Aileen melatah lalu mengurut dada. Kau menjeling Anas yang di tangga itu. Dia ketawa melihat kau melatah.
"masuk kelas la bengong!" arah Aileen kepada Anas yang merupakan pelajar kelas sains tulen itu. Anas membuat tabik lalu terus hilang ke tingkat 3 di mana kelasnya terletak. Aileen mengeluh lalu kepala digelengkan.
***
sebaik sahaja Aileen duduk ditempatnya, Una terus menyoal kenapa Anas ingin bertemu dengannya. Aileen tersenyum nipis.
"asal? asal? apa cita weh?" Aileen menjeling Una. Eeeeh busybody betul budak ni, nasib baik la kawan.
"Anas tanya, aku okay ke tak? sebab dia nampak yang Zaida tengking aku." kau mengangkat bahu lalu kau mengeluarkan buku mathematics.
"tu je..?" tanya Una sambil mengangkat kening sebelah dan membuatkan Aileen naik hairan. Aileen memandang Una.
"hah.. Yela, Tu je.. Bistu nak tanye pasal kau?" soalan Aileen membuatkan Una tersenyum sipu. Kau mengangkat kening sebelah lalu tersenyum suka.
"kau dah kenapa? macam sotong je aku tengok... Lemah gemalai, alahai~ sakit pulak mata aku tengok!" sindir Aileen dan membuatkan Una memuncungkan mulut. Ikutkan kepanjangan muncung si Una ni, dah boleh dah ni nak ikat. Ikat mati terus biar tak cakap!
"hah! muncungkan la lagi mulut kau tu! taknak rekomenkan kau kat abang aku baru tahu! biar kau menangis tak berlagu!" ugut Aileen kepada Una dan membuatkan Una kembali tersenyum.
" alaaa.. Jangan la macam ni!" pujuk Una sambil mengerdipkan mata berulang kali. Aileen menjeling lalu tersenyum suka.
***
"Nazeem!"
Nazeem memandang ke arah gerangan yang memanggil namanya dari tempat duduknya yang berhampiran dengan pintu kelas. Rupanya Ayai, rakan karibnya sejak di Tingkatan 1.
"pehal?" soal Nazeem kepada Ayai.
"um.. budak yang Zaida tengking dekat perhimpunan tadi, ada?" tanya Ayai sambil mata meninjau-ninjau ke dalam kelas 5 AK 1.
"sungguh malang.. dia baru je keluar dengan kawan dia.. Pegi kantin kot.. Kot la..." beritahu Nazeem acuh tak acuh. "asal nak jumpa Aileen?" Nazeem bertanya kepada Ayai.
"oh, nama dia tu.. Aileen?" tanya Ayai lagi meminta kepastian.
"yelaa, tula nama dia.."
"ohh.. Hmm aku sebenarnya nak mintak maaf dekat dia sebab Zaida," luah Ayai sambil mengeluh perlahan.
"baiknya pakwee!!! Hagagagagagagagaga."
Ayai menjulingkan mata ke atas. "dah la! jom pegi kantin.. Mana la tahu terjumpa ke, kan? jom!" ajak Ayai sambil merangkul leher Nazeem.
***
Aileen ternampak roti kesukaannya dan dia ingin mengambil roti tersebut tetapi terlambat kerana roti itu sudah diambil oleh seseorang yang mendorong Aileen memandang wajahnya. Aileen terkejut. Terkejut kerana orang itu ialah Zaida. Wajahnya kelihatan keruh dan bengang.
Aileen pun mengambil roti kacang lalu ingin beredar dari situ sebelum tiba-tiba kau terdengar seseorang bersuara.
"eh eh, tengok sape kat sebelah kita ni? budak yang pijak kasut Zaida la," Aileen terkedu sebentar lalu kembali mengatur langkah untuk keluar dari kantin.
"cis, biadapnya!!" ungkap Farisya tidak berpuas hati.
***
Aileen berjalan laju sambil memandang bawah dan menyebabkan dirinya terlanggar bahu seseorang lalu roti yang dipegangnya terjatuh dari pegangannya.
"oh, sorry.. Tak sengaja..." kata lelaki itu kepada Aileen dan membuatkan Aileen mengangkat muka memandang lelaki tersebut. Aileen seperti di paku, terkelu dan macam macam lagi.
"tak- takpe..." ucap Aileen tergagap-gagap. Aileen baru saja ingin pergi dari situ dengan secepat mungkin tetapi namanya dipanggil.
Aileen terkelu, terkedu tahap dewa. Aileen menoleh memandang gerangan yang memanggil namanya.
"y- ye..?" jawab Aileen dengan ragu-ragu. Kemudian Ayai mengatur langkah ke arah Aileen bersama Nazeem, rakan sekelas Aileen.
Oh.. Tidak... Adakah ini mimpi?
“Leen. Nah, roti..” Nazeem menghulurkan roti kacang yang terjatuh tadi kepada Aileen.
“terima kasih…”
“Aileen, saya ada something nak cakap ni…”
Share this novel