SELEPAS 3 hari kejadian yang berlaku di rumah Airiel, Arwin masih lagi trauma dan sering mengigau. Setiap kali terjaga pasti dia akan nangis ketakutan.
“Tolong…. jangan, to..tolongggg!!!!!” Arwin terus terjaga daripada tidur. Dia mula memeluk lutut dan menangis. Kejadian di mana dia nampak darah yang banyak memenuhi bilik stor itu masih segar dalam ingatannya. Selang beberapa saat pintu dibuka. Airiel terus datang mendekati Arwin.
“Kau kenapa? Mimpi lagi ke?” soal Airiel yang mula bosan dengan karena Arwin yang akan menangis ketika terjaga, tidak lari seperti bayi.
“Yang kau fikir sangat kenapa? Aku dah cakap tak payah fikir. Cuba kau tidur tu tak payah fikir apa-apa tidur je… tak boleh ke?”
“Le…lelaki tu nak tembak Awin.” adu Arwin yang masih menangis.
“Dia dah mampus, dia tak akan tembak kau.” kata-kata kasar Airiel itu hanya menambah sebak Arwin apabila sedikit pun lelaki itu tidak memujuknya. Airiel yang memandang isterinya itu mengeluh kasar. Dia terus duduk disebelah isterinya lalu ditarik di dalam pelukan. Dia mengusap lembut belakang isterinya agar Arwin tenang. Sedikit pun dia tidak bersuara, Arwin pula hanya nangis di dalam dakapan Airiel. Selang setengah jam, sekali lagi Arwin terlena, mungkin penat menangis. Airiel mencari wajah Arwin disebalik rambut yang menutupi wajah Arwin.
“Tidur lagi? Dah tiga hari aku jadi bantal kau. Nampaknya memang dia ni tak boleh masuk stor tu lagi. Tak guna, berani kau serang tempat aku. Memang mampus kuncu kau yang lain lepas ni.” tegang wajah Airiel mengomel seorang diri. Arwin yang terlena di ribanya, dibiarkan tidur, perlahan-lahan dia mengambil bantal untuk diletakkan di belakangnya untuk dia bersandar dan selang beberapa minit dia turut terlena.
“ALONG, siapa perempuan yang angah bawak hari tu? Mak ayah dia kita kenal ke?” soal Puan Aisya yang baru teringat tentang Arwin. Fizz yang mendengar soalan itu terdiam. Daripada awal lagi dia sudah diugut Airiel supaya jangan memberitahu ibunya tentang Arwin. Sekiranya dia tetap ingin memberitahu, dia seperti sudah menempah maut.
“Along, mama tanya ni.”
“Mana along tahu ma… Mama ingat angah tu nak bagitahu apa-apa ke dekat along. Dia bercakap dengan along pun macam nak bergaduh. “
“Haih tapi kenapa angah bawak perempuan tu dekat sini?”
“Kenapa? Mama tak suka perempuan tu ke?” saja dia ingin melihat pandangan ibunya.
“Mama rasa dia tak setaraf dengan kita. Tengoklah penampilan perempuan tu semalam, tak berkenan la mama.”
‘Itulah menantu mama.’ jawab Fizz di dalam hati. Fizz berdehem sebelum meneguk air.
“STELL, aunty tak marah ke you tak balik seharian ni? Risau pula i kalau aunty marah ke apa.” soal Alif sambil bermain dengan rambut Stella.
“Ala you ni, jangan risaulah, mama tak akan risau sebab dia tahu i dengan you. You, i rasa kan kita lama tak holiday together. Jom you!”
“Holiday? You nak pergi mana? Nanti Fizz cakap apa pula.”
“Ala, you tak payah fikirlah pasal along. Dia tak akan kesah pun i nak buat apa. Tengoklah i tak balik pun dia tak cari i.”
“Airiel?” teragak-agak nama itu disebut. Stella menjeling lalu menjauh daripada Alif.
“You jangan sebut pasal dia lah! Dia dah lama buang i sebagai adik dia, you pun tahu kan! Dia pandang i pun tak.”
“Okay, im sorry. I tak cakap dah pasal dia. Okay kita pergi bercuti okay.” pujuk Alif dan Stella kembali tersenyum. Stella merupakan adik bongsu kepada Fizz dan Airiel.
“KAU ingat 3 hari aku diam dekat korang, korang boleh selamat? Aku tanya kau, macam mana si bodoh tu boleh masuk rumah ni! Macam mana?” berdengung satu rumah itu mendengar amukan Airiel. Benar tiga hari itu dia hanya mendiamkan diri kerana menjaga Arwin yang sering meracau. Namun masa yang ada ini dia tak akan sia-siakan.
“Eh kau, kau buat apa semalam? Macam mana penyangak tu boleh masuk rumah ni? Jawab!”
“A…aku minta maaf bos tapi bukan aku yang jaga luar semalam.” takut-takut lelaki itu menjawab. Takut juga jawapannya bakal dibalas dengan kepalanya hilang.
“Semua tak boleh harap! Selama ni tak pernah lagi dorang terlepas, tapi tiga hari lepas macam mana dia boleh masuk hah? Sekali lagi benda ni jadi, memang aku pancung sorang-sorang.”
Tiba-tiba terdengar bunyi jeritan daripad atas. Mesti Arwin sudah terjaga. Airiel merenung wajah satu per satu. Sikit sahaja lagi pasti meletup.
“Tu kau dengar? Sebab kan korang yang benak ni perempuan tu jadi macam tu kau tahu! Aku nak kau cari kuncu-kuncu dia yang lain, kasi settle. Aku tak nak sorang pun terlepas! Korang faham!” mereka menjawab serentak. Airiel memandang mereka sekilas dan terus berlari ke atas mendapatkan isterinya. Pasti gadis itu sedang memeluk lutut seperti selalu.
“Ini semua salah korang. Aku yang cuti semalam pun kena.”
“Cukup baik dia tak pancung kepala kita semua. Itu kalau lambat sikit memang satu lubang kita kau tahu. Nasib cik Arwin tu meracau.”
“Kesian bodoh cik Arwin tu. Kau tengoklah bos layan dia, asyik kena tengking aja macam kita. Lama-lama gila cik Arwin tu.”
“Tapi kau tengok, dah tiga hari ni bos jaga dia. Keras-keras dia, tahu juga jaga bini.”
“Eh korang berdua borak apa… cepat siap-siap. Kang buat bos turun tengok korang berborak macam ni, mampus korang.” mereka bersurai selepas salah seorang daripada mereke menegur.
“CIK Arwin okay? Kami minta maaf tak jaga keselamatan cik Arwin.” tegur salah seorang daripada mereka apabila melihat Arwin berseorangan. Arwin tersenyum sebaris.
“Tak apa… masa tu pun keadaan tengah kecoh. Saya tak biasa dengan benda macam ni. Em Airiel mana?”
“Bos? Ouh dia keluar kejap tadi. Tak tahu pula dia pergi mana.”
“Saya nak tanya something boleh?”
“Em apa tu Cik Arwin. Kalau saya boleh jawab saya jawab.”
“Stoplah panggil saya cik… Saya rasa awak lagi tua daripada saya. Panggil Awin je. Em sebelum ni ada ke perempuan mana-mana kena kurung macam saya dalam rumah ni?” soalan Arwin itu dibalas dengan kerutan di wajah lelaki tadi.
“Kenapa Ci…. Kenapa Awin tanya macam tu? Selama ni bos tak pernah bawak mana-mana perempuan masuk dalam rumah ni. Selalunya ada tempat khas dia suruh kitaorang simpan tapi tu la semua tak lama.”
“Tak lama? Maksud awak?” Lelaki bagaikan sedang ingin membuka rahsia kembali tersedar.
“Eh Awin, saya ada kerjalah nak buat… nanti bos tahu mati saya.” Arwin tahu lelaki itu ingin mengelak dengan soalannya. Jadi dia tidak mahu dengan meneruskan soalan itu.
“Okay, saya tak tanya pasal tu dah. Last, last…” Lelaki tadi sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Takut juga kalau dia membocorkan rahsia. Pasti dia tak akan bernyawa lepas ni.
“Apa dia?”
“Airiel tu memang kasar macam tu ke?”
“Ye dia memang baran macam tu. Saya harap awak banyak bersabar dengan dia.”
“Awak cakap dekat saya, perempuan mana je tahan, hari-hari kena maki, hari-hari kena tengking. Saya tak tahu mana salah saya. Kenapa orang pergunakan saya untuk kesenangan diri sedangkan bukan saya yang buat.” entah bagaimana Arwin meluah rasanya. Mungkin kerana dia tiada kawan dan alang-alang dia meluahkan apa yang dia rasa. Lelaki itu memandang wajah redup Arwin. Sikit sebanyak dia juga bersimpati tapi dia sendiri tidak dapat membantu.
“Saya harap awak bersabar. Mungkin ada sinar lepas ni. Tapi saya nasihatkan, awak ikut je apa yang bos nak, jangan sesekali membantah kalau awak tak nak sakit. Jujur saya masih lagi tak faham dengan perangai bos. Kejap okay, kejap baran sampaikan satu rumah ni hancur barang-barang.” Arwin mengeluh perlahan. Tiba-tiba ada satu suara berdehem. Arwin memandang gerangan yang menegur mereka, jelas wajah Arwin berubah sedikit.
“Em cik Arwin saya minta diri dulu.” sapa lelaki itu sebelum dia beredar. Suasana menjadi sunyi apabila lelaki itu memilih untuk hanya memerhati Arwin. Arwin pula sudah mula tidak selesa dan terus bangun.
“Nak pergi mana? Tunggu la dulu. borak dengan saya. Airiel mana?”
“Keluar.” sepatah sahaja dijawab Arwin. Entah mengapa dia tidak selesa sejak pertama kali berbual dengan lelaki yang bergelar abang iparnya.
“Pergi mana?” Arwin hanya mengangkat bahu memberi jawapan. Fizz tersenyum, dia tahu Arwin tidak mahu berbual dengannya.
“Awak memang tak nak berbual dengan saya ke? Ke awak takut Airiel marah awak cakap dengan saya?”
‘Takut dengan Airiel? Aku lagi takut dengan kau. Pandang macam nak makan orang.’
“Kau nak apa datang rumah aku. Kau ingat aku buat open house hari-hari.” tegur seseorang dan itu adalah Airiel. Arwin melepaskan nafas lega. Baru sahaja kakinya ingin melangkah pergi, tangannya sudah ditarik untuk duduk bersebelahan Airiel. Fizz hanya memerhati dan berdehem.
“Tak boleh tinggal bini nampak?” perli Fizz saja mengenakan adiknya.
“Kau nak apa?”
“Mama ada tanya pasal Arwin. Bila kau nak bagitahu dia?” soalan Fizz membuatkan wajah Airiel bertambah ketat. Dia tidak suka jika orang menyibuk tentang halnya.
“Aku tak akan bagitahu dia.”
“Tapi sampai bila? Kalau dia dapat tahu sendiri macam mana?”
“Kau nampak macam aku kesah ke? Yang sibuk nak tahu pasal aku buat apa?”
“Kau cakap apa ni ngah? Sebab kau tu anak dia lah, dia nak tahu.” Kata-kata Fizz membuatkan Airiel tersenyum sinis. Arwin yang berada di sebelah hanya menunduk. Adakah mereka sedang berbual tentangnya?
“Baru sekarang dia nak kesah? Selama ni entah jantan mana dia ikut….”
“Angah! Kau jaga mulut kau. Kau tak malu Arwin dengar?”
“Aku lagi malu ada mak, macam mak kau. Kalau setakat kau datang sini cakap pasal dia, baik kau berambus. Aku tak nak dengar.”
“Bila kau nak stop buat kerja ni? Sudahlah ngah, berhentilah… tak ada guna kau stay dekat dunia kau sendiri.” nasihat Fizz lagi. Dia tahu adiknya tidak suka sekirannya dia bercakap tentang pekerjaan dia.
“Kau tak payah sibuk dengan urusan aku, kau dah jadi doktor kan, teruskan rawat orang. Sikit pun aku tak kesah pasal kau.”
“Acu? Pasal acu pun kau tak kesah?” Arwin mengerutkan dahi apabila ada nama asing yang diaebut Fizz.
‘Airiel ada adik? Kenapa aku tak pernah dengar pun pasal dia?’
Airiel merenung tajam wajah abangnya. Malah Fizz juga tidak mahu kalah kembali merenung Airiel.
“Dia adik kau bukan adik aku.” kata Airiel dan terus bangun. Entah mengapa Arwin sedar yang Airiel makin emo apabila dikaitkan dengan “acu” itu. Baru sahaja Airiel ingin beredar, Fizz kembali bersuara.
“Dia dah dua hari tak balik…. aku dah cari tapi….” kata-kata Fizz mati apabila Airiel sudah pun beredar. Fizz mengeluh seperti kecewa dengan reaksi Airiel. Berkali-kali dia menggelengkan kepala. Arwin yang berada di situ seperti keliru sama ada ingin duduk di situ atau pergi ke dapur. Namun langkahnya tetap pergi ke dapur meninggalkan Fizz di ruang tamu.
“AWAK.”
“Hm.”
“Awak nak bawak Awin pergi mana?” soal Arwin serba salah. Salah cakap mahu dimaki Airiel. Airiel yang disebelah memandang Arwin sekilas.
“Ambil barang kau.”
“Ambil barang Awin? Maksud awak?”
“Pergi rumah kau, kau amik apa yang patut lepas tu jangan berani kau jejak kaki kau dekat rumah tu lagi.”
“Tapi….”
“Kau nak tapi-tapi apa lagi?” soal Airiel tidak puas hati.
“Tapi… makngah tak ada time-time macam ni. Mak ngah meniaga.”
“Bapak sedara kau ada kan. Kau dah ambil barang kau chaw je lah… bukan aku suruh salam restu.” perli Airiel. Arwin menunduk, bukan itu yang dia fikirkan. Dia sedang fikir bagaimana ingin mengawal emosinya semasa sampai di rumah itu. Itu merupakan satu-satunya rumah perninggalan arwah babah dan mama. Sekali lagi Airiel mencuri memandang wajah Arwin yang nampak redup sahaja, namun tidak pula dia berniat untuk bersuara.
Setelah setengah jam perjalanan mereka pon tiba. Arwin memandang sayu rumah itu. Rumah yang mempunyai banyak kenangan manis bersama babah dan mama. Namun mempunyai kenangan pahit dalam hidupnya. Sebak hati Arwin apabila mengingatkan perkara lalu.
“Yang kau termenung tengok rumah kau buat apa? Turunlah pergi ambil barang kau.”
“Em… awak tak nak turun ke?”
“Kau nampak muka aku ni macam PA kau ke? Tak kan… kau pergi turun sekarang.”
“Te…temanlah Awin.” pujuk Arwin. Benar dia takut untuk pergi seoarang.
“Kau tak payah mengada boleh? Kau turun sekarang!” ternaik bahu Arwin disergah begitu. Lambat-lambat Arwin membuka pintu dan keluar daripada kereta.
“Menyusahkan.”
Arwin menarik nafas panjang dan terus mengambil kunci di tempat selalu diletakkan kunci. Sepi tiada orang, Arwin mengembus nafas lega dan terus menuju ke biliknya. Dia mengemas barang keperluannya. Benar walaupun tiada orang dia masih rasa takut, jadi laju dia mengemas. Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang memegangnya daripada belakang. Arwin sangat terkejut.
“Pa…. Pak ngah…”
“Kau balik? Kau rindu aku ke?” soal Pakngah dengan senyuman yang menyeramkan.
“A…Awin amik barang Awin.” getar-getar suara Arwin.
“Aku rasa aku rindu kau… Apa kata kita….” Arwin meronta-ronta ingin dilepaskan apabila Pakngah nya sudah mula menyentuh Arwin.
“Jangan pakngah…. Jangan….”
“Ala sekejap je…”
“Taknak! Pakngah tepi…. Awin taknak!!!! Tolong!!!!!!”
“Janganlah jerit…. orang dengar nanti.” Pakngahnya masih lagi berusaha untuk mencium pipi milik Arwin. Arwin pula sudah mula menangis. Badannya menggigil ketakutan. Tenaganya makin lemah apabila pakngahnya semakin kasar dengannya.
“Taknak pakngah! Jangan buat Awin macam ni! Tolong….. tolong!!!!!!!”
“Binatang!” Airiel yang baru sahaja masuk ke dalam rumah itu terus mendapatkan Arwin yang terdengar menjerit-jerit. Lantas Airiel menarik lelaki itu dan satu tumbukan hinggap di pipi orang tua itu. Mata Airiel merah menahan amarahnya. Sementara itu Arwin sudah menangis teresak-esak. Kali ini tumbukan tidak henti menumbuk lelaki itu.
“Tak guna kau orang tua! Kau memang nak mampus!”
“Abang!!!! Berhenti!” halang Makngah yang baru sahaja tiba. Airiel ditolaknya. Airiel seperti orang yang dirasuk apabila wajahnya jelas kemerahan.
“Kau buat apa dengan suami aku hah? Ya allah abang.”
“Binatang ni kau cakap suami? Sampah!” tengking Airiel.
“Eh perempuan aku dah cakap aku tak nak tengok muka kau lagi! Kau buat apa datang sini lagi? Kau nak goda laki aku lagi kan! Kau daripada dulu sampai sekarang perempuan murah!”
“Kau jaga sikit mulut kau ea betina. Kau ingat dia nak sangat datang tengok muka kau berdua? Aku yang suruh dia kemas barang dia ni, berambus daripada tempat neraka ni. Kau jaga biawak kau ni baik-baik. Jangan bagi aku nampak lagi muka dia. Aku nampak memang mampus aku buat!” amarah Airiel membuak-buak. Risau dia tidak dapat menahan untuk memukul makngah pula. Airiel memandang Arwin yang memeluk diri sambil teresak. Dia mengetip gigi menahan amrahan. Dia terus mendapatkan Arwin dan beg di tepi juga dicapai. Sempat dia menjeling tajam ke arah dua orang tua itu. Hilang sahaja kelibat mereka,makngah menangis sambil memukul suaminya. Tidak tahu bagaimana lagi harus dia lakukan.
Share this novel