BAB 12

Horror & Thriller Completed 1513

“Betul ke Ina… betul ke akak trauma memandu. Habis tu kereta tak ada dia keluar dengan siapa pulak…” Adi mula risau. Bagaimana Qaisara memandu kalau trauma. Bukan senang nak menghilangkan trauma.

“Betul bang… ina tak tipu. Tapi Ina pun musykil macam mana akak boleh mengaku dia yang sebabkan kemalangan lima tahun lepas. Masa keluar dari rumah Kak Anna yang drive. Tiba-tiba masa kemalangan kak Qaisara yang drive. Kak Anna tu memang gila… kalau tak bawak seratus tu tak sah. Apa yang musykil ni mcm mana akak boleh hilang trauma dalam sekelip mata je.” Qayla menggaru kepalanya yang dibaluti tudung bawal Adijuma. Memang kemalangan lima tahun lalau sangat misteri.

“Abang tak tau pun…” Adi bersuara lemah. Begitu berat derita yang di tanggung isterinya. Dia tak pernah tau kerana Qaisara tak pernah buka mulut.

“Kak Qaisara tu memang tak suka nak ungkit benda yang lepas… okeylah bang. Ina gerak dulu. Nanti kirim salam kat akak….” Qayla melihat jam di tangannya. Sudah banyak masa yang di ambil untuk dia berborak dengan abang iparnya. Dia punya rancangan lain dengan kawan-kawannya. Sesekali turun Kuala Lumpur. Merayaplah… apa lagi.

“Ina nah ini duit belanja…” Adi menghulurkan beberapa keeping duit berwarna ungu.

“Tak apalah bang duit Ina yang akak bagi banyak lagi.” Qayla menolak.

“Itu dari akak… ini dari abang…”

Qayla girang. Dapatlah dia berbelanja sesuka hatinya. Dia bersyukur kerana dapat menumpang senang abang iparnya.

Qaisara buka mata. Tangannya yang luka berdarah tadi sudah berbalut. Kedua-dua ikatan ditangannya juga sudah tiada. Dia tertanya-tanya sendiri apa yang sudah terjadi. Dia gagahkan diri untuk bangun. Mayat Iskandar juga telah tiada. Dia berpusing-pusing di sekeliling tempat dia di kurung. Dia tak pasti dia di mana sekarang.

Qaisara duduk di kerusi bersebelahan piano. Dia menyentuh papan kekunci piano. Kasihan lelaki itu terlalu menderita atas kehilangan adiknya. Kalau dia kehilangan Qayla dengan cara yang sama pasti dia juga akan menderita seperti lelaki itu.

Qaisara terdengar bunyi tapak kaki. Qaisara tegak berdiri. Pasti lelaki itu kembali lagi. Qaisara berhasrat untuk sembunyi. Di bilik itu hanya ada sebuah piano dan juga kerusi tempat dia di ikat tadi. Dia tak boleh lari ke mana-mana. Lelaki itu berdiri dihadapannya. Satu pandangan lembut terpancar dari wajah lelaki itu. Sudah tiada lagi riak garang yang ada cuma kesalan yang memenuhi segenap wajahnya.

“Qaisara … mulai dari hari ini aku ceraikan kau dengan talak satu…” Qaisara tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience