Bab 3

Fantasy Completed 13895

Kringgggggg....
Bunyi loceng pada petang itu menandakan bahawa hari persekolahan pada hari itu telah tamat.

Jane masih lagi duduk kaku sambil memerhatikan rakan sekelasnya berasak asak untuk keluar. Tak sabar betul.

Setelah suasana kelas mulai sunyi . Jane bingkas bangun dan mengendong beg untuk pulang.

Baru beberapa langkah untuk menghampiri pintu keluar.. Dirinya dikejutkan dengan kedatangan tiga orang gadis yang sedang mencerlung tajam ke arahnya.

Seramnya. Jane berundur selangkah ke belakang. Ni dah apasal ni?
"sarah..kenapa ni?" perlahan gadis itu bertanya sambil memeluk erat beg yang di kendong.

"kau tanya aku kenapa? Hei! Patutnya aku yang tanya kau! Kau buat apa dengan kai kat kolam tadi? Kau buat apa tadii?!!" Sarah menolak kasar bahu jane hingga gadis itu terundur kebelakang.

Dua orang rakannya mulai menutup pintu kelas.

"hei perempuan!" pantas tangan gadis itu merentap rambut jane yang agak panjang.

"kau nii memang tak sedar diri kan perempuan? Kai tu aku punya.. DIA aku PUNYA!!" lantang sarah menjerit di telinga jane. Dia memandang jane dengan api kemarahan yang membara.

Jane menahan air matanya daripada mengalir.
"ma.. Maaf saya min.. Minta maaf" berulang kali dia meminta maaf dan simpati dari sarah supaya melepaskan rambutnya yang ditarik kuat. Nak tercabut rasanya kulit kepala dia.

"baguslah kalau kau dah sedar.." Sarah tersenyum lalu melepaskan rambut jane.
"kalau aku nampak kau berdua lagi dengan dia.. Habis kau aku kerjakan. Paham?"
Ujar sarah lagi sambil menepuk nepuk perlahan bahu jane.

"oh ya.. Bak sini beg kau" pantas sarah merampas beg yang berada di dalam pelukan jane lalu membuka zip dan menterbalikkan nya . Habis berterabur segala isi di dalam beg itu.

"sarah apa awak buat ni?!" terjerit kecil jane memandangkan barang barangnya yang kini sudah di lantai.

Sara tersenyum sinis. Dia tunduk dan mengambil sapu tangan lalu mengibaskan di hadapan Jane.

"sekarang.. Ni aku punya.. Jom gais"
Ujar Sarah lalu berlalu sambil ketawa bersama dua orang kawannya meninggalkan jane terkontang kanting seorang diri.

Jane menarik nafas panjang sebelum mengemas kembali barang barangnya yang berselerak di lantai. Nak tak nak terpaksa dia juga yang kutip.

Sapu tangan tu aku tak hairan la.. Kaurang semua sama. Pembuli! Jane melampiaskan marahnya di dalam hati. Ikutkan hati mahu sahaja dia menarik kembali rambut singa betina tu tapi.. Tak apalah.

"nah.." sebuah buku dihulur di hadapan muka jane yang sibuk tunduk mengutip barangnya.

Hah? Jane mendongak ke atas. Mamat ni lagi?
"err.. Terima kasih"

"aku dah kata.. Kau memang lembik. Terlalu lemah sampai orang boleh pijak kepala kau."
Ujar kai sambil menjeling ke arah jane.

"apa maksud awak? Jangan nak tambah rasa sakit hati saya. Tolonglah pergi" ujar gadis itu bengang.

Kai tergelak sinis. Dia mendekati gadis itu perlahan lahan.
"kau rasa aku sakitkan hati kau ke?" ujarnya perlahan, separuh berbisik.

Jane yang sedang berdiri berundur beberapa tapak.

"jane.. Jane.. Ish ish.." pantas kai menarik tangan gadis itu mendekatinya.

Dia tersenyum sinis apabila melihat jane yang berdiri tidak jauh darinya seperti terpaku melihat matanya.

Kai melepaskan tangan gadis itu dan terus berlalu pergi meninggalkan gadis itu.

Jane yang baru tersedar mulai terpinga pinga. Alamak?! Aku buat apa tadi. Gadis itu menepuk dahinya perlahan dan mulai mengutip beberapa barang nya yang masih berada di lantai dan segera berlalu keluar untuk pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience