Setelah habis kelas puan Amira tadi, kami pun pergi ke kedai makan. Selesai kami order makan kami sempat berbual kosong. `Qilla, kau tak rasa pelik ke?'soal Hana. `Pelik? Pelik kenapa pulak? 'soalku kembali. `Yelah si Khai dan si Hafi tu asyik kacau kita je'. Balasnya.`Ha kau tak payah nak cakap pasal depe kat sini. Tuu..'aku memuncungkan bibirku. Hana yang pelik pantas memandang. `Bala dah mai dah'. Gumam Hana dalam hati. Aku yang melihat reaksi Hana pantas tergelak kecil. Tahu sangat apa yang ada dalam otaknya itu. `Hello guyss! Korang berdua je ke kat sini? 'soal Khairul. `Taklah kami ada 6 orang'.balasku laju. Saja ingin menyakitkan hati mereka berdua ini. Hana yang mendengar pantas ketawa. Hafi memandang Khairul sebelum memandang aku. `Oooo... Tapi kan Qilla.. , kalau campur kami jadi 5 orang lah kan Qilla?' ujar Hafi seraya duduk di sebelahku. Aku tergamam. Sesuka hati aje duduk sebelah aku! `Tapi lagi 2 orang tu sapa? 'ujar Khairul pulak. Dia pun mengambil tempat di sebelah Hana. Aku dan Hana berpandangan. Tahu yang mereka mengenakan kami. Aku memandang Hafi yang sedang memandangku. `Lagi 2 orang tu adalah.. Belum sempat aku habiskan bicara si Hana dah menyampuk. `Bf kami berdua! Tapi mereka belum sampai lagi! 'sambungnya. Aku memandang Hana yang tersengih nakal. Aku memandang mereka berdua. Apahal muka mereka ni berubah?Belum sempat mereka balas, pelayan sudah meletakkan makanan yang kami order tadi. Bagi mengelakkan diri daripada disoal, Hana makan dengan lahap sekali. Aku tercengang memandangnya. Aku menggelengkan kepala sebelum makan. Tetapi hanya sebentar apabila aku tersedar si Hafi dan Khairul terus memandang Hana. Aku memandang Khairul seperti hendak makan si Hana saja. Aku tersenyum dan dengan pantas aku menyepak kaki Hana. `Oooo mak kauu meletupp!! 'latah Hana. Aku tergelak Besar. Manakala mereka berdua terpinga-pinga memandang aku dan Hana silih berganti. Aku berhenti ketawa apabila Hana menjeling tajam ke arahku. Aku menyambung kembali makan. Hana yang baru perasan dirinya diperhati terus memandang Khairul dan Hafi silih berganti. `Korang ni takde kerja ke? Tak lapar? Tak nak order makanan ke? Dah kenyang dah tengok muka aku ni'. Ujar Hana. `Betul ke? 'soal Khairul dan Hafi hampir serentak. Aku hanya memandang mereka seketika. `Betul apa?' soalnya kembali. `Betul ke korang berdua ni dah ada bf? 'soal Hafi laju. Dia memandangku. Aku hanya buat selamba. `Kenapa? Tak boleh ke kami Ada bf?' balasku pula. `Bukan tak boleh, tapi.. Belum sempat si Khairul menghabiskan percakapannya, kami telah disergah. ` Hanna Qelisha! 'sergah seorang dari belakang. Kami memandang serentak. Aku lihat air muka Hana berubah sebaik melihat mereka. Aku kenal sapa mereka. Mereka yang selalu mengacau Hana. `Ko.. Korang.. Nak.. Apa.. Soal Hana. Aku tahu dia mula takut. Aku pantas berdiri. Aku menuju ke arah mereka yang kini menuju ke arah Hana. `Korang nak apa dari kawan aku? 'soalku kasar. Hana, Khairul dan Hafi turut berdiri. Aku menarik Hana agar berdiri di belakangku. `Kalau korang still nak cari gaduh.. Please.. Ni bukan tempatnya.. Ingat.. Ni tempat makan.. Hormat sikit.. And malu lah sikit orang lain duk memandang.' ujarku. Heii kau! Kau jangan nak menyibuk hal kami bertiga! Balas Adam yang berdiri di sebelah Nizam. `Lagipun kau just kawan dia je kan? So tak payah menyibuk'. Sambung Adam lagi. Nizam sudah merapati kami. Tanpa sempat aku berbuat apa-apa si Nizam sudah menarik lengan Hana sekuat hati sehingga terlepas dari pergangan aku. Hana mengeringai. `Please Adam.. Nizam.. Please.. Lepaskan aku.. Rayu Hana. Lengannya masih digenggam kuat sehingga menampakkan kesan merah. Aku yang melihat semakin geram. `Nizam merapati tubuhnya ke tubuh Hana. `Kalau kau tak nak aku dan Adam berbuat apa-apa dekat kau, kau ikut kami sekarang! 'balas Nizam. Tanpa menunggu balasan dia sudah mengheret Hana. Adam turut membantu. Aku yang melihat pantas mengejar. `Korangg! Lepaskan Hana!!' jeritku. Belum sempat Hana dimasukkan ke dalam kereta.. Satu tumbukan dikenakan ke arah Adam dan satu tendangan dikenakan ke arah Nizam. Terjelupuk mereka berdua. Aku memandang. Hafi dan Khairul! Aku pantas mendekati mereka. Aku lihat Khairul sudah menarik lengan Hana. `Kau okay? 'soal Khairul. Hana hanya mengangguk perlahan. `Dah jangan menangis '. Pujuk Khairul. Aku yang melihat seperti merasakan yang si Khairul ni sukakan si Hana. Aku tersengih. Nizam dan Adam bangun. `Hoii jantan!! Bagi balik Hana!! Dia kami punyaa! Jerit Adam. Adam memegang pipinya akibat ditumbuk tadi. Sakit! Pedih! `Sapa kata dia korang punya? 'soal Hafi kasar. `Ehh kau jangan menyibukk!' balas Nizam. Dia terus menumbuk muka Hafi. Hafi terjelupuk di depanku. Hafi menyeka darah yang mengalir di mulutnya. `Tak guna!!! 'Jerit Hafi. Dia pantas meluru ke arah Nizam lalu menumbuknya kembali. Mereka saling membalas tumbukan. Manakala si Adam pantas meluru ke arah Hana dan Khairul. Sakit matanya bila melihat Khairul mengenggam erat tangan Hana. Tanpa Khairul sedar, satu tumbukan hinggap di pipinya. Dia terdorong ke belakang. Aku mengambil kesempatan untuk menyelamatkan Hana. Pantas aku berdiri di hadapan Hana. Hana memelukku sambil menangis. `Aku takut'. Bisik Hana. `Shh, dah kau tak yah takut. Kami ada '. Balasku hanya untuk menenangkannya. Aku sendiri pun takut. `Qilla! Baik kau blah! Lepaskan Hana!' Jerit Adam. Belum sempat Adam berbuat apa-apa padaku, dia sudah rebah. Khairul pantas mencengkam kolar Adam lalu ditumbuk pipinya silih berganti. Kami melihat sahaja adegan tersebut. Tiba-tiba `Berhenti! Okay kami blah! Tapi ingat Hana! Kami takkan lepaskan kau! Kau tetap akan menjadi milik kami!'Jerit Nizam yang sudah terbaring lemah. Khairul berhenti menumbuk begitu juga Hafi. Khairul berdiri di depan kami berdua. Dia melihat Hana masih menangis sambil memelukku. Dia merenungku. Aku hanya mengelenggkan kepala. Khairul memandang Nizam dan Adam semula. `Kau takkan dapat Hana. Dia milik aku!! 'Jerit Khairul. Kami yang mendengar terpempan apatah lagi si Hana. `Kau nak lawan dengan kami berdua? Takpe, kita tengok sapa yang dapat Hana dulu. Jom Adam. Blah!' ajak Nizam sambil bantu membangunkan Adam. Dia sempat menjeling ke arah Hana. Hana menangis sekuat hati apabila mereka sudah pergi. Aku memeluknya bagi menenangkannya. `Dahlah Hana.. Mereka dah pergi dah.. Shhhh'pujukku. Aku menggosok perlahan belakang Hana. `Aku takut.. Aku takut.. Balas Hana. Dia masih memelukku erat. `Shh.. Dah dah aku ada ni.. Khairul dan Hafi pun ada.. Kami semua ada ni.. Dah lah'. Pujukku lagi. Khairul yang melihat pantas mendekati Hana. Hafi mendekati kami. `Dahlah, jom aku hantar kau balik '. Ajak Khairul. Hana memandang Khairul sebelum menggelengkan kepala. `Aku perlukan Qilla. Hanya dia faham'. Balas Hana perlahan. Aku yang mendengar pantas memandang Khairul. Aku faham yang dia ingin berdua dengan Hana. Aku segera memujuk Hana. `Hana.. Dahlah.. Mereka dah blah dah.. Kau jangan nangis lagi.. Nanti kau pulak jatuh sakit.. Sekarang ni.. Kau balik dulu dengan Khairul.. Nanti kita jumpa kat asrama '. Ujarku. Aku merenggangkan pelukan. Aku menyeka air mata di pipi Hana. `Kau ikut Khairul balik ye'. Pujukku lagi. Hana hanya mengangguk perlahan. Aku tersenyum memandangnya. Pantas aku memandang Khairul yang sedang memandangku . Dia tersenyum sambil mengangguk. `Jom'. Ajak Khairul lembut. Hana hanya menurut. Aku menghantar mereka hingga mereka hilang dari pandangan mata. `Qilla'. Panggil Hafi. Aku memandangnya. Aku tersenyum. `Jomlah aku hantar kau balik sekali '. Ajak Hafi. `Takpe ke? Lambat pulak kau nanti'. Balasku. `Takpe. Jom'. Ajaknya lagi. Aku menurut. Usai kami masuk kereta, aku terus bersuara. `Thanks Hafi, sebab kau dan Khairul tolong Hana tadi. Kalau takde korang, aku tak tahu nak buat macam mana'. Ujarku. Hafi hanya tersenyum sambil mengangguk. Dia memulakan pemanduan.
Share this novel