Aku berkali kali diganggu . " Kenapa aku yang diganggu ? "
***
Aku ini tinggal seorang diri . Pada suatu malam , ada satu kejadian yang berlaku pada aku .
Ketika aku tidur , tiba tiba , aku rasa dihimpit . Aku cuba membuka mata .
Apa yang aku nampak mengejutkan aku .
Satu lembaga hitam sedang duduk atas aku sehingga aku tidak boleh bernafas .
Aku cuba beristighfar . Tetapi mulutku tidak boleh beristighfar .
Aku hampir rasa tak bernyawa kerana nafas yang tak cukup akibat dihimpit lembaga itu .
Ketika aku rasa sudah nyawa nyawa ikan , lembaga yang menghimpit aku hilang .
" Alhamdulillah . "
Aku mengucapkan syukur kepada tuhan kerana menyelamatkan aku , aku rasa sudah hampir mati , syukur lembaga itu hilang .
Itu adalah kejadian pertama yang aku terima . Selepas kejadian itu , pelbagai kejadian menyeramkan berlaku pada aku .
Share this novel