Bab 7

Romance Series 9630

BAB 7

Rutin hidup Maisarah kembali seperti biasa sekembalinya dia ke Kuala Lumpur. Hari itu, dia terpaksa tinggal di pejabat dan balik lewat. Di dataran parking kereta, Maisarah masih berada dalam keretanya bersandar. Tingkap diturunkan untuk menghirup udara dari luar. Penat mencari berita hari itu. Dia cuma mahu melepaskan lelah sebelum memulakan perjalanan pulang ke rumah.

“Sarah?” suara garau itu membuatkan tangan Maisarah menggeletar.Suara yang Maisarah kenal bertahun dahulu dan pernah mengkhianati dirinya. Dia cuba mencari kekuatan untuk menoleh ke arah wajah pemilik suara itu.

“Zikri! Apa yang awak buat kat sini?” sapa Maisarah terkejut. Zikri adalah punca dia berhenti dari kolej dan lelaki ini juga yang pernah menghancurkan hatinya hanya dengan kata-katanya.

"Saya berjumpa dengan kawan saya di sini. Saya dah nak balik dah tapi terperasan awak ada dalam kereta. Jadi saya datang tegur. Awak masih cantik seperti dahulu Maisarah," kata Zikri sambil memerhatikan setiap pinci wajah yang pernah menjadi kekasihnya dulu.

"Tak perlu bagi ayat manis tu. Saya dah lupakan semuanya tentang kita. Move on! Sudahlah saya nak balik," balas Maisarah kasar seraya menaikkan tingkap keretanya dan menghidupkan enjin. Maisarah terus menekan minyak meninggalkan Zikri di situ.

**********************

“Ada kiriman bunga ni untuk Sarah ni. Wow, ada peminat baru nampaknya ni. Walaupun lelaki itu hitam-hitam manis,tapi kacak jugalah! Tall, dark and handsome gitu,”usik Maria teman sepejabat Maisarah. Bunga di pangkuannya diserahkan kepada maisarah. Ada seorang lelaki kacak mengahmpirinya tadi dan meminta agar menyerahkan bunga itu kepada Maisarah.

“Eh,kau ni! Siapa pula yang bagi? Main ambil je. Kau kenal ke orang tu?" bidas Maisarah.

“Dia cakap bunga ni untuk kau. Siap sebut nama penuh lagi. Aku ingatkan dia memang kenal kaulah. Kalau tak silap aku dia kawan Razib si fotografer tu. Muka elok, tinggi lampai pula. Aku pun cair tengok," puji Maria.

“Kau ambillah. Aku tak suka bunga.Sudah,pergi buat kerja kau,” halau Maisarah.

“Tapi baca lah dulu kad ni. Baru tahu siapa bagi. Kot kekasih lama yang kirim,” Maria meletakkan kad kecil yang terselit di jambangan bunga itu di hadapan Maisarah. Dia ambil dan belek. 'Please forgive me love. Zikri.' Maisarah terus buang kad itu ke dalam tong sampah.

*******************

Maisarah meneliti wajahnya di hadapan cermin. Okay,semua nampak kemas.Dres hijau itu nampak terletak cantik di tubuhnya. Selendangnya dibelit kemas dan kali ni dia keluar dengan cermin mata bulat besar. Aishah selalu cakap yang mamanya ni ‘hot’ disebabkan penampilannya yang bergaya itu.

“Mama,kita pergi sendiri ke atau Uncle Erry Handsome datang sini?”.Teruja sekali Aishah hari ini. Fakhri mengajak mereka dua beranak keluar selepas Aishah selalu menelefonnya mengajak berjalan-jalan. Entah kenapa, manja betul Aishah dengan Fakhri sejak mereka bertemu bebrapa kali di kampung dulu. Malah, Maisarah juga sering bebrbalas mesej di WeChat dengan temanlamanya itu. Kadang-kadang Fakhri juga ada menelefonnya bertanya khabar.

“Uncle datang ambillah.Jom tnggu kat depan,” Maisarah menarik tangan anaknya keluar dari rumah. Maisarah tahu, Aishah suka apabila Fakhri selalu melayan karenahnya. Dia dahagakan kasih sayang seorang ayah.

Dan hari itu, Maisarah gembira melihat Aishah begitu ceria bergurau senda dengan Fakhri. Dan pada masa yang sama, ada seseorang memerhatikan kegembiraan itu dengan perasaan hasad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience