Bab 29

Vampire Series 4580

Situasi itu menjadi hiasan dalam mimpinya lagi . Sudah beberapa kali dia bermimpi tentang situasi ini .
Situasi dimana Cealyn dibunuh dan rebah di pangkuan seseorang . Dan akhirnya dia terjaga dari lenanya itu .
Bukan aku dapat apa apa pun kalau aku mimpi situasi itu lagi . Cubalah dia bagi mimpi pasal Henry ke apa . Dapat juga pentunjuk . Ini tak .

Matanya meliar memandang sekeliling rumah usang itu . Pelik.. kenapa nak bunuh Cealyn disini ? Dah tak ada tempat yang strategik sikit kah ?
Cakap pasal bunuh ni.. rasanya kalau aku elak serangan dia kali ni , apa akan jadi eh ?
Matanya meliar tanpa henti sehinggalah matanya terhenti di satu bingkai gambar . Matanya dikecilkan , memerhati siapa yang berada dalam gambar itu .

Wah ! Ada muka Cleo lah ! Tapi siapa gadis yang berdiri di sebelah dia tu ?
Dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah yang lagi berdiri di samping Cleo .
Baru saja tangannya ingin mengambil bingkai gambar itu , tiba-tiba...

“ Aku akan pastikan yang kau tak akan hidup bahagia bersama dia ! ”

Tepat pada masa dia akan diserang . Dan entah mengapa senang saja tubuh badannya mengelak dengan serangan pembunuh itu .
Kali ini , buat pertama kali dalam sejarah , dia berjaya mengelak serangan hendap pembunuh itu . Dah lah dia serang dari belakang .
Apa punya cara lah nak tikam dari belakang .

Pembunuh tu tertunduk membelakangi Emelyn . Perlahan-lahan dia berdiri lalu ketawa sinis . Dia memusingkan tubuhnya lalu menghadap Emelyn yang masih lagi terkaku .
Sekali lagi Emelyn mengecilkan matanya . Topi hoodie yang lagi menutupi wajah pembunuh itu menyukarkannya untuk mengenalpasti wajah itu .
Dia mengangkat wajahnya dan terserlah mata yang semakin merah . Benci dia melihat wajah gadis ini !

“ Cleo milik aku ! ” perlahan namun keras suaranya .

Dia mula berlari laju menuju ke arah Emelyn . Semakin hampir dan dia tersenyum sinis . Kukunya yang tajam bak pisau dikeluarkan .
Sekejap itu juga dia mencakar tubuh Emelyn . Nasib ini hanya mimpi tau ! Kalau tak , memang menangis tak bersuara aku dekat sini menahan kesakitan .
Tubuh yang terasa lemah itu jatuh rebah di pangkuan seseorang .

“ Cealyn ! ”

Serta merta matanya terbuka luas . Dia terduduk . Tangannya ditekankan di dadanya . Jantung berdegup kencang .
Baru aku sedar.. yang sambut Cealyn masa dia rebah tu bukan Cleo . Macam mana aku tahu ? Sebab suara yang menjerit tadi bukan suara Cleo .
Yang aku tau , Cleo meraung nama Cealyn masa diorang dekat taman di hutan . Huih pembunuh tu memang kejam tahap tak boleh nak lawan !
Boleh pula dia pindahkan tempat perpisahan diorang dekat taman . Kenapa tak biarkan dekat rumah usang saja ? Tepuk dahi jap .
Rumah usang tu mesti ada hubungan dengan Cleo .

Jeritan itu terngiang-ngiang di telinga Emelyn . Matanya terpejam sejenak . Cuba mengamati suara yang meraung nama Cealyn semasa dia rebah .
Suara ni..

Matanya terbuka luas . Air liur ditelan . Suara itu sama persis dengan Henry !
Ah ! Pembunuh tu siapa ?! Apa kaitan dengan Henry ?! Henry ni pula siapa ?!
Emelyn mencengkam kepalanya yang terasa sakit . stress , Stress , STRESS !

“ Kau okay ? ” soal seseorang . Laju saja tangannya menyentuh lembut bahu Emelyn .
Emelyn menoleh . Wajah risau Cleo menghiasi pandangan matanya .

“ Awak buat apa dekat sini ? ” soal Emelyn serius . Nah soalan berbalas dengan soalan .

“ Aku jaga kau lah . Mana tahu tiba-tiba kau arwah dekat sini , aku juga yang susah . ” kata Cleo selamba seraya duduk berhadapan dengan Emelyn .

Amboi , ayat bukan main beautiful ya !
Emelyn memejamkan matanya semula . Nafas ditarik dan hembus . Sabar..
Kalau marah sangat nanti parah . Ada juga yang terpelanting pergi luar negara .

“ Pergi lah mandi . Dah lewat ni . ” sambungnya semula .

Mata yang terpejam tadi dibuka luas . Jam tangan dikerling sekilas .
Wah ! Dah pukul 10 malam ! Tidur mati ke apa aku tadi ? Tapi jap..
Emelyn memandang wajah dihadapannya itu . Sepasang mata menawan lelaki itu ditatap dalam .
Cleo mengerutkan dahinya . Dah kenapa budak ni ? Kena sampuk masa tidur ke ?

“ Awak.. ” jari telunjuknya dihala tepat ke wajah Cleo .

“ Berapa lama awak ada dekat dalam bilik ni ? ” sambungnya lagi . Yalah , lama kot aku tidur tadi . Dari pukul 4 petang sampai 10 malam .
Cleo menjeling . Ingatkan nak tanya apalah dia tadi . Wajah serius bagai .

“ Dari pagi aku dekat sini . ” jawab Cleo mahu tidak mahu saja gayanya .
Emelyn tergamam . Dia memang tahu yang Cleo masuk bilik ni pagi tadi . Tapi takkan sampai tak keluar kot .

“ Buat apa ? ” soalan bonus diajukan .

Cleo menepuk dahinya . Bonus sungguh soalan gadis ini .

“ Belum tua lagi dah nyanyok . ” kata Cleo perlahan . Pandangan maha tajam dihadiahkan untuk Emelyn .

“ Aku jaga kau . Faham ?! ” keras suaranya .

Senyuman manis terukir di bibir Emelyn apabila mendengar jawapan dari si dia ehem .
Wah ! Tak sangka dia jaga aku sampai jam macam ni . Terharu jap hm .
Cleo mula mengorak langkah menuju ke almari . Emelyn hanya memandang tingkah laku Cleo .
Dia mengambil tuala lalu dengan selambanya dia membuang tuala itu tepat di wajah Emelyn .

Emelyn mendengus geram . Tuala yang masih melekat diwajahnya ditarik kasar .
Dia memandang tuala itu dan wajah Cleo silih berganti sebelum mengerutkan dahinya .

“ Nak buat apa dengan tuala ni ? ” soal Emelyn sambil menunjukkan tuala ditangannya .
Sekali lagi Cleo menepuk dahinya . Rambutnya diraup kasar .

“ Aku tanya kau . Semenjak aku hisap darah kau ni , memang otak kau seratus peratus jadi lembab ke ? ”
Semakin berkerut dahi Emelyn dibuatnya . Blur kejap .

“ Kau nak aku mandikan kau ke ?! ” meninggi suara Cleo . Stress tahap tak boleh dibawa bincang !

Bulat mata Emelyn mendengarnya . Oh kau bagi tuala ni untuk aku mandi . Ish lain kali cakap lah awal awal !
Aku ni pun satu.. sejak bila otak aku lambat sangat memproses ni ? Tanda tanda nak jadi orang gila ke apa ni hah ?
Emelyn tersengih apabila melihat wajah menyinga Cleo . Ala tu pun nak marah , chill man .
Lantas dia berdiri lalu berjalan menuju ke bilik air . Namun langkahnya terhenti , dia menoleh semula menuju ke arah Cleo .

“ Cleo.. ” panggil Emelyn sambil menyucuk belakang lelaki itu .
Cleo berpaling . Wajah menyinganya masih belum hilang .
Emelyn menghulurkan tangan kirinya . Berkerut dahi Cleo .

“ Nak aku hisap darah kau lagi ? ”

Berubah kelat terus wajah Emelyn mendengarnya . Ish dia ni !

“ Tolong buka balutan tu . ” pinta Emelyn yang masih menghulurkan tangan kirinya .

“ Kenapa ? Tangan kanan kau dah patah ? Dah tak boleh nak pakai ke ? ” soal Cleo lagi .

Emelyn mencebik . Dia ni memang tak boleh kalau sakitkan hati orang . Nak minta tolong pun susah .
Dia menoleh . Baru kakinya ingin melangkah , Cleo menarik semula tangan kirinya itu .

“ Mengada-ngada . ” kata Cleo perlahan . Sempat dia menjeling lalu membuka balutan di pergelangan tangan gadis itu .
Eleh.. marah marah tapi tolong juga bluerk .

“ Thanks honey . ” kata Emelyn perlahan apabila balutan itu sudah dibuka .
Berubah terus wajah Cleo apabila mendengar nama panggilan itu . Semakin menyinga reaksinya . Niatnya yang ingin mengherdik gadis itu terbantut apabila Emelyn terlebih dahulu melarikan diri masuk ke bilik air .
Cleo tersenyum sinis . Tunggu kau nanti .

Emelyn melihat wajahnya di depan cermin . Sempat lagi dia menghayal di dalam sebelum matanya menangkap seekor haiwan yang paling dia geli dalam dunia ni .

LIPAS !

Kelihatan lipas itu seperti berjalan menuju ke kaki Emelyn . Tidak tunggu lama Emelyn mula membuka langkah seribu .
Macam tengah dikejar hantu saja gayanya sekarang ini .

“ Cleo ! ” jeritnya lantang dengan larian tanpa henti .

Cleo yang baru ingin melangkah keluar terhenti mendadak apabila mendengar jeritan gadis itu .
Nafasnya ditarik dalam lalu menoleh .

“ Apa lagi ?! ” jeritnya . Hah sama sama jerit . Romantik bukan ? Ahak !

Emelyn masih lagi dengan lariannya . Apabila Cleo sudah ada didepan mata , tanpa sedar dia mula melompat lalu memeluk tubuh Cleo dengan erat . Takut nanti lipas tu masih mengejarnya .
Hah situasi dia sekarang ini ibaratkan seekor monyet tengah bersangkut di atas pokok ehem .
Cleo tergamam . Tangannya digenggam erat . Jantungnya berdegup kencang . Silap hari bulan boleh sakit jantung mati terus dibuatnya dengan perangai Emelyn .

“ Macam mana boleh ada lipas dekat sini . ” rungut Emelyn . Tangannya memeluk erat leher Cleo . Pedulilah dia mati tercekik sekali pun , yang penting lipas tu kena hilang dari pandangan .

“ Lipas ? ” Cleo menjengukkan kepalanya ke dalam bilik air .

“ Tak ada pun . ” kata Cleo perlahan .

Laju saja kepala Emelyn menoleh memandang bilik air . Namun tangannya masih erat memeluk lelaki itu . Serupa macam tengah mendukung anak saja rupa Cleo ni .

“ Tak nak lepas ke ? ” soal Cleo lagi .

Emelyn yang baru tersedar dengan sikapnya terus menoleh semula memandang wajah Cleo .
Dan sekali lagi mereka berdua tergamam . Tubuh bagai direnjat elektrik . Diam tidak berkutik langsung apabila menyedari bahawa bibir mereka saling bersentuhan .
Hadoi drama jenis apakah ini ?!

Akibat terkejut , Emelyn meleraikan pelukannya di leher Cleo . Dan..

BUK !

“ Auch ! ” Emelyn terjatuh ke lantai . Tangannya menggosok perlahan pinggangnya . Parah ui parah . Apa punya nasib lah .

Tanpa sebarang kata , Cleo mula mengorak langkah keluar dari bilik itu .
Bibirnya disentuh perlahan menggunakan ibu jarinya . Tanpa sedar senyuman kecil terbit di bibirnya . Eh ? Asal aku senyum ?
Cleo menggeleng lalu mengubah reaksinya menjadi reaksi serius .

Emelyn masih terduduk di lantai . Bibirnya disentuh lembut . Dia mula menepuk dahi sendiri .
Malang betul aku hari ni ! Malang !

Tangannya ditekankan di dadanya sendiri . Jantung berdegup kencang , nafas bagai tidak teratur . Kalau boleh nak saja putus nafasnya disitu .
Wajah merona merah . Senyuman kecil diukir .

Inikah yang dinamakan cinta ? Ehem.. Jangan marah ye hehe .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience