“Selamat pagi Encik Farish.”
“Can you do me a favour?”
“Ada apa Encik Farish?”
“Tolong batalkan appointment saya dengan wakil Dhaz Holding petang ni. ” jelas Farish, Tiana mengangguk-ngangguk sambil tangannya pantas menulis pesanan di buku notanya.
“Encik Farish ada jumpa client lain ke petang ni.”
“Tak cuma, personal matter,” ujar Farish sambil melangkah menuju ke biliknya.
“And one more….” Tiana yang baru hendak duduk, segera bangun semula.
“Buatkan kopi pekat sikit untuk saya. Saya tak dapat tidurlah malam tadi.”
“Biasalah tu Encik Farish, rumah baru. Ambil masa nak sesuaikan diri.”
“Mungkin juga.” Farish senyum hambar dan mengatur langkahnya semula menuju ke bilik pejabatnya.
Sebaik meletakkan beg berisi laptop di atas meja, Farish melangkah ke arah tingkap kaca di sudut kiri pejabatnya. Permandangan yang berlatarbelakangkan KLCC itu sentiasa menjadi pilihannya setiap pagi. Ketika itulah wajah Wani menerpa kembali. Kelakar pula apabila difikirkan ketika dia menyergah Wani petang semalam.
Itu adalah tindakan spontan lantaran, dia sendiri agak terkejut apabila kepala Wani tersembul di sebalik tembok semalam secara tiba-tiba.
Riak wajah Wani ketika memang priceless dan sudahnya sampai ke malam gadis itu melancarkan perang dengannya dan niat mahu meminta maaf tidak kesampaian.
Petang itu selesai sahaja urusan di pejabat, Farish pulang awal ke rumah kerana banyak lagi barang yang tidak berkemas. Sebaik dia memberhentikan kereta di laluan masuk rumahnya, telefon bimbitnya berdering.
Share this novel