BAB 8

Horror & Thriller Completed 13860

Tidak *semena mena mata Airin terbuka lalu mencekik Irfan. "Kau
dah sedar kan! HAHAHAHAHA" ngilai Airin. Mata Irfan terbuntang seperti
hentak terkeluar. Kalau boleh dia mahu guna pintu doraemon dan kembali
ke masa lalu. Perbaiki kesilapan dia. "Kau Pergi!" Jerit seorang pemuda.
Bayangan Airin terus hilang dari mencekik Irfan. Irfan sesak. Sesak nafas.

"Abang tak apa-apa?" Tanya pemuda itu. "Tak tak, abang okey. Terima
kasih dik. Kejap. Adik sapa?" Tanya Irfan yang masih mengurut urat-urat
lehernya. Sakitnya masih terasa.

"Saya Azhar, adik Airin," balas Azhar sambil menundukkan kepalanya.
Irfan terkejut. Dia hanya tahu Airin mempunyai 3 orang adik beradik
tetapi tidak pernah ketemu. "Abang mintak maaf, semua ni salah abang,"
kesal Irfan. " tak ada yang perlu dikesalkan abang. Abang datang dengan
kawan kan? Mari kita cari kawan abang," ajak Azhar. Mulut tersenyum.
Entah kenape Irfan berasa bulu romanya sedang meremang.

"Rahman!"

"Abang Rahman!"

"Mana kau Man?"

Irfan dah Azhar masih mencari. Hari sudah semakin gelap. Sudah pukul 12
agaknya. Cahaya bulan sudah malap. "Cahaya bulan malam ni cantik kan
abang?" Azhar merenung bulan itu. Bulan penuh. Gila ape budak ni?
Punyelah seram bulan tu kau cakap cantik?! Bisik hati Irfan. "Mari
abang" Azhar melangkah. Irfan tidak tahu kemana Azhar mengatur langkah.

Setelah hampir 15 minit mereka berjalan, mereka tiba disuatu kawasan
yang banyak unggun api yang mempunyai dua batang kayu dan...

"RAHMAN!tu Rahman," jerit Irfan lalu berlari ke arahnya.

Pakk~~~
---

Kat mana ni? Kenapa ni? Mata Irfan terbuka sedikit. Dia melihat seorang
bomoh sedang melakukan.... apa tu? Kurang jelas. Pemujaan! Entah apa
yang dibaca bomoh itu dia tak tahu. Yang pasti ia sesuatu yang buruk.
Irfan diikat ditiang. Dia melihat Rahman yang merenung bomoh itu.
"Bodoh! Lepaskan aku" tepik Rahman. Ikatan tangangganya digerak kasar.

"Kau lah diam tak guna," marah seorang lelaki. "Azhar?" Irfan bingung.
Ini prank ke ape?

"Hahahaha. Kau fikir macam tu je aku nak maafkan kau dengan apa
yang kau buat kat kakak aku! Aku tahu kami miskin tapi kakak aku tu
sebaik baik manusia. Kau sia-siakan dia tak guna!" Tepik Azhar. Air
matanya menitis.

Seorang perempuan hanya melihat drama itu. "Aina?" Soalan Rahman. Pelik
bin ajaib. Bagaimana? Kenapa? Mengapa? "Oh lupa aku nak cakap yang aku
adik kedua Airin. Even aku ni tak dek lah suke sangat kat kakak aku tapi
dia tu yang bele aku dari kecik sejak mak ayah aku mati. Sekurangnya aku
tahu nak balas. Daripada kau. Kakak aku dah bagi badan dia kau tak reti
bersyukur.huh. lelaki memang tak pernah cukup kan," sinis saja ayat Aina.

"Aku buat ade sebab," Rahman tunduk merenung lantai."Sebab apa? Sebab
nak lindungi bapak kau macam syaitan tu?tak perlu kot aku rasa," Firdaus
mengepal penumbuk. Mahu saja disiat siat kulitnya Rahman dan Irfan .
Kesal mungkin. "Kau sia-siakan dia jadi aku nak ini ialah pembalasan,"
Firdaus melangkah perlahan lalu membisikkan sesuatu pada bomoh itu.
Bomoh itu hanya mengikut. Ayat yang dibaca lebih kuat. Muncul asap putih
yang entah dari mana. Rahman dan Irfan berpandang sesama sendiri.

Muncul seorang gadis. Sayu memandang mereka dua orang.
"Rahman~"lembut saja dia menyeru nama bekas kekasihnya itu. "Maafkan aku
Airin! Ye aku tahu aku salah. Aku berdosa ngan kau. aku berdosa dengan
tuhan! Maafkan aku. Aku mohon." Rayu Rahman.

Tiba-tiba tok bomoh itu seperti kekesakan nafas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience