Tok! Tok! Tok! Maksu mengetuk pintu bilik Saraa.
"Iya, kenapa Maksu?" tanya Saraa selepas membuka pintu.
"Jom kita makan tengah hari sama-sama. Syaza dan suami dia pun ada sekali," ajak Maksu.
"Suami dia ada sekali?"
"Ha'ah. Jomla. Syaza belum tahu lagi kamu dah balik ni sebab tu Maksu ajak dia makan tengah hari sekali dengan kita," Maksu kelihatan begitu teruja.
'Seriusla dia belum tahu aku dah balik? Dia bertapa ke apa selama ni sampai tak tahu perkembangan semasa? Serumah kot' Saraa bermonolog dalam hati.
"Buat apa termenung lagi ni? Jomlah,"
"Ah ye la. Maksu pergi dulu nanti Saraa menyusul. Saraa nak pakai tudung jap," ujarnya.
"Okey," Maksu mengangguk terus berlalu ke dapur.
Saraa mengenakan tudung berwarna hitam lalu mengekori langkah Maksu untuk ke dapur. Dia juga mengukir senyuman manis untuk bertemu dengan Syaza.
"Hai Syaza!" tegurnya riang setelah mengambil tempat duduk di hadapan Syaza.
Syaza kelihatan agak terkejut melihat gerangan yang menegurnya itu. Dia seperti tidak percaya bahawa Saraa kini duduk di hadapannya. Suami Syaza pula memandang Saraa dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan sedari tadi.
"Ka..kau Saraa?" tanyanya.
"Mesti kamu terkejut kan?" Maksu senyum melihat reaksi wajah Syaza apabila melihat Saraa duduk di hadapannya.
"Akak Saraa dah tiga hari kat sini, Kak Syaza je baru tahu," ujar Mikail sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya.
"Kenapa kau balik sini semula?" tanya Syaza. Matanya masih tidak lepas dari memandang wajah Saraa.
"Aku perlu ada sebab dulu ke untuk duduk rumah ni?" tanya Saraa sinis.
"Ni siapa ni Maksu?" tanya suami Syaza menyampuk perbualan isterinya dengan Saraa.
"Ni Saraa, cousin Syaza," jawab Paksu setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Oh, Saraa. Cantik orangnya. Kalau dulu Haris kenal dia sebelum Syaza, mesti Haris dah terpikat dengan dia," suami Syaza yang bernama Haris itu menjilat bibirnya memandang wajah Saraa.
Mendengar kata-kata suaminya itu, Syaza terus mencubit lengan Haris. Haris mengaduh kesakitan.
'Euwww disgusting'
"Kau nak perhati muka aku ke nak makan, Syaza? Aku nak makan ni. Malulah aku kalau kau asyik perhati je muka aku yang cantik ni," ujar Saraa yang sengaja untuk menyakitkan hati Syaza.
"Ha'ah la sayang. Abang tahulah muka Saraa tu cantik tapi sayang kena makan jugak. Kalau perhati wajah Saraa ni boleh kenyang, abang pun nak jugak," ujar Haris pula.
Syaza menjeling suaminya tajam.Saraa, Sufrina dan Maksu mempamerkan riak wajah geli mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haris. Paksu pula langsung tidak mengendahkan perbualan mereka.
"Dah dahla berborak, kita makan dulu. Lepas ni baru kita berborak puas-puas ya," Maksu bersuara.
...
Usai makan, semua orang duduk bersantai di ruang tamu kecuali Saraa. Saraa menawarkan dirinya untuk membasuh pinggan kotor di singki. Melihatkan Saraa seorang diri di dapur, Haris cuba untuk mendekatkan diri dengannya.
"Hai," tegurnya.
"Yes? Nak apa?" tanya Saraa.
"Nak berkenalan, boleh?" Haris sedaya upaya untuk membuatkan Saraa bertentang mata dengannya.
"Tak boleh,"
"Kenapa?"
"Aku hanya akan berkawan dengan lelaki yang kacak dan berduit je," jawab Saraa selamba.
"Oh jadi kau nak kata aku ni hodoh dan miskin lah?!" Haris tidak berbuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Saraa.
"Ha kalau dah tahu, jangan ganggu aku lagi. Kau jaga je isteri kau tu baik-baik,"
Wajah Haris mulai merah. Dia menggenggam tangannya tanda geram dengan kata-kata Saraa.
"Abang. Kenapa lama sangat kat dapur ni? Tadi kata nak minum je kan?" tegur Syaza mendekati mereka berdua.
"Abang tak jadi nak minum. Hilang haus abang tengok perangai cousin Syaz ni," jawabbya lalu kembali semula ke ruang tamu.
"Kau borak apa dengan laki aku?" soal Syaza kepada Saraa. Curiga.
"Takde borak apa-apa," jawab Saraa tanpa memandang wajah Syaza.
"Kau jangan nak tipu aku. Kau ingat ya, jangan nak menggatal dengan dia. Dia aku punya," Syaza memberi amaran.
Saraa tersenyum sinis mendengarnya.
"Sekurang-kurangnya aku menggatal, tak sampai kena tangkap khalwat tau. Ingat tu," ujarnya sinis.
Wajah Syaza memerah mendengarnya. Nafasnya jelas kedengaran tidak teratur.
"Kenapa? Aku salah cakap ke? Lagipun kau tak perlu risaulah, aku takde taste pun kat laki kau tu. Nak muntah lagi ada lah aku tengok dia," Saraa tertawa kecil.
"Kau jaga sikit mulut kau!" marah Syaza apabila suaminya dihina sebegitu.
"Oops! Sorry!" Saraa berpura-pura menampar mulutnya sendiri.
"Dahla Syaza. Orang mengandung ni tak baik marah-marah tau. And one more thing, kau jangan nak sibuk hal aku sangat ya? Takut nanti anak kau terikut perangai aku yang menggatal ni pulak," Saraa menepuk-nepuk bahu Syaza lembut sebelum berlalu ke ruang tamu meninggalkan Syaza berseorangan.
"Kau masih macam dulu kan, Saraa. Suka nak sakitkan hati aku," gumam Syaza seorang diri sambil menggenggam tangannya.
Share this novel