21.

Romance Completed 46610

"Mel, Aura nak pergi mana?" Tanya Uthman mengejar Melissa yang sedang melihat drawing ditangannya.

"Biarlah dia pergi. Kat sini pun orang banyak benci dekat dia." Kata Melissa.

Dia mulai bekerja semula dan menunjukkan hasil drawing pada penyelia tapak itu.

"Aura nak kemana?" Tanya Uthman pada dirinya lalu mengeluarkan phone dari poket uniformnya.

Dia menghubungi nombor Aura namun tidak aktif.

"Shittt!!!" Uthman memaki dirinya sendiri lalu pergi semula kekeretanya dan mencuba mengejar kereta honda Jazz milik Aura.

"Kenapa kau harus tinggalkan aku Audra disaat aku mulai membuka jati aku untuk kau." Kata Uthman.

Uthman terperangkap dalam kesesakan. Dalam emosi dia menghempas stereng keretanya dengan kuat.

"Kau bodohlah Uth. Kenapa mulut kau lancang sangat semalam!!!" Teriaknya dari dalam kereta.

Uthman sampai diairport dan melihat Honda Jazz milik Aura ditempat letak kereta.

Dia keluar dan mencari kelibat Aura. Dari bawah hingga ia naik ketingkat atas, Namun wajah Aura tidak kelihatan.

"Kau kat mana Aura." Rintihnya meraup wajahnya kasar.

Hampir senam dia disana mencari Aura namun harapannya untuk menemui Aura Hampa.

Akhirnya dia pulang semula ke Pangkalan pada jam 6 petang.

"Macam mana kau jumpa?" Tanya Zul.

Uthman menggelengkan kepalanya lambat.

"Mel bagitahu aku dia sambung Master cuma Mel tak bagitahu aku dekat mana. Sambil tu Mel cakap Aura bawa hatinya yang retak dan hanya menanti belah. Sebab tu dia taknak lama dekat dengan kau takut dia tambah kecewa." Kata Zul menambah cerita dari Melissa.

"Aku tak tahu yang dia ada perasaan yang sama dengan apa yang aku rasa sekarang ni Zul." Kata Uthman.

Uthman mencuba menghubungi Aura lagi. Namun tetap sama phonenya tidak aktif.

Dia melihat Status yang ditulis oleh Aura mungkin sebelum dia berangkat tadi.

-SIAPA AKU DALAM HATIMU AURA.- Uthman.

Uthman memejamkan matanya menahan rasa sakit ditinggalkan buat kali kedua. Namun sakit yang dirasa kini lebih sakit dari sakit dia tahu Melati bersama Abangnya Luthfan.

"Tutup hatiku untuk hambamu yang bernama perempuan kecuali Gadis bernama Aura Ya Allah." Kata Uthman akhirnya.

Aura kini menapak di Pulau Mutiara laut China Selatan. Dia menuju kearah teksi parking.

"Mau kemana Lai?" Tanya Pakcik teksi.

"Boleh tak hantar saya dekat Lazenda hotel?" Kata Aura.

"Ooo boleh. Bah naiklah. Beg tu biar paci masukkan."Kata Pakcik teksi.

Aura menghidupkan semula phonenya dan terlihat beberpa Missed call dari Uthman, Farel dan Mateen termasuk Auni.

Aura mengambil gambar masanya diairport tadi dan masukkan dalam status Whatsappnya dengan Caption (TARUHKAN JUTAAN PURNAMA )

"Bah kita jalan nak ah." Kata Pakcik tadi.

"Ok." Kata Aura.

Sebabnya datang ke Labuan bukanlah kerana ingin sambung belajar melainkan dia mendapat tawaran menjadi Jurutera dalam bidang minyak dan Gas.

Dia harus melaporkan dirinya dalam Pertonas Methanol esok pagi pada jam 8.

"Pakcik. Esok boleh tak, Pakcik hantar saya dekat Petronas Methanol?" Tanya Aura.

"Ooo Boleh eh. Keraja disanakah?" Tanya pakcik lagi.

"Haah. Baru je nak lapor diri esok." Kata Aura.

"Syukur. Basar gaji tu lai." Katanya lagi.

"Alhamdulillah Pakcik." kata Aura.

Aura sampai dihofel Lazenda dia memberikan Wang RM50 pada Pakcik tadi.

"Banyak jua. Nada duit damitmu.?" Tanya Pakcik tu.

"Takpe rezeki Pakcik. Saya sedekah." Kata Aura lalu mengambil begnya yang dihulurkan oleh Pakcik tadi.

"Terima kasih nak. Mudahan dipermudahkan urusanmu esok." Kata PakCik tadi.

"Aamiin." Balas Aura.

Dia masuk kedalam hotel dan mengambil kunci dikaunter. Dia book awal sebelum dia sampai kesana.

"Thanks." Kata Aura berlalu menaiki lift naik ketingkat 5. Dia mencari nombor biliknya.

"Assalammualaikum." Salamnya dan masuk kedalam bilik disewanya.

Dia mulai membedsihkan diri sebelum turun mencari makan dekat area bawah.

Uthman melihat status Aura yang baru diupdatenya beberapa minit. Dia mulai menghubungi nombor Aura namun tiada jawapan.

Mendail semula dan masih sama tiada jawapan.

"Kau cabar aku Aura. Kau cabar sabar aku." Kata Uthman.

"Sabarlah. One day nanti dia akan balik. Lagipun Kalau betul kau dan dia berjodoh aku pasti kelak kau akan menemui dan bersatu dengannya." Kata Tuan Jamil.

"Tuan!!" Zul berdiri didepan mejanya. Namun tidak Uthman. Uthman hanya mampu memejamkan matanya menahan sakit dihati.

"Sebaiknya kau yang akan saya Posting supaya kau lupa dengan semua ni." Kata Tuan Jamil.

"Hantar lah saya kemana je Tuan. Asal saya dapat lupakan dia." Kata Uthman berterus terang.

"Bukan senang nak lupakan seseorang ni Uth. Saya tak suruh awak lupakan dia saya cuma nk awak lupwkan masalah awak saat ni." Kata Tuan Jamil.

Uthman hanya mampu dia. Taknak melawan kata ketuanya. Saya akan hantar awak kesatu negeri ni sebab mereka kekurangan Staff Penembak Jarak Jauh." Kata Tuan Jamil.

"Kemana?" Tanya Uthman.

"Pulau Mutiara. Labuan." Kata Tuan Jamil.

"Bila?" Tanya Uthman lagi.

"Saya akan urus mybe Bulan depan." Kata Tuan Jamil.

Uthman hanya mampu menganggukkan kepalanya setuju.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-06-01 20:52:24 

sama tmpt jugak uthman kena p


NovelPlus Premium

The best ads free experience