Hana Aishah tersenyum lebar pagi itu. Saat dia melangkah keluar daripada bank itu , terasa satu bebanan hilang daripada pikulannya. Bermula hari itu dia pasti hari – hari yang mendatang akan bertambah baik. Matanya memandang ke langit biru yang dipenuhi dengan awan yang membentuk pelbagai corak. Senyuman di bibirnya semakin mekar.
“I wanted to question You for giving me such a hard life. The test You`ve seen my way .. MasyaAllah , its like never ending. And then like every single time , You lift one of my burden and make me unable to question nor being mad at You” mulutnya berbisik sambil memandang langit.
“I could never be mad at You. You are the only One who has been there for me all through my life. So I guess I`m just sad when the test gets too hard” dia menyambung bicara dengan penciptanya tanpa memperdulikan pandangan orang sekeliling yang memandangnya pelik kerana berbisik memandang langit.
“I`m just mad that You always push me to my limit till the point that I almost give up. Why?” Hana Aishah terus bertanya kerana sehingga saat itu dia tidak tahu mengapa Tuhan mengujinya sebegitu rupa. Semenjak pertemuannya dengan Fakhrul sehingga saat itu , setiap saat hanya kesakitan yang menemaninya.
“I guess I`m just underestimating my strength. Like how you shown me today” tawa gembira meniti bibirnya saat kata – kata itu diungkapkannya.
“I miss You so today I`m going make a promise to You that I`ll save more money so we can go and visit Your Holy Land” Hana Aishah berazam saat itu.
Matanya dipejam rapat saat ketenangan yang susah menjengah hatinya perlahan – lahan menyelubungi dirinya. Untuk hari itu dia tidak mahu diselubungi rasa pilu. Untuk hari itu dia mahu gembira walaupun hanya untuk sehari. Nafasnya dihela lega sebelum matanya kembali dibuka. Dia memandang kearah manusia yang berjalan laju mengejar masa. Pelbagai reaksi , pelbagai ragam , pelbagai cerita yang mereka bawa.
Kakinya kembali mengorak langkah. Hari itu dia mengambil cuti. Mahu menguruskan hal ini. Syukurnya tidak terhingga kerana satu tanggungjawabnya sudah terlangsai. Dia tahu ada banyak lagi hal yang perlu dirisaukan tetapi untuk waktu itu dia mahu menolak segala permasalahannya ke tepi dan menikmati secebis rasa bahagia yang menjengah.
Penat bergelumang dengan derita yang seperti tiada henti. Dia sudah terbiasa dengan kesakitan tetapi dia bimbangkan Adam. Bimbang sekiranya segala emosi negatif yang dia rasai akan memberi kesan kepada Adam. Sekiranya Adam membesar menjadi insan yang sentiasa negatif kerana dirinya yang tidak mampu mengawal emosi sendiri. Bimbang sekiranya Adam akan membesar menjadi seperti Fakhrul. Menyakiti kerana takut disakiti.
Lamunan Hana Aishah terhenti saat dia berdiri di hadapan deretan rumah bandar yang dia sudah arif itu. Kakinya melangkah perlahan ke lot nombor 5 deretan rumah bandar itu. Matanya memandang kearah plat nama yang sudah tersemat ke dalam mindanya. Professor Dr A. Willliam. Master in Psychiatry with PHD in Psychology.
“You need this. Trust me” kata – kata Mikhail sewaktu kali pertama dirinya dibawa ke situ. Tanpa sebarang amaran tiba – tiba dirinya sudah berada di situ. Hadiah Mikhail untuknya sempena enam bulan kelahiran Adam.
Rutin biasanya. Menekan loceng antik yang berderet itu kemudian menunggu lima minit sebelum dia dapat mendengar sahutan penyambut tetamu yang sudah silih berganti. Siapa sangka dia akan sampai ke tahap itu. Seorang doktor yang memerlukan bantuan kepakaran doktor lain. Dan seperti selalu hatinya tertawa sinis memerli.
Bukan takut kerana dilabel gila tetapi bimbang memikirkan dirinya yang tidak mampu mengawal emosinya sendiri inikan pula mahu membesarkan satu nyawa yang masih mentah. Kalau dahulu setiap dua minggu dia akan ke situ tetapi semenjak setahun lepas , temu janjinya dijarakkan. Katanya dia sudah stabil. Tapi stabilkah dia sekiranya tidur malamnya tidak pernah lena. Setiap malamnya ditemani mimpi ngeri.
“Hello there. Do you have an appointment today dear?” Hana Aishah tersenyum sendiri mendengar suara wanita lain menegurnya sekaligus membawanya kealam reality.
“Yes. I`m Hana” Hana Aishah menjawab pendek.
Tidak sampai beberapa saat bunyi klik di pintu menandakan penguci sudah dibuka dan dirinya boleh membuka pintu klasik bercorak viktorian itu.
Saat dia melihat wanita Britain yang kelihatan dalam usia awal 20an itu dia pasti ada cerita menarik yang akan dia dengar pagi itu. Dia tersenyum pendek sebelum duduk di ruangan menunggu yang bertemakan warna ungu itu. Tema moden minimalis itu menenangkan dirinya setiap kali dia kesitu. Mungkin kerana itu ruangan itu direka sebegitu.
“Ms Hana. You can go in now” Hana Aishah memandang kearah pembantu klinik itu. Setiap kali kunjungannya , setiap kali itu cara layanan akan berubah kerana orangnya berubah.
“Hello there my favourite listener” dan itulah sambutan lelaki British separa abad itu. Tidak pernah berubah.
“Hi there my favourite story teller” Hana Aishah mengeyit matanya rapat. Punggungnya dilabuhkan pada sofa yang menjadi tempat kegemarannya. Satu – satunya perkara yang dia sukai dengan bilik itu.
Beg tangannya di letakkan di meja kaca yang bertentangan dengan sofa berbentuk L itu sebelum seperti selalu tubuhnya dibaringkan. Nafas kelegaan dihela saat sofa berwarna ungu yang lembut itu menyentuh belakang tubuhnya. Kelembutan sofa itu mendatang satu rasa yang selalu dia mahukan walaupun terkadang dia benci. Pelik tetapi dia sudah lama tidak memahami dirinya sendiri. Perasaannya bukan lagi miliknya. Perasaan itu datang dan pergi sesuka hati tanpa dia sempat mahu menghadam.
“Deep thought today. Any chance I get to know a glimpse of it?” Hana Aishah tertawa perlahan mendengar soalan itu.
“Any chance you`ll give me a different excuse on why there`s another receptionist upfront?” pecah tawa lelaki itu mendengar jawapan balas Hana Aishah. Mata Hana Aishah masih difokuskan pada ukiran klasik pada siling plaster di bilik itu. Dia sudah hafal setiap lekuk di ukiran itu. Semenjak dia sampai di negara itu minatnya pada unsur vintaj semakin mendalam. Sebabnya malas mahu dicari.
“The previous one doesn’t fulfil my criteria” bibir Hana Aishah terus mengukir senyuman penuh bermakna. William menanti balasan seterusnya.
Pertama kali dia berjumpa dengan wanita ini hampir dua tahun lepas. Misteri yang dibawa wanita itu masih tidak dapat dirungkai hingga ke saat itu. Setiap pertemuan mereka mendatangkan lebih banyak teka teki yang tidak mampu dia rungkai. Pesakit yang paling mencabar di dalam kareernya. Mungkin kerana sebagai seorang pengamal perubatan Hana Aishah sendiri tahu Teknik – Teknik yang dia gunakan.
“You mean socially and professionally” Willam tersenyum. Mengiakan tidak , menidakkan pun tidak. Wajah Hana Aishah yang seperti selalu kosong tanpa sebarang solekan itu dipandangnya.
“You`re wearing colours today. Any good news?” baju gaun labuh yang berwarna hijau lumut itu menarik perhatiannya. Hana Aishah selalunya akan memakai sama ada warna hitam atau warna kelabu atau seangkatan dengannya. Sangat susah untuk melihat wanita itu memakai warna selain warna seperti orang berkabung itu.
“Evading as usual” bibir nipis itu mengukir senyuman sikit. Wajahnya Hana Aishah dipalingkan memandang kea rah William yang entah bila bergerak daripada mejanya kea rah sofa satu bertentangan dengannya. Rambut lelaki itu yang semakin memutih dipandang Hana Aishah.
“Do you know I have a thing for grey haired guys?” Hana Aishah meluahkan fakta tentang dirinya.
“Nope cause you rarely talk. And you`re evading my question too. I guess we are fair” William memandang kearah buku notanya di atas meja kayu berwarna putih itu. Sengaja diletakkan di situ kerana dia tahu Hana Aishah tidak suka sekiranya diperlakukan seperti pesakit.
“I finally settle my debt today” jelas keceriaan Hana Aishah saat bibirnya berbicara. Anak mata coklat itu kelihatan bersinar sedikit hari itu.
“How does that makes you feel?” William bertanya tenang.
“Happy when I came out from the bank but now annoyed cause you`re handling me like a patient” walaupun Hana Aishah sembunyikan , William dapat menangkap nada tidak berpuas hati wanita itu.
“Shall we have a beer to lighten up the mood around here” pertanyaan serius William itu dibalas dengan renungan kosong Hana Aishah.
“Its not profession because you are working and I`m a muslim so nope. No devils pee for me” Hana Aishah kembali berbaring terlentang.
Tangannya diletakkan di atas perutnya yang kempis itu. Matanya kembali fokus pada ukirang di siling plaster itu. Ada 32 kuntung bunga lili yang diukir cantik dalam bentuk bulat di tengah – tengah siling plaster itu. Apakah maksud yang cuba pengukir itu sampaikan masih tidak dia fahami. Puas dia mencari di Google. Mungkin sudah tiba masanya untuk melawat tempat yang dahulu menjadi kegemarannya. Perpustakaan.
“You are happy but I can sense that you`re upset about something. Care to share with your colleague here” William memecahkan lamunan Hana Aishah. Membawanya kea lam realiti.
“We don’t work together so we are not colleague and how do know?” Hana Aishah membalas bosan.
“Hmm , so are we friend? And believe it or not in a couple of month we`ll have our second anniversary since we`ve met” bibir nipis itu kembali mengorak senyuman saat William berbicara. Cara lelaki British itu memujuknya.
“Nope. We`re complicated. Lets keep it like that” Hana Aishah menyambung sebelum suasana sunyi menyelubungi mereka.
William diam tanpa berbicara. Cuba membaca wanita itu daripada riak wajahnya. Seperti selalu dia gagal. Mata itu seperti membawa satu cerita gelap kerana itu dia pasti Hana Aishah sentiasa suka melarikan wajahnya.
Kali pertama dia bertemu Hana Aishah , wanita itu diam tanpa bicara. Kalau bukan kerana anak muridnya Mikhail menyakinkan dia Hana Aishah bukan bisu pasti dia sudah menggunakan bahasa isyarat untuk berbicara. Sepanjang dua jam sesi mereka , hanya kebisuan. Pada temu janji ketiga barulah dia dapat mendengar suara Hana Aishah.
“Remember your first sentence to me?” William tersenyum sendiri mengingatkan ayat pertama Hana Aishah kepadanya.
“William. You got a problem” Hana Aishah tersenyum lebar saat dia mengulangi ayat pertamanya kepada William.
“And boy of boy. Almost 2 years after that” William tertawa besar. Semakin sukar pesakitnya , semakin dia sukai. Cabaran itu mendatangkan kejayaan yang tidak dapat dia ungkapi.
“I saw them” Hana Aishah yang sedang merenung William yang sedang tertawa besar itu berbicara.
Buat pertama kalinya William dapat merasai emosi pahit yang dirasai wanita itu. Bibirnya diam tanpa bicara. Lama wanita itu jeda. Mata biru seperti laut itu merenung ke dalam anak mata coklat Hana Aishah. Dia mengosongkan segala emosinya untuk tidak mematikan ceritera wanita itu.
“It has been 2 years and 7 months since the incidence” Hana Aishah menyambung.
“They were my final blow” getaran di sebalik nada Hana Aishah cuba disembunyikan sebaik mungkin.
“I went to the abortion center” saat itu getaran Hana Aishah tidak dapat dia sembunyikan.
“Scott was there. Holding my hand throughout our journey there until I sat on the stirrup” mata coklat itu disembunyikan apabila Hana Aishah memejam matanya rapat. Tetapi William dapat melihat getaran di bibir nipis itu. Tangan yang tadi diletak di atas perut Hana Aishah sudah digenggam erat. Tangan kanan dan kiri Hana Aishah meramas satu sama lain.
“I didn’t want to go through another pain. Everything was repeating yet again” Hana Aishah menyambung dalam getarannya.
“The accusation, the lies, the pain, the frustration, the anxiety. Everything was happening again. It’s going to hurt again. I … I knew it” mata Hana Aishah dipejam rapat. Lama Hana Aishah jeda. Mencari kekuatan di dalam kesunyian di kamar itu. Sesekali kedengaran bunyi hon kenderaan.
“So, this time around. I will end it” William dapat merasai keyakinan wanita itu dalam keputusan yang mahu diambilnya saat yang sedang diceritakan Hana Aishah itu.
“I won’t go through the same thing. I get to decide this time around” saat kata – kata itu meluncur dibibir Hana Aishah matanya memandang William penuh keyakinan.
“Scott told me. He`ll be there which ever path I take. He told me I`m a strong woman. He said I get to decide because its my body” William mengharapkan wajahnya tidak menunjukkan reaksi terkejutnya saat melihat air mata Hana Aishah yang mengalir.
“I didn’t have money. I was living with 3 men because they pitied this single mom. I was living out of other people`s pity” Hana Aishah tertawa sinis saat kata – kata itu meluncur dibibirnya.
“I tried so hard to stood on my own foot. I use what ever scrap of money I have to rent a room. I was barely eating because of the rent. And then ….” Hana Aishah mengetap bibirnya kuat tidak mampu meneruskan kata – katanya.
“They just threw me out in the middle of the night. In that garbage dump they called an apartment and took whatever saving I have …. They threw me out” Hana Aishah tertawa pahit.
“They didn’t want to live with a fornicator they said. Just like that, history repeated itself” Hana Aishah tertawa mengenang nasibnya.
“Why do people are so quick judge? Why don’t people ask? Why don’t people listen to the truth? Why its so damn easy for people to believe lies? Why?” Hana Aishah mengesat air matanya yang mengkhianatinya hari itu.
William melihat wanita itu menarik beberapa kali nafas dalam sebelum perlahan – lahan dihembuskan. Dia melihat wanita itu memandang semula ke arah bumbungnya. Lama Hana Aishah jeda. Seperti kehilangan kata – kata.
“Why does the crafter crafted 32 lilies. What is the crafter trying to tell?” sekelip mata arah tuju perbualan mereka berubah. William masih diam. Memberi masa.
“Why?” terlalu banyak persoalan yang cuba Hana Aishah tanya dengan satu perkataan itu.
“Did you get your answer?” William akhirnya bertanya selepas hampir sepuluh minit mereka membisu.
Hana Aishah menggelengkan kepalanya perlahan.
“Too many unanswered `why` in life. Is it compulsory to get the answer?” Hana Aishah bertanya.
“That`s tricky” William menyandarkan tubuhnya yang sedang duduk tegak semenjak Hana Aishah meluahkan rasa tadi. Lega sikit ketegangan di tulang belakangnya saat dia bersandar di sofa berwarna krim itu.
“Another why” Hana Aishah tertawa pendek.
“In life there is certain `why` that`ll bring more harm than good” Hana Aishah mengangguk laju mendengar bicara William.
“Like why do they get to smile and live their life without guilt after they almost kill a soul” Hana Aishah menyambung.
“Like why do Lord give me another child after I let one get killed” sekali lagi mata bundar itu dipejam rapat.
“But the many unanswered `why` will bug you. Its like this one damn fly that keep on buzzing but you can never catch it” William membalas dengan satu metafora yang dia cuba kaitkan dengan situasi itu.
“Instead, it’s not outside but inside this damn brain” Hana Aishah tertawa mendengar ayatnya sendiri. Untuk kesekian kalinya suasana sunyi menyelubungi mereka.
“I think we are what they call the modern-day Shakespeare” William ketawa kuat mendengar cita – cita Hana Aishah itu.
“Don’t you think it’s too late to change a career. You are already in a deep shit” William tersengih lebar sambil berbicara.
“Its never too late” suasana yang ceria tadi bertukar rentak saat Hana Aishah membalas.
“As long as you are living. As long as you are breathing” nada tenang Hana Aishah berbicara seperti meyakinkan dirinya sendiri.
“So how long do you think that red hair going to last” Hana Aishah bertanya sinis.
“How about you find out yourself on our next meeting” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar bicara William. Mata Hana Aishah memandang ke arah mata anak mata William yang sedang mengusiknya. Kemudian wajahnya dihalakan pula pada jam loteng yang hanya beberapa minit lagi akan berdeting.
“Always do. Always do Prof William” Hana Aishah mendudukkan dirinya. Gaunnya dirapikan sebelum dia berdiri. Beg tangannya di ambil dan kakinya mengorak langkah keluar.
“Hey. You didn’t tell me for real what makes you wear colours today?” pertanyaan William itu membuatkan langkah Hana Aishah terhenti. Beberapa saat berlalu sebelum Hana Aishah membalas pertanyaan itu.
“Paid off my delivery debt for the soul that I almost took because of that slanderers” Hana Aishah melangkah keluar dengan satu lagi bebanan yang diangkat daripada dadanya.
“Nobody knows you better than you yourself. Nobody knows your need more than you yourself. Nobody knows your strength because you are the only one who is feeling it. So, you do you” kata – kata Scott beberapa saat sebelum doktor yang sepatutnya membantunya mengambil satu nyawa yang ditiupkan ke dalam rahimnya dirinya masuk ke bilik prosedur itu.
Sampai saat nyawanya diambil , hutang nyawa anaknya dengan lelaki atheis itu tidak akan pernah langsai. Tiga lelaki asing yang mengutipnya di kala dibuang keluarga dan dianiaya teman sejantinanya. Hana Aishah yakin , bahagia akan mulai datang perlahan – lahan. Hari ini merupakan langkah pertama di mana dia akan dapat mula hidup di atas kakinya sendiri. Perlahan – lahan dia akan mengorak seperti mana dia bangkit setiap kali dirinya jatuh tersembam bumi.
Sampai akhir nyawanya , dia tidak akan memaafkan empat wanita yang sepatutnya membantunya dan memahami keadaannya itu tetapi sebaliknya mencuri punca pencariannya hampir mencuri nyawa anaknya Adam. Sampai akhirat dia akan bawa penganiayaan yang dia perlu lalui seperti mana dia akan bawa pembunuh anak lelaki sulungnya ke mahkhamah akhirat. Larilah sejauh mana di muka bumi ini selagi hidup , tetapi dia yakin mahkhamah paling adil di akhirat kelak akan menjatuhkan hukuman paling setimpal untuk mereka yang menyakitkan kedua – dua anaknya Adam.
*****************************************
“Umi , Adam said he wants you to rest and lets go for a short vacay” suara Emir menegur Hana Aishah yang sedang menaip laju di laptopnya. Sekembalinya dia daripada bank tadi terus Hana Aishah melekat di hadapan laptop memulakan kerja sampingannya. Itu rutinnya. Cutinya hanyalah untuk mencari duit lebih.
“If he could even utter the word stop , just one word ... I’ll leave everything this instant” Hana Aishah menjawab tetapi matanya masih fokus pada laptop dihadapannya. Bunyi ketukan di pad laptop masih laju.
“You hear that baby. Come one. Say stop. S T O P. Stop Umi , stop” Hana Aishah tersenyum sendiri mendengar Emir memujuk Adam.
“No. No” pecah terus tawa Hana Aishah mendengar balasan anaknya.
“I think we’re using to many NO word infront of him” ayat Emir itu membuatkan Hana Aishah berpaling.
Hana Aishah tersenyum sendiri melihat pemandangan di hadapannya. Emir sedang memangku Adam di atas ribanya di dalam play pan Adam. Ruangan yang sebelum ini menjadi tempat meja pool sudah bertukar rupa semenjak kelahiran Adam. Tipulah. Sebenarnya segalanya berubah di rumah itu semenjak Hana Aishah duduk di situ.
Peristiwa dua hari lepas kembali menjengah mindanya. Kenapa dia perlu jumpa dengan empat wanita itu. Kenapa Tuhan gerakkan kakinya untuk ke Taman Holland itu. Bertembung dengan wanita – wanita yang meruntuhkan segala kekuatan yang dia cuba kumpul selepas meninggalkan Fakhrul dalam satu malam. Apa dosa dia kenapa mereka. Soalan yang tidak pernah mereka berikan jawapan. Kali ini dia tidak mampu lari. Sekiranya tadi dia mampu untuk melarikan diri daripada memori 2 tahun 7 bulan yang lalu , kali ini bayangan malam itu kembali mengasak tanpa simpati.
************************************************
Hana Aishah sedang berborak girang di dalam kereta milik Mikhail itu. Tidak kering gusi Hana Aishah dibuat mereka bertiga sepanjang kursus mereka. Sudah dua tahun dia tidak segembira itu. Keputusan terbaik yang dia lakukan setelah hampir dua bulan melarikan diri daripada penjara itu.
“Thank you, guys. I had the best time of my life this past 5 days” Hana Aishah memandang kearah ketiga – tiga lelaki itu sambil tersenyum gembira.
“I still cant brain the fact that you just jump into the opportunity without knowing the title of the course at least” Hana Aishah termalu sendiri apabila dia terkantoi hari pertama kursus tersebut.
Saat sesi perkenalan berjalan malam itu , mikrafon di berikan kepadanya tidak semena – mena saat dia sedang melihat senarai menu makanan yang ditawarkan oleh pihak penaja. Mereka dapat memilih makanan yang mereka mahu sepanjang program itu. Apabila ditanya objektif kursus itu Hana Aishah terpinga – pinga. Nasib baik Mikhail membantunya.
“I just wanted to have a free getaway for awhile” jawapan jujur Hana Aishah yang dibalas dengan tawa lelaki – lelaki itu. Terus di Tarik muncung sedepa saat dia ditertawakan.
“But hey. I did get something out of it” Hana Aishah mengeyitkan matanya kepada Mikhail yang duduk di sebelahnya.
“So you will be presenting the input from this seminar to our fellow colleagues back at the hospital” terus bertukar pucat muka Hana Aishah mendengar pertanyaan selamba Scott itu.
“You`re kidding right. We need to present whatever shit they tell at the seminar is it?” Emir sedang menahan tawa melihat tahap kepanikan Hana Aishah.
“Omg. I didn’t make any note. I was busy munching away the bread that I took during breakfast” Hana Aishah jujur berkata.
Sudahlah dia baru tahu kursus itu adalah mengenai cara mencengah peningkatan jangkitan kuman terhadap pesakit selepas pembedahan. Topik itu tidak berkait dengan bidang biusnya. Kerana itu rupanya Emir , Scott and Mikhail menyertai kursus itu.
Sepanjang lima hari itu , dia banyak mengetahui mengenai ketiga – tiga lelaki itu. Mikhail yang merupakan pelajar tahun kelima bidang kepakaran pembedahan jantung manakala Scott dan Emir masing – masing baru masuk tahun ketiga bidang kepakaran pembedahan general. Patutlah mereka bertiga menyertai kursus itu. Dia pula tersesat masuk tidak fasal – fasal.
“No wonder la Dr Jonathan was so happy I volunteered. He said we could study it from Anesthetic perspective. I`m going to die. Oh my God!” Hana Aishah dapat merasakan sakit kepalanya yang tadi sudah kembali.
“You guys are so mean. Suka gelakkan Hana” Hana Aishah sudah hampir menangis tetapi termasuk Mikhail sekali sedang menertawakan dirinya.
“Hana. Hana. Why are you so funny without even making an effort ” Mikhail merenung Hana sambil bertanya jujur. Sisa lucunya masih kelihatan di wajah itu.
“Mana ada lah” Hana Aishah membalas dalam bahasa ibundanya.
Terkejut dia apabila Mikhail berbicara dalam bahasa Malaysia dengannya sewaktu mereka keluar berjalan di kota Liverpool. Nikmat dia tidak mampu Hana Aishah gambarkan dalam kata – kata apabila untuk pertama kalinya dalam masa hampir dua tahun dia merasa berjalan malam. Kalau dengan Fakhrul dahulu , wajahnya kena muncul di rumah sebelum maghrib. Kalau dia pulang lewat sikit selepas keluar dengan temannya , dia perlu menghadap amarah lelaki itu. Sudahlah mahu keluar bersama rakan – rakannya pun sudah.
Malam itu Hana Aishah terasa seperti burung murai yang selalu berada di luar jendela penjaranya di Malaysia. Dia selalu cemburu melihat kebebasan burung itu. Pergi dan pulang sesuka hati. Bebas bergerak mengikut rasa hati. Tiada rantai yang menjerat kaki burung itu bukan sepertinya yang sudah diikat simpul mati saat lafaz nikah dimeterai suaminya. Dalam dia menikmati kebebasannya malam itu Hana Aishah melangkah meninggalkan mereka. Dia pun tidak perasan kerana keramaian manusia.
“Hana! Hana! Ya Allah! Hana tunggu!” suara Mikhail yang melaung di dalam keramaian manusia yang sedang menyertai satu festival yang diadakan berdekatan membuatkan langkah Hana Aishah terhenti.
Daripada situ barulah dia tahu rupanya Mikhail pernah bermastuatin di Malaysia selama 10 tahun kerana mengikuti bapanya yang berkerja sebagai pakar bahagian kaji selidik perubatan dengan tentera Malaysia. Daripada situ jugalah dia mengetahui bahawa Mikhail mengikut jejak bapanya memeluk agama Islam apabila mencapai umur 18 tahun. Patutlah sewaktu mereka berhenti untuk bersolat itu Mikhail ikut turun. Sangkanya hanya mahu menemani Hana Aishah ke masjid yang agak gelap itu. Semenjak itu dia lebih senang berbicara. Terkadang ada sesuatu lebih senang di terangkan dalam bahasa ibundanya.
“Ada lah” Mikhail mengusik Hana Aishah yang sudah menarik muncung sedepa itu.
“Matilah macam ni. Aiyook . Nak buat macam mana ni” kukunya yang sudah dipotong rapi itu digigit kuat. Emir menahan tawanya melihat gelagat Hana Aishah. Dia melihat kearah Scott yang sengaja mahu menyeksa gadis itu. Kepalanya digelengkan.
“That`s why you have to focus Hana not munching away during the lecture. Now what do you want to do to amends the mistakes you`ve made” Scott terus – terusan menakutkan Hana Aishah.
“I`m sorry okay. I`m just hungry. Don’t stress me out more than I already am Scott. You`re so mean” air mata Hana Aishah sudah bertakung. Suaranya bertukar sayu. Dia benar – benar lapar. Hampir dua bulan mencatu makanannya , segala makanan percuma yang mereka berikan dia akan bungkus. Ini pun dia berjaya menyeludup beberapa roti dan pastri daripada sesi makan pagi sebelum majlis perpisahan itu.
“Hana. Are you crying?” suara Mikhail pula kedengaran risau apabila melihat setitik air mata Hana Aishah yang terlepas daripada takungannya.
“I`m going to look like a fool. Dr Jonathan will so disappointed. I wanted to make a good impression but… but now everything is ruined” dalam masa tidak sampai sesaat esakan Hana Aishah kedengaran.
“Seriously Scott” Emir menjeling kearah Scott yang sedang melihat Hana Aishah dengan perasaan serba salah.
“Shoot. Girl. I`m just joking. Nobody is going to ask you to present. Just stop crying ok. I`m sorry” Scott sudah mencabut tali pinggang keselamatannya sebelum memusingkan badannya melihat kea rah Hana Aishah yang sudah menyembamkan wajahnya ke atas telapak tangan sendiri. Raungan Hana Aishah semakin kuat.
“No. You`re right. If Dr Jonathan ask I would not know what to say cause I didn’t focus during the seminar. I`m so dead” Hana Aishah menyambung dalam esakannya. Semenjak dia mengandung ini emosinya sangat mudah terusik. Akibatnya , air matanya menjadi pemurah. Tetapi dia pelik kenapa mudah sangat dia meluahkan perasaannya dengan tiga lelaki ini. Walhal dia berjaya memendam segala rasanya selama dia di sini.
“No. No. He wont. I promise you” Scott memandang Hana Aishah dengan perasaan bersalah.
“What.. What.. What if he does?” raungan Hana Aishah kembali kuat. Mikhail sudah memandang Scott seperti mahu menelannya.
“He wont. I promise you . If he does.. I`ll … I`ll “ Scott memandang kedua – dua rakannya memohon bantuan. Dia pun blur melihat situasi itu. Selalu kalau ada perempuan yang menangis dia akan berjalan meninggalkan situasi itu secepat mungkin.
“He will do the slides for you and present it on your behalf. Right Scott” Mikhail memberi kata putus.
“Yes. I will do that” bersungguh – sungguh Scott berjanji. Wajahnya penuh keazaman Scott yang sedang memeluk tempat duduknya itu Hana Aishah tenung dengan air mata yang masih berjujuran. Dia benar – benar merasa bersalah saat itu.
Perlahan – lahan esakan Hana Aishah berkurangan. Hana Aishah mengambil tisu yang dihulurkan Mikhail itu. Wajahnya yang sudah bengkak itu dipandang Mikhail. Geram betul dia dengan Scott saat itu. Elok sahaja gadis itu tertawa sepanjang mereka lima hari itu selepas episod tangisan Hana Aishah tempoh hari.
“Promise ok. You make the slide or at least give me your notes so I can make it on my own” Hana Aishah menghulurkan jari kecilnya yang bersarung dengan sarung tangan tebal itu.
“Pinky promise” Scott menyambung dengan jari kecilnya.
“Don’t do that ok next time” Hana Aishah memohon pula. Dia tengah sensitif boleh pulak Scott main – mainkannya.
“Sorry girl. You are PMSing or what. So sensitive. Not what I expect after the first time we encounter each other” Scott berhati – hati berbicara.
“We`ve met before this?” Hana Aishah bertanya dengan nada tidak percaya. Seingatnya dia tidak pernah berjumpa dengan mereka lansung.
“How could you forget the hottest bachelor in the whole hospital? Like, you don’t` just forget this face like ever ok” Scott bertanya tidak berpuas hati.
“I`m really sorry but I really cant remember meeting you or for that matter any of you guys before this” Hana Aishah mengaku jujur. Wajahnya kelihatan bersalah.
“We`ve met. I saw you buying that small chocolate shake from the mart almost every morning sharp at 6.45am” Mikhail tersenyum manis sambil berbicara. Hana Aishah terus terdiam mendengar bicara lelaki itu.
“You were my anest during shortest op. 15 minutes. Remember that appendicectomy” Emir pula menyambung. Hana Aishah terdiam membisu. Hilang dalam mindanya sendiri.
“How come… Hmm I guess I was always in my own world” Hana Aishah membalas selepas beberapa Ketika.
“Its ok Hana. It’s a new place. Hard to adapt I suppose. But we`re friends now right. So we`ll hangout more and I`ll say hi if you didn’t notice me” Mikhail memujuk apabila dia dapat melihat wajah Hana Aishah bertukar keruh.
Jujurnya memang Hana Aishah hanya fokus pada kerjanya sahaja. Dalam masa hampir dua bulan ini , 5 hari ini adalah hari – hari di mana dia benarkan dirinya untuk merasa sedikit bahagia. Tidak sentiasa runsing memikirkan masa depannya dan anaknya.
“So anyway that red hair that doesn’t know how to shut up…” Scott mengubah topik kea rah lain. Sekaligus membawa Hana Aishah jauh daripada masalah hidupnya yang mulai berlegar di pintu mindanya. Menanti masa untuk masuk sekaligus mengembalikan deritanya. Seperti mana dalam masa beberapa jam lagi , dia perlu berhadapan dengan reality hidupnya.
Membayangkan empat wanita senegaranya yang membuatnya seperti orang asing di flat yang disewanya itu membuatkan hati Hana Aishah menjadi tawar. Entah di mana salahnya , sewaktu dia berjumpa dengan mereka untuk menguruskan tentang bilik tersebut bukan main baik lagi gadis – gadis itu. Tetapi saat dia menyelesaikan depositnya terus berubah sikap gadis – gadis itu. Mereka yang masih menuntut di Universiti di Kota London itu membuatnya seperti orang asing. Tidak pernah memperlawanya untuk menyertai mereka kalau mereka membungkus makanan ataupun memasak.
“Hana. Are you okay?” lamunan Hana Aishah terhenti apabila dia dapat merasakan genggaman Mikhail di lengannya yang berbalut baju sejuk itu. Walaupun pemanas sudah dibuka di dalam kereta itu , tubuh Hana Aishah yang masih tidak biasa dengan cuaca di negara itu masih kesejukan. Kerana itu dia memakai baju sejuk itu.
“Yeah.Yeah. Sorry. What was it?” Hana Aishah memandang ke arah Scott. Melarikan pandangannya daripada Mikhail. Pandangan Mikhail semenjak hari pertama mereka berjumpa membuatnya terasa seperti mahu menangis dan meluahkan segala deritnya. Mata itu sentiasa memandangnya seperti mahu memberinya kekuatan.
“That Yapping Emery. Damn it that woman. Someone need to shove something in that mouth” Hana Aishah terus hilang di dalam perbualannya dengan Scott.
Dia mahu menikmati saat – saat sebelum dia kembali ke realiti hidupnya. Untuk beberapa jam itu dia mahu lari sebentar. Mahu menikmati saat dia dapat merasai gembira itu walaupun untuk seketika kerana bahagia itu amat sudah untuk digapainya.
Masa berlaju perlahan tetapi dia mahu masa itu untuk bergerak lebih perlahan supaya perjalanan itu dapat dipanjangkan. Tetapi itulah erti dunia. Masa berlalu dan kita perlu lalui. Apabila tiba masanya kita akan kembali kepada pencipta. Kuasa sebegitu hanya ada padanya. Maka apabila tiba saat dia diberhentikan di perumahan flat di bahagian terpencil kota London itu , Hana Aishah terpaksa turun.
“You live here Hana?” pertanyaan yang mahu ditanya Scott dan Mikhail tetapi hanya mampu diutarakan Emir. Nada terkejut dan reaksi lelaki itu Hana Aishah hanya balas dengan senyuman hambar. Kawasan perumahan yang kotor ditambah pula dengan bangunan yang kelihatan usang itu sebenarnya hanya memberikan separuh daripada realiti sebenar keadaan di situ.
“Yup. My home for now. All the way at the 11th floor ” Hana Aishah memandang kearah ketiga – tiga orang lelaki yang sedang berdiri memandang ke arahnya. Mikhail dan Scott berusaha untuk menyembunyikan reaksi mereka tetapi Hana Aishah tahu pandangan sebenar mereka.
“Is it safe Hana cause it doesn’t look like it” Emir bertanya gusar. Lima hari bersama wanita itu , Emir dapat merasakan dirinya risau akan keselamatan Hana Aishah. Dia tidak mampu menjustifikasikan sebabnya tetapi rasa itu hadir tanpa dipinta. Melihat kelompok – kelompok lelaki yang sedang merokok mengelilingi api yang mereka hidupkan , rasa bimbangnya bertambah. Pakaian mereka jelas menunjukkan tahap kehidupan mereka.
“Ok je InsyaAllah. I`m trying to find a better place once my salary is in. If you guys know any affordable but better place let me know ok” Hana Aishah menyakinkan mereka walaupun setiap kali dia pergi dan balik ke flat itu , ayat kursi dibacanya sebagai pendinding. Dia hanya mampu bertawakal.
“Alright then. You guys get going. Thank you for everything. I cant thank you 3 enough. Best days since I`ve been here” Hana Aishah tersenyum gembira.
“I`ll sent you up Hana” Mikhail yang semenjak tadi berdiam diri meminta tetapi Hana Aishah menggelengkan kepalanya perlahan.
“Its ok. You guys go first. I`ll head up. Thanks again. Please don’t be a stranger after this. I`m happy I made 3 great friends over the short break” Hana Aishah cuba menyembunyikan kesayuannya. Mereka tidak tahu betapa gembiranya Hana Aishah rasa untuk lima hari itu.
“Go. We`ll wait here until you enter the building” Scott membalas perlahan. Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan.
Hana Aishah melangkah berat melintasi kelompok manusia di pintu masuk bangunan itu. Kelompok yang berlain setiap hari tetapi kebanyakannya hanyalah gelandangan yang akan tidur di tangga bangunan itu selepas jam 12 malam. Mereka tidak pernah mengganggu Hana Aishah cuma rasa takut itu pasti ada. Dia tidak biasa hidup sendiri sebegitu. Sama ada keluarganya akan ada bersamanya ataupun rakan – rakannya.
Hana Aishah tersenyum pahit membayangkan bagaimana reaksi Kapten Azam melihat tempat tinggalnya sekarang. Sewaktu dia belajar di India , bapanya memastikan tempat tinggalnya itu berdekatan dengan universitinya dan ada pengawal keselamatan. Setiap kali dia keluar dan balik ke rumah perlu dimaklumkan.
Sikap bapanya yang sentiasa risaukan keselamatannya pernah membuatkannya rasa lemas tetapi apabila dia terpaksa bersendiri menguruskan dirinya , rasa menyesal itu mengasak. Mungkin terlalu banyak nikmat tuhan yang dia tidak syukuri kerana itu , Allah mengujinya dengan mengambil kembali nikmat – nikmat tersebut.
Hana Aishah mengeluh berat melihat lif yang rosak lagi untuk kesekian kalinya. Dia menarik nafas panjang memikirkan dirinya yang perlu menaiki tangga yang gelap itu sehingga ke tingkat sebelas. Bangunan 40 tingkat itu benar – benar perlu dinaik taraf. Segalanya sudah terlalu lama dan usang.
Perlahan – lahan dia melangkah sambil tangan kanannya memegang bagasi bersaiz kecilnya dan tangan kirinya memegang telefonnya untuk memberi cahaya kepadanya. Jam baru sahaja pukul 5 petang tetapi kerana musim sejuk cepat sahaja langit menggelap. Sesekali dia terkejut melihat manusia yang tidur di sudut tangga. Bukan perkara yang luar biasa di situ tetapi dalam gelap itu perasaan takut itu menyerangnya.
Saat dia tiba di hadapan pintu berwarna kuning itu , Hana Aishah menarik nafas lega. Hampir sepuluh minit barulah dia sampai. Tercungap – cungap Hana Aishah saat dia mencari kunci daripada poket baju sejuknya. Kerana dia tinggal di kawasan itu Hana Aishah belajar untuk tidak membawa beg tangannya. Segalanya dimasukkan ke dalam pocket di bahagian dalam baju sejuk yang dibelinya saat dia tiba di Kota itu. Tidak fasal – fasal kena ragut pula kalau membawa beg tangan. Apabila dia menjumpai kunci itu Hana Aishah memasukkan ke dalam lubang manga itu tetapi tidak berjaya.
Hampir dia minit dia berusaha tetapi tidak boleh akhirnya dia terpaksa mengetuk pintu itu. Bertalu – talu diketuknya sambil dia memberi salam. Dalam setiap minit yang berlalu Hana Aishah menjadi semakin panik. Rumah yang gelap gelita itu dipanjangnya daripada cermin sisi yang agak tinggi itu. Terjengket – jengket dia cuba melihat ke dalam rumah yang gelap gelita itu. Air matanya sudah bertakung. Perasaan panik mula menyerangnya.
Dalam usaha dia melihat ke dalam rumah itu Hana Aishah tertendang kotak yang diletakkan di luar rumah itu. Dia menyuluh lampu suluh di telefonnya ke dalam kotak itu. Saat dia melihat pakaiannya di dalam kotak itu , Hana Aishah terasa seperti darahnya terserap keluar daripada tubuhnya. Air matanya mengalir laju. Dia melihat sekeping kertas yang dilekatkan di tepi kotak itu.
~Immediate evacuation notice due to unsettle rent~
Selepas membaca tajuk surat itu terus kepalanya terasa pusing. Hana Aishah memuntahkan segala isi perutnya di sisi kotak itu. Air matanya mengalir laju. Dia bingung. Dia membayar sewanya setiap bulan termasuk dengan deposit tiga bulan untuk flat itu. Apa yang sedang terjadi.
Dalam keadaan panik itu dia mendail nombor teman serumahnya. Satu pun tidak berjawab. Semuanya sudah tidak dapat dihubungi. Hampir satu jam Hana Aishah duduk di luar rumah itu dengan tangisannya. Dia bingung mahu membuat apa. Duitnya hanya tinggal kurang daripada 100 pound. Mahu menyewa motel mana malam – malam sebegini. Hendak menaiki apa untuk ke sana.
“Ya Allah. Tak cukup lagi ke sakit yang aku tanggung? Tak cukup lagi ke derita yang aku rasa?” malam itu hatinya benar – benar berputus asa. Giginya sudah bergetap sesama sendiri kerana suhu yang semakin menurun itu. Salji mulai turun mengenai wajahnya. Hana Aishah memeluk dirinya di hadapan rumah itu. Dia tidak mengenali sesiapapun di bangunan itu. Kedutaan Malaysia pasti sudah tutup jam sebegini.
Saat itu segalanya keputusan hidupnya seperti sedang menertawakannya. Mungkin betul kata – kata Fakhrul. Dia memang tidak berguna. Dia hidup hanya menyakiti orang. Kerana itu hidupnya tidak pernah bahagia. Dia menjadikan Hana Aqilah sebegitu. Dia melukakan hati kedua ibu bapanya. Dia melukakan hati ibu mertuanya yang sangat menyayanginya. Dia bukan anak yang baik. Dia bukan kakak yang baik. Dia bukan isterinya yang baik. Dia bukan ibu yang baik. Kerana itu segalanya diambil pergi daripada hidupnya.
“Kau patut bersyukur dia nak kutip lagi engkau. Kalau lelaki lain dah buang kau lepas apa yang engkau buat” mungkin betul kata ibunya. Dia perlu hidup dengan Fakhrul. Hanya lelaki itu yang mahu menerima perempuan sepertinya.
Tengoklah sekarang. Baru sahaja dia mahu merasai bahagia, sekali lagi dia diuji. Segalanya hilang dalam sekelip mata. Air matanya masih mengalir tanpa henti. Kedua – dua belah tangannya memeluk perutnya erat. Matanya semakin memberat. Dia memandang kearah kota londong yang bergemerlapan malam itu.
“Just take me away. I cant take it anymore. I just want this to end” dia berbisik sambil merenung ke langit.
Kelakarnya dia rasakan saat itu. Tengku Fakhrul telah mengambil alih segala aspek hidupnya dan dia sangkakan dia mampu hidup berdikari atas kaki sendiri. Lari meninggalkan derita kerana mahukan bahagia. Tetapi yang dia jumpai adalah lebih banyak derita. Saat itu dia benar – benar berputus asa. Untuk kembali ke penjara yang dicipta lelaki itu dia sudah tidak mampu. Untuk terus berada di situ dia sudah tidak punya apa.
“Hana. Hana. Shit. Hana….” Suara panik Emir adalah suara terakhir yang dia dengari sebelum matanya ditutup rapat. Kepalanya benar – benar berat dan saat dia dapat merasakan sesuatu mengalir dia kelangkangnya , Hana Aishah tersenyum hambar. Sungguh Tuhan sedang membuktikan betapa dia bukan seorang ibu yang baik
*************************************************************
2 tahun 7 bulan , empat gadis itu menghilangkan diri. Meninggalkannya sehelai sepinggang dan semalam sewaktu mereka terserempak dengannya tanpa rasa bersalah mereka menegurnya seperti tiada apa – apa yang terjadi. Seperti malam itu mereka tidak meninggalkannya. Seperti duitnya tidak mereka curi. Seperti rumahnya tidak mereka rampas.
“Kitorang tahu la kau mengadung anak luar nikah. Itu yang kau desperate sangat. Ye , ye je kau doktor” sampai hari ini , kata kata salah seorang daripada mereka terngiang – ngiang di telinganya.
Bagaimana seorang manusia mampu menyakiti orang lain tanpa rasa bersalah. Bagaimana sesorang itu mampu meneruskan hidupnya walhal dia tahu dia telah memusnahkan hidup orang lain. Bagaimana boleh wujud sejenis manusia yang tanpa rasa takut boleh datang melemparkan fitnah selepas segala penganiaayaan yang telah dia lakukan. Hana Aishah tidak mampu mencerna segala persoalan yang bermain di mindanya semenjak empat hari lepas itu.
“Hana” suara Emir menegur Hana Aishah.
Saat pandangan Emir bertaut dengan Hana Aishah dia tahu sesuatu sudah berlaku. Sudah hampir empat hari Hana Aishah tidak seperti dirinya. Dia tidak mahu bertanya kerana arif benar dengan jawapan yang diberi Hana Aishah. Semenjak wanita itu pulang daripada shif bekerja terakhir sebelum Hana Aishah bercuti selama lima hari itu , Hana Aishah banyak termenung. Satu petanda yang tidak baik. Saat itu Hana Aishah yang masih memakai sweat shirt berwarna putih dengan seluar legging berwarna hitam itu sedang termenung lagi.
“Something happen. Its been 4 days. What?” Emir sudah meletakkan Adam yang berada di atas ribanya itu ke karpet mainan bayi itu sebelum kakinya melangkah menuju kearah Hana Aishah.
Reaksi itu , reaksi yang sama dia lihat sewaktu Hana Aishah bangkit di hospital keesokan harinya selepas Emir menemui Hana Aishah yang sudah pengsan di hadapan flatnya. Dengan izin Tuhan , Hana Aishah tertinggal pas perkerjanya jadi mereka terpaksa berpatah balik kalau tidak dia tidak dapat membayangkan keadaan Hana Aishah. Keadaan Adam.
“I saw them” Emir cuba menafsir maklumat yang baru diterimanya.
“There was no guilt. They even accuse of mengandung anak luar nikah” Hana Aishah menyambung. Rahsia yang dia pendam 4 hari itu. Beban yang dibawanya sendiri. Hari ini dia perlu memberitahu kalau tidak dia boleh jadi gila.
“Who said that?” suara Emir berubah tegang. Hana Aishah membaringkan kepalanya di dada Mikhail. Menarik nafasnya dalam cuba melegakan sesak di dada.
“Lets go away for sometimes. Far away. Just for awhile” permintaan Hana Aishah yang luar biasa. Sudah penat mereka menasihati Hana Aishah untuk tidak berkerja terlalu keras. Entah berapa banyak kerja sampingan yang Hana Aishah buat. Alasannya untuk masa depan Adam.
Emir mahu bertanya lagi tetapi dia tahu tahap mana dia boleh memaksa wanita itu. Tangannya mengusap belakang leher wanita itu. Giginya diketap saat dia merasai ketegangan otot di leher wanita itu.
“We`ll go now” Hana Aishah mengangkat wajahnya saat mendengar kata putus Emir. Anak mata coklat mereka bertaut. Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan. Saat itu Emir tahu , sesuatu yang buruk telah berlaku dan Hana Aishah seperti selalu akan menyembunyikannya.
“You guys took me in. Took care of me. Took care of my child. I couldn’t trouble you guys more than I already am. I`ll be fine. I somehow always make it out alive. Maybe my sins are still a lot. I cant die just yet” kata – kata Hana Aishah setiap kali mereka membelikan keperluan Adam.
“Why do you do this to yourself?” Emir berbisik perlahan.
“Because living on people`s sympathy is not how I want to live” Hana Aishah tersenyum pahit. Air matanya bergenang. Saat dia dibuang keluar , tiga lelaki ini membawanya ke rumah mereka. Mengutip dirinya dan anaknya tanpa bertanya walaupun sepatah. Hanya memberi tanpa bertanya siapa , kenapa , mengapa. Tiada penghakiman , hanya tangan yang menghulurkan bantuan. Egonya yang tinggi melangit sekarang terpaksa ditolak ketepi. Bantuan yang dihulurkan dia terpaksa terima walaupun egonya membantah keras. Bukan untuknya tetapi Demi Adam.
Share this novel
dear...bila nk update lg
chapter ni very complicaTed.i x braper faham la dear...sorry
morning, dear. tqvm. lama i'm waiting