Bab 11

Romance Series 4350

Aku tahu hari ini Khairul pasti ada dirumah maka aku datang kerumahnya untuk menyambut kepulangannya. Dia sudah tamat bertugas sebagai kru untuk pertandingan skate di Melaka.

Aku tahu pun bukan kerana aku menyoalnya tapi aku ambil maklum akan updatenya di Fac.

Semalam merupakan hari terakhir pertandingan dan Khairul ada nyatakan dia dalam perjalanan pulang sekarang. Tak mengapa, biar berapa lama pun aku akan menunggu sehingga dia tiba.

Aku bercadang untuk mengajak Khairul makan bersama jadi aku tidaklah mengisi perutku sangat. Namun sehingga hampir dua jam menunggu, Khairul masih tak kunjung tiba. Puas juga aku belek telefonku kalau-kalau dia akan menghubungiku namun hampa.

Aku membuat keputusan untuk pulang. Namun sebaik saja aku mahu masuk ke dalam keretaku, tak semena-mena kereta Khairul kelihatan dibelakang keretaku. Aku diam saja menunggu ditempat duduk pemandu keretaku sambil mataku memerhati melalui cermin pantul. Aku lihat Khairul agak tergesa-gesa keluar dari kereta dan mendatangiku.

“Sayang, tunggu B ke?” Khairul muncul dan terus menyapa diluar tingkap keretaku yang sememangnya terbuka. Aku memandangnya dan cuma menganggukkan kepalaku.

“Laa, kenapa tak bagitau?” Khairul semacam kesal.

“Lama ke tunggu?” Dia bertanya lagi.

“Dua jam.” Khairul terkejut dengan jawapanku.

“Sayang datang ni ada nak ajak B pergi mana-mana ke?” Khairul bertanya seakan tahu saja rancanganku.

“Nak ajak makan. Lapar, tak makan lagi ni.”

“Sayang tunggu sinilah, B pergi tapau makan untuk Sayang kejap. Sebab B dah makan tadi dengan member.” Demi saja mendengar jawapan itu, terus menaikkan darahku. Terus mindaku bersilang dengan bermacam perkara bukan-bukan.

“Member mana?” Terus aku menyoal dengan sinis.

“Tadi on the way terjumpa dengan member lama masa kolej dulu. Lepak makan dengan dia dekat R&R.”

“Member lelaki ke perempuan?” Khairul mengeluh sedikit.

“Perempuan.” Terus aku menjegilkan mataku. Khairul mula tak keruan.

“Sayang tunggu sini kejap, B pergi tapau makanan.” Khairul terus pergi. Aku termangu disitu seolah tak percaya. Namun aku tahan saja rasa geramku sambil memerhati Khairul yang berlalu dan masuk kembali ke dalam keretanya.

Setelah Khairul pergi, aku keluar dari keretaku dan berjalan malas menuju ke pagar rumah Khairul. Pagar tidak berkunci jadi aku terus masuk dan duduk menunggu Khairul dikerusi yang terdapat diluar rumah Khairul.

Khairul kembali semula tak lama kemudian. Dia terus memarkir keretanya di laman rumah. Aku lihat Khairul membawa sebungkus makanan dan minuman untukku. Khairul mendatangiku dan meletakkan bungkusan diatas meja. Khairul kemudiannya duduk dikerusi dan bersandar lesu. Kelihatannya dia agak penat. Namun oleh kerana rasa lapar sudah semakin menggigit perutku membuatkan aku tidak mempedulikan kekasihku itu.

“Mana sudu?” Aku menyoal sambil mengeluarkan bekas makanan dari plastik bungkusan. Puas aku belek seluruh plastik namun tiada sudu yang aku perlukan. Aku menyedut sedikit minumanku. Khairul menoleh sambil mengeluh lemah.

“Alamak, B lupa nak ambil tadi.” Jawapan Khairul mengundang rasa marahku.

“Habis, nak makan macamana ni?” Aku mula merungut.

“Sekejaplah B masuk dalam ambil sudu.” Khairul bangun perlahan dan sebaik saja dia ingin melangkah tiba-tiba Khairul memandangku semula.

“Sorry, B takde kunci rumah pulak sebab dah bagi dekat member. Lupalah nak pesan dia balik awal hari ni.” Khairul memberitahu. Riak wajahnya tampak kesal namun rasa marahku yang mula menebal membuatkan aku mula meradang.

“Sayang makan pakai tangan jelah. Cuci tangan kat paip situ.” Khairul menyuruh sambil menunjukkan paip yang terdapat ditepi dinding.

Aku mendengus. Aku bangun dan menjeling cuma. Geram! Aku rasa geram sangat!

“Sayang, pleaselah jangan marah-marah macam ni. Tak baik tau depan rezeki macam ni..”

“Menyampahlah awak ni! Kalau makan dekat kedai takdelah makan macam ni, tau tak?” Marahku sudah tidak mampu bertahan lagi. Khairul nampak terkejut dengan reaksiku.

“Sayang, B baru balik tau tak? Penat drive sorang jauh-jauh lepas tu jumpa Sayang, buat perangai macam ni!” Khairul memarahiku. Aku memandangnya tajam.

Terus hilang selera makanku walaupun aku terlalu lapar. Aku mahu membalas kata-katanya namun tiba-tiba muncul sebuah kereta didepan rumah yang berhenti secara mengejut. Kami terus menoleh dan kelihatan teman serumah Khairul muncul tergesa-gesa mendatangi Khairul.

“Sorry, Khai. Aku lambat sikit ada accident tadi.” Rakan serumah Khairul terus membuka pintu rumah dengan kunci yang dipegangnya.

Khairul terus bangun dan kemudian masuk ke dalam rumah. Aku rasa sungguh geram dengan perlakuan Khairul begitu. Aku bangun mencuci tanganku dan kemudian membuang bungkusan makanan dan minumanku ke dalam tong sampah kecil yang terdapat ditepi dinding.
Aku duduk menunggu Khairul dikerusi namun Khairul masih tak kunjung tiba.
Tiba-tiba muncul rakan Khairul dari dalam rumah.

“Er, sorry. Khai minta awak balik dulu sebab dia penat, nak rest.” Demi saja mendengar kata-kata itu aku terus mengangkat kakiku melangkah laju masuk kedalam keretaku. Ikut hati nak je aku luapkan rasa marahku dengan.. entah! Tak tahu rasa nak langgar orang atau nak bakar je rumah Khairul tadi.

Aku memandu dengan rasa marah namun tetap hati-hati. Mindaku ligat berpusing memikirkan apa tindakan yang seharusnya aku lakukan setelah ini. Bagiku Khairul benar-benar menguji kesabaranku dengan membiarkan aku sendirian diluar rumahnya tadi. Tapi dia juga tentunya penat. Penat dengan perjalanan pulang dari luar daerah dan penat pula bertengkar serta melayan karenahku.

Tapi tadi dia makan dengan teman kolejnya. Temannya perempuan pula. Dengan perempuan tu boleh luang masa, tak penat. Tapi dengan aku jadi penat sangat pulak ke? Ah! Aku benci peperangan dengan benakku sendiri. Aku mendengus sebaik aku tiba dirumah.

Aku masuk ke dalam rumah setelah mengunci pintu depan dan duduk bersandar disofa. Aku termenung dan masih menahan sisa marahku tadi. Tak guna kalau aku telefon Khairul sekarang. Pasti dia tak mahu menjawab panggilan telefon dariku. Aku berfikir sendiri.

Saat-saat begini terasa nak meluah kepada seseorang tapi aku tak tahu siapa orang yang tepat. Dulu ada Daniel yang selalu menemaniku. Setiap masa aku bersamanya. Tapi setelah aku rasmi menjadi kekasih Khairul, apalagi semenjak kes handphone Daniel dicelup ke dalam tomyam oleh Elin, sudah lama aku tidak mendengar khabar dia. Daniel terus lenyap bak ditelan bumi. Patut ke aku call Daniel? Tapi takkanlah bila ada masalah dengan Khairul, baru aku cari dia. Hmm.. fikiranku berkecamuk sendiri.

Tiba-tiba aku terasa senak diperut. Aduh, ni mesti sebab lapar sangat ni! Tadi sebab dah marah sangat terus aku buang makanan ke tong sampah. Kesian nasi goreng tu tak bersalah. Entahlah, gara-gara sudu tak ada aku sampai tergamak membazir sebegitu rupa. Kalau aku bawa balik nasi tadi dan makan kat rumah takdelah perut sakit macam ni. Aku menyesal sendiri. Aku berbaring disofa sambil memegang perutnya. Tak sedar akhirnya aku terlena.

Waktu Maghrib sudah berlalu hampir dua puluh minit. Aku terjaga kerana terasa hangat. Aku bangun dengan perlahan dan terkejut dengan suasana yang gelap. Yelah, tadi balik tak bukak lampu dengan kipas siling. Aku segera bangun dan memetik suis didinding. Setelah itu, aku mengambil tas tanganku disofa dan menuju ke bilik tidurku untuk mengambil tuala.

Jam sudah hampir pukul sembilan malam sekarang. Setelah mandi tadi aku tak jadi solat Maghrib kerana aku datang bulan rupanya. Patutlah aku mengamuk tak ingat siang tadi. Entah, memang apa-apa hormonlah yang akan disalahkan agaknya.

Aku tak ada mood nak masak untuk makan malam makanya aku cuma memesan sup ayam secara atas talian. Sebaik rider menghantar makanan, aku duduk makan didepan televisyen sambil menonton drama. Drama romantik pula tu.

Aku makan dengan perlahan dan sesekali aku teringat kepada Khairul. Ada kala sifatnya sangat romantis tetapi kalau dah datang rasa marah, dia sama macam lelaki lain. Egonya menjulang begitu tinggi! Terus aku merujuk diriku sendiri pula. Aku juga begitu nampaknya. Kami kadang-kadang seolah api bertemu api. Semakin marak dan menjulang tinggi bila masing-masing tak mahu mengalah dalam setiap pertengkaran.

Aku sudah selesai makan dan menjeling telefon bimbitku diatas sofa disebelah kananku. Bukan hanya panggilan, satu mesej pun tak ada langsung dari Khairul. Adakah dia juga memikirkan tentang aku seperti mana aku fikirkan dia sekarang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience