BAB 6

Humor Completed 6307

“Asy, semalam aku nampak Hanna dengan mamat hensem mana tah. Dia siap gelak gelak lagi.”

“Madiha, aku masuk rumah dulu.”

‘Siapa mamat yang dengan Hanna tu?’ persoalan tu menemui jalan buntu.

– awak seronok kita gaduh ?

-ap awk ngarut ni ? sye x prnh gduh dgn awk !

-awk klu benci sgt dgn sye. Xpyh la awk b’sronok2 dgn jntn lain.

-sye mmg bnci awk. !

Telefon dimatikan. Hanna mencampak telefon miliknya itu ke atas katil.

Hanna duduk memeluk kakinya. Malam itu empangan air mata yang di tahan sekian lama sudah pecah. Hanna menangis mengenang apa yang sedang terjadi di antara Asyraf dengan dia.

*********

“Asy, kau nampak muram kenapa?”

Asyraf sekadar menggeleng kepala.

‘Madiha aku sayangkan Hanna. Kau pergi jauhkan diri dari aku dengan dia boleh tak? Aku benci kau! Sebab kau la dia benci aku.’ Sayang kata-kata itu sekadar berbicara di dalam hati.

“Asy, jom kita pergi tengok wayang nak tak?” Ujar Madiha.

“Sorry, aku tak ada mood nak tengok wayang.”

“Jom la. Kau fikirkan Hanna tu buat ape? Tak de function pun. »

“Madiha, kau yang buat aku dengan dia bergaduh macam ni. Aku tahu kau saja nak aku dengan dia bergaduh macam ni. Kau nak tahu kenapa aku sayang dia dan bukan kau. Kau kawan aku saje, aku tak boleh suka kau. Aku pernah cuba suka kau tapi aku memang tak boleh. I’m sorry Madiha.”

**********

“Awak naik bas tu hati-hati tau. Sampai je terus mesej saya tau. Kirim salam dekat family awak.”

“Ye saya ingat. Jangan risau bas masuk je tol Taiping saya terus mesej awak.”

“Main-main tau awak ni. Cium baru tau.”

« Eh ! suka hati je nak cium anak orang. Dah la awak pergi balik. Saya dah nampak dah platform and bas tu.. saya malu la nak lintas kalau awak ada dekat sini. Hehehehe. »

” Tunang sapa la ni gedik betul. Okay la saya balik dulu ingat jaga diri.”

“Ye Encik Naashif Asyraf.”

Asyraf pergi tinggalkan Hanna. Peluang untuk Madiha terbuka luas.

Dari jauh lagi Madiha dan orang upahannya memerratikan Hanna.

“Cik hati-hati.” Ada seorang lelaki menjerit ke arah Hanna. Sebuah kereta Honda city dipandu laju.

Hanna bernasib baik kerana dia sempat mengelak dari di langgar.

Namun, air matanya terusan mengalir, Asyraf yang turut mendengar jeritan tersebut bergegas ke arah tunangnya. Asyraf cuba mengsan nombor plat kereta tersebut tetapi hampa.

Hanna ditenangkan oleh Asyraf. Petang itu, Asyraf menghantar Hanna pulang ke Taiping.

“Awak kita singgah RnR Tapah kejap tau. Kita solat Asar.”

Hanna sekadar mengangguk.

“Awak okay tak ni?”

Air mata Hanna kembali mengalir. Asyraf mula gelisah.

“Awak, dah la jangan nangis dah. Saya ada dengan awak sekarang ni. Dah jangan nangis nanti tak comel.”

“Saya selalu susahkan awak, seen kita form 4 lagi. Saya ni teruk kan? Saya memang tak boleh nak jaga diri saya sendiri.”

“Awak tak pernah susahkan saya. Saya rela la kalau awak nak susahkan saya, saya tak nak tengok awak nangis dah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience