PART 5

Crime Completed 8878

"Baik-baik memandu tu. hujan lebat ni. jalan licin." nasihat Rahmat.

"Okay Mat, aku balik dulu." ujar Rizal yang kemudiannya terus melangkah pergi keluar dari ruang pejabatnya yang sudah pun sunyi.

Sesampainya di rumah, Rizal terus membuka kunci rumah menggunakan kunci pendua. Dia melangkah masuk dan di dapati keadaan dalam rumahnya sunyi sepi di tambah pula dengan kesuraman cahaya yang menyinari ruang tersebut.

"Mel!" Panggil Rizal.

senyap

"Mel! abang dah balik ni" jeritnya lagi. tetapi, masih lagi tiada sahutan.

Rizal bertindak memanjat anak tangga menuju ke bilik. kemungkinan, isterinya sedang nyenyak tidur. ketika Rizal menghampiri bilik tidurnya, Rizal terdengar suara seseorang sedang menyanyi. Rizal mendekatkan telinganya ke pintu.
"Tanya sama pokok,
Apa sebab goyang?
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang..
Tanya sama langit,
Apa sebab hujan?
Nanti jawab langit,
Tanyalah awan..la..la..la.."

Rizal tersenyum. dia tidak menyangka isterinya pandai menyanyi. merdu pula suaranya, beruntung sungguh dia dapat memperisterikan gadis seperti Melati.

Tombol pintu di pulas perlahan, Rizal menjengah sedikit ke dalam bilik. Kemudian, matanya tertumpu ke arah Melati yang duduk membelakangkan dirinya.

"Sayanggg, abang balik ni" tegur Rizal sambil memeluk isterinya.

"Ehhhh,,abang dah balik? mesti abang laparkan? Mel dah masak makanan kegemaran abang tau. mesti abang suka" ujar Melati. Senyuman manis di hadiahkan untuk suaminya yang tercinta. Rizal memanjangkan sikit lehernya untuk menjengah apa yang di lakukan oleh isterinya sehingga tidak sedar akan kepulangannya. Tanpa di duga, mata Rizal membesar. wajahnya berkerut seribu.

depan mata kepalanya, Melati sedang menyusun satu set pisau yang pelbagai jenis dan saiz. dari saiz yang kecil sehingga ke saiz yang besar. Rizal menjadi pelik.

"Banyaknya pisau. siapa punya?" Tanya Rizal ingin tahu.

"Mel punyalah. siapa lagi" jawab Melati dengan bersahaja.

"Mel punya? kenapa banyak sangat? Mel nak buat apa banyak-banyak macam ni?" Rizal bertanya lagi, dia masih lagi tidak berpuas hati. "Inilah hobi Mel, kalau abang nak tahu."

"Hah?" Rizal terkejut. mulutnya melopong. dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang di katakan Melati.

Rizal memandang wajah isterinya mengharapkan penjelasan yang lebih lagi. setahunya, perempuan lebih suka menyimpan bag tangan, kasut,atau aksesori yang hanya berkaitan dengan diri seorang perempuan sebagai hobi.

"Bang, jom turun makan." ajak Melati sambil menarik tangan suaminya menuju ke ruang makan.
Diatas meja, pelbagai hidangan yang sudah tersedia. semuanya enak-enak belaka, Rizal sendiri kecur dan sudah tidak sabar-sabar ingin menikmati hidangan tersebut.

"Banyak lauk yang Mel masak malam ni. sedap-sedap pula tu. Boleh habis ke ni?" Tanya Rizal dan di samping itu dia turut memuji.

"Hehehehe, untuk abang, apa sahaja Mel boleh buatkan. sebab tu, Mel lebih suka abang balik rumah makan masakkan Mel." ujar Melati sambil tergelak-gelak.

Rizal terpandang satu hidangan yang menarik perhatiannya. satu hidangan yang membuatkannya kecur.

"Apa tu?" Tanya Rizal sambil menunjukkan ke arah hidangan itu.

"Daging masak merah bang. Mel tahu, itu lauk kegemaran abang kan?"

Rizal tersenyum

"Ini mesti mak yang bagitahu kan?"
Melati mengangguk-angguk. kemudian, Melati menceduk beberapa sudu lauk daging itu ke pinggan Rizal. Suaminya yang begitu teruja, terus menyuapkan lauk itu bersama nasi ke dalam mulut.

"Sedap tak bang?" soal Melati teruja. suka benar dia, apabila melihat suaminya begitu suka dengan masakkannya yang satu itu.

"Sedap, pandai Mel masak. kalau hari-hari Mel masak macam ni, lagi abang suka." puji Rizal.

Melati tersipu-sipu malu. " Mel tak nak abang jemu je nanti"

"Kalau Mel yang masak, abang tak akan jemu." ujar Rizal sambil menyuap sekali lagi makanan itu ke dalam mulut.

'Jangan risau abang, masih banyak lagi daging tu dalam simpanan Mel.'
jawab Melati di dalam hati. serta merta, senyuman sinisnya terukir.

****
Kejadian petang itu,

"Zaaaassssss!" Kejadian petang itu,

"Zaaaassssss!"

Melati berdiri hanya memerhati. Darah memancut-mancut keluar dari kelaran di leher Cik Hasnah. Kemudian, tanpa membuang masa, Cik Hasnah masih cuba untuk bangun demi menyelamatkan dirinya dari gadis gila tersebut.

Cik Hasnah cuba berpaut dengan dinding. tetapi, kakinya gagal untuk berdiri tegak. Sebelah tangannya cuba menekup luka di lehernya agar darah itu tidak lagi mengalir dengan banyak. "Kak Hasssnnnaaahhhhh, lajunya berjalan, nak kemana tu?" panggil Melati. dengan wajah yang tidak menunjukkan apa-apa riak, gadis itu melangkah mengekori mangsanya.

Tanpa lengah, tudung yang di pakai Cik Hasnah di rentap, kemudian, di tarik terus masuk ke dalam rumah. Cik Hasnah tidak mampu lagi untuk menolak atau meronta. tubuhnya sudah semakin lemah akibat kehilangan banyak darah.

Tubuh wanita yang berusia 30an itu di dudukkan ke atas kerusi meja makan. Melati menghadapkan Cik Hasnah dengan mayat Misya yang sudah reput itu. Cik Hasnah mula mengalirkan air mata. dia dapat merasakan akan menerima nasib yang serupa. tetapi, sangkaannya meleset. Tindakkan Melati kepadanya jauh lebih dahsyat dari itu.

Cik Hasnah tidak mampu lagi berkata apa-apa. tubuhnya sudah mulai merasa sejuk, dan tiba-tiba, tubuh Cik Hasnah rebah ke bawah. Mulutnya mula mengeluarkan darah.

"Lain kali jangan masuk campur urusan orang. jangan suka mengintai. sekarang, apa yang kau dapat?" Soal Melati, sambil mencangkung di hadapan tubuh Cik Hasnah yang sudah terlentang.

Tangan Cik Hasnah cuba mencapai Melati, tetapi, tangannya longlai dan jatuh. Dengan matanya yang terbuka dan mulut yang ternganga, Cik Hasnah akhirnya tewas juga di tangan Melati. "Penyibuk!" Cela Melati. mayat Cik Hasnah di ludah.

Tanpa membuang masa, mayat wanita itu ditarik ke dalam bilik mandi, dengan parang yang sudah tersedia, tubuh mayat wanita itu di lapah. kepalanya di penggal. sambil melapah dan mengerat, Melati bernyanyi..

"Tanya sama hati,
Apa rasa sayang?
adakah tandanya, nampak di pandang,
la..la..la..hihihihihi.." Nera memandang tepat ke mata Azuan. Dia tidak mahu mendengar sebarang alasan dari mulut jejaka itu. Yang dia tahu adalah kata-kata jaminan sahaja bahawa segala kerja yang di arahkan harus di lakukan dengan baik dan cepat, lain dia tidak mahu tahu. Nera menjungkit kening menandakan dia mahukan jawapan waktu itu juga.

"Aku tak nak gagal. Kalau kau gagal, kau tak akan dapat sesen pun dari aku. Faham?"

Azuan membelek-belek sekeping gambar yang di berikan oleh gadis itu sebentar tadi. Dengan penuh rasa minat, jejaka itu merenung gambar itu agak lama. Kemudian, dia tersenyum-senyum sendiri.

"Cantik perempuan ni. Siapa dia?" Tanya Azuan. "Dia musuh aku yang paling utama. Aku nak kau hancurkan rumahtangga dia" arah Nera. Riak wajahnya seolah-olah tiada perasaan.

"Macam mana?"

"Macam mana apa? takkan itu pun kau tak tahu? sebelum-sebelum ni macam mana kau buat kerja? kalau aku kata kau bodoh, kau tak terima" Nera mula naik angin. Apalagi, dia terbayangkan kemesraan Rizal bersama isterinya tempoh hari.

"Imbuhan dia besar tak?" tanya Azuan mengenai bayarannya kepada gadis itu. "Cukup besar dan lumayan bila kau lenyapkan dia dari muka bumi ni" balas Nera bersahaja.

"Baik kalau macam tu. kau tunggu jawapan dari aku. Aku tahu apa yang aku nak buat" jawab jejaka itu dengan begitu yakin sekali.

kemudian, jejaka yang bernama Azuan itu terus beredar meninggalkan Nera berseorangan di meja makan. Nera memandang keluar tingkap dengan senyuman lebar.

"Mampus kau Melati. Rizal akan jadi milik aku." getus Nera perlahan.

**** Rizal dan Haikal sedang berbual di kafe. Mereka berbual dengan rancak sekali tanpa menyedari kedatangan Nera semakin menghampiri meja mereka. Dengan senyuman yang penuh menggoda, gadis itu terus sahaja melingkari tangannya ke bahu Rizal.

Rizal terkejut. begitu juga dengan Haikal. Meraka tidak menjangka akan keberanian Nera memeluk Rizal di hadapan khalayak ramai yang turut berada di situ.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Haikal, lelaki ini tidak menyenangi kehadiran gadis itu di situ. Haikal meluat.

"Nak lepak-lepak dengan korang berdualah. tak boleh ke?" Soal Nera selamba. bibirnya sentiasa menguntum senyuman manis buat Rizal yang berada di sebelahnya.

Rizal menepis tangan gadis itu. Dia cukup tidak suka akan perbuatan gadis itu. Sudah acap kali di tegur dan di marah, tetapi gadis itu seolah-olah tidak makan saman dengan teguran Rizal. "Malam ni, kita lepak kat kelab. aku belanja. lagipun dah lama sangat kita tak berkumpulkan?" cadang Nera tiba-tiba.

"Sorry, aku tak dapat join kau, Nera. kalau kau nak, minta Haikal ni temankan kau" Ujar Rizal cuba mengelak dari menemani Nera di kelab malam.

"oohhh no, aku pun tak boleh. aku dah janji dengan tunang aku nak keluar dinner malam ni" Jawab Haikal pula. Air oren yang masih lagi bersisa di hadapannya di minum sampai habis.

"Okaylah, aku nak naik ke pejabat, masa rehat pun nak habis dah ni. jom Rizal" Ujar Haikal sambil mengajak Rizal sama-sana naik ke tingkat 6, di mana pejabat mereka berada.
Tanpa lengah, Rizal juga bingkas bangun dan membuntuti langkah rakannya, Haikal menuju ke lif. Nera yang tinggal keseorangan merasa bengang dan tidak puas hati kerana usahanya untuk memujuk Rizal ke kelab malam menemui kegagalan.

"Tak pe Rizal. sekarang ni kau reject aku. kau tengok apa jadi nanti pada bini kesayangan kau yang cantik tu" ujar Nera sendirian,

***** Melati sedang khusyuk mengemas dapur sambil menyanyi. Hatinya girang dan gembira kerana suami tercinta selalu pulang untuk makan tengahari bersamanya. isteri mana yang tidak suka, jika suaminya berselera memakan masakkan hasil air tangan isterinya sendiri. Melati masih teringat pesanan mamanya sebelum mama dan papanya berangkat ke New York untuk menetap terus di sana,

"Nak pikat suami, kena melalui perutnya. Mel kena belajar masak. belajar masak makanan yang bakal suami Mel suka." "Ye ke Ma, alahhhh..Mel tak suka memasaklah. Nanti Mel suruh kak Irda yang masakkan untuk Mel dengan suami Mel nanti. Kan senang"

"Tak boleh macam tu. Nanti kalau suami Mel lari cari perempuan lain macam mana? Mel suka ke?" Soalan mamanya itu menyentap terus tangkai hatinya. Tak mungkin perkara itu akan berlaku.

Sejak dari hari itu, Mel terus-terusan belajar memasak dengan mama dan ibu mertuanya. Mujur, ibu mertuanya jenis manusia yang tidak kedekut ilmu dan tidak kisah dengan kekurangan yang ada pada dirinya. Mel tersenyum puas.

"Tett..tett.." Loceng di rumah Melati berbunyi nyaring. Lamunan Mel terhadap mamanya terus lenyap dari bayangan. Mel bingkas bangun dan melangkah terus ke tingkap. Di selak sedikit langsir yang menutupi keseluruhan tingkap rumahnya. Apa yang di lihat, tiada sesiapa di luar.

Tetapi,Melati masih juga berhasrat untuk keluar dan mencari sesuatu di halaman rumahnya. Pintu bercermin gelap itu di tolak sedikit untuk memberikan ruang kepadanya. Matanya meliar memandang ke setiap kawasan. kemudian, matanya di halakan ke arah pagar hitam miliknya. Ada sepucuk surat yang terselit di celah-celah pagar rumahnya. Surat itu di buka, ada beberapa keping gambar yang bakal membuatkan dirinya tersenyum meleret. Gambar seorang gadis seksi yang cantik sedang memeluk bahu seorang lelaki yang Melati cukup-cukup kenal. Lelaki yang di dakap oleh gadis dalam gambar itu adalah Rizal, suaminya sendiri.

"Cantik.. tapi tak secantik aku" ucap Melati sambil tersenyum-senyum sendiri.

Melati menuju ke dapur, dengan perlahan, Dia mengeluarkan satu set pisau yang pelbagai saiz yang menjadi koleksinya selama ini. Memang sengaja dia menyimpan set itu di laci kabinet dapur rumahnya.

"Lama sangat kau tersimpan, tiba masanya kau akan beraksi." Ucap Melati sambil membelek-belek koleksi pisaunya itu.

Melati tersenyum-senyum apabila sudah terencana sesuatu di kepalanya..

"Aku sayang laki aku, tak akan ada sesiapa yang boleh rampas dia dari aku tau" ucap Melati. Suasana di pejabat agak sibuk hari itu, Rizal, Haikal dan seorang lagi rakan mereka Faiq masing-masing tekun dan khusyuk menyiapkan tugas yang di beri. Rizal yang berada di tengah-tengah antara Haikal dan Faiq menjadi perhatian seseorang. Seseorang yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. Senyumannya sentiasa mekar apabila lelaki yang menjadi impiannya itu selalu ada di hadapan matanya.

"Hai, Rizal ada?" Nera menoleh ke arah suara yang menegurnya sebentar tadi. Nera terkejut apabila isteri Rizal, Melati tiba-tiba sahaja ada di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience