Petang itu, Naura datang menemani Amanda. Satu bungkus makanan yang telah disiapkan oleh Darris untuk isterinya juga dibawa bersama.
"Hoi, bila kau nak keluar hospital ni?" sergah Naura lalu bungkusan makanan yang dibawa diletakkan di atas meja.
"Entah. Mana aku tau." jawab Amanda tanpa memandang Naura. Bola matanya dihalakan ke pintu.
"Aku dekat sini, yang kau pandang pintu kenapa?"
"Darris mana?"
"Dia kejap lagi sampai lah tu. Eleeeeh, rindulah tu." usik Naura dengan senyuman meleret.
"Tapi... dia ada masakkan kau nasi goreng yang kau nak sangat tu." sambung Naura. Tangannya lincah mengeluarkan pinggan dan sudu.
"Kenapa dia tak datang? "
"Lah, manalah aku tau kenapa dia tak datang. Dah dia tak nak datang, takkanlah aku nak heret dia datang sini pulak. Tak ke gila macam tu? " jawab Naura dengan gelengan.
"Dia... dia tak nak datang tengok aku ke? " hati Amanda jadi sebak.
Sejak dari tadi dia menantikan kehadiran suaminya tapi lelaki itu tidak muncul. Hanya menghantar Naura sedangkan dia inginkan kehadiran lelaki itu ketika ini. Hatinya membentak.
Takkan merajuk? Tak pernah lagi Darris buat perangai sampai merajuk sekali?
"Kau ni, kesianlah sikit dekat laki kau tu. Siang malam dia jaga kau. Ini pun rajin dia masakkan kau nasi goreng. Aku tengok tadi, dia cepat-cepat je buat kerja. Mungkin dia ada meeting kut. Sebab tu dia suruh aku hantar makanan ni dekat kau. Kau fahamlah dia sikit."
Nada Naura seolah-olah sedang marah. Dia faham kehendak Amanda.
"Hidup aku menyusahkan dia je ke, Na? Aku ni yang mati-matian merayu dekat dengan dia dulu tapi dia buat aku macam tiada nilai dalam hidup dia. Aku ni beban dia ke, Na?" gugur air matanya mengalir ke pipi.
"Ayra, aku..."
"Tak apalah. Aku je yang jaga hati orang, orang yang tak jaga hati aku termasuk diri aku sendiri. Kau baliklah, Na. Nanti ada apa-apa, aku bagitau kat kau."
Amanda terus baring dan mengiring membelakangi Naura. Selimut ditarik menutup seluruh tubuhnya. menjadi Naura rasa sebak.
Amanda membuang pandangan ke luar tingkap. Air matanya mengalir laju sambil tersenyum pahit.
Ya Allah, aku penat!
Di bawah fabrik tebal itu, dia melepaskan tangisan tanpa tahu puncanya. Yang dia tahu ketidakhadiran suaminya telah membuatkan dia berjauh hati.
Naura memandang pelik tubuh Amanda yang terhinjut-hinjut.
Kenapa budak ni menangis pulak? Tak kan sebab laki dia tak datang dia nak menangis, fikir Naura sendiri.
"Ayra, kalau macam tu aku balik dulu eh. Makanan ada dalam bekas tu kalau kau lapar."
Setelah Amanda terdengar bunyi pintu ditutup, dia kembali bangun dan memusingkan badan memandang bekas nasi goreng yang disediakan untuknya. Tangan dibawa ke perut. Walaupun lapar, dia hanya mahukan tangan suaminya yang menyuapkannya.
Jam sudah menunjukkan pukul 6:17 petang. Batang tubuh Darris sudah terpacak di hadapan katil Amanda. Lega Darris apabila diberitahu dokter bahawa Amanda dibenarkan keluar dari hospital malam ini.
Tergesa-gesa dia apabila Naura menghantar mesej dia bercerita tentang Amanda. Habis berjumpa klien tadi terus dia bergegas ke sini tanpa balik ke pejabat dahulu.
Sepanjang berada di pejabat, otaknya sering melayang memikirkan Amanda. Hatinya mulai rasa sebak.
Darris menapak mendekati katil Amanda. Bekas makanan yang ada di atas meja dibuka. Alangkah terkejutnya Darris bila isi di dalam bekas masih penuh. Dahinya berkerut.
"Kenapa tak makan nasi ke tadi?" kepala Darris menunduk, memandang wajah isterinya.
Geleng.
"Kenapa tak makan? Penat je aku masak untuk kau." ujar Darris dengan nada berjauh hati.
"Kenapa kau tak datang tadi? Kenapa Naura yang datang?"
"Aku ada kerja sebab tu..."
"Aku lapar. Aku nak makan nasi goreng tu." Amanda memintas.
Dia tidak mahu mendengar alasan. Yang penting suaminya sudah tiba dan perutnya sudah pedih kerana tidak menjamah sebarang makanan.
Nasi goreng dihidangkan ke dalam pinggan. Air masak dituang ke dalam gelas dan Darris duduk di kerusi menghadap isterinya.
"Kenapa tadi tak makan?" soal Darris lembut.
"Tak nak."
"Nasib baik tak sakit. Lain kali makan jelah."
"Tak ada orang suapkan." rengek Amanda. Muncungnya ditarik kedepa.
"Lah... rupanya tak ada orang suap. Suruhlah Naura."
"Tak nak. Tak sama macam tangan kau."
"Tak sama?" dahi Darris berkerut.
"Tangan kau dicipta untuk manjakan aku. Ada manisnya di situ." jawab Amanda tersipu-sipu malu.
Darris hanya tersengih mendengar jawapan isterinya. Sejak kebelakangan ini ada pelangi dalam hubungan mereka tapi belum tentu badai tidak menghempas sekali lagi.
Dia berharap satu hari nanti, hubungan mereka akan kekal terus bahagia tanpa sebarang perasaan ego atau mengoyahkan rumah tangganya. Dia berharap jua satu hari nanti, sekeping hati nan kering itu terbuka untuk menerima kenyataan.
segalanya akan terlerai
Share this novel