Prolog

Horror & Thriller Completed 790

1962

Mawar berlari terus,terus dan terus tanpa henti. Semakin pantas mawar berlari,semakin pantas juga ia mengejar.

Mawar terjatuh.Kakinya berdarah. Mawar tetap meneruskan lariannya. Sedang dia berlari muncul kelibat orang tua di hadapannya. Mawar terkejut , mengundur lalu terjatuh.Kelibat orang tua itu semakin dekat. Semakin dekat lalu menerkamnya.


**************
Munir mencari Mawar tetapi Mawar masih tidak kelihatan. Munir semakin resah gelisah. Munir dan Mawar telah bertunang sejak sebulan yang lalu. Diikutkan tarikh pernikahan mereka hanya tinggal seminggu sahaja lagi.

Munir dan Mawar ditangkap dan dibawa ke dalam hutan oleh orang muda yang cemburu dengan pertunangan mereka. Mawar adalah seorang gadis yang cantik dan baik. Ramai jejaka yang terpikat dengannya. Tetapi Munir telah memenangi hati Mawar dengan sikap Munir yang baik serta menghormati orang tua.

Munir cuba melawan mereka dan menyuruh Mawar lari terlebih dahulu. Tetapi sehingga kini Munir masih belum menjumpai Mawar.Keletihan semakin menerjah. Munir masih meneruskan pencariannya. Tidak lama selepas itu dia terdengar bunyi seseorang menjerit memanggil namanya.

"Munirrrr!!!!"

"Mawarrr!!! Kau dimana???!!!" jerit Munir.

Sunyi . Tiada sebarang sahutan atau balasan. Dia yakin bahawa itu adalah suara Mawar.

Munir mencari kelibat Mawar. Dalam hatinya hanya berharap bahawa tunangnya selamat. "Jikalau Mawar masih disini. Tolong berikan petunjuk kepadaku" bisik Munir.

Dia teruskan berjalan. Tiba-tiba dia melihat satu susuk tubuh wanita terbaring dia atas tanah. Dia menghampiri susuk tubuh itu. Ternyata susuk tubuh itu adalah milik Mawar.

Mawar terbaring dengan kakinya yang berdarah. Mawar pengsan tidak sedarkan diri. Munir bingkas bangun lalu mengangkat Mawar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience