15

Romance Completed 95763

“Absolutely! Dia yang datang ke sini! Oh…my…god! Meena Nelson datang ke Manaory Company! Aaaa!” Louis melepaskan suara nyaringnya. Sunggguh dia teruja dengan kedatangan perempuan itu. Tetapi satu saja yang bikin hati lelakinya tidak senang iaitu cara pemakaian si Meena Nelson itu. Rasanya dia punya duit yang berkepuk untuk membeli baju yang cukup kain.

Ini jika isteri ketuanya, Anggun Dahlia tahu pasti mengamuk perempuan itu. Risau pula dia. Mana tahu nanti akan jadi seperti drama adaptasi di televisyen. Kebiasaannya akan ada aksi menggunakan bomoh, tarik-tarik rambut, maki hamun. Oh, tidak! Tolonglah jauhkan mala petaka itu dari hidupnya dan juga hidup ketuanya.

“By the way, Meena Nelson bagi you kad ni. Tapi I rasa you dah ada nombor dia kan? Nah, it’s okey. Kalau macam itu, biar I yang simpan. Hehe.” Louis tidak jadi memberikan kad itu kepada ketuanya. Sebaliknya kad itu disimpan ke dalam poket sambil tersengih.

“Dia nak apa datang ke sini?” Malas mahu melayan perangai pembantunya. Ikram Benjamin menyambung kembali kerja yang tergendala tadi. Sesekali matanya melirik ke dokumen yang terbentang diatas meja.

“Entah. Dia tak ada cakap apa-apa. Dia cuma bagi kad nama saja tadi.” Dia bersandar sambil menggyoyangkan kaki. Lagaknya seperti tiada kerja yang harus diselesaikan. Ikram Benjamin membuang pandang ke arah Louis. Keningnya dimainkan.

“Kau tak ada kerja ke? Rasanya banyak lagi kerja kau untuk esok yang belum kau serahkan pada aku.” Dia tersengih sinis. Ikram Benjamin bangun dari duduknya dan menghampiri Louis.
“Fine! I pergi sambung kerja sekarang.” Dia bingkas bangun dari kerusi itu. Langkahnya laju keluar dari ruang kerja Ikram Benjamin. Tetapi sebelum melepasi pintu keluar dia menoleh semula ke belakang.

“Kapten, jangan sampai Anggun Dahlia tahu tentang Meena Nelson. I tak rasa dia akan terima perempuan tu sebagai madu dia. Hahahaha.” Cepat saja dia melarikan diri. Gelaknya memenuhi ruang kerja itu.

“Tak guna punya Louis.” Dia menggelengkan kepala sambil tersengih. Tidak mungkin dia akan memadukan bidadarinya itu. Cukuplah dia seorang saja sehingga ke syurga.

Telefon bimbit dicapai. Nombor Anggun Dahlia didail. Jiwanya rindu pada perempuan itu. Jam tangan dikerling sekilas. Ah, baru jam 11 pagi. Lambat lagi mahu menunggu waktu kerjanya habis.

“Hello.” Panggilannya dijawab. Tenang suara dihujung talian menyapa rongga pendengarannya. Automatik bibirnya menarik senyum. Rindu!

“Assalamualaikum. Hai sayang.” Sungguh, dia mahu senyuman itu mekar sehingga akhir nafasnya. Dia bahagia walhal dengan mendengar sebaris nama Anggun Dahlia. Angau kan?

“Walaikumsalam. Abang nak apa? Dahlia tengah sibuk.” Dia hanya membayangkan jika perempuan itu ada dengannya ketika ini. Pastinya sudah ditatap puas.

“Abang nak Dahlia.” Dia memainkan hujung hidungnya. Sengihnya semakin melebar. Hatinya meronta-ronta mahu pulang sekarang. Tetapi apakan daya. Kerjanya masih banyak yang menunggu untuk diselesaikan.

“Err…abang…dah makan?” Cepat saja dia mengalih topik perbualan. Malas mahu melayan penyakit angau lelaki itu. Suka sangat menyakatnya. Manakala, Ikram Benjamin pula sudah menahan gelaknya dari terhambur. Pastinya perempuan itu sedang menahan malu. Dengan pipi yang naik kemerahan. Mahu saja dia melepaskan geram dengan menggigit telefon yang berada ditangan. Hebat betul penangan Anggun Dahlia terhadap dirinya.

“Makan? Macam mana abang nak makan kalau sayang tak ada dengan abang.” Kali ini tawa kecilnya terlepas. Dia tidak mahu panggilannya berakhir begitu saja. Dia mahu terus bergurau dengan perempuan itu.

“Tsk! Abang!” Anggun Dahlia mendengus geram. Terdengar keluhan berat di hujung talian. Marah agaknya kerana diusik.

“Okey, okey. Abang tak usik sayang lagi. Sayang abang ni dah makan ke belum?” Ikram Benjamin berjalan ke tingkap. Matanya menghadap tasik yang terdapat dibelakang bangunannya. Badannya disandar pada cermin tingkap.

“Belum. Baru pukul 11. Nanti Dahlia makan. Sekarang tengah sibuk. Dah akhir bulan, Dahlia kena selesaikan gaji staf. Kesian budak-budak tu kalau gaji masuk lambat.” Ikram Benjamin sekadar mengangguk dengan penerangan itu. Dia sendiri faham tentang kesibukan pada akhir bulan.

“Rindu.” Dia meluahkan rasa yang terbuku dihati.

“Ha?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience