DIA 14

Romance Completed 131781

Kepala Hazzar masih tidak berhenti fikir pasal tadi. Baju kemeja tadi dipandang lama. Tangannya mengambil baju tersebut lalu dihidunya lagi. Entah sudah berapa kali dia hidu bau minyak wangi itu.

"Betul ke dia Hanis? Ke aku je terbayangkan dia?" Hazzar terfikir balik apa yang dai baru katakan.

"Kenape aku nak terbayangkan dia? Dia bukan siapa-siapa pun nak aku bayangkan. Tapi tu memang dia kan? Ke tak? Uishh!" Punggung Hazzar dihenyak pada kaki katil.

Tak sangka pula tentang Hanis boleh membuatkan dia jadi serabut sampai macam ni. Hazzar pandang depan, ada pantulan dirinya sendiri.

"Hazzar Iskandar. Kenape kau nak fikir pasal tu? Dia yang buta langgar suka hati. Minta maaf pun tak! Tapi kenape sebab minyak wangi ni pun kau nak jadi serabut sampai macam ni? Gila ke?" Soalnya pada pantulan dirinya sendiri.

Hazzar mengerling jam di tangannya. Dia kena balik pejabat. Kemeja tersebut dia ambil lalu baling ke bakul. Tepat! Baju tersebut masuk dengan kemas.

Dia bangun lalu menuju ke almari. Pintu almari ditolak ke tepi. Jari telunjuknya bergerak ke setiap baju termasuk matanya sendiri. Kemeja lengan panjang berwarna biru laut menjadi pilihan.

Kemeja tersebut disarung dengan baik dan dikancing. Dia kembali ke arah katil. Tanganya cekap mengambil kunci kereta, telefon dan beg duit. Tidak dilupakan, cermin mata. Kemas saja kakinya menuruni tangga.

"Hazz..." Baru sahaja nak belok ke arah pintu, Hazzar terdengar namanya dipetik oleh seseorang.

Hazzar menoleh lalu berjalan perlahan ke arah bunyi tersebut. Cermin mata diturunkan sedikit untuk melihat siapa yang berada di ruang tamu bersama bondanya. Tangannya naik memeluk tubuh.

"Betul ke macam tu?" Soal Puan Sri Karisya, mama Syaza.

"Iye dia kata dia dah lama berkenan dengan si Syaza tu." Ujar bondanya sambil tersenyum lebar.

"Tak sangka Hazz memang dah lama ada hati dekat Syaza. Kalau tahu, dah lama kita jodohkan dua sejoli tu kan." Ujar Puan Sri Karisya lalu ketawa kecil.

Hazzar mengetap bibir. ' Ada jugak aku angkat kaki pindah dari rumah ni kang! ' Desis hati Hazzar.

"Oh ya mana Hazzar? Lama tak jumpa dia. Selalunya dok terperap je dekat pejabat tu." Soal Puan Sri Karisya.

"Oh Hazzar, tu dekat belakang. Seronok curi-curi dengar ye?" Ujar bondanya.

Hazzar sangkakan bila dah syok bersembang dengan bakal besan yang semestinya takkan jadi langsung tak nampak anak berdiri tercegat dekat situ.

Puan Sri Karisya menoleh lalu terbina sebuah senyuman manis sampai ke telinga. Dia kembali menoleh bonda Hazzar.

"Segak betul. Makin lama makin segak. Ni kalau si Syaza tu menolak jugak, memang sah si Nazrul tu ada pakai-pakai benda tak elok dekat anak saya tu." Pujian yang diberikan melambung-lambung sampai tembus atap rumah mereka.

Hazzar meleret senyuman menyampah. Nazrul pakai jampi ke tidak, Syaza tetap nak dekat dia. Bagi jelah diorang kahwin. Dari tadi hati Hazzar asyik membebel pasal Puan Sri Karisya.

"Bonda... Hazz nak pergi office dulu eh?" Pamitnya.

"Eh nanti. Malam karang jangan balik lambat sangat. Kita dinner sama-sama."

Mata Hazzar beralih ke arah Puan Sri Karisya. Dengan segera Puan Sri Karisya menguntum senyuman manis. Tak lain tak bukan, mesti keluarga Syaza turut berada pada makan malam ini. Hazzar mengeluh kecil.

"Tengoklah kalau Hazz tak sibuk." Dia cuba memberi alasan.

"Hazzar..." Ujar bondanya dengan nada marah.

Hazzar mengabaikannya lalu keluar dari rumah. Rimas!

---

Hanis duduk bertongkat dagu di tempat kerjanya. Pandangannya jauh menembusi dinding kaca dan merentasi seluruh alam semesta. Orang yang lalu lalang pasti berfikir yang dia sedang angau bercinta. Dia kembali ke realiti.

Kali ini badannya disandarkan pada kerusi. Kali ini pandangannya menembusi setiap tingkat bangunan tersebut. Macam-macam yang dia fikirkan. Pasal lelaki 'misteri' tadi dengan babahnya. Hanis rindu babah.

"Woi!" Sergah Ryan, kawan pejabatnya.

Nasib tak gugur jantung Hanis. Hanis kembali duduk tegak. Hanis memaparkan wajah geram kepada Ryan.

"Janganlah marah. Aku nak kau jadi normal je." Hanis mengerutkan dahi.

"Normal? Kenapa kau nampak aku macam kemurungan ke ape?" Soal Hanis hairan.

"Tahulah orang tu tengah hangat bercinta maklumlah first time. Tapi janganlah kau nak termenung macam takde kerja. Semua orang hairan tengok kau. Siap buat teka-teki lagi siape satu-satunya lelaki yang berjaya memikat hati wanita di hadapan ku ini. Share lah siape dia tu?" Ujar Ryan dengan nada manja, tahulah pondan.

Nasib tak ada orang tahu pasal dia bercinta dengan Nazrul kalau tak, habis dia.

"Hey Ryan- "

"Rina! Kau ni berapa kali nak ulang. I'm not Ryan. I'm Rina." Ujarnya lalu mengenyit mata kepada Hanis.

Hanis mencebik.

"Okay cik Rina. Aku tak ada teman lelaki. Aku tak bercinta, aku tak angau atau hangat bercinta. Aku cuma fikirkan pasal babah aku. Aku rindu dia." Terang Hanis.

"Call jelah nanti dia angkat jugak. Believe me dear. Wei ceritalah pasal si dia tu cepat." Ujar Ryan.

"Aku tak ada teman lelakilah! So please miss Rina, back to your table. Close story. Shuhh!" Halau Hanis.

"Yelah. Kedekut. Tapi ingat, kami ahli mak cik bawang besar akan dapatkan jawapannya. Hati-hati." Ujarnya.

Hanis buat tak tahu. Tangannya mencapai telefon disebelah lalu mendail nombor babahnya. Tiada jawapan. Dia mencuba sekali lagi, tetap sama.

"Sampai bila bah?" Soalnya sayu.

(Di rumah babahnya)

"Sampai bila Hanis nak call babah walaupun tahu babah takkan jawab panggilan Hanis? Sampai bila?" Soal babahnya sambil melihat telefonnya yang berdering serta tertera nama Hanis padanya.

---

Seperti yang dirancang, keluarga Syaza dan keluarga Hazzar duduk semeja untuk makan malam bersama. Bonda dan ayah borak sakan dengan bakal besannya sampai lupa dunia. Ikram pula sudah berapa kali menguap. Hazzar hanya bermain dengan nasinya, begitu juga dengan Syaza.

"Aku mengantuk." Bisik Ikram.

"Aku pun mengantuk. Dahlah aku rimas dengan makan malam ni." Balas Hazzar.

"Kenape kau rimas?"

"Yelah. Bonda dengan ayah tu bincang pasal majlis perkahwinan aku dengan Syaza. Padanlah dah tahu yang aku dengan Syaza takkan kahwin." Jelasnya.

"Maj--Majlis perkahwinan?" Ikram tunjuk reaksi terkejut.

Hazzar mengangguk.

"Angah, blah jom." Ajak Ikram.

"Pergi mana?" Ikram tunjuk senyuman nakal. Tahu dah nak ke mana.

Mereka berdua bangun. Semua orang terus memandang mereka. Tanpa bercakap apa-apa, mereka terus meninggalkan mereka.

"Hazzar! Ikram! Nak ke mana?" Soal ayahnya.

Mereka menoleh serentak.

"Nak ke kelab malam." Jawab Hazzar selamba.

"Hazz! Kita ada tetamu ni." Marah bondanya.

"Rasanya tetamu bonda dengan ayah je kut. Hazz tak berminat. Oh lagi satu, Puan Sri, Tan Sri, bagi jelah Syaza nikah dengan Nazrul kalau tak nak dapat malu. Sebab Hazz memang takkan jadi pengantin lelaki untuk Syazalina. Dia pun setuju, kan Syaza?" Ujarnya.

Semua mereka tunjuk reaksi terkejut. Bonda dan ayahnya pula terasa seperti ada kuali yang menghempap muka mereka, malu!

"Syaza. Nak ikut? Pergi kelab." Ajak Ikram.

Syaza bangun lalu menyertai mereka berdua. Semua panggilan terhadap mereka bertiga diabaikan, sehinggalah.

"Kalau kamu bertiga jejak kaki dekat luar rumah, kamu bukan anak kami lagi!" Ujar Tan Sri Khalid dengan penub kemarahan.

Semasa Tan Sri Khalid ungkapan kata-kata tersebut, kaki mereka sudah berada di luar atau, mereka bertiga jejak kaki di luar rumah. Serentak mereka menoleh. Bonda, ayah, Puan Sri Karisya bangun apabila melihat mereka sudah menjejakkan kaki di luar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience