Bab 3

Horror & Thriller Completed 3437

Elysa duduk termenung di atas sebatang kayu yang ditebang khas untuk orang yang ingin berehat.Lautan yang terbentang luas di tenung Elysa.Kenangan bersama Alysa berlegar legar di ingatannya.

"Alysa suka tengok laut."kata Alysa kepada adik kembarnya.

"Kenapa?"tanya Elysa yang ketika itu berumur 15 tahun begitu juga dengan Alysa.

"Sebab,bila Alysa tengok laut Alysa teringatkan Lysa."jawab Alysa sambil tersenyum.

"Kenapa teringatkan Lysa pula?"tanya Elysa lagi.

"Kalau Alysa tengok laut,Alysa rasa tenang je. Samalah macam Lysa.Bila Lysa ada dengan Alysa,Alysa rasa tenang je."jawab Alysa.

Mereka berdua tersenyum bahagia.Mereka selalu bersama sama walau di mana sahaja.Sampai lah satu hari,mereka terpisah.

Elysa menyeka air matanya yang mengalir di pipi menggunakan hujung lengan bajunya.

"Hai!"sapa seseorang tiba tiba.

"Hai.Awak gadis yang saya terlanggar tadi kan?" kata Elysa.

"Ya.Kenapa awak duduk sini sorang sorang.Awak tak rasa sunyi ke?"tanya gadis itu.

"Saya memang rasa nak bersendirian pun.Nak tenangkan fikiran.By the way,nama saya Elysa." Elysa menghulurkan tangannya dan disambut oleh gadis itu.

"Nama saya Ira."kata gadis yang bernama Ira itu.

"Oh!Awak datang sini dengan keluarga ke?Kalau nak cakap suami,awak nampak terlalu muda untuk bergelar isteri."kata Elysa pula.

"Saya datang dengan kakak saya."jawab Ira.

"Bestnya awak.Dulu saya pun ada kakak tapi kami sama umur sebab kami kembar.Tapi dia dah takde dah.Dia eksiden 6 bulan yang lalu."suara Elysa agak mendatar.

"Janganlah bersedih.Dah memang ajal dia.Mana tahu dia memang patut terlibat dalam kemalangan tu."balas Ira.Agak serius bunyinya.

Elysa memandang Ira penuh kehairananan. "Kenapa awak cakap macam tu?"Tanya Elysa.

"Entahlah.Saya balik bilik dululah.Takut kakak saya marah."kata Ira lalu meninggalkan Elysa yang terpinga pinga.

Elysa menganggap kata kata itu hanya gurauan dari Ira.Matahari mula terbenam.Sudah agak lama dia duduk di situ.Kawasan pantai juga agak sunyi.Elysa bercadang untuk masuk.

Niatnya terbantut apabila terdengar orang memanggilnya.Elysa berpusing dengan spontan. Tiada siapa di situ.Hanya kelihatan beberapa orang tetapi jaraknya sangat jauh dari Elysa.Jika dipanggil dengan kuat pun tidak pasti akan didengar oleh orang orang itu.

Mata Elysa tertancap pada sesusuk tubuh yang tergapai gapai di laut seperti ingin meminta tolong.Elysa tidak pandai berenang.

"Tolong.Sesiapa tolong.Ada orang lemas."jerit Elysa.Tiada yang mendengar.Orang orang tadi sudah mula meninggalkan kawasan pantai.

Elysa teragak agak.Akhirnya dia bercadang ingin masuk ke laut untuk menyelamatkan orang itu. Takkan dia nak tengok je.

Air laut sudah berada di paras dadanya.Dia cuba untuk mendekati orang itu tapi semakin dia dekat, semakin jauh kedudukan orang itu.

Sampai satu aras,kaki Elysa tidak menyentuh tanah.Dia mulai panik.Sekejap dia timbul,sekejap dia terapung.Kali ni dia pula yang tergapai gapai. Semasa dia berada di atas air sesusuk tubuh yang lemas tadi merenungnya dengan tajam.

Elysa mula rasa nafasnya tersekat sekat.Tiba tiba,seseorang menyelamatkan dirinya.Dia dibawa ke atas darat.

Elysa tercungap cungap dia atas pasir.

"Kau takpa pa ke?"tanya seorang lelaki yang basah lencun.Dia kelihatan sebaya dengan Elysa.

"A..aku takpa pa."balas Elysa.Dia terduduk kerana kakinya agak lemah untuk berdiri.Dia menyangka bahawa dia akan mati lemas.Dia melihat kembali ke arah laut tapi tiada siapa siapa di sana.

"Kau nak bunuh diri ke?Apa masalah kau sampai kau nak bunuh diri?Kau tak ingat mak dan bapa kau ke?"Suara lelaki itu agak tinggi menandakan bahawa dia tengah marah.

Elysa berdiri dengan pantas.

"Firstly,thanks sebab tolong aku and secondly yang kau nak marah marah aku ni apasal.Kau ingat aku ni teringin sangat nak masuk neraka sebab bunuh diri ke?Eh!aku tahulah hukum orang bunuh diri ni."balas Elysa kemudian berlalu dari situ.Dia agak bengang dengan lelaki itu.

Lelaki itu rasa bersalah.Dia cuba untuk mengejar tapi dia batalkan niatnya kerana Elysa sudah jauh di hadapan.

Sepasang mata memandang lelaki itu dengan mata yang merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience