Bab 27 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~When you put ALLAH first, miracle happens.~

Cuma tinggal lagi seminggu Majlis Perkahwinan antara Tengku Eshan Maisur dan Eshan Maisarah akan berlangsung. Segala persiapan semuanya diaerahkan kepada Tengku Naina dan kakaknya. Dia malas mahu ambil tahu. Cukup bawa diri saja nanti bila tiba masanya. Lagipun bukannya dia yang beria-ria mahu kahwin, kan?

Nendanya, Tengku Elmira dan Along, Tengku Nazneen Masyitah bersama keluarganya ada tiba dari Turki semalam. Semuanya bergembira, tidak sabar meraikan harinya akan disatukan dengan Eshal Maisarah itu. Tengku Nafla Maryam dan Baariq juga akan disatukan pada hari yang sama. Menjimatkan masa kata Nendanya. Nenda itu tegas orangnya, kalau A yang dikata jangan harap akan berubah jadi B. Kalau berubah pun akan jadi C, D dan seterusnya. Itupun kalau moodnya baik.

Tapi makin dekat dengan tarikhnya, makin resah Eshan rasa. Entah kenapa kepalanya rasa macam nak meletup saja. Dadanya pula berdebar kencang, jauh lebih kencang dari kebiasaannya. Dia dapat rasa ada sesuatu yang akan berlaku kepadanya. Tapi apa?

Ehsan tak senang duduk. Sakit kepala makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni. Rasa berpusing-pusing. Rasa seluruh biliknya membahang walaupun dah dipasang penghawa dingin, kipas juga berputar ligat tapi tetap juga berpeluh. Eshan terduduk, tak boleh berdiri tegak sebab dia rasa tak stabil. Lantai biliknya, tinggi rendah saja pada pandangan matanya.

Dari duduk di birai katil, Eshan rebahkan tubuh ke tilam. Kepala direhatkan ke bantal empuknya. Tutup sekejap kelopak matanya, dalam bayangan hitam itu dia rasa ada sesuatu menerjah dia. Cepat-cepat dia buka mata kembali. Mata tepat ditalakan kepada siling. Siling itu kelihatan sedikit gerak. Eshan kerut dahi, pelik. Matanya dipicingkan untuk memfokuskan kepada siling yang bergerak itu. Lama-lama siling itu beralun. Berombak dari kiri ke kanan. Dari kanan ke kiri. Terbuntang mata Eshan, terkejut dengan apa yang dia lihat. Biji matanya dipisat beberapa kali, tapi keadaan tetap seperti tadi. Eshan jadi makin resah dan gelisah. Peluh makin merecik di dahi. Makin banyak timbul di pelipis kepalanya. Badannya sudah bermandi peluh.

"Apa dah jadi ni?" desis Eshan perlahan, picit pelipis dahi, tak selesa. Mata dipejam rapat sambil mulutnya berdecit, sakit menyengat.

Eshan rasa kepalanya yang berpusing-pusing tadi makin menjadi-jadi. Dari perlahan jadi makin laju. Kali ini Eshan tidak tahan, dia mengiring, meringkuk badannya. Lututnya dibawa ke dada. Eshan ramas kuat rambutnya bagi mengurangkan rasa sakit. Rasa macam kepalanya hampir meletup. Berpusing-pusing macam kipas, terbayang-bayang apa yang ada depan mata. Matanya dipejam rapat.

Dada rasa terhimpit. Rasa tersekat, berat macam ada beban diatasnya. Susah mahu bernafas. Rasa ada sesuatu menjerut lehernya. Tercunggap-cunggap Eshan mencuri nafas. Rasa seperti dia dilemaskan dalam air tasik yang dalam. Tidak berombak, tidak beralun. Kelihatan tenang tapi ganas melemaskan mangsa.

'Sakitnya, Ya Allah!'

Eshan menjerit kesakitan tapi suaranya tidak keluar. Tangan dan kakinya seperti diikat oleh sesuatu yang tidak membenarkan dia bergerak walaupun seinci. Eshan meronta kuat tapi tidak berganjak walaupun sedikit. Eshan menjerit memanggil nama uminya, nama Nafla, nama Mak Ning tapi satu pun tidak kedengaran seolah-olah dia cuma berteriak di dalam hati.

Dalam usaha mahu melepaskan diri, Eshan rasa tubuhnya ditarik. Ditarik masuk ke dalam satu lohong hitam. Berputar-putar sehingga Eshan tidak sempat berpaut pada mana-mana tempat untuk dia menyelamatkan diri. Eshan membuka tangan lalu menerkup kepalanya, melindungi dari terhentak.

* * *

Kedebuk!

Eshan jatuh atas lantai. Lantai yang licin dan bersih. Eshan bangun dari duduknya. Membetulkan baju dan jaket hitamnya. Menyapu sedikit bajunya manalah tahu kalau-kalau ada debu atau pasir yang melekat. Dia pun tak tahu dia berada di mana sekarang ini. Eshan pandang kiri kanannya. Sepertinya dia berada di dalam sebuah bangunan. Atau mungkin lebih tepat lagi, berada di kaki lima sebuah pangsapuri. Tapi pangsapuri mana? Dan kenapa dia berada disini?

"Abang Baa! Mak Som! Sarah datang ni."

Satu suara menjerit, mengejutkan Eshan. Eshan toleh ke arah datangnya suara itu. Dihadapannya, ada seorang gadis sedang mengetuk pintu salah satu unit rumah di pangsapuri ini. Ada mangkuk tingkat besi disebelah tangannya. Eshan mengerut kening, siapa ni? Kenapa mukanya macam familiar saja? Tapi siapa?

"Hah ada apa?"

Ada suara lain muncul sebaik sahaja pintu itu dibuka dari dalam. Lelaki! Eshan berdiri tegak. Menanti apa yang akan berlaku seterusnya.

"Sarah..." Suara itu tersekat disitu. Senyuman yang menghiasi wajah itu juga mula memudar. Barangkali terkejut dengan kemunculan lelaki itu.

Eshan tergemap. Rasanya telinganya tidak salah dengar. Dia sebut namanya, Sarah kan? Eshan curi tenung wajah itu dari sisi.

"Ini rumah Mak Som, kan?"

"Emm... kenapa?" Si lelaki itu bertanya.

Eshan yang mendengarnya sedikit terkejut. Kenapa suara itu seperti pernah dia dengar? Tapi kakinya tidak berganjak dari tempatnya berdiri saat ini. Eshan memerhati dari jauh saja.

"Awak siapa? Apa awak buat dalam rumah Mak Som ni? Awak pencuri ya?" tuduh si gadis.

"Excuse me miss. Nak menuduh orang pun tengok lah dulu. Takkan lah aku ni pencuri. Kalau betul aku ni pencuri, sah-sahnya aku tak buka pintu ni. Aku ambil apa yang aku suka and aku blah!" marah lelaki itu.

"Kau siapa?" Giliran gadis itu pula disoal selepas memarahi gadis yang sedang termangu di depannya.

"Sa... saya Sarah. Sebelah ni rumah saya. Ni saya datang nak bagi nasi lemak. Tadi Mak Som ada bagitahu saya, minta saya hantar nasi lemak ke rumah dia," beritahu gadis itu, diangkat sedikit mangkuk tingkat yang ada ditangannya kepada si dia yang masih ada didalam rumah.

Eshan tergamam. Sarah? Sekali lagi gadis itu mengakui dirinya Sarah. Kali ini Eshan yakin itu adalah Sarah. Dan kalau ini Sarah, habis siapa lelaki itu? Itu aku? Baru dia teringat dia pernah bermimpikan situasi ini dahulu!

Eshan membuka langkah mahu mengintai siapa lelaki yang berada di dalam rumah. Baru saja raut lelaki itu mahu menyapa anak matanya, tiba-tiba tubuhnya terasa ditarik ke belakang. Tanpa Eshan sempat membuat apa-apa, Eshan dibawa pergi. Berpusing-pusing.

* * *

Buk!

Sekali lagi Eshan jatuh. Kali ini jatuh di atas asphalt hitam. Eshan bangun berdiri. Malam. Gelap, yang hanya disimbahi cahaya lampu jalan. Terpinga-pinga matanya mengitari sekeliling. Dimana pula kali ni?Eshan tengok kiri dan kanannya. Banyak kereta bersidai di kotak parking. Otaknya meneka, ini tempat letak kereta ke? Tapi kenapa aku perlu ada dekat sini?

"Ezz... Ezz apa khabar?"

Eshan toleh disebelahnya. Dilihatnya seorang gadis sedang bercakap dengan seseorang yang bernama Ezz yang berada di dalam kereta. Kereta mewah! Gadis itu berada di luar kereta jadi terpaksa dia membongkokkan sedikit tubuhnya.

'Sarah?' Sebutnya bila wajah itu sudah jelas dimatanya.

'Sarah buat apa dekat sini? Dalam berfikir mahu melangkah menegur Sarah, kakinya seolah-olah telah digam. Eshan berusaha meleraikan tapi tidak boleh. Guna gam cap gajah ke apa ni? Eshan marah sendiri akhirnya mengalah. Menonton saja apa yang akan berlaku.

"Ezz sihat. Sarah?"

"Alhamdulillah. Sarah sihat. Ezz cuti lama ke kali ni?"

"Emm.. Sarah masuk la dulu. Kita bercakap sekejap. Dah lama kita tak jumpa kan?"

Lelaki itu dilihat cuba menolak pemegang pintu sebelah penumpang dari sebelah dalam. Eshan yang mendengar, terjengil matanya. Tak rela kalau Sarah setuju untuk masuk ke dalam kereta itu. Eshan tunggu reaksi Sarah, Sarah dilihat mengeleng perlahan. Eshan hembus nafas lega.

"Tak nak lah Sarah. Nanti orang tengok, tak manis la..."

"Sekejap saja. Ezz janji. Masuk la sekejap."

Eshan tengok Sarah kembali. Tunggu reaksi Sarah.

'No Sarah! No! Jangan masuk!' laung Eshan tapi Sarah tidak berikan reaksi pada laungannya. Eshan mahu capai tangan Sarah, tapi tak sampai.

Lama juga Sarah diam sebelum kepalanya dijatuhkan. Eshan kepal penumbuk, marah dengan tindakan Sarah.

'Tak nampakkah Sarah dia ada di sini?'

Pintu kereta dibahagian penumpang ditutup selepas Sarah masuk ke dalamnya. Eshan tidak tahu apa yang mereka bualkan. Eshan resah ditempatnya. Seminit masa berjalan rasa bagaikan sejam masanya. Eshan menanti dengan sabar.

Tak lama kemudian, Sarah keluar bersama sejambak bunga. Eshan menjegilkan matanya, terkejut lagi. Sarah melambaikan tangannya kepada pemandu itu sebelum kereta itu bergerak keluar dari tempat parking. Sarah melintasi tempat Eshan berdiri tanpa menegurnya.

'Sarah! Sarah!' Eshan menjerit memanggil nama Sarah tapi Sarah tetap mengayunkan langkahnya menuju anak tangga. Sesekali Sarah dilihat tertunduk-tunduk menghidu bau bunga mawar biru itu.

"Sarah!" Ada suara lain menjerit nama Sarah. Eshan kalih matanya, terkejut dia. Dia melihat 'dia' sedang kejar Sarah. Entah dari mana 'dia' itu muncul pun dia tidak tahu. Eshan bertambah hairan. Apa yang sedang berlaku ni?

"Erkk... awak..." suara Sarah itu jelas-jelas terkejut dengan kemunculan 'Eshan' disitu menarik minat Eshan untuk melihat apa yang sedang berlaku disana.

"Kau buat apa dekat luar?"

"Sa... saya turun jumpa kawan..."

"Awak... buat apa dekat sini?" Sarah sambung bertanya.

"Tak ada apa. Aku nak balik rumah aku dah. Kebetulan terserempak dengan kau. Itu je. Hati-hati naik tangga tu."

"Baik.Terima kasih ingatkan saya. Saya naik dulu"

"Emm pergi lah."

Eshan lihat 'dia' seperti resah melepaskan Sarah pergi begitu. Tak lama selepas itu 'dia' ke kereta Peugeotnya lalu memandu keluar dari kawasan Pangsapuri itu.

Eshan masih lagi berfikir.

'Apa yang jadi sebenarnya ini? Apa semua ni?' Sekonyong-konyong itu Eshan mendongak kepalanya, lihat Pangsapuri yang tersegam depan mata. Dia kenal tempat ini. Ini Pangsapuri Cempaka! Tempat Sarah dan Baariq tinggal dulu, 10 tahun dulu! Jadi adakah ini.... belum sempat Eshan berikan jawapan sekali lagi dia ditarik, berpusing-pusing.

* * *

2018.

Eshan buka mata. Wajah yang pertama singgah dipandangan matanya adalah wajah kakaknya, Nafla. Wajah itu basah, lencun dengan air mata.

"Han... Alhamdulillah Han dah sedar. Sekejap, Cik panggilkan Doktor." Nafla menyapu air mata. Lega, adiknya sudah sedar.

Eshan gerakkan sedikit tangannya. Menghalang Nafla. Nafla yang langsung memahami terus mencapai tangan Eshan lalu dibawa ke pipi.

"Kenapa?" tanya Eshan sepatah.

"Han... jangan buat kami takut."

"Kenapa?" sekali lagi Eshan tanya.

"Han tak sedarkan diri. 3 hari Han tidur, demam panas. Han meracau. Doktor Dzharif terpaksa bawa Han ke sini."

Dengar jawapan Nafla, baru Eshan sedar dia berada di satu ruangan yang serba putih. Hospital! Benci betul dia!

"Umi?"

"Umi baru saja balik dengan along dan nenda. Han haus?"

Eshan mengangguk. Nafla tolong bantu Eshan bangun. Lalu sedikit air disuakan ke bibir Eshan. Eshan meneguknya sedikit.

Nafla meletakkan kembali cawan ke meja. Dia menanti bicara Eshan yang seterusnya.

"Cik... Han minta tolong bawakan Eshal ke sini, boleh?" pinta Eshan. Dia perlu berbincang dengan Eshal memandangkan tarikh mereka akan disatukan kian hampir. Tak kurang lagi 3 hari.

"Kenapa Han?"

"Han perlu bincang dengan dia..."

Kenapa dgn Han? Han nak bincang apa dgn Eshal? Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience