(dua tahun kemudian)
Nabilla membetulkan tudungnya.Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan mereka kali ke-9 tahun.Alhamdulillah,tidak dia sangka bahawa mereka akan bersama sehingga ke hari ini.Nabilla tersenyum melihat rekaan bilik hotel yang ditempah oleh Iskandar.'CANTIK!'
"Kak bell,"panggil Irdina dan itu mengejutkan Nabilla.
"Irdina~Haiwat macam dah nak sama tinggi dengan kak bell ni?"
"Kak bell tak cukup kalsium kot,"
"Ewah ewah,"Irdina ketawa melihat gelagat Nabilla.
"Cantiklah kak bell.Umur 36 pun still nampak macam umur 24,"
"Umur tu pelan-pelanlah sikitt.HAHAHAHA,"
"Sumpah!Irdina tak tipu,"
HAHAHA okay.Terima kasih Irdinaa.Paksu dah turun?"Irdina mengangguk dan itu membuatkan hatinya berdegup lebih laju.Terasa kecut pula perutnya.
"Irdina teman kak bell eh?"
"Okayy~"
Irdina pun memimpin tangan Nabilla.Sejuk pula tangannya.Gementar nampaknya.
"Irdina,kak bell nampak melebih tak?"tanya Nabilla,sebelum mereka keluar daripada bilik tersebut.
"Simple but elegant.You are the definition of perrrfect!"Nabilla menggigit bibirnya.
"Takutlah kak bell,"
"Haiwat?"
"Takut nanti diorang fikir yang kak bell nak semua ni.Kak bell rasa macam,faham tak apa yang diorang akan fikir?Mungkin ada sesetengah orang tu fikir yang kak bell ni show off la,mungkin ada yang fikir kak bell ni kikis harta suami kak bell la,kak bell takut,"
"Kak bell,mata manusia takkan pernah nampak yang sempurna.Mesti ada kurangnya.Tak payah fikir apa yang orang kata,asalkan niat kita betul di jalan-Nya,"Nabilla tersentak.Ayat sama yang telah dikatakan oleh seseorang yang amat dia kenali dan cintai.
"Paksu ajarr~"kata Irdina dan itu membuatkan Nabilla ketawa.'Dah agak dah,"
Nabilla meneliti setiap tetamu yang hadir.Bersama tangannya dipegang oleh Irdina,dia tidak berasa begitu gemuruh."Assalammualaikum,"tegur salah seorang sekumpulan perempuan.
"Waalaikummussalam,"jawab Nabilla,tersenyum.
"Akak isteri kepada Tuan Iskandar ye?"tanya mereka.Nabilla mengangguk sambil tersenyum.
"Tuan Iskandar selalu sangat cerita pasal akak.Dia kata,dia nak buat ulang tahun perkahwinan akak dengan tuan untuk tahun ni lebih bermakna.Maklumlah,dah berapa tahun kakak dengan tuan tak buat majlis ni kan,"Nabilla tersenyum dan mengangguk.
"Cantiklah akak!Sumpah saya kata,first time saya tengok akak dekat gambar atas meja kerja Tuan Iskandar,cantiknya!"Nabilla tertawa sambil menutup mulutnya.
"Allahu,semua ni pinjaman je,"
"Untung Tuan Iskandar dapat isteri macam akak,"kata mereka.Nabilla tersenyum dan meneruskan perbualan bersama sekumpulan perempuan itu.
Tiba-tiba,matanya dapat menangkap sekujur tubuh yang sedang berdiri memandangnya sambil menghirup air sirap.Dia mengangkat keningnya.'Sayang,'
"Akak kerja lawyer kan?"Nabilla terkejut seraya mengangguk laju bagi menjawab pertanyaan gadis itu.Sesekali,matanya menjeling Iskandar yang sedang tersenyum memandangnya.Dia hanya membuat tidak endah dan membiarkan sahaja.
"Bahagia hidup akak kan?"tanya salah seorang gadis di hadapannya.Nabilla tersenyum.
"Alhamdulillah.Dengan izin Allah,akak bahagia,"
"Tapi saya,akan rampas kebahagian tu,"luntur senyuman Nabilla apabila mendengar ayat yang dilontarkan oleh gadis itu.Gadis itu dekat ke arah Nabilla dan membisikkan sesuatu.
"Saya...Akan..Rampas...Iskandar bin Ismail..Daripada...Akak.."bisiknya dan Nabilla mengetapkan bibirnya.Apabila matanya bertemu dengan mata gadis itu,dia pun tersenyum lalu mengangguk perlahan.
"Kalau nak,ambik jela.Tak payah nak buang masa bisik-bisik buat drama kan?Kalau betullah dia nak,it's okay.Tapi kalau tak,jangan malu,"
"Akak yakin dia taknak dekat saya?"
"Allah Maha membolak-balikkan hati manusia.Jadi akak tak kisah sangat sebab perasaan tu akan datang dan pergi juga.Tapi ingat,akak pun perempuan.And perampas.Biasalah,bini kedua.Hihi.Kalau nak belajar,jumpa akak eh.Sambil tu bolehlah kita berkenalan?Okay?"
"Akak..Isteri kedua?"Nabilla tersenyum bangga dan mengangguk.
"Aik?Takkan tak tahu kot latar belakang suami yang nak dirampas?Haish,rule number 1,tahu latar belakang bakal suami.Okay?"
"Akak.."
"Oh Sarah,lain kali belajar daripada pakar,"gadis itu mengerutkan dahinya.
"Macam mana akak tahu nama saya?"Nabilla tersenyum sinis dan mengangkat keningnya.
"Belajar daripada pakar,"bisik Nabilla.
"By the way,all the best.Fikir dulu sebelum nak jadi madu saya ye,"Nabilla pun pergi meninggalkan Sarah.Semakin teballah kerutan di dahi Sarah.
(beberapa jam kemudian)
"Umi dengan Ibu taknak tidur sini dulu ke?"tanya Nabilla,memegang tangan Fina dan Bariah.
"Tak boleh.Nanti hangpa macam mana?"Nabilla cuba memujuk ibu dan uminya untuk tinggal bersamanya.Sementara Iskandar dan Irwan sedang duduk di kerusi sambil menikmati aiskrim tanpa hiraukan perkara di sekeliling.
"Cantiknya kak bell,"kata Iskandar.Irwan menjeling abangnya.
"Hermm,tadi takmau cakap.Tengok ja kak bell.Macan kak bell tu bukan isteri abang pulak,"
"Eh,kak bell tu isteri aku eh?!"
"Iyalah!Dari tadi tercegat ja taknak pun cakap dengan kak bell.Nampak macam teruna tengok anak dara!Padahal suami isteri.Mailah,tegurlah kak bell,cakaplah kak bell cantik ka,anggun ka,menawan ka.Ini dak!Tercegat macam ayam!"
"Aku malulah Wan.Hang apa tau,"
"Dengan isteri sendiri pun malu?"
"Entahlah.Aku pun tak tau haiwat.Bila aku tengok dia,aku rasa macam,first time aku tengok dia.Perasaan aku dekat dia dari aku kecik sampai sekarang masih ada hang tau dak.Aku pun tak taulah,"Irwan tersenyum sinis.Lucu melihat gelagat abangnya.Entah macam mana abangnya yang suka mengacau dan nakal boleh pula berubah daripada pemalu dan segan seperti ini.
"Hermm,lantak abanglah,"Iskandar masih tersenyum melihat Nabilla yang sedang ketawa bersama Fina,Irdina dan Bariah.
"Hati-hati naa,"kata Bariah.
"Bye kak bell!Bye paksu!"kata Irdina dan Irwan.Nabilla dan Iskandar melambai-lambai ke arah mereka.
Akhirnya kereta itu meninggalkan perkarangan hotel tersebut.Kini,tinggallah mereka berdua.Nabilla menggigit bibirnya.Iskandar tersenyum dan perlahan-lahan mendekatkan dirinya ke arah Nabilla.Tangannya merangkul pinggang Nabilla dan itu membuatkan Nabilla terkejut.
"Sayang?"tegur Nabilla apabila Iskandar perlahan-lahan membuka tudung Nabilla.
"Ye baby?"
"Orang nampak satgii,"
"Takdaklah.Kita kan kat hotel.Hotel ni kita punya okayy.Buat malam ni jalah.Cepat,nak bilik mana?Nak single room ka,nak couple room?"Nabilla menggigit bibirnya.'Ini Iskandar versi ke berapa dah ni?!'
"Hah?"
"Make up your decision baby.Because tonight that room will be messy,"kata Iskandar,pergi ke belakang Nabilla dan mencium leher gadis itu.
"Sayang.."Iskandar tersenyum sinis mendengar desahan Nabilla lalu mendukung Nabilla untuk menuju ke arah bilik mereka.
Tiba-tiba,terkejutnya mereka apabila melihat ada sekujur tubuh di belakang mereka selama ini.
"Tuan?"kata Sarah,terkejut.Sebenarnya,dari tadi dia berada di belakang sepasang suami isteri tersebut.Tapi,dia tak tahu pula akan jadi begini.
"Sarah?Haiwat tak balik lagi?"
"Minyak kereta saya dah habis,"Nabilla hanya tersenyum manis memandang Sarah di dalam pelukan Iskandar.
"Herm,bawaklah kereta Waja saya tu.Esok pulangkan balik,"
"Tapi nanti tuan nak naik kereta apa?"
"Alhamdulillah,saya ada lagi dua buah kereta.Nanti isteri saya ambikkan.Kunci kereta waja ada saya sangkutkan dekat bilik 102,"kata Iskandar dan dia pun pergi meninggalkan Sarah sambil mendukung Nabilla.
Sarah mengetap bibirnya.Perlukah dia meneruskan lagi selepas apa yang dia lihat tadi?
Share this novel