Bab 50

Drama Completed 35637

"Aku tengok bukan main excited kau belajar tadi" kata Hadi. Dihadapan ada Tiara yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi.

Kening Tiara bertaut saat mendengar kata-kata Hadi yang dianggap tidak masuk akal itu.

"Apa dia? Sebelum ni kau nampak aku tak bersemangat ke belajar?"

"Tak ada lah. Kan hari ni first day Sir Aisar tu mengajar, mesti lah kau excited macam student perempuan yang lain. Kan sir tu handsome" Hadi cuba mengawal nada suara agar tidak kedengaran begitu cemburu.

Tiara cuba menahan dirinya daripada ketawa dan tersenyum sebelum menjawab.

"Alahai, itu ke sebab kau cakap macam tu? Bagi aku sir tu memang lah handsome, tapi tak ada lah aku excited lebih belajar hari ni. Yang kau tiba-tiba cakap pasal benda ni kenapa? Jealous ke kalau aku minat Sir Aisar tu?" Tiara sengaja menduga.

Hadi mengalihkan sedikit kepalanya daripada pandangan Tiara.

"Mana ada. Handsome Sir Aisar tu, handsome lagi aku sepuluh kali ganda. Kan?"

"Ye lah, Hadi. Betul lah tu apa yang kau cakap. Kau je lah lelaki handsome dekat universiti ni. Tak ada siapa boleh lawan wajah kau tu" Tiba-tiba Tiara teringat tentang Rafiq.

"Tapi, Rafiq pun boleh tahan muka dia. Ah! Biar lah. Tak kan aku nak puji Rafiq depan Hadi pulak" bisik hati Tiara.

"Tahu tak apa. Semalam kau buat apa je dekat rumah? Kan kau tak pergi kelas"

Apabila Hadi bertanya tentang perkara itu, baru Tiara teringat tentang kedatangan Kak Aisyah, Encik Ahmad dan Puan Sakinah. Lantas dia terus menjawab.

"Semalam owner tempat aku kerja tu datang melawat aku. Eh, bukan melawat. Saja je nak jumpa sebab dah lama tak jumpa aku. Itu tak apa lagi. Yang aku terkejut nya, diaorang dah pasal mak aku. Diaorang cakap Hadi yang bagitahu. Bila masa pulak kau jumpa dengan diaorang?" tanya Tiara.

Hadi tersentak seketika sebelum dia termenung untuk mengingati kembali tentang apa yang dikatakan oleh Tiara. Sesaat kemudian, segala apa yang cuba diingati nya muncul di fikiran.

"Oh, pasal tu. Ada hari tu, aku lupa bila. Aku datang kedai makan tu bagitahu dekat sorang kakak ni. Apa nama dia? Kejap aku lupa..."

"Kak Aisyah" jawab Tiara.

"Ha! Kak Aisyah. Sebab aku terfikir, diaorang semua dah tahu ke belum pasal mak kau. Itu yang aku pergi tu. Sorry lah sebab tak cakap dekat kau"

Terkedip-kedip mata Tiara setelah mendengar cerita daripada Hadi. Mengapa pula Hadi nak mintak maaf?

"Ya Allah, Hadi. Buat apa kau nak mintak maaf dekat aku? Aku yang sepatutnya ucap terima kasih dekat kau. Aku memang betul-betul lupa nak cakap dekat diaorang. Maklumlah, lepas je mak aku tak ada aku tak boleh nak berfikir dengan elok. Fikiran aku bercelaru. And sekarang ni aku nak cakap terima kasih dekat kau atas segala pertolongan kau dekat aku. Daripada awal kita kenal sampailah sekarang ni. Memang aku tak dapat balas semuanya. Aku pun tak tahu lah kau tolong aku ke atau aku ni yang menyusahkan kau" Tiara tersengih di akhir katanya.

Dalam hati nya, dia berasa lega. Lega kerana akhirnya dia dapat juga mengucapkan terima kasih kepada Hadi.

"Apa yang kau cakap ni? Kau tak pernah lah menyusahkan aku. Kau anggap je yang aku ni perantaraan daripada pertolongan Allah untuk kau. Kau tak perlu lah fikir sangat pasal tu. Aku ikhlas tolong kau. Aku tolong kau pun takat mana yang aku mampu je. Dah lah tu. Tak payah lah kita cakap pasal hal ni. Kau ni, nak buat scene sedih lah pulak" kata Hadi. Dia melihat wajah Tiara seakan-akan hendak bertukar sedih.

Sebaik sahaja Hadi berkata begitu, satu senyuman meniti di bibir Tiara.

"Aku nak beli kereta lah" ucap Tiara

"Hah? Kenapa pulak kau tiba-tiba nak beli kereta?"

"Tak ada lah. Aku ni asyik naik grab je. Tak naik grab, naik kereta orang. Sampai bila aku asyik nak tumpang orang. Sekejap kereta kau, sekejap kereta Hadirah. Kalau aku ada kereta sendiri, senang lah sikit. Duit nak beli kereta tu ada lah jugak" kata Tiara sambil memandang ke arah lain.

Dia menunggu jawapan daripada Hadi, tetapi Hadi diam sahaja. Lalu Tiara menyambung kata-katanya lagi.

"Nanti kau tolong aku boleh nak uruskan pasal beli kereta ni. Aku ni manalah reti pasal benda-benda ni. Boleh ke tidak?" soal Tiara sekali lagi apabila dia melihat Hadi seperti tidak mendengar apa yang dikatakan nya.

"Oh, boleh je. Nanti aku tolong kau. Nanti kau cakap saja lah bila. Tiara, dah alang-alang aku nak cakap dekat kau sesuatu ni. Sebenarnya lama dah aku nak cakap ni dekat kau. Tapi masa tak mengizinkan. Aku rasa ini masa yang sesuai" Wajah dan nada suara Hadi tiba-tiba bertukar serius. Daripada kata-kata Hadi, Tiara yang melihat nya automatik menjadi risau.

"Apa dia? Kau ni buat scene saspens pulak. Cakap lah, apa yang serius sangat tu?"

Hadi diam seketika sambil matanya merenung meja. Selama 5 saat Hadi mendiamkan diri apabila Tiara memanggil nya.

"Hadi! Kau ni dah kenapa? Cakap lah apa dia" kata Tiara, gusar.

"Aku sebenarnya lapar" jawab Hadi sambil memandang Tiara dengan senyuman nakal.

Tiara menarik dalam nafasnya sambil mengetap giginya. Wajah Hadi yang tersenyum itu dilihatnya dengan pandangan yang geram.

Buku yang berada di atas meja diangkat nya dan berura ura untuk 'menghentak' kepala Hadi.

"Sorry, sorry. Jangan lah hentak kepala aku. Betul lah apa yang aku cakap. Daripada tadi aku nak cakap yang aku lapar tapi masa tak mengizinkan sebab kau tiba-tiba je buat scene sedih" Hadi mengambil buku-buku yang dipegang Tiara dan letakkan di atas meja.

"Kalau lapar tu cakap je lah! Tak payah lah nak buat ayat bunga bunga bagai. Aku ingat apa lah yang penting sangat kau nak cakap. Kau buat macam tu sekali lagi, Hadi, tak pasal-pasal kepala kau yang aku cabut. Main-main lah kau ni"

"Sorry lah. Aku saja je. Okey, kali ni betul-betul. Aku ada benda nak cakap dengan kau. Kali ni betul-betul scene serius" kata Hadi sambil mengangguk angguk kepalanya untuk menyakinkan Tiara.

Tiara memandang Hadi dengan pandangan tidak puas hati sebelum menjawab.

"Kau cakap yang kau nak balik rumah, memang buku-buku ni melayang dekat muka kau. Hah, apa dia?"

"Macam ni, masa dalam kereta baru balik dari hospital yang engkau pengsan hari tu mak aku ada tanya aku something" kata Hadi terhenti seketika.

Melihat Tiara seperti tidak mahu berkata apa-apa, Hadi menyambung kata-katanya.

"Mak aku suruh aku tanya kau. Kau nak tak tinggal dengan kitaorang. Sebab mak aku kesian dengan kau. Kau sorang tinggal dekat rumah, tak ada orang teman. Tambah pulak hari tu kau demam tiba-tiba. Lagi lah mak aku nak kau tinggal dengan kitaorang. Rumah aku ada satu lagi bilik kosong, bilik tetamu. Tapi kalau kau tak nak, tak apa. Mak aku tak ada lah paksa kau. Cuma, dia risau sangat dengan keadaan kau" Hadi memandang wajah Tiara yang terkejut dengan apa yang baru sahaja dia sampaikan.

"Mak kau ajak aku tinggal dengan korang? Serius lah?" Tiara tidak pernah sangka sampai begitu sekali Puan Balqis memikirkan tentang dirinya. Rasa sebak pula dia.

"Haah, Hawa pun excited gila bila mak aku cakap pasal ni dalam kereta hari tu. Tapi kau jangan salah faham, aku bukan nak mintak kau kesian kan Hawa. Tapi aku cuma nak cakap yang dia happy lah. Apapun, kau. Kau yang nak buat keputusan. Pasal makan ke apa semua, kau tak payah risau. Kitaorang pun selalu ada lauk lebih. Ayah aku pulak selalu tak ada dekat rumah. Dia asyik kerja dekat luar. Jadi yang selalu ada dekat rumah pun aku, mak aku dengan Hawa. Tak apa, kau fikir lah dulu macam mana. Nanti bila kau dah ada jawapan, kau bagitahu je aku. Aku rasa mak aku boleh terima kedatangan kau bila-bila je" ucap Hadi dengan tenang.

Tiara mengetuk-ngetuk permukaan meja dengan jari telunjuk nya menandakan dia sedang berfikir mengenai pelawaan Hadi itu. Dia memandang Hadi dengan dahi yang berkerut.

"Nanti aku fikir dulu ek? Bila aku dah ada jawapan, aku bagitahu kau terus" jawab Tiara, teragak-agak.

"No worries. Take your time. Apa yang penting, kau jangan fikir yang kau akan menyusahkan kami semua. Fikiran itu sangat salah lagi tidak benar. Kalau kau menyusahkan, tak ada mak aku nak ajak kau macam ni. Entah-entah nama kau pun dia tak sebut"

Tiara tidak menjawab sebaliknya hanya memberikan Hadi sebuah senyuman. Tetapi dalam hatinya, dia masih lagi memikirkan tentang apa yang Hadi katakan sebentar tadi.
//
Jari jemari runcing milik Nia Natasha menari-nari laju di atas papan kekunci komputer riba. Walaupun suasana di The Coffee Bean agak hingar-bingar, tetapi itu tidak sedikit pun menggangu ketenteraman Nia.

Secawan Iced Chocolate Mousse Latte yang terletak di atas meja dicapai lalu disedut sedikit.

Akibat terlalu leka dengan komputer ribanya, Nia tidak sedar akan kehadiran orang yang ditunggu tunggu nya.

Seorang jejaka yang tinggi lampai berdiri di hadapan Nia yang membuatkan dia tersedar. Cawan air diletakkan kembali di atas meja dan senyuman manis diberikan kepada lelaki itu.

"Lama ke tunggu? Sorry, tadi ada hal sikit" sapa jejaka itu dengan mesra sebelum menarik kerusi yang bertentangan dengan Nia.

"No. Nia pun tak ada lah lama sangat duduk sini. Baru dalam 15 minit. Air ni pun baru berapa kali Nia sedut" Nia menunjukkan cawan air yang berada di hadapan nya.

"Abang Rafiq tak nak order air dulu ke? Nia belanja"

"Thank you but it's okay, lagipun abang tak lama ni. Lepas ni ada kerja sikit. Well, let's straight to the point. Kenapa tiba-tiba je Nia nak jumpa dengan abang ni? What's the matter?" kata Rafiq sambil meletakkan kedua-dua tangan nya di atas meja.

Tanpa menunggu lama, Nia menarik sedikit kerusinya ke hadapan dan mengetepikan sedikit komputer ribanya. Dia memandang tepat wajah Rafiq menandakan dia sedang berada dalam mod serius.

"Abang Rafiq, you know I've loved Hadi for a long time right?"

Rafiq sedikit pelik dengan apa yang dikatakan oleh Nia tetapi dia hanya mengangguk.

"Ya. Abang memang tahu benda tu. But, apa kena mengena perasaan Nia terhadap Hadi dengan abang?"

"Sabar dulu. Let me explain. Selama Nia suka dekat Hadi, Hadi tak pernah walau sekali pun balas cinta Nia. Memang dia tak cakap apa-apa, tapi Nia dapat rasa yang dia cuma anggap Nia sebagai kawan. Not more than that" Nia berhenti untuk menarik nafasnya kemudian menyambung.

"Do you know Tiara? What's her name? Tiara something. Ah, yes! Tiara Adriana. I think you know her"

"Ya, memang abang kenal Tiara. Student yang baru tu kan? Tak ada lah baru sangat tapi baru lah jugak. And then?" soal Rafiq. Dia makin tidak faham dengan apa yang Nia cuba sampaikan.

"Nia rasa ramai dah dekat universiti tu yang nampak Hadi and Tiara tu rapat. Before that girl belajar dekat universiti tu, cuma Nia satu-satunya perempuan yang rapat dengan Hadi. But now? Tiara tu lagi rapat dengan Hadi"

"Sekejap. Nia ajak abang datang sini semata-mata nak cakap pasal Hadi dengan Tiara ke?" Rafiq memotong kata-kata Nia.

"This is the point. What Nia noticed, abang macam suka je dekat Tiara. Nia nampak hari tu one day or second day after dinner Prof Yusuf, abang bersembang dengan Tiara. I saw it's not like the first conversation between the two of you. Nia nampak macam sebelum-sebelum ni korang berdua pernah bersembang. Betul ke abang suka Tiara? Lagipun, abang kan dah 'break up' dengan Rania" Mata Nia seakan akan bersinar-sinar saat bertanyakan soalan itu pada Rafiq.

Dia berharap dia dapat mendengar jawapan yang dia inginkan.

Rafiq bersandar ke belakang. Dia seperti faham sesuatu perkara. Sikit demi sedikit dia dapat memahami apa yang cuba Nia katakan.

"She's not my type that I can love. Abang tak akan suka dia but abang 'berminat' dengan dia" kata Rafiq bersama dengan senyuman yang penuh makna.

Nia mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum sinis saat mendengar jawapan daripada Rafiq.

"Okay, now I get it. So, let's make a deal. What if kalau kita do something? You know what I mean. And at the end, Nia akan jadi seperti dulu. Satu-satunya perempuan yang rapat dengan Hadi and might be his lover. And you Abang Rafiq. Abang boleh ambil Tiara. No one can stop you" kata Nia.

Sambil menunggu jawapan daripada Rafiq, dia minum sedikit airnya untuk membasahkan tekak. Banyak pula dia bercakap.

Rafiq ketawa kecil yang membawa makna tersendiri. Tidak pernah dia melihat Nia bersikap seperti itu.

"Okey. Abang setuju dengan deal tu. It sound interesting. When can we start our plan?"

"Anytime bila kita ready" Nia tersenyum.

"Nia, Nia. Buat apa lah Nia susahkan diri buat plan plan ni semua. Kalau Nia dengan abang, tak perlulah Nia nak buat semua ni. I can make you happy. Mungkin lagi lebih daripada Hadi" kata Rafiq.

Senyuman di wajah Nia pudar sedikit apabila Rafiq berkata begitu.

"Abang, I have told you. Hadi is my first love. Nia suka dia sejak zaman sekolah lagi and Nia akan suka dia sampai bila-bila" kata Nia dengan nada yang kedengaran tegas.

Tidak pernah walau sekali dia berfikir untuk mencari seseorang yang boleh menggantikan tempat Hadi di hatinya. Walaupun termasuk Rafiq Izuddin.

"Walaupun dalam hati Hadi ada Tiara?" soal Rafiq dengan senyuman nakal.

Melihat Nia memandang dia dengan pandangan yang tajam, pantas Rafiq berkata.

"Sorry. Abang terlepas cakap. I didn't mean it" Rafiq mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Nia tidak berkata apa-apa. Dia hanya menguntumkan senyuman palsu buat Rafiq.

"Kau nak suruh aku terima kau? Memang tak lah. Sampai bila-bila pun tak akan. Dasar spesies lelaki buaya macam ni hanya perempuan yang bengap je yang terima. Tukar-tukar girlfriend macam tukar kasut ada hati nak aku. Nonsense!" kutuk Nia dalam hati.

"And for you Tiara. Aku harap kau akan bersiap sedia untuk segala-gala yang akan datang menimpa kau lepas ni. Jangan ingat Hadi akan selama-lamanya dengan kau. Hadi is mine" sambung Nia.

Di wajahnya terukir satu senyuman sinis yang penuh dengan dendam.

SELAMAT BERPUASA !! (ノ^_^)ノ thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update :(:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience