Irene menunggu diluar sementara Khairi masuk ke dalam wad milik ibunya. Terlihat sosok ayah setia menemani ibu yang sedang tidak sedarkan diri itu. "Ibu.." Panggil Khairi perlahan. Dia melangkah menuju ke arah ibu kemudian memegang erat tangan wanita tua itu. "Jangan pergi dulu.." Ucap Khairi perlahan.
Ayah yang berada di sisi ibu hanya melihat sahaja Khairi yang seperti mahu menangis itu. Khairi mengangkat mukanya memandang me arah ayah. "Boleh keluar kejap tak? Khai nak cakap dengan ibu berdua." Ayah mengangguk tanpa banyak bicara. Dia terus keluar dari bilik itu.
Khairi tersenyum kecil. Tangan ibu diletakkan semula di tempat asal. "Jangan pergi dulu..aku tak puas lagi ni.." Khairi ketawa besar. Dia mengelap air mata yang hampir mengalir tadi. "Haa..jijik." Dia menatap wajah ibu. Senyuman masih tidak padam dari bibirnya.
"Jangan menyusahkan aku. Aku tolak sikit je kan? Lemah.." Khairi ketawa kecil. Selimut ibu dibetulkan kemudian dia mencium dahi wanita tua itu. "Goodnight." Bisiknya ke telingan ibu.
--
"Dah siap?"
Khairi mengangguk perlahan. Dia melihat wajah Irene kemudian mengukirkan senyuman buat wanita itu. Ayah yang berada di sebelah Irene membuka kata, "Hati-hati dalam perjalanan balik nanti." Khairi hanya mengangguk tanpa menjawab. Dia terus pergi meninggalkan ayah.
Irene melihat wajah kekasihnya itu. "Awak okay tak?" Soalnya saat melihat mata Khairi yang seperti baru lepas menangis itu. Khairi tersenyum kecil. "Saya okay." Jawabnya perlahan.
"Minggu depan Haikal dengan Qis nak kahwin. Kita bila lagi?" Tiba-tiba Irene bertanya. Khairi menghentikan langkah kakinya. Dia menatap anak mata wanita itu kemudian menjawab, "seminggu lepas diorang kahwin..kita pula yang menyusul." Dia tersenyum ke arah Irene.
Wanita itu terkejut kecil. "Awak ni demam ke apa? Mana sempat nak buat semua tu.." Khairi ketawa kecil. "Sempat..kalau saya yang buat semua sempat.." Jawabnya lembut.
--
"Tahniah! Dah jadi isteri orang dah kau ye.." Irene memeluk tubuh Qistina erat. Hampir saja air matanya mengalir. Tak sangka Qistina sudah bergelar isteri orang sekarang.
Qistina hanya menatap dengan wajah datarnya seperti biasa. Air mata Irene yang mula mengalir itu dilapnya lembut. "Jangan menangis." Katanya tanpa sebarang nada. Irene tersenyum kemudian kembali memeluk rakan baiknya itu.
"Aku minta maaf. Aku salah sebab jauhkan kau dari Haikal. Kau maafkan aku tak?" Qistina mengangguk perlahan. Dia menepuk-nepuk belakang Irene memujuk wanita itu supaya berhenti menangis.
"Ehem.."
Haikal menegur dari belakang. Irene meleraikan pelukannya kemudian tersenyum ke arah Haikal. "Uu..dah jadi suami orang ye awak tu.." Haikal tersenyum kecil. Dia mengambil tempat disebelah Qistina kemudian membuka bicara, "Awak pun sama kan? Minggu depan." Irene mengangguk perlahan sebagai jawapan.
"Jaga Qis ni elok-elok. Jangan buat dia menangis pula." Haikal mengenggam erat tangan isterinya itu. "Tak akan punya." Irene tersenyum kecil kemudian memandang ke arah Khairi yang melihatnya dari jauh itu.
"Nak balik dah?"
Khairi mengangguk perlahan. Dia memandang wajah kekasihnya itu kemudian berjalan mendahului Irene. "Kita pergi check barang-barang dulu. Lepastu makan. Macam mana?" Khairi bertanya.
"Boleh juga. Saya dah makan tapi lapar lagi hahaha.." Khairi tertawa kecil. Dia masuk ke dalam kereta selepas saja Irene masuk ke dalam.
Enjin Kereta dihidupkan kemudian dia mula menggerakkan kereta.
--
"Cepatlah sikit jalan tu. Nak ikut tapi lembab." Zuhair mula membebel saat melihat Tania jauh tertinggal ke belakang. Dia sebenarnya mahu pergi ke tempat kerja tetapi wanita itu sibuk mahu mengikutinya. Lelaki baik kan, dia pun bagi je lah Tania ikut. Nanti mengadu pula dekat Khairi kalau tak dapat ikut. Zuhair menggeleng perlahan. Keluhan kecil keluar dari mulutnya.
"Sa-sabarlah! Penat ni.. awak tu jalan cepat sangat kenapa? Tak nampak ke kaki saya ni pendek je?" Zuhair tersenyum sinis mendengar pertanyaan Tania itu. "Kenapa? Nak aku dukung ke?" Langkah kaki Tania terhenti.
Dia cepat-cepat berlari pergi ke arah Zuhair. "Dah sampai!" Jeritnya kuat. Zuhair ketawa kecil. Dia berjalan masuk ke dalam bangunan miliknya itu. "Jangan buat hal eh." Pesannya saat melihat Tania bagaikan ingin pergi dari sisinya.
Tania tersengih kemudian mengikut langkah kaki Zuhair. "Bosanlah wak. Saya nak sembang-sembang dengan akak-akak tu." Dia menunjuk ke arah sekumpulan wanita yang sedang berbual kosong itu. Zuhair menggelengkan kepalanya. Dia terus berjalan tanpa menghiraukan kata-kata Tania tadi.
"Ada apa kau datang sini? Tak pernah-pernah nak datang.."
Zuhair menoleh ke arah suara yang bertanya tadi. Wajah Ikmal dipandangnya datar. "Saja. Aku kan boss. Nak datang ke tak nak tu suka hati aku lah. Yang kau buat apa pula dekat sini? Tak ada kerja ke?" Ikmal tersenyum kecil. Dia menatap wajah Tania.
"Aku nampak cik adik manis ni. Bagi aku boleh?" Ikmal mendekatkan dirinya ke Tania. Wanita itu pula sudahpun berlari bersembunyi di belakang Zuhair. "Eh kau. Aku tak buat dah kerja tu." Zuhair menolak perlahan tubuh Ikmal.
Lelaki itu berkerut mendengar kata-kata Zuhair tadi. "Wah! Sejak bila ni?" Zuhair tidak menjawab. Dia terus berjalan masuk ke dalam biliknya.
--
"Seram lah lelaki tadi tu awak."
Tania melabuhkan punggungnya ke atas kerusi berhadapan dengan meja kerja Zuhair. "Tu aku cakap jangan ikut. Degil kan.." Tania tersengih. "Jangan marah hehe.." Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal. Wajah serius Zuhair ditatapnya lama.
"Awak ni makin handsome pula saya tengok." Tangan Zuhair yang sedang menulis itu terhenti mendengar pergakuan Tania tadi. Senyuman sinis terukir di bibirnya. "Selama ni aku memang handsome pun. Kau je tak perasan." Ujarnya bangga.
Tangan kembali menulis tanpa menghiraukan tatapan maut milik Tania.
"Awak dengar dah ke? Esok majlis perkahwinan Haikal dengan Irene." Zuhair tersentak. Dia memandang tajam wajah Tania. "Tak ada yang bagitahu aku pun." Tania mengangkat kedua bahunya. Dia menatap anak mata Zuhair yang sedang menatapnya itu.
Huu hello semua. apa khabar?
Share this novel