BAB 4

Short Story Series 3885

Suzy dan Melissa datang melawat aku. Bilik wad tu kecoh dengan suara mereka berdua.

"Hot gila boss kau." Ucap Melissa. Teruja betul wajah Melissa.

"Tu bukan boss aku tapi bakal suami aku."

"Seriuslah weh!"

Suzy pukul bahuku. Wajahnya seakan tidak percaya. Aku tersengih je.

"Sophea, kau nak tahu cerita tak."

"Cerita apa?"

"Kau tak ambil tahu langsung ke pasal apa yang berlaku sekarang?"

Aku gelengkan kepala.

"Bandar ni dah tak aman. Banyak pembunuhan berlaku."

"Yeke? Biasalah tu. Pembunuh ada kat merata-rata tempat kot."

"Tak! Ini pembunuhan luar biasa."

"Apa yang luar biasa?"

"Mangsa mati dalam keadaan tragis. Darah mereka seakan disedut sampai kering. Ada kesan gigitan pada tubuh mereka. Jiran sebelah rumah aku pun mati macam tu. Macam kena gigit dengan vampire."

"Ha?"

Aku buat-buat terkejut kemudian ketawa. Mengarut sungguh Suzy ni. Macamlah pontianak wujud di zaman moden ni. Benda tu dah basilah.

"Mengarut betul. Vampire gigit dekat leher je."

"Kenapa kau gelak? Betullah. Habis kau ingat dekat leher jeke ada darah? Tempat lain tak ada? Apa yang kau nampak dan gigit kau malam tadi?"

Mati terus tawa aku. Haahlah. Baru aku teringat. Benda yang gigit aku malam tadi macam apa yang Suzy cakapkan. Tapi takkanlah. Hodoh betul. Bukan vampire kacak ke? Kalau vampire tu kacak macam filem twilight, aku rela digigit dia. Berangan tak habis.

?????

Petang tu aku dah boleh keluar. So aku bercadang nak singgah dekat syarikat sebentar. Mummy halang aku, tapi aku beria nak pergi. Aku kan dah sembuh. Aku beli satu pasu bersama bunga. Ingat nak letak senyap-senyap dalam bilik Noah. Mesti dia terkejut tengok esok ada pasu bunga dalam bilik dia. Barulah meriah sikit. Ni tak menarik langsung.

Aku dah cakap pada mummy yang aku nak singgah sekejap je. Nanti pandai-pandailah aku balik sendiri. Aku tahu mummy berat hati sebab aku baru balik dari hospital. Dulu aku duduk asrama, masa dekat kolej dah biasa berdikari sendiri. Sakit aku siapa peduli. Diorang sikit pun tak tanya khabar. Kenapa sekarang tiba-tiba nak peduli.

Aku masuk ke dalam lif dan tekan butang tingkat 12. Tak sabarnya nak letak pasu tu dekat bilik Noah. Waktu aku sampai, ada beberapa orang staf masih bekerja. Diorang pandang sahaja aku yang meluru ke arah pejabat Noah.

Rasanya Noah tak ada kot. Itu firasat aku. Tanpa mengetuk terlebih dahulu, aku masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Tak berkunci pun.

Aku nampak ada dua manusia sedang duduk di sofa. Lelaki dan perempuan. Yang paling mengejutkan, si lelaki itu menggigit leher si perempuan.

Prang!

Pasu yang aku sedang pegang terhempas ke lantai.

Lelaki itu mengangkat kepalanya dan memandang tepat ke arah aku. Tanpa melengahkan masa, aku cuba meloloskan diri keluar.

Zap!

Terasa angin laju menderu pada wajah. Kedua belah bahu dipegang seseorang.

Dia! Dia yang tadinya berada di sofa kini berdiri di hadapan aku. Sekelip mata sahaja. Tak terkelip mata aku memandang wajah kacak itu. Anak matanya kelihatan merah. Persis seperti pontianak yang aku selalu lihat dalam drama atau filem. Aku tidak nampak taringnya kerana dia menutup mulut namun kesan darah di tepi bibirnya itu menguatkan lagi firasat aku bahawa dia bukanlah manusia biasa.

Serta-merta tubuhku terasa longlai.

"Tolong...jangan bunuh saya." Ucap aku ketika wajahnya mula mendekat pada wajahku.

Sumpah! Aku terasa darah bagaikan disedut. Jantung bukan main berdegup laju lagi. Takut sangat-sangat.

Lelaki itu tergelak kecil.

"I can hear your heart beating so fast."

Suka hati kau je gelakkan aku kan! Huh! Kau tu dahlah monster!

"What? You call me monster? Yes i'm a monster! Now you know my secret. So what should i do to you? Eat you or kill you?"

Aku cuba menjerit sekuat hati. Dia segera memeluk tubuhku. Aku cuba meronta namun sedikit pun dia tidak berganjak. Pelukannya cukup kemas. Kuatnya tenaga dia. Oh dia baru minum darah kan.

Bau haruman tubuhnya membuatkan aku berhenti meronta. Aku dongakkan kepala memandang dia. Dia turut memandang aku. Pandangannya buat aku terpukau dan terasa di awang-awangan.

"Menyibuk je!"

Aku tersentak apabila mendengar suara orang lain. Selepas itu aku tidak sedar apa yang berlaku.

?????

Aku tersedar dalam keadaan tersentak. Macam mati hidup semula.

"Dah bangun?"

Kepala ditoleh ke arah empunya suara. Noah sedang berpeluk tubuh memandangku.

"Awak...awak..."

Terketar-ketar tubuhku. Jadi dituding pada dia.

"Yes princess."

"Awak vampire!"

Dia tersenyum sinis.

"Kalau i vampire kenapa? You nak bunuh i? Belum sempat you bunuh i, you yang bakal jadi mayat terlebih dahulu tau."

"Nonsense! Vampire tu tak wujud dalam dunia ni!"

"Bila you keluar dari hospital?"

Noah sengaja ubah topik lain.

"Semua tu tak penting! I beritahu pada daddy i yang you tu bukan manusia tapi berlakon jadi manusia."

"Daddy you dah tahu."

"Ha?"

"By the way, kalau you nak tahu. Daddy you terhutang nyawa pada i. So you nak cakap apa? Kalau i tak selamatkan dia dulu, mungkin sekarang you takkan jumpa daddy you lagi."

"Tapi kenapa awak kerja di sini pula!"

"Suka hati i lah."

"Umur awak berapa?"

Ringan sahaja mulut bertanyakan hal itu.

"28 tahun."

"Tak payah nak menipulah! Takkan baru jadi vampire!"

"Fine! 228 tahun."

"Gila! Patutnya dah jadi tengkorak."

Noah ketawa mengejek.

Aku bangun dari sofa dan berjalan ke arah mejanya. Ada satu bingkai gambar di situ. Aku pegang dan lihat. Gambar seorang perempuan. Mataku membulat.

Walaupun gambar itu kelihatan lama tapi masih jelas wajah perempuan itu. Wajahnya persis seperti aku tapi pakaiannya seperti pakaian orang zaman dahulu.

"Awak photoshop gambar saya? Dah berapa lama awak stalk saya ha!"

Noah rampas bingkai gambar itu.

"Jangan nak perasan Sophea. Perempuan dalam gambar tu my wife."

"Wife awak? Kenapa mirip saya? Moyang saya saudara awak ke?"

"No."

"Habis tu."

"Mana i tahu. Dah takdir, wajah you mirip dia."

"Mana dia sekarang?"

Dia terdiam lama sebelum kembali bersuara.

"Already dead." Ucap Noah perlahan.

"Kenapa awak tak jadikan dia vampire? Bolehlah hidup bersama-sama."

"You ni memang banyak mulut kan Sophea."

"Memanglah! Saya tak puas hati! Kenapa awak muncul sekarang di zaman moden. Waktu kecil-kecil dulu awak tak pernah muncul pun!"

"I hantar you balik."

"Tak nak! Saya tak nak balik!"

"Habis tu nak tinggal dekat sini? Boleh je. Tapi jangan terkejut pula. Yang bekerja shift malam semuanya bukan manusia."

"Apa yang awak cakap ni?"

Bahunya diangkat. Dia buat muka selamba.

Kecut perut aku bila dia cakap macam tu.

"Okaylah. Hantar saya balik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience