36

Romance Series 93218

“Sayang.." Sapa Harraz sambil memeluk pinggang isterinya dari belakang.

Aayra segera menutup pili air lalu dia mengalihkan tubuhnya menghadap Harraz. Kerjanya di dapur sedikit terganggu dek pelukan itu. Namun Aayra langsung tidak mengeluh mahupun memarahi suaminya. Sebaliknya dia hanya tersenyum memandang Harraz.

“Ya abang. Abang nak minum ke? Atau abang dah lapar?" Soal Aayra bimbang.

Wajah Aayra mula beriak cemas. Manakan tidak, sehingga ke saat ini dia masih belum menyediakan sebarang hidangan untuk dimasak. Sejak pagi tadi dia begitu sibuk menguruskan kelengkapan kedua bayinya. Walaupun Harraz cuba menawarkan diri untuk membantunya, namun Aayra menolak. Sebolehnya dia tidak mahu membebankan Harraz dengan kerja - kerja di rumah. Baginya cukuplah suaminya hanya sekadar membanting tulang empat keratnya di pejabat sahaja. Segala urusan di rumah biarlah dia sahaja yang menguruskannya.
Harraz tersenyum. Cepat benar isterinya melatah walhal itu bukanlah tujuan utama dia mendekati isterinya di dapur.

“Taklah sayang. Abang panggil sayang ni bukan sebab abang lapar. Tapi sebenarnya ada hal penting yang abang nak tanyakan kepada sayang. Boleh kita bincang kejap?" Kali ini nada Harraz sudah mula bertukar serius. Raut wajahnya juga turut kelihatan serius.

Aayra menelan air liur. Dia mula berasa gugup. Entah mengapa jantungnya berdegup kencang. Dia mula merasakan sesuatu yang tidak enak. Perlahan - lahan langkah kakinya mengiringi gerak langkah Harraz menuju ke ruang tamu.

Harraz menghantar isyarat agar Aayra duduk di hadapannya. Tujuannya agar senang dia melihat wajah Aayra saat isterinya memberi penjelasan sebentar nanti. Bukan niatnya ingin menakut - nakutkan Aayra. Cuma dia hanya inginkan sebuah jawapan dan kepastian.

“Err... Ada hal apa yang abang nak bincangkan tu? Macam serius je sayang tengok." Soal Aayra memberanikan diri.

“Yup. Memang serius dan abang perlukan kejujuran sayang dalam hal ni. Boleh sayang bersumpah dengan abang yang sayang akan jujur dalam setiap jawapan yang sayang berikan kepada abang nanti?" Soal Harraz tegas.

Aayra semakin cuak. Selama perkahwinan mereka, belum pernah dia melihat Harraz beraksi seperti ini dengannya. Wajah suaminya benar - benar tegang saat ini. Timbul perasaan takut di hati Aayra. Apakah dia sudah melakukan kesilapan besar dalam diam sehingga mengundang kemarahan suaminya? Akhirnya perlahan - lahan Aayra mengangguk kepala sebagai tanda dia bersumpah akan jujur dalam menjawab setiap soalan dari suaminya sebentar nanti.

“Sayang sayang abang?" Soal Harraz sambil merenung tepat ke dalam anak mata isterinya.

“Sayang." Jawab Aayra ringkas.

“Betul ni?" Kali ini Harraz sengaja menekankan suaranya.

“Sumpah abang!! Sayang sayangkan abang sepenuh jiwa dan raga sayang. Sejak dari awal perkahwinan kita sehinggalah sekarang dan ianya akan berterusan sehingga ke akhir nyawa sayang." Jawab Aayra lancar dan penuh keyakinan.

Harraz mengangguk faham. Kembang hatinya saat mendengar jawapan Aayra. Namun wajahnya masih tetap serius. Sejujurnya terbit rasa kecewa di hatinya saat dia mengetahui semua ini. Puas dia berfikir mengapa Aayra perlu merahsiakan semua ini dari pengetahuannya sehingga sanggup membelakanginya. Ikutkan rasa hatinya, mahu sahaja dia meluahkan kemarahannya di hadapan Aayra saat ini. Namun sedaya upaya dia cuba mengawal perasaan itu. Bimbang kalau - kalau tercetus perang dingin di antara mereka berdua kelak.

“Kalau betul sayang sayangkan abang, kenapa sayang sanggup merahsiakan semua ni dari pengetahuan abang? Sayang pergi melawat sape sebenarnya dekat hospital tu?" Soal Harraz akhirnya.

Aayra kaku. Bibirnya kelu. Wajah garang suaminya langsung tidak berani dipandangnya. Tubuhnya mula terasa kedinginan. Dia mula merasakan seperti ada satu beban yang sedang menghempap dirinya kini sehingga menyukarkan dia menjawab soalan suaminya itu. Jujur Aayra akui bahawa dia sangat ketakutakan saat ini.

“Jawab Aayra. Abang tunggu ni." Kali ini Harraz tidak lagi membahasakan Aayra dengan panggilan 'sayang' seperti kebiasaannya.

Aayra sedikit terkesan dengan panggilan itu. Harraz benar - benar kecewa dengannya sehingga sanggup mengubah panggilan mereka. Entah mengapa dia berasa sedikit sebak. Namun Aayra sedaya upaya mengawal air matanya dari mengalir. Dia tidak menyalahkan Harraz dalam hal ini. Semuanya berpunca dari dirinya sendiri.

“Sa... Sa... Sayang minta maaf abang. Sayang takde niat nak berahsia dengan abang. Tapi sayang buat semua ni bersebab. Sayang tahu abang marah dan abang memang patut marah pun. Tapi percayalah. Sayang takde niat sedikit pun nak membelakangi abang dalam hal ni. Sayang cuma tunggu masa yang sesuai aje nak ceritakan semua ni kepada abang." Luah Aayra sayu.

“Sayang pergi melawat sape?" Soal Harraz dan kali ini suaranya sudah mula mengendur.

“Ramona." Balas Aayra ringkas.

“Kenapa dengan Ramona? Dan kenapa mesti sayang yang lawat dia?" Soal Harraz lagi.

“Ramona sakit abang dan dia dah takde sape - sape lagi yang boleh dia bergantung harap. Salah ke sayang cuba nak hulurkan bantuan untuk dia?" Soal Aayra pula.

Suasana di antara mereka sedikit tegang. Kali ini Aayra pula yang menunjukkan ketegasannya dalam menyoal Harraz. Bukan niatnya ingin meninggikan suara mahupun menegakkan benang yang basah. Tetapi semua itu dilakukan demi menuntut sebuah keadilan.

“Sekarang sayang pula yang nak marah abang? Macam tu? Salah ke abang tanya? Sayang lupa ke yang sayang tu isteri abang? Salah ke kalau abang nak tahu apa yang sayang buat di belakang abang? Salah ke?" Harraz mula meninggikan suaranya. Sejujurnya dia sedikit tercabar saat disoal sebegitu oleh isteri kesayangannya sendiri. Kekecewaan di wajahnya semakin jelas kelihatan.

Aayra tergamam. Buat pertama kalinya Hrraz telah meninggikan suara kepadanya. Tidak semena - mena air matanya jatuh berguguran membasahi pipi. Sungguh dia berkecil hati dengan tindakan suaminya itu. Namun dia tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan itu kepada Harraz. Semua ini terjadi kerana ada alasannya yang tersendiri.

“Sayang tahu abang kecewa dengan sayang. Sayang tahu sayang salah. Tapi sayang nak abang tahu, takde sekelumit pun perasaan di hati ni nak membelakangi abang. Sayang ikhlas nak tolong Ramona. Dia betul - betul perlukan pertolongan saat itu." Aayra memberanikan diri bersuara tentang rasa hatinya.

Harraz tidak menjawab. Keegoan masih membaluti dirinya walaupun dia turut terkesan melihat air mata isterinya yang mengalir.

“Semasa Ramona jatuh sakit tempoh hari, kejadian tu terjadi betul - betul di depan mata sayang. Sebagai manusia yang masih ada rasa tanggungjawab, tak kan lah sayang nak biarkan je dia jatuh terlantar macam tu? So, dari situ sayang dan Dania terus bawak dia ke hospital. Then semasa di hospital, kita orang dikejutkan pula dengan berita tentang penyakit yang ditanggung Ramona selama ni. As a human, I know it's too hurt. Especially when you realised that you don't have any family members on your side. Jadi salah ke kalau sayang cuba nak bantu Ramona dalam hal ni? Sayang tahu, sayang sepatutnya ceritakan semua ini kepada abang sejak dari awal lagi. Tapi itulah. Benda dah jadi macam ni, so memang salah sayang lah sebab tak berterus terang dengan abang. Terpulanglah kepada abang nak percaya atau tidak. Tapi itulah kenyataan yang sebenar - benarnya. Sekali lagi sayang minta maaf andai apa yang sayang buat ni benar - benar membuatkan abang rasa kecewa. Sayang takde niat nak membelakangi abang. Sayang masih sedar siapa diri sayang. Sayang tak akan buat sesuatu yang melampaui batas sayang sebagai seorang isteri. Sayang masih waras abang. Ampunkan sayang." Luah Aayra panjang lebar.

Sebaik sahaja Aayra meluahkan segala - galanya, dia segera mencapai kedua tangan Harraz lalu dicium sebagai tanda mohon maaf. Namun belum sempat Harraz membalas, Aayra segera membawa dirinya ke atas. Dia tidak betah untuk duduk di situ
dengan lebih lama lagi. Air matanya masih tidak jemu - jemu mengalir. Sungguh dia terkesan dengan tindakan Harraz meninggikan suara kepadanya sebentar tadi. Jadi bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan, biarlah dia mengundur diri buat seketika.

Harraz tergamam dengan reaksi yang ditunjukkan Aayra. Dia tahu isterinya terasa hati dengan tindakannya dalam meninggikan suara sebentar tadi. Namun itu bukanlah niat sebenarnya. Egonya benar - benar tercabar pada ketika itu. Semuanya terjadi terlalu pantas. Benarlah kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi. Kini dia harus mencari jalan bagaimana caranya untuk memujuk kembali rajuk isterinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience