Ziana kini tinggal bersama nenek dan atuknya. Dia tidak melacur lagi. Datuknya memperkenalkan Ziana dengan Kamal iaitu anak kenalannya. Kamal lelaki yang baik tidak pernah onani mahupun menyentuh perempuan. Ramai perempuan di luar sana tidak keruan dibuatnya apabila melihat wajah Kamal yang tampan dan masih teruna. Perempuan nak dekat monopos pun ada hati nak goda Kamal. Kamal bukan jenis penyapu buruk. Dia hanya akan berkahwin dengan pilihan kedua orang tuanya sahaja kerana dia pasti itu yang terbaik. Memandangkan dia tidak mengenali perempuan dengan lebih dekat. Kamal begitu menjaga pergaulannya. Pembantu rumah menyiapkan makan malam yang banyak kerana ingin menjemput Kamal dan orang tua Kamal. Mereka makan ayam panggang, ketam masak sos tiram, arca nenas, ikan siakap masak stim, kuih muih, buah anggur dan air sirap bandung selasih. Makan atau mengkedarah mereka ni. Semasa di meja makan hanya Ziana terpandang-pandang Kamal. Kamal hanya mengalihkan pandangan. Ziana memang miang sejak dulu tak hairanlah dia begitu.
BERSAMBUNG
Share this novel