Bab 14

Romance Series 12449

Dorm aspuri

Lepas balik dari sekolah aku terus mandi.Usai mandi aku terus masuk ke dorm untuk membuat kerja sekolah yang diberi oleh cikgu pada pagi tadi. Geng aspuri yang lain pun masing-masing tengah buat homework yang cikgu bagi tadi.

Tengah aku tekun membuat kiraan dalam buku latihan add math tiba-tiba ringtones bad liar dari telefon aku berbunyi.

So look me in the eyes
Tell me what you see
Perfect paradise
Tearing at the seams
I wish I could escape
I don't wanna fake it
Wish I could erase it
Make your heart believe

"Siapa yang call aku tengah-tengah malam ni pulak dahlah tengah stress buat add math dari tadi tak dapat-dapat lagi jawapan yang last sekali ni, susah giler dho soalan tu maybe sebab aku tak pernah jawab soalan tu kot" sempat lagi aku membebel dalam hati.Hihi.

Tertera nama pemanggil di lockscreen fon aku.

"Hello, assalamualaikum angah" pemberi memanggil salam kepadaku. "Waalaikumussalam umi" kataku pula menjawab salam dari umi ku. Ya orang yang call aku tadi rupa-rupanya umi ingat siapa lah tadi.haha.

"Kenapa umi call kakak malam-malam ni umie?" tanyaku. Yerlah pelik jugak tak de angin takde ribut umi kau call.        

"Nape tak boleh ke umi nak call anak sendiri? Sibuk sangat ke sampai umi perlu buat appointment" jawab Tengku Rohani diselit sedikit sindiran.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal "ahhh bukan macam tulah umi angah saja je tanya mana tau ada hal penting ke call malam-malam camni" balasku pula.

"Ermm ada je alasan kamu tu nak oi. Sebenarnya umi nak tanya minggu ni tak cuti ke?takdelah sepanjang kamu sekolah ni tak pernah balik sini tak rindu dekat umi papa dengan adik-adik. Kesian dorang rindu dekat kakak dorang yang macam singa tu haha" bicara Tengku Rohani.

Aku menepuk dahi macam manalah aku boleh lupa pasal cuti dua hari yang cikgu bagitau haritu, sebenarnya aku memang nak call umie pasal cuti ni haritu tapi tulah tak ingat pulak.

"Sebenarnya jumaat ni angah cuti nanti boleh bagitahu Pak Mat ambil angah dekat asrama. Hehe angah lupa nak call bagitau dekat umie haritu. Ampun beribu-ribu ampun bondaku yang terchinta" mohon aku dengam nada manja. (dalam hati mohon sangat tak kena bebel ??)

"Huh tulah kamu kecik-kecik dah nyanyuk ni mesti banyak makan semut waktu kecik dulu, haishh nasib baiklah umi call tadi kalau tak jumaat nak balik baru nak bagitau. Macam-macam ragam lah kamu ni ariana oii- pot pet pot pet" Tengku Rohani membebel tanpa berhenti seperti machine gun. Aku hanya memekakkan telinga hoho masyallah syaiton nye kamu.

"Yeye sorry-sorry kakak lupa sangat-sangat nak bagitau lagipun sekarang kakak tengah sibuk banyak sangat kerja nak kena buat kat sini" kataku dengan minta simpati. Tak sanggup we nak dengar bebel dari orang sana.

"Mmm yelah umi maafkan. Kesian anak umi mesti penat. Oklah umi dah nak tidur. Ingat belajar rajin-rajin jangan tinggal solat tu yang penting sekali, sebelum tidur cuci kaki, Assalamualaikum."

"Okay goodnight iyaa saya akan ingat pesanan madam, waalaikumussalam."

Tutttt

Aku terus menamatkan panggilan.

Lepas habis call aku terus membuat kiraan yang terbantut tadi sehinggalah aku terlelap dimeja belajar.
      
     
   Pejam celik pejam celik masa yang dinanti-nantikan oleh semua penghuni asrama telah pun tiba.

{Dorm milik aspuri}

"Weyh Farah cepatlah packing baju kau tu. Tulah orang suruh kemas malam tadi kau tak nak kan dah kelam-kabut" marah Nik Aira. Matanya lihat saja Tengku Farah Adlina kehulur-hilir mengemas barang.

"Aku bukan apa Aira aku malas nak kemas semalam tak de mood hehe" balas Tengku Farah Adlina tenang.

"Otak kaulah tak de mood" Tengku Syafiqah mendengus geram dengan sahabatnya yang satu ini.

"Alaa sorry lah dah nak siap dah ni" jerit Tengku Farah Adlina yang masih ada di dalam dorm. Aku dan yang lain semua dah siap sebab semalam dah packing awal-awal.

Iman Nadhirah yang sedari hanya diam sahaja melihat perbalahan kawan-kawannya. Matanya melihat kebawah dan baru dia perasan ada sudah menantinya "Weh korang sorry arh dho aku dah nak kena gerak dah ni driver aku dah sampai" jari telunjuk Iman Nadhirah menghadap ke bawah bangunan.

Aku, Nik Aira dan Tengku Syafiqah melihat kebawah, memang benar apa yang Iman Nadhirah kata. Ada seorang pakcik yang dalam lingkungan 30-an tunggu ditepi kereta myvi.

Korang mesti tertanya-tanya kan kenapa driver Iman naik myvi sedangkan Iman anak dato. Kan geng aspuri ni menyamar jadi orang biasa-biasa sebab aspuri tak suka akan pandangan warga di sekolah ini. Lagipun kalau mereka dedahkan mesti ramai ingim berkawan dengan mereka semata-mata tanpa ikhlas. Sebab itu mereka mengambil keputusan untuk menyamar jadi orang biasa.

"Okaylah kalau macam tu bye Iman" kataku kepada Iman Nadhirah. Kami menghantar pemergian Iman dengan lirikan mata sahaja. Tiba-tiba datang Tengku Farah Adlina dengan membawa beg yang penuh dengan keperluannya sepanjang duduk asrama.

"Jom korang aku dah siap" kata Tengku Farah Adlina ceria. Kami semua menjeling kearahnya. Dia hanya mampu tersengih sahaja.

"Baru siap! Banyak nau beg kau tarik kau Farah. Nampak gaya macam tak nak duduk sini lagi jer" perliku kepada Tengku Farah Adlina.

"Kan, aku pelik jugak cuti tiga hari jer tapi si Farah ni bawa banyak beg macam tak nak duduk sini dah" ujar Tengku Syafiqah dengan mengiyakan apa yang dikatakan oleh aku tadi.

"Ishh mana adelah aku saja bawa balik semua baju, bosan jugak asyik pakai baju yang sama jer tu yang angkut semua nak bawa balik rumah" terang Tengku Farah Adlina. Kami hanya meng "o" kan sahaja.

"Jomlah tunggu dekat pondok" ajakku. "Jom" jawab Tengku Farah Adlina, Nik Aira dan Tengku Syafiqah serentak.

Setelah 30 minit berlalu, aku masih di pondok menunggu kedatangan Pak Mat yang lain sudah balik tinggal aku keseorangan disini.

"Haishh manalah Pak Mat ni takkan umi lupa bagitau kot" monolog aku dalam hati.

Tengku Amirul Fareez pov

Harini aku balik lambat sebab kena hantar email dan submit borang merid demerit pelajar. Sebenarnya dah jadi kebiasaan aku sebelum cuti sekolah sebab kena hantar pelbagai jenis laporan dan aku kena round satu sekolah termasuk asrama sebab nak memastikan tiada sesiapa pun berada di dalam kawasan sekolah.

Memang susah nak jadi pengawas ni sebab tugas dia menegur pelajar yang membuat kesalahan dan menolong guru. Tapi sebelum nak tegur orang kita kenalah perfect dulu baru boleh tegur kalau perangai kita 2×5 macam pelajar bermasalah takde guna jugakkan. (Ceh acah lebih padahal sama je dengan aku)

Lepas habis round di block putera aku terus gerak ke dorm untuk menghantar beberapa laporan yang tidak sempat di emailkan tadi. Setelah beberapa minit aku type di laptop akhirnya siap jugak laporan yang tertunggak tadi.

Syed Anas baru sahaja masuk kedalam dorm. Hanya tinggal mereka berdua sahaja. Aku menoleh kearahnya.

"Bro asal kau tak balik lagi?" kataku kepada Syed Anas. Aku mematikan laptop dan menyimpan segala benda didalam beg khas untuk laptop.

"Aku jumpa Cikgu Naim tadi bincang pasal tarikh pemilihan latihan untuk pasukan bola keranjang" jawab Syed anas pula. Aku hanya meng "o" kan jer.

Syed Anas memandang jam yang terlilit dipergelangan tangan kekarnya. "Weh sorry bro aku dah nak kena gerak arh ni driver aku dah sampai sorry tak boleh teman kau, assalamualaikum" kata Syed anas kepadaku.

"Okay takpa-takpa kau gerak arh dulu macam aku tak biasa lak balik sorang-sorang aduhmakk, waalaikumussalam" Aku menghantar pemergian Syed Anas dengan lirikan mata sahaja. Aku terus merebahkan diri aku atas katil. Jam ditangan aku pandang sekilas sekarang sudah pukul 4:30 petang. Satgilah baru turun sebab Pak Daus cakap dia akan sampai dalam pukul 5 lebih camtu sebab jalan jammed ada kemalangan. Aku terus melelapkan mata untuk kealam mimpi.

Tettt
Tettt

Notifications dari Whatsapp berbunyi. Haish siapa lah kacau aku ni baru nak mimpi bidadari datang haish kacau line betullah. Sambil membebel aku bukak IPhone 11 aku dan tertera nama Syed Anas di notifications.

Atok Nas

Aslm bro aku nak mintak tolong ni kau tolong tengokkan minah ice kat pondok bawah ni weyh. Risau gak aku dia sorang-sorang kat situ takut apa-apa jadi
4.32 pm

Wslm, Minah ice? Setahu aku tak ada pun minah ice dekat sekolah ni??.
                                              4:33 pm                       

Aduhai slow jugak kau ni. Minah ice tu Syaf lah siapa lagi. Ada lagi ke minah ice selain dia.
4:33 pm                                                   

Ada Ika tu. Asal minah tu tak balik-balik lagi?
                                              4:34 pm       

Bapak dia lambat datang. K arh aku gerak lu, assalamualaikum. Jangan lupa teman dia kesian lak aku tengok.
4:34 pm                                                        

Ouhh. Ye japgi aku turun, assalamualaikum.
                  4:35 pm
      

Aku meletakkan kembali telefon disisiku. Aku bangun dan mengambil tuala dan masuk kedalam tandas untuk membersihkan diri sebelum balik.

Syed Anas pov

Aku jalan menuju ke arah kereta AUDI R8 langkah ku terhenti apabila ternampak susuk tubuh yang aku kenal iaitu Ku Syaf Ariana. "Apa yang dia buat kat situ" kataku dalam hati. Aku jalan menuju kearah Ku Syaf Ariana.

"Syaf kau asal tak balik lagi?" tanyaku. "Aku tunggu driv...ahh aku tengah tunggu bapak akulah asal?" jawab Ku Syaf Ariana. Lagi sikit nak kantoi kalau dia cakap driver ambil.

"Ouhh ok arh aku gerak lu driver aku dah sampai cauu" kataku dan terus sahaja meninggalkan tempat. Telinganya sempat mendengar Ku Syaf Ariana menjerit kearahnya.

"Ermm okay, assalamualaikum" balas Ku Syaf Ariana. Bukan sebenarnya balas tapi lebih kearah perli.

Aku mencebik "saje arh tu nak bagi aku sentap. Aku tegur dia sebab risau yerlah sorang-sorang kat pondok semua dah balik tapi aku rasa kurang risau sebab Amirul tak balik lagi nanti dia boleh tolong tengokkan minat ice tu. Cakap pasal Amirul baik aku chat dia suruh turun sekarang" omel aku. Kalau orang tengok serupa macam orang gila kerana melihat diriku bercakap sorang.

Mirul Nyanyok

A

slm bro aku nak mintak tolong ni kau tolong tengokkan minah ice kat pondok bawah ni weyh risau gak aku dia sorang-sorang kat situ takut apa-apa jadi
4:32 pm                                                      

Wslm, Minah ice? Setahu aku tak ada pun minah ice dekat sekolah ni??.
                                             4:33 pm 
       
A

duhai slow jugak kau ni.Minah ice tu Syaf lah siapa lagi. Ada lagi ke minah ice selain dia.
4:33 pm                                              

Ada ika tu. Asal minah tu tak balik-balik lagi?
                                          4:34 pm         
B

apak dia lambat datang. K arh aku gerak lu assalamualaikum. Jangan lupa teman dia kesian lak aku tengok.
4:34 pm                                                  

Ouhh. Ye japgi aku turun, assalamualaikum.
4.35 pm

Aku menutup internet dan merenung contact Tengku Amirul Fareez. "Haishh lah mamat ni harap jer ketua pengawas tapi otak slow tarakguna langsung. Bagus sangat aku letak nama kau pelupa. Sebijik macam atok nyanyok" Kutuk aku selamba.

Eh? Jap.

Baru dia teringat pemandunya dari tadi dah sampai tapi dia sebuk duk bergayut lagi dekat telefon. Mesti dia dah tunggu lama. Aku terus sahaja berlari ke kereta.

No readers pov

"Alah bila Pak Mat nak sampai ni? Aku dah berjanggut tunggu. Dah pukul 5, aku alone lagi dekat sekolah" gumam Ku Syaf Ariana perlahan. Dia menyandarkan diri dikerusi dan mengeluarkan telefon pintar di poket seluar.

Sedang dia scroll Instagram, dia terdengar suara orang. Dia mengalihkan mata kearah meja.

"Dia tak balik lagi ke? Ingat aku sorang je belum" bisik hati kecilnya. Lelaki itu mengenakan hoodie berwarna hijau cair dan seluar traksuit.

Tengku Amirul Fareez meletakkan beg pakaiannya diatas meja bersebelahan dengan beg Ku Syaf Ariana. Takkan nak sandang je. Dahlah berat.

Dia duduk disebelah gadis itu dan mengeluarkan telefon. Mereka seperti orang asing sahaja. Langsung tidak bercakap.

"Asal kau tak balik lagi?" soal Tengku Amirul Fareez tenang. Dia masih lagi menghadap telefon.

Ku Syaf Ariana diam sahaja tanpa ingin menjawab. Dia hanya biarkan sahaja soalan itu.

Ego Tengku Amirul Fareez tercabar. Dia pantang bila soalan dia tidak dijawab. Dia bukankah seorang penyabar namum demi gadis itu dia tabahkan hati.

"Asal kau tak balik lagi? " dia mengulang lagi soalan yang sama. Tetap sama dibiarkan tanpa menjawab.

Ego dia tak dapat lagi dibendung, dia merampas telefon Ku Syaf Ariana dan menyimpan dalam poket seluarnya.

Tercengang Ku Syaf Ariana dengan tindakan lelaki itu. Dia merenung tajam.

"Kau tak de benda lain ke nak ambil?!  Telefon aku jugak aku rembat" katanya dingin.

"Kau lah masalahnya! Tak jawab soalan aku! " jawab Tengku Amirul Fareez datar.

Mata masing-masing menikam antara satu sama lain. Hati Ku Syaf Ariana berdebar-debar seperti 2 tahun yang lalu. Dia cuba mengusir perasaan itu dan mengeraskan hati.

"Kau bagi balik telefon aku! Kalau tak aku patahkan tangan kau!" katanya dicelah gigi.

Tengku Amirul Fareez mengakat alis kanan. "Really? " dia sengaja menyakitkan hati gadis itu. Tak mungkin gadis sekecil itu mampu buat sedang diri dia cukup besar.

Ku Syaf Ariana tersenyum sinis. Dia bangun dari duduk dan berdiri dihadapan lelaki itu. Dengan segala ilmu yang telah dia pelajari, dia memulas kuat tangan Tengku Amirul Fareez.

"Argh! "

"Kau nak bagi tak telefon aku" bisik Ku Syaf Ariana keras di cuping telinga lelaki itu.

Membulat mata Tengku Amirul Fareez. Dia baru sahaja ingin membalas namun gadis itu cepat bertindak.

"Aa-aku bagi, nah" dia memberikan telefon itu kembali kepada Ku Syaf Ariana. Seusai itu mereka berdua terdengar bunyi hon.

Dia menoleh kebelakang, ternyata Pak Mat dah sampai. Segera dia memulas lagi kuat tangan Tengku Amirul Fareez dan mengambil kembali telefon.

"Argh! Lepaslah! " ujar Tengku Amirul Fareez dalam kesakitan.

Ku Syaf Ariana melepaskan tangan lelaki dab berbisik sesuatu.

"Itu balasan kau sebab cari pasal dengan aku. One more, denda mengarut semalam."

Ada ke semalam dia suruh Ku Syaf Ariana berlari satu padang 18 kali. Sampai terkoyak kain dia. Nasib dia memakai seluar. Tak pasal kena pakai kain batik.

Dia mengusap kasar rambut Tengku Amirul Fareez dan pergi kearah begnya. Dia menyandang satu beg dan satu lagi dipegang. Terus dia berlalu ke kereta meninggalkan Tengku Amirul Fareez dalam kesakitan.

"Tak padan dengan perempuan. Kalau dia tak kunci tadi memang lama aku belasah dia. Sakit siut tangan aku" gumam Tengku Amirul Fareez.

Sedang dia mengutuk Ku Syaf Ariana, tiba pemandu keluarga. Terus dia mengambil beg dan pergi kearah kereta yang sedang menunggu diluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience