HUD 5

Drama Series 7888

BAB 5

Puan Suzy memberhentikan kenderaan yang dipandu nya di hadapan rumah Damia.

Damia terkejut dengan kehadiran bakal Ibu mertuanya. Matila aku. Dia berlari masuk ke dalam rumah.

Puan Mazlina mula berasa bimbang kerana melihat Damia berlari masuk.

“Kenapa Mia?” tanya Mazlina.

“Mummy Raid datang. Mesti nak jumpa Mia. Mia malas lah nak cakap dengan mummy dia” jawab Damia resah.

“Iya lah. Mia pergi naik dulu. Pandai pandai lah nanti mama nak cakap dengan mummy dia”

“Assalamualaikum!” jerit Puan Suzy dari luar.

“Mia. Cepat naik” Puan Mazlina menolak badan Damia perlahan.

Damia laju menaiki anak tangga. Dia masuk ke dalam bilik dan mengendap di belakang langsir kehadiran Puan Suzy.

“Hai, jom masuk. Maaflah lambat buka pintu tadi” ajak Mazlina dengan mimik muka bersahaja.

“Thanks” balas Puan Suzy.

“Duduk lah dulu. Saya nak buat air sekejap”

“Eh takpe. Saya cuma datang sini sebab nak tanya keberadaan Damia” halang Puan Suzy. Dia terus berkata tujuan dia ke mari.

“Ouh, Damia tengah rehat dekat atas. Pagi tadi dia kata pening kepala. Itu yang saya suruh dia berehat” tipu Mazlina.

“Mia tak sihat ke?” soal Puan Suzy. Terkejut dibuatnya apabila mendengar Damia kurang sihat.

Mazlina mempamerkan senyuman paksa “Dia pening sedikit. Malam nanti akan pulih. Saya dah beri dia ubat tadi”

“Ouh baguslah begitu. Saya sebenarnya nak pujuk Damia supaya berbaik dengan Raid. Lagi seminggu je majlis mereka berdua akan berlangsung”

Mazlina menepuk dahinya. Sungguh dia tidak menjangka masa berjalan terlalu pantas.

“Iya lah. Betul kata Suzy tadi. Tapi Suzy tak perlu risau. Saya dah selesaikan Damia punya baju pengantin. Saya dah bawa dia tiga hari lepas. Ouh ya! Sebelum saya lupa, kad undangan pun dah di edarkan kepada tetamu” terang Mazlina.

“Wah. Cepatnya”

“Biasalah. Damia tu bukan suka nak menangguhkan sangat kerja dia” jelasnya lagi apabila Puan Suzy sudah memandangnya. “Kita yang mak mak ni pun excited juga tau”

Dua dua tertawa serentak.

“Kalau semuanya dah selesai, saya nak minta diri dulu ye. Sebab Raid pun tengah tunggu saya dekat rumah” kata Puan Suzy sambil bangun.

“Eh tak nak minum dulu ke?” soal Mazlina.

“Tak mengapa. Saya pun nak cepat ni”

Ketika mereka bergerak keluar, Damia menoleh ke arah mereka. Terpamer senyum paksa di wajahnya.

Puan Suzy menyalami tangan Mazlina. Dia terus masuk ke kereta tanpa sepatah kata.

---

Raid meletakkan gagang telefon bersama hati yang berbunga ceria. Perbualan dengan Amelia sebentar tadi benar benar merangsang perasaannya. Esok dia akan kembali bertugas. Lama berehat di rumah, perasaan bosan sudah mula bergayut.

Raid turun ke dapur untuk mengisi perutnya yang kosong. Dia melihat Mak Munah sedang memasak di dapur.

“Masak apa tu Mak Munah?” Raid bertanya.

“Goreng mee. Ini pun mummy kamu yang suruh” jerit Mak Munah dari dapur.

Puan Suzy masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam. Dia menghempaskan punggungnya ke atas sofa berbentuk L.

“Awal balik mummy” tegur Raid.

“Aik, tadi dia juga yang suruh mummy balik awal. Katanya nak keluar. Mummy balik lah awal”

“Tak jadi lah mummy nak keluar. Kawan Raid cancel last minute. Lupa pula nak bagitahu mummy” Raid mengambil tempat di sebelah ibunya.

“Bagaimana mummy. Dapat tak jumpa Damia tadi? Dia sihat ke tak? Mama dia cakap apa?” bertalu talu soalan yang ditanya oleh Raid.

Puan Suzy menarik nafas panjang. Baru balik dah tanya macam macam!

“Begitu sahaja lah gayanya. Tadi mama dia kata, Damia kurang sihat. Mama dia cakap lagi, kad undangan semua dah di agihkan kepada para tetamu jemputan”

Raid sekadar menangguk faham. Cepatnya Damia hantar kad. Tapi pelik, kenapa dia tiba tiba sahaja sakit kepala.

“Puan, makanan dah siap. Nak saya bawa ke sini ke?” tanya Mak Munah.

“Tak perlu. Saya akan ke dapur nanti. Awak hidang sahaja ye atas meja tu. Terima kasih” ucap Puan Suzy.

“Ouh baik. Sama sama Puan” Mak Munah berlalu dari situ dan mula mencedokkan mee kemudiannya meletakkan di dalam mangkuk kaca.

Puan Suzy mengajak Raid makan bersama. Raid menturuti. Mereka berdua menikmati makanan yang masih panas berasap tersebut bersama dengan Mak Munah.

---

Ruang tamu terang benderang. Tetapi tiada sesiapa di ruang yang dipenuhi dengan perabut Russia itu. Ara merasa tubuhnya seram sejuk. Matanya memerhati sekeliling. Lama dia memerhati dengan berbelah bagi.

Ara masih memerhati sekeliling ruang tamu yang padat dengan pelbagai perhiasan yang ditempah khas di luar negara. Dia tidak pernah mengimpikan rumah secantik itu.

Ara tersentak apabila mendengar suara Qaisara.
“Awak nak jumpa saya?” tanya Ara.

“Ya. Jemputlah duduk” pelawa Qaisara.

“Ada apa ye awak nak jumpa saya” tanya Qaisara lagi.

“Saya nak tanya, awak boleh tak berpindah ke Hospital Permas untuk gantikan saya?”

Ara terdiam. Dia berfikir sejenak.

“Kalau saya menolak?” Ara Cuba menyelami hati Qaisara.

Qaisara menutup television yang sedang bersiaran. Dia berpandang semula ke arah Ara.

Dada Ara semakin berdebar, dia takut dengan jawapan yang akan diberikan oleh Qaisara.

“Itu terpulang. Saya sendiri tidak mahu memaksa kamu untuk menerima keputusan ini. Saya faham perasaan kamu Ara. Kamu perlu menjaga kedua orang tua kamu yang kurang sihat. Dan bila kamu dapat tahu tentang perkara ini, saya pun tahu kamu terkejut” jelas Qaisara.

“Maaflah Qaisara, kamu pun faham kan keadaan saya macam mana. Insyallah bila semuanya sudah pulih seperti biasa, saya akan ke sana”

“Tak mengapa Ara” Qaisara memegang kedua dua belah tangan Ara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience