BAB 17

Horror & Thriller Completed 175

Khadam-khadam yang tadinya ghaib dari pandangan mata mula menampakkan
rupa. Ada yang seakan kera, ular, biawak dan pelbagai haiwan liar. Ada
yang masih berupa mayat dan ada yang langsung tidak berupa. Semuanya
tidak lagi mengambil peduli mangsa yang diburu tadi. Mereka seakan
berpesta membaham Tuan mereka.

Nek Lae mengesat peluh di dahinya. Dia memberi isyarat untuk mereka
semua mengikutnya. Tubuh Aki Lawi yang tinggal tulang temulang
ditinggalkan sahaja. Mereka berjalan mengikut denai kearah pantai.

“Dah sampai!” ujar Nek Lae sebaik sampai di pintu gua berhampiran pantai.

“Masuk dulu. Nanti aku menyusul” Katanya yang duduk diatas batu bagi
melepas lelah.

Nek Lae menarik kain yang menutupi wajah tuanya. Mukanya dibasuh dengan
air dari telaga yang tersedia di tepi gua itu. Perlahan-lahan muka
tuanya kian kembali menegang. Menyeringai giginya menahan sakit.
Kedua-dua tangannya turut kembali memutih dan tegang seperti gadis
remaja. Rambutnya yang hampir memutih kembali ikal dengan hitam pekat.
Nek Lae berjalan ke arah sebuah lorong yang menghala ke dalam gua. Wajah
mudanya tidak jelas kelihatan.

“Kau nampak apa yang jadi tadi?” Iffah betanya. Yang lainnya hanya
mengangguk. Dari tadi mereka mengintip perlakuan orang tua itu. Hampir
sahaja luruh jantung mereka melihat orang tua itu bertukar menjadi
perempuan muda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience