BAB 8

Family Completed 666

..Ain? Ain Ameera si rakan rapatku?

Tidak mungkin! Ain memandangku yang terkial-kial. Mulutku melopong dan mataku terbeliak. Ain sempat melempar senyuman kepada ku.

“Awak tak pernah kasitau yang awak pernah duduk sini?” Tanyaku. Mulutku dipenuhi kek berperisa Red Velvet.

“Saya ingat awak tak ada kaitan dengan rumah anak yatim ni. Kalau takde kaitan, buat apa nak kasitau, bukan?” tenang sahaja Ain menjawab.

Aku masih buntu. Aku inginkan jawapan yang penuh! “Cuba awak terangkan dari awal Bismillah kepada saya! Saya masih buntu!”

“Sebenarnya, saya ni anak yatim. Abah awak kata, saya dijumpai terbiar di hadapan pagar rumah ini, semasa hujan lebat. Ada khabar angin juga, yang saya ni anak luar nikah.” Ain terberhenti seketika. Air matanya bergenang namun ditahannya daripada terkeluar.

“Tapi saya tak pernah peduli. Tiap-tiap hari saya berdoa agar Allah temukan saya dengan keluarga sebenar saya. Tapi, mereka tak muncul-muncul. Akhirnya, pada suatu hari, sepasang suami isteri datang nak cari anak angkat. Merekalah mak dan abah saya sekarang ni. Saya bersyukur sangat-sangat kerana walaupun mereka bukan keluarga kandung saya, saya peroleh keluarga yang sangat menyayangi saya walaupun saya hanya anak angkat.”

Aku menunduk. Pelbagai perasaan menyelubungi hatiku saat ini. Simpati. Bangga. Sedih.

“Raihana, saya tahu awak sedih kerana mama dan abah awak bercerai. Tapi, awak patut bersyukur kerana mereka masih ada, masih menyayangi awak. Lainlah kalau awak ni anak yatim yang tak pernah kenal mama dan abah awak.” Ain tersenyum. Bagiku, senyumannya penuh makna.

Betul kata Ain. Betul kesemuanya. Aku mulai sedar, bukan mama dan abah sahaja yang bercerai dalam dunia ni. Bukan aku seorang sahaja dalam situasi sebegini. Aku harus bersyukur kerana masih mempunyai mama dan abah yang sayang aku. Aku menyesal kerana lari dari rumah. Aku patut bersyukur!

Air mataku mengalir. Makin lama makin deras. Ain memujukku.

“Terima kasih, Ain. Terima kasih kerana menyedarkan aku. Aku masih ada mama. Masih ada Abah. Aku patut bersyukur. Terima kasih Ya Allah kerana membuat aku masih mempunyai seorang Mama dan seorang Abah.”

5 tahun kemudian..

Kehidupan aku sungguh bahagia. Aku dan Ain masuk asrama yang sama. Asrama tersebut terletak di Selangor. Alhamdulillah, persahabatan kami amat baik. Akedemik baik jugalah. Kami belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi SPM pada tahun hadapan. Minta-minta dengan doa mama, abah, rakan-rakan dan sanak-saudara kami berjaya dengan cemerlang.

Mama dan Abah?

Alhamdulillah, setelah Mama bercerai dengan ayah tiriku, Mama berkahwin semula dengan Abah. Ini kerana Mama dapati Ayah kaki perempuan dan selalu main kayu tiga. Sudahku agak, Ayah mesti ada rahsia di sebaliknya.

Dan yang penting, aku MASIH ADA Mama dan Abah. Mama, Abah, Raihana saaaayang Mama dan Abah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience