Bab 1

Short Story Series 2110

Permulaan kisah cinta antara aku dengan Nazri ni, taklah macam cerita cinta yang acah-acah tersadung depan crush, ataupun acah-acah terlanggar dan lepastu bertentang mata. Agak Clise, tapi itulah yang berlaku.

Perkenalan Aku dengan Nazri dah lama, sejak kami darjah lagi. Tapi, yalah kan, dah namanya perkenalan tanpa dirancang kan. Kawan sebelah kelas pun tak perasan.

Aku kenal balik dengan Nazri ni masa aku sambung belajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ) di Kota Kinabalu. Itu adalah merupakan tahun pertama aku melanjutkan pelajaran aku di sana.

Masa tu, aku habis update status di Fac dan tak lama selepas tu, Nazri pulak komen pada status aku. Aku tak berapa layan sangat komen dia, sebab masa tu aku tengah sibuk buat ulang kaji. Jadi tak berapa nak layan sangatlah respon dia.

Tapi, lepas aku habis ja ulang kaji tu, aku balaslah komen dia pada status aku tadi tu. Tak lama lepas aku balas komen dia, dia chat pulak aku kat Messanger. Balas punya balas, tak sedar rupanya dah lewat malam.

" Okay lah Nazri, aku nak tidur dah ni. Esok aku dah mula exam, takut terlajak tidur pulak "..

Aku akhiri perbualan kami dengan alasan aku nak tidur, sebab esok exam da start, hahaha..

Dia pun tanpa banyak tanya mengiyakan sahaja. " Esok pagi aku kejutkan kau eh, tapi sebelum tu, bagilah aku nombor telefon kau" .. Terdiam aku sekejap membaca pesanan yang dihantar olehnya kepada aku. Tanpa aku berfikir panjang, aku pun bagilah dia nombor telefon aku.

Keesokan paginya,

" Ring, Ring, Ring " ..

Telefon aku berdering dengan nyaringnya sehingga mengejutkan aku yang masih lena dibuai mimpi.

" Selamat pagi awak, bangun lah. Kan awal pagi nanti awak ada peperiksaan".

Terkejut aku mendengar suaranya yang agak matang syahdu itu, haha.

" Ya, dah bangun dah ni" , jawabku ringkas kerana masih terkejut.

" Ha, baguslah tu, pergi mandi, solat, buat ulang kaji sikit eh. Lepastu jangan lupa sarapan tau sebelum kawab exam " , jelasnya panjang lebar.

" Ah? Okay awak", fikiran aku tak dapat berfikir setelah mendengar kata-katanya.

" Okay lah awak, awak buatlah apa yang patut dulu, apa-apa text ja nanti", Nazri mengakhiri perbualannya dengan aku.

" Okay awak, terima kasih " ..

* tut, tut, tut .... Panggilan antara aku dan Nazri pun berakhir.

" Caring jugak dia dengan aku kan " bisik hati aku sambil tersengeh-sengeh memeluk telefon pintarnya. Berbunga-bunga hatinya terima panggilan begitu awal pagi, seperti sarapan pagi dengan madu rasanya.

Petang itu, angin sepoi-sepoi membelai perasaan aku, suasana senja yang menuju malam serta dendangan lagu sentimental yang aku pasang, menghangatkan lagi perasaannya yang sedih. Aku berpisah dengan partner aku sebaik sahaja aku menjawab kertas peperiksaan aku yang terakhir.

* Tingg * aku menerima masuk mesej.

" Hi awak, buat apa tu? busy ek ? hari ni kan paper awak yang last, Jom keluar. kita sambut sempena akhir semester awak semester ni " ..

Teks yang cukup ringkas dan padat daripada Nazri membuatkan aku seperti cacing kepanasan.

Apa aku nak balas ni? macam mana pulak dia boleh tahu ni paper aku yang last eh? aduhai, nak jawab apa pulak dengan dia ni?

" Hai juga awak, haah, harini paper saya yang last, mana awak tau? "

" Mana saya tahu tu tak penting. sekarang, awak pergi bersiap, pukul 7 saya ambil awak okay, and ya, please hantarkan saya location awak, Tq "

Pulak dah, sekarang jam menunjukkan 5:30 petang. Aku cuma ada masa 1 jam 30 minit ja untuk bersiap. Tanpa berfikir panjang, aku hantarkan dia location aku, dan segera bersiap.

Tepat pukul 7:00 malam, Nazri telefon aku yang dia dah sampai. Aku bergegas turun, takut Nazri menunggu lama di bawah.

Aku terkejut bila dia ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience