Kumpulan Dream Girls adalah kumpulan k pop yang paling hangat dan dikenali.Tarian yang menggoda,suara yang merdu dan vokal yang menakjubkan.Siapa ajelah yang tak kenal mereka?
SHINE dan COCO dikejutkan dengan berita percintaan Seo Hee dan MinSeok WHITE.
Banyak kecaman yang diterima,tetapi hati mereka disejukkan dengan yang membela.Kata-kata belaan peminat yang membuatkan orang yang mengecam berhenti.
"Eh,Seo Hee,... tengok ni.Kau baca eh."Ujar Seo Ra.Ketika ini mereka sedang berada didepan agensi AA Entertainment.
"Aku tengok pasangan ni.Orang kata sesuai dan secocok.Tapi diorang tak fikir ke perasaan peminat?Tak tahu cover langsung."Baca Seo Hee diruangan komen.
"Cuba kau baca apa yang pembela tulis."Arah Seo Ra senang hati.
"Kau nak dia sama kau jugak?"Bacanya.
Sesaat kemudian mereka ketawa besar.
"Diorang tengah cakap pasal kes aku saman orang yang kecam mendiang JiHye,kan?Bijak,bijak..."Puji Seo Hee gembira.
Seo Ra memeluk bahunya.
"Itulah kau... jangan peduli dengan semua kecaman-kecaman ni... buat tak tahu aje."Pujuk Seo Ra.
Seo Hee menjeling.
"Eleh kau,pandai cakap.Kau pun couple dengan Min Ho,aku dengan MinSeok jugak yang kena." Usiknya.
Seo Ra menarik tangannya dari bahu Seo Hee.
"Tak payah usik aku,kau yang tak tahu cover ! Nak dating senyap-senyap,jumpak dalam rumah,jangan selamba berpeluk kat tempat awam."Ujar Seo Ra membela dirinya.
Seo Hee pura-pura tak dengar.
"Eh,jomla masuk.Aku lapar..."Ujar Seo Hee menukar topik sambil mengusap perutnya.
"Jom."Mereka berjalan masuk beriringan tangan.
"Korang ada persembahan lagi 3 hari di konsert Inkigayo.Bersiap sedia untuk latihan." Arah Manager Kim.
"Yes,bos !"Mereka berempat berdiri tegak sambil tabik terhadap Manager Kim.
Manager Kim beredar.
"Masa untuk latihan."Ujar Seo Hee.
"Ya..."Mereka akur.
Malam sudah menjelma,MinSeok duduk disofanya dengan resah.
Dia tidak senang duduk.
Min Ho terperasankan keadaan MinSeok.
"Kau kenapa,MinSeok?Kalau dah rindu sangat,call ajelah Cutie kau tu."Ujarnya.Tahu sangat yang MinSeok sedang menunggu panggilan dari Seo Hee Dream Girls.
MinSeok diam.Dia duduk bersilang kaki.Memang kebiasaan setiap malam Seo Hee akan menelefonnya kecuali jika mereka bergaduh.
Dia tidak tahan lagi,dia mencapai telefonnya.
Tiba-tiba...
Tut tut...
Dia terus menjawab panggilan.
"Hello?"Jawabnya.
Min Ho menggeleng melihat MinSeok yang kalut.
"MinSeok (oppa),..."Suara Seo Hee yang lembut kedengaran dihujung talian.
"Ya..."Senyuman terukir dibibir MinSeok.
"Tiga hari lagi kami ada persembahan di konsert Inkigayo.Awak pergi tak?"Soal Seo Hee.
"WHITE memang ada persembahan disana.Kita jumpa kat sana nanti ya."Balasnya gembira.
Seo Hee bersorak riang dihujung talian.
"Okey,kita cakap lagi nanti.Bye."
Talian diputuskan.
MinSeok mengeliat gembira.
Min Ho tersenyum memandang MinSeok.
"Seronok nampak,Cutie call?"Usiknya.
MinSeok bangun dengan penuh semangat.Kemudian masuk ke bilik sambil menyanyi-nyanyi riang.
Min Ho ketawa lucu.
Kemudiannya dia mencapai teledonnya.
"Hello?"
Suara Seo Ra pula yang kedengaran dihujung talian.
Spontan senyuman lebar terukir.
"Hai sayang..."Usiknya manja.
Bunyi ketawa Seo Ra kedengaran indah ditelinganya.
Haih,pasangan kekasih ini juga luar biasa romantisnya.
(Agak-agak kalau ada pertandingan pasangan couple terbaik,siapa menang ya?Komen di bawah.)
Dua hari sudah berlalu,hari ini adalah hari yang dinantikan Dream Girls dan WHITE.
Dream Girls dan WHITE sudah selesai membuat persembahan.
Bagusnya nasib,mereka dapat duduk bersebelahan di tempat duduk idol yang disediakan.
"Awak sangat hebat masa menari tadi."Bisik MinSeok ditelinga Seo Hee memuji.
Seo.Hee tersenyum memandangnya.
"Terima kasih,awak juga hebat ketika diatas pentas tadi."Balas Seo Hee bersahaja.
MinSeok pula tersenyum lebar.
"Seo Hee,tolong cover."Bisik Seo Ra.
Seo Hee angguk akur.
Waktu untuk mereka pulang,ini agak susah kerana kereta untuk Dream Girls naik diparkir agak jauh.Jika mereka berjalan,akan ada yang mengikuti mereka.
Mereka tiada pilihan melainkan berjalan kerana jika mereka terpaksa menunggu terlalu lama disitu,wartawan dan peminat akan menyerbu.
Mereka berlari kecil menuju ke kereta bersama Manager Kim yang membimbing.
MinSeok dan Min Ho yang melihat dari jauh agak risau jika ada yang menolak dan mungkin mereka boleh terjatuh.
Namun,mereka berjaya masuk ke kereta dengan selamat.
Mae memandang sekeliling.
"Kejap,Seo Ra mana?"Soalnya bingung.
Mereka melihat-lihat.Namun kelibat Seo Ra tetap tiada.
Manager Kim semakin risau.
Manager Kim keluar untuk memeriksa.
Namun tiada Seo Ra diluar.
Dia kembali masuk ke kereta.
"Cutie,telefon MinSeok WHITE,tanya dia,Seo Ra ada dengan Min Ho ke."Arah Manager Kim.
Seo Hee akur dengan arahannya.
Lima minit kemudian,
Dia memandang mereka dengan wajah bimbang.
"Dia tiada dengan Min Ho."Beritahunya perlahan.
Manager Kim mengusap rambutnya.
"Mana Seo Ra..."Ujarnya sendiri.
Seo Hee kemudiannya terfikirkan sesuatu.
"Pengurus,cuba keluar.Pergi tengok CCTV di luar bangunan ni."Ujar Seo Hee.
Manager Kim keluar dari kereta.
10 minit kemudian,dia muncul kembali.
"Pelik,takde rakaman dia kemana."Ujarnya bimbang.
Mereka semua resah.
Kemudian,...
Tut tut...
"Min Ho telefon.."Beritahunya.
Dia menjawab panggilan itu.
"Seo Hee,... mana Seo Ra?"Soal Min Ho sedikit tenang.
Seo Hee terkelu.
"Tadi korang tanya Seo Ra ada dengan saya ke tak,kenapa?Dia ke mana?"Soal Min Ho musykil.
Seo Hee menelan liur.
"Seo Hee,... saya boleh dengar awak telan liur awak tu."Ujarnya lagi.
Seo Hee mengeluh.
"Dia,... takde..."Beritahunya lambat-lambat.
"Apa maksud awak dia takde?Prank ke ni?"Soal Min Ho.Suaranya meninggi.
Suara Seo Hee bergetar.
"Dia... takde.Hilang..."Jawabnya perlahan-lahan.
Share this novel