Bab 7

Romance Series 114022

Tok tok tok

"Masuk"

"Assalamualaikum Tuan, maaf Tuan lambat serah maklumat yang Tuan minta. Ni saya dah siapkan." ujar Koperal Azman lalu menghulur kertas A4 kepada Aniq.

"It's ok. By the way, thank you" ucap Aniq lalu meneliti butiran pada kertas tersebut.

"Awak boleh keluar. Petang ni saya tak ada di pejabat. In case ada apa-apa, just call saya." pesan Aniq.

"Baik Tuan. Saya keluar dulu" angguk Koperal Azman lalu keluar dan menutup pintu.

"Hm... Orang dekat rupanya." ucap Aniq sambil mengurut dagunya yang sedikit terbelah.

****

"Assalamualaikum.. "

"Waalaikumsalam. Along, masuklah. Dah sampai pun. Marilah makan nasi sekali, kita orang baru nak makan ni." ajak abah sambil menyambut huluran tangan along untuk bersalam.

"Okey jugak tu, along pun tak makan lagi ni. Dari office terus datang sini." ucap along lalu menuju ke sinki untuk membasuh tangan. Selesai membasuh tangan, along bersalam dengan mak.

"Ha, sampai dah along. Mari duduk. Mak sendukkan nasi. Budak dua orang tu kejap lagi turun la tu" ucap mak sambil menyendukkan nasi ke dalam pinggan.

"Hai along, lama dah sampai?" soal Yus diikuti Amy dari belakang. Kedua-dua mereka bersalaman dengan along lalu duduk di tempat masing-masing. Manakala ibu pula datang semula ke meja makan setelah nasi dalam mangkuk ditambah. Yus pula membantu menuang air ke dalam gelas tiap seorang.

Abah mulakan dengan membaca doa makan. Makan tengah hari dipenuhi dengan gelak tawa dan gurau senda. Maklumlah pelakon utama Yus dan Amy ada bersama. Ada-ada je la perangainya.

"Hm.. Long, pukul berapa kawan along nak datang?" soal mak lalu meneguk sirap limau dari gelas.

"Katanya dalam pukul 4 petang macam tu. Kenapa mak?" soal along sambil mengambil buah betik di dalam piring dan masukkan ke mulut. Manis betik ni. Pandai pilih.

"Tak.. Mak nak goreng karipap pusing ni. Makan panas-panas baru sedap. Minum pulak dengan kopi panas" ucap mak.

"Mak kamu ni, masak apa pun sedap. Tengok lah perut abah ni, sebelum kawin macam kamu la Amy, sado. Sekarang ni takdo.. " usik abah sambil tergelak.

"Dah abah kamu tu yang suka makan. Minta mak masak macam-macam. Lepas tu nak salahkan kita pulak" jawab mak sambil menjeling manja pada abah. Riuh gelak ketawa anak-anak dengan ulah mak dan abah.

"Alah... Sado ke takdo ke, abah tetap lelaki paling hendsome buat kitaorang" jawab Yus.

"Dah, dah. Lagi layan, lagi mengarut karang jadinya." ucap mak sambil bangun untuk mengemas meja.

Abah, along dan Amy masing-masing masuk ke bilik. Abah nak solat, along pulak nak mandi katanya badan melekit, tak selesa. Amy pulak katanya ada kerja sikit nak disiapkan. Tinggallah aku dengan mak di dapur.

"Yus, nanti tolong mak gorengkan karipap ye. Dah siap kemaskan. Mak nak naik bilik nak solat. Kejap lagi mak turun." baik mak.

Selesai mengemas apa yang patut, aku naik tangga menujuk ke bilik. Nak cek email. Tadi kak Syikin call beritahu ada email maklumat yang aku minta kelmarin. Maklumat mengenai projek di Nilai. Teringat pulak aku sembang-sembang dengan kak Syikin.

"Kau ni kan Yus, asyik salah aje. Nama big boss pun salah eja. Kena pergi sekolah balik kau ni." marah kak Syikin.

"Apa yang salahnya. Tan Sri Mokhtar Bin Salim kan. Apa yang salah?" pelik Yus dengan kak Syikin.

"Ni, nama Mokhtar ni, ejaannya M.O.K.T.H.A.R. kalau sebut ikut ejaan, bunyinya Mok T Har. Ada paham." terang kak Syikin.

"Alah.. Sama je bunyinye kan. Mokthar jugak. Tak de pun orang sebut Tan Sri Mok T Har" usik aku sambil gelak-gelak.

"Ish, budak ni. Kita cakap betul-betul dia gelak-gelak pulak".

Adoi... Kak Syikin kak Syikin. Nama pun boleh jadi hal. Hm.. Baru pukul 2.30 petang. Mata mengantuk la pulak bila perut kenyang macam ni. Tidur la kejap 5 minit.

Aku kemudian melangkah naik atas katil..

Tok tok tok

"Adoi.. Baru je nak tidur, sapa pulak kacau ni.. Ye, kejap kejap" Yus bangun dengan malas menuju ke pintu bilik dan memulas tombol.

"Mak, ada apa. Yus baru nak tidur" uwarh... Yus menguap.

"Kan kawan along nak datang, sini turun bawah tolong mak. Dah pukul 3.30 petang dah. Kejap lagi sampai la tu" jawab mak sambil menarik tangan Yus.

"Apa mak? Pukul 3.30 petang. Yus rasa baru je nak tidur. Okey, okey bagi Yus basuh muka dan solat jap. Lepas tu Yus turun tolong mak ek" jawab aku lantas cium pipi mak.

"Ee.. Muka tak basuh cium pipi orang. Dah shuh shuh pergi basuh muka tu" mak tolak muka Yus sambil mengesat pipinya.

Hahahahaha... Aku ketawa tengok ulah mak.

Selang 20 minit, aku turun ke dapur dan pada ketika itu aku lihat abah, along dan Amy sudah berada di ruang tamu. Macam tunggu orang penting sangat pulak aku tengok diaorang ni.

"Yus tolong bancuh kopi, karipap mak tengah goreng ni. Siap bancuh kopi tolong potong buah tembikai sekali." arah mak sambil sibuk menggoreng karipap pusing yang aku dah mak buat pagi tadi.

"Assalamualaikum.. "

Kedengaran suara orang memberi salam. Abah dan yang lain-lain menjawab salam dan terdengar suara yang asing bagi aku. Tapi macam lebih dari seorang. Yang seorang tu kalau dengar suara macam boleh tahan. Husky gitu tapi orangnya tak tau la. Tak kuasa aku nak tengok, nanti orang cap aku ni anak dara gatal pulak.

Sedang aku menyediakan cawan untuk diletakkan di dalam dulang. Amy datang ke arah dapur.

"Kak, sini la." Amy menggamit aku datang ke tempatnya di tepi pintu.

"Apa? Taknak la akak, kau nak kenakan akak kan" bukan boleh percaya budak ni, ada la tu nak kenakan aku.

"Tak.. Sini la orang nak tunjuk" panggil Amy lagi.

Hish budak ni, selagi aku tak ikut, selagi tu dia kacau.

"Apa kau ni. Akak nak siapkan air ni. Kalau kau kenakan akak, siap kau, akak jirus dengan air kopi ni" aku tunjukkan air kopi dalam teko padanya.

Aku kemudian melangkah pergi ke arah Amy yang berada di tepi pintu, dah macam mengintai anak dara orang mandi pulak. Terjenguk-jenguk.

"Kak, tengokla tu kawan along, dua-dua hendsome. Dah la hendsome, sado pulak tu. Kalau akak tengok conferm cair, silap haribulan tidur malam boleh termimpi-mimpi. Muka memang boleh cari makan la. Cuma abang yang baju biru tu je muka macam keras sikit tapi kalau senyum mesti manis." ulas Amy. Nak jugak aku tengok. Ye ke, bukannya betul budak ni. Tah-tah saja nak kenakan aku.

Aku intai kawan-kawan along yang datang tu. Hm.. Yang Amy cakap baju biru tu, hendsome kau, walaupun dia duduk tapi dapat aku agak, mesti tinggi orangnya. Tengoklah duduk pun tertib je. Lengan berurat tu.. Adoi.. Ni yang aku tak boleh ni. Lelaki kalau pakai kemeja, lengan baju lipat, lengan pulak berurat. Tak tahan mak.. Cair. Kulit pulak nak kata coklat tak tapi tanned.

"Woi kak, betul tak orang cakap, dah la hendsome, sado pulak tu. Wow. Kau tak nak ke kak, kenal-kenal kot boleh jadi jodoh" ucap Amy.

"Kau nak kau ambik la." jawab aku. Takkan aku nak iyakan pulak. Kang tak pasal-pasal kena bahan dengan Yus.

"Choi, kau ingat orang ni kunyit ke kak. Ewek.. " laju Amy membalas sambil buat muka loya.

"Aik, belum apa-apa dah mengandung ke?" usik aku.

Terdongak aku bila Amy tarik hujung rambut ekor kuda aku.

"Apa? Betul la, bukan boleh percaya sangat lelaki yang handsome sado cam kau dengan diaorang tu. Badan sado tapi kunyit, euw.. Tak lalu akak" geli la wei. Bukan tak ada pun, ada tapi bukan semua okey. Ada segelintir. Tolong jangan kecam akak okey. Bukan semua.

Tiba-tiba aku tengok Amy dah tersengih macam kerang busuk sambil tengok aku.

"Eh, kau ni dah kenapa tiba-tiba tersengih macam orang tak betul?" soal aku menjauh dari Amy. Risau jugak aku mana tau mambang petang dah sampuk budak ni.

"Hahahaha... Mengaku jugak kau ek kak orang ni hendsome plus sado" ucap Amy sambil tunjuk otot lengan dia pada aku. Adoi...

Aku julingkan mata ke atas. Payah sungguh ada adik yang perasan macam ni. Tapi memang tak disangkal la Amy kategori lelaki hendsome dan sado cuma malas nak iyakan nanti makin perasan. Bukan tak pernah orang salah anggap Amy ni boyfriend aku.

"Tak payah nak perasan ek, hendsome kau tu ikut akak sebab akak ni cantik, tinggi lampai, kulit putih. Bila dapat kau, adik lelaki, jadi la hendsome macam ni." jawab aku sambil letak tangan kat bahu, mata pandang atas.

"Hahaha... Tak de kena mengena dengan kau la kak. Tak nak mengalah jugak. Perasan tinggi. Tinggi la sangat. Berdiri dengan aku pendek jugak" balas Amy sambil laga-laga bahu nak tunjuk dia tinggi dari aku. Wei, kalau pompuan 173cm tu kategori tinggi tau. Kau tu lain la, hantu galah.

"Eh, korang berdua ni kan. Dari membawang kat tepi pintu tu, baik la tolong mak bawa makanan dan minuman tu ke depan. Cepat. Tetamu dah lama kat depan tu" tegur mak.

"Alah. Diaorang datang nak bincang-bincang, bukan datang nak makan" usik aku sambil menuju ke meja dan mengambil dulang air.

"Amy, kau jangan nak melenggang kangkung ek, bawa dulang kuih dengan buah" arah aku pada Amy.

"Ye.. Ye.. Orang bawa."

Amy mendahuli dan aku ikut dari belakang. Elok saja aku dan Amy sampai di ruang tamu. Tiba-tiba perbualan mereka terhenti. Aik, dah kenapa. Teruskan je la. Bukan aku nak ambil pot pun apa yang korang bincang.

Aku duduk di tepi meja dekat dengan along dan meletak teko bersama cawan di atas meja kopi di tengah-tengah ruang tamu tersebut. Amy pula meletakkan piring kuih dan buah. Sedang aku menuang kopi ke dalam cawan.

"Abang, nak tanya sikit boleh" soal Amy sambil memandang Aniq.

Kenapa aku rasa lain macam ni. Rasa macam sesuatu bakal terjadi je. Amy ni bukan betul sangat.

"Ada orang cakap abang berdua ni kunyit" ucap Amy sambil mulutnya muncung tunjuk ke arah aku.

'Kelengtang' bunyi cawan terbalik.. Habis tumpah air kopi atas meja. Kurang asam punya Amy. Tunggu dia.

Berderai bunyi ketawa. Dapat aku lihat lelaki baju biru tersungging sedikit senyumnya pada bibir yang merah-merah pink. Aww sheksi bibir dia dengan dagu terbelah. Tergoda you..

Pantas jelingan maut aku lemparkan pada Amy. Siap la kau lepas ni.

"Hahahaha.. Korang jangan ambik hati, adik-adik saya ni memang suka bergurau. Dah, Amy pergi ambil kain cepat lap air tumpah." Along yang tadi ketawa mengarah Amy.

"Dah, dah.. Jemput makan Tuan Aniq, Tuan Syam. Karipap pusing ni Yus yang buat. Sedap ni. Makan sekali nak lagi" pelawa abah sambil ketawa geleng kepala.

"Terima kasih Tuan Syed. Tak perlulah bertuan-tuan, panggil nama pun dah cukup" hm.. Suara dia.. Menggoda. Itu waktu sekarang, kalau bangun tidur macam mana la agaknya suara dia. Cair meleleh..

"Kalau dah gitu, panggil Uncle je senang. Yus, ambil cawan lain gantikan yang tumpah ni" ucap abah.

Aku hanya menggangguk lalu bangun dan membawa dulang berisi cawan dan piring yang kotor serta kain lap yang dibawa Amy tadi.

"Ai kak, dah hilang suara ke?" eh.. Budak ni, saja je kan. Jelingan maut aku berikan pada Amy. Terkekek-kekek Amy ketawa.

Aku kemudian terus berlalu ke dapur dan berselisih dengan mak di hadapan tangga.

"Yus, jom la minum sekali" ajak mak.

"Tak pa la mak. Yus minum kat dapur je la. Mak tolong bawa cawan dengan piring ni boleh. Ganti cawan kat depan tu sebab tumpah air kopi tadi" jawab aku sambil besarkan langkah ke dapur untuk mengambil cawan dan piring.

Cawan dan piring aku serahkan pada mak dan aku pusingkan badan kembali ke dapur. Mak pula teruskan langkah ke ruang tamu menyertai yang lain untuk minum petang.

Sedang aku ralit mencuci piring dan cawan, dapat aku rasakan seperti ada orang di belakang aku. Ni mesti budak Amy, tak habis-habis nak sakat aku. Nanti kau. Aku ambil kain lap tangan, aku basahkan dengan sabun dan pusing belakang lalu kain itu aku lempar.

'Pap' tepat kena muka. Tapi..

"Makkk.... Abang kunyit!" jerit aku.

Aku lihat muka lelaki di hadapan aku dah basah dengan kain basah plus air sabun menitis di atas kemeja biru navy miliknya. Alamak mati aku. Nasib baik jeritan tadi jerit ala-ala manja. Kalau dengar diaorang kat depan haru jadinya..

Share this novel

liyana
2021-02-11 11:27:23 

173 tu sumpah tinggi untuk pompuan lelaki tinggi 170 vcamtu pendek


NovelPlus Premium

The best ads free experience