BAB 5

Drama Completed 320

Keakraban aku dan Syazlina semakin jelas, dengan kami sentiasa
bersama dan berkongsi cerita masing-masing.Aku ada juga menceritakan
perihal kucing peliharaanku disini namun tidak ku ceritakan yang Dudung
mampu berkata-kata. Cukup sekadar Syazlina tahu bahawa aku ada menjaga
kebajikan seekor kucing dan berjanji akan membawanya menemui Dudung .
Syazlina juga ada menyatakan bahawa dia sangat suka akan kucing walaupun
tidak pernah memelihara haiwan tersebut.

Hari berlalu dengan begitu pantas tanpa kusedari.Terlalu banyak
urusan harian yang perlu dibuat setiap hari.Projek mahupun keperluan
mengulang kaji pelajaran hingga larut malam.Sehingga terkadang kebajikan
diri sendiri juga terabai.Namun begitu Syazlina selalu mengambil berat
tentang diriku.Dia sering menjenguk keadaanku.Mengajak aku makan bersama
atau kadang-kadang tanpa dipinta makanan sudah tersiap sedia untukku.
Katanya,sahabat yang baik perlulah sentiasa mengambil berat antara satu
sama lain barulah ukhuwah disinari kebahagiaan. Sebenarnya aku juga ada
memegang satu perkara atau pesanan iaitu kemana sahaja kita melangkah ke
suatu tempat pasti akan ada walaupun seorang teman yang sentiasa menjaga
dan menyayangi kita.Sungguhdiriku cukup terharu dan terhutang budi untuk
sahabat seperti Syazlina.

Suatu petang,aku telah keluar bersiar-siar bersama Syazlina untuk
menikmati angin petang. Sedang aku khusyuk melayan karenah
Syazlina,seekor kucing yang amat ku kenali melintas di hadapanku. Pada
mulanya aku ingin mengelak dari bertembung dengannya kerana bimbang
Syazlina akan terkejut pabila mengetahui hakikat sebenar kucing ini atau
lebih dikenali Dudung boleh berkata-kata.Aku jua tidak bersedia
memberitahu Syazlina bahawa inilah Dudung dan perihal sifat manusia yang
ada pada kucing ini.

Namun sudah tersurat takdir,Syazlina terus mengusap Dudung sambil
menyatakan kucing ini comel. Aku sedikit terkelu,pabila Dudung mengiau
pada kami dan bukannya berkata-kata seperti selalu.Langsung tiadalah aku
memahami bahasa kucingnya itu.Namun pandangan Dudung tiba-tiba beralih
ke arahku dan duduk menghadapku. Aku hanya mampu menelan air liur kerana
kelihatan Dudung tidak seceria dahulu,cahaya galak pada matanya kini
malap. Mungkin dia berkecil hati denganku kerna cuba mengelak dirinya tadi.

Tiba-tiba tanpa diduga, Dudung menunjukkan sifat semula jadi seekor
haiwan apabila naik berang.Dudung mencakar tangan Syazlina yang dari
tadi mengusap badannya.Syazlina nyata terkejut dan mengaduh
kesakitan.Dia memegang tangannya yang sedikit tercalar dan berdarah.Aku
segera mendapatkan Syazlina sambil mulutku memaki perbuatan Dudung dan
mengheret langkah Syazlina menjauhi Dudung . Entah apa yang mulutku
katakan,aku pun tidak pasti butirnya.Lantas aku memimpin Syazlina
meninggalkan Dudung tanpa menoleh lagi ke arah Dudung .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience