20 - Candle-Light-Dinner

Romance Completed 45760

“You nak bawa I pergi mana? Siap main tutup mata bagai. Kata nak makan malam aje,” ujar Neldia dengan nada manja.

Aidil yang bersiap-siap hendak menutup mata isterinya sekadar menayangkan sebuah senyuman tanpa mengeluarkan sepatah kata. Biarlah wanita di hadapannya itu dilanda rasa kehairanan dan tanda tanya. Pada masa yang sama, Neldia hanya membiarkan sahaja perbuatan suaminya menutup mata dengan sebuah kain. Tiba-tiba gemuruh melanda diri.

“Pegang tangan I dan ikut aje perkataan I. Jangan banyak tanya pula. Just wait and see. Okay, sayang.” Lembut nadanya melantunkan tutur bicara. Tangan Neldia di genggam erat seakan tidak mahu dilepaskan. Dia membawa isterinya ke sebuah tempat yang telah ditempah dua hari lalu. Sengaja dia memilih tempat yang agak privasi. Baginya, elok jika mereka berdua sahaja yang merasai keromantisan tanpa dilihat oleh sesiapa. Malu.

Kaki mula melangkah di atas karpet merah yang ditaburi oleh kelopak bunga ros. Dari jauh kelihatan sebuah meja yang telah dihidangkan dengan makanan dan minuman istimewa. Terdapat cahaya lilin di tengah meja menerangi lagi suasana. Keadaan malam itu sepi tanpa ada gangguan suara lain. Itu cukup menyenangkan dan menambahkan lagi suasana yang romantik.

“Dah sampai ke?” tanya Neldia apabila suaminya mula meleraikan genggaman tangannya. Rasa gemuruh semakin berkobar-kobar di dalam hati. Dia tidak sabar untuk melihat kejutan daripada lelaki itu. Sudah lama Aidil tidak memberikan sebarang kejutan.

“Ya, kita dah sampai. Tapi, you jangan buka mata dulu. Nanti I kata buka baru you buka, okay?” kata Aidil sementara membukan kain yang menutup mata isterinya. Wanita itu sekadar mengangguk akur. Senyuman di bibir tidak lekang sedari tadi.

Aidil mengambil sejambak bunga ros yang terletak rapi di atas meja. Dia memperkemaskan posisi agar lebih terlihat gentleman di hadapan Neldia apabila wanita itu membuka mata nanti. Senyuman tidak lupa untuk ditayangkan.

“Now, you can open your eyes...” arahnya.

Neldia membuka mata perlahan-lahan. Mulut ditekup sebaik sahaja melihat keadaan sekeliling dan juga suaminya berdiri dengan penuh romantik bersama sejambak bunga ros. Dirinya seolah-olah berada di alam mimpi. Sungguh dirinya tidak percaya saat itu. Belum sempat Aidil menghulurkan bunga yang berada ditangannya, Neldia terlebih dahulu memeluk tubuhnya dengan erat. Ya, dia terharu.

“Thanks, sayang...” hanya itu mampu dia ucapkan. Keterharuan dalam diri membuatkan otak dan mulutnya terkunci.

“Alaa... ini dah tanggungjawab I. I nak you terus bahagia dan tersenyum setiap hari. I tak nak you masam muka aje,” ujar Aidil separuh bergurau. Pelukan dileraikan. Bunga ros itu suda berada pada tuannya.

“I ada kejutan satu lagi... Sekejap eh,” tambah Aidil lagi sebelum menekan loceng yang ada pada meja itu. Hairan lagi si wanita yang melihat itu. Berapa macam kejutan yang dia nak bagi?

Beberapa saat kemudian, seorang pelayan wanita muncul dengan sebuah kek di atas tapak tangannya. Lilin yang telah menyala di atas kek membuatkan dia berhati-hati membawa kek itu menghampiri kedua pasangan yang sedang menunggu. Kek itu diletakkan di atas meja kemudian dia berlalu pergi.

“Happy anniversary....” perlahan nadanya membaca tulisan di atas kek tersebut. Baru dia menyedari tarikh penting itu setelah membacanya. Dia memandang suaminya.

“You dah lupa tarikh anniversary kita, kan?” soal Aidil. Neldia tersipu malu. Entah macam mana dia boleh lupa tarikh penting itu.

Aidil sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepala. Ini kali pertama wanita itu terlupa. Biasanya, wanita itulah yang akan bersungguh-sungguh menyiapkan segala kelengkapan untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka. Manakala, Aidil hanya menurut saja dan menyiapkan hadiah untuk isterinya. Berbeza kali ini. Semua dia lakukan sendiri tanpa pengetahuan isterinya.

Selesai sahaja meniup lilin dan memotong kek tersebut, Aidil menarik sebuah kerusi untuk isterinya melabuhkan punggung. Setelah itu, dia juga mengambil tempat berhadapan dengan wanita itu.

“Sayang, I minta maaf atas ketidakselesaan yang you rasa sejak kebelakangan ni. I balik lambat, jarang berbual dengan you, dan jarang bagi you perhatian. Sekali lagi, I minta maaf kalau you kecewa. I tiada niat nak buat semua tu...I'm really sorry, okay?” ujar Aidil lembut dan ikhlas dari dalam hati. Sejujurnya, dia bersikap demikian kerana terasa hati dengan sikap isterinya sendiri. Kononnya, hendak beri pelajaran kepada wanita itu, tapi dia tidak sanggup pula melihat wanita itu marah setiap hari.

Neldia melarikkan senyuman. “Okay, sayang. Appologize accepted! Tapi, lain kali kalau I ada salah bagitahulah. Tak pasal-pasal I overthinking dengan you tau!” balas Neldia dengan menghadiahkan sebuah jelingan maut kepada suaminya.

“You fikir I curang ke?”

“Mestilah. You lain tau selepas jumpa Hanis hari tu. I ingatkan you tertarik semula dengan dia!” kata Neldia sambil memuncungkan bibir. Sungguh khawatir dirinya setelah berjumpa dengan Hanis alias bekas madunya sebelum ini. Penampilan Hanis tidak jauh beza dengan dirinya. Cantik. Ya, dia akui wanita bernama Putri Hanis itu cantik dan jelita.

“Tertarik semula? Mengadalah you ni. Biar pun dia dah cantik sekarang, I tetap setia dengan you. You sendiri tahu kan, I dengan dia terpaksa kahwin disebabkan Ibu I?” Jelas Aidil sungguh-sungguh. Tidak mungkin dia tertarik dengan Hanis. Dari dulu lagi dia tidak pernah mencintai wanita itu. Perkahwinan yang berlaku hanya disebabkan puan Kartini ini mengambil harta wanita tersebut.

“Hmm... Mana tahu tiba-tiba you suka dia. Hati manusia kan sentiasa bertukar-tukar,”

“Janganlah cakap macam tu. I sentiasa dengan you. Biarlah sepuluh bidadari datang nak dekat I, tapi percayalah I akan sentiasa pilih you. You kan bidadari I,”

Neldia tersipu malu dibuatnya. “So sweet... I love you, sayang...”

“I love you, too...”

Malam itu telah menjadi saksi kisah percintaan antara mereka yang telah genap 4 tahun. Dalam satu hubungan, tidak akan lari daripada menghadapi masalah terutama dalam membangun rumah tangga. Ada saja masalah datang bergolek. Paling bahaya dalam menjalinkan perhubungan adalah rasa cemburu terhadap pasangan. Jika tidak pandai kawal, maka tercetuslah perbalahan antara kedua pasangan.

Kedua pasangan itu menikmati makanan masing-masing. Setelah beberapa minit berdiam diri, fikiran Aidil mula dilanda soal zuriat. Dalam keadaan tenang begitu, rasanya sesuai untuk dia ajukan pertanyaan itu. Nampak dari gaya wanita itu, moodnya sedang stabil. Siapalah tahu wanita itu boleh mempertimbangkan soal mendapatkan zuriat. Dia meneguk air untuk lebih konfiden.

Aidil berdehem sebelum memulakan percakapannya. “Ehem... Sayang, boleh I tanya sesuatu?” lembut saja nada lelaki itu dituturkan.

“Mestilah boleh. You nak tanya apa?” Neldia meletakkan sudu dan garfu yang di pegang tadi. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada lelaki itu.

Aidil menghadiahkan sebuah senyuman. Tiba-tiba, terasa gemetar pula melihat pandangan isterinya. Meskipun begitu, dia harus meluahkan juga apa yang sedang bermain difikirannya saat ini. Nafas dilepaskan perlahan. “Janji dengan I you tak akan naik darah dengan soalan I ni..”

“Erm... Okay, I janji. What is it?” Neldia tidak sabar untuk mendengar pertanyaan suaminya.

“Boleh tak you stop ambil ubat pencegah kehamilan tu? Perkahwinan kita pun dah genap 4 tahun. Tak kanlah you tak bersedia nak ada zuriat? Mesti hidup kita lagi meriah, bukan?”

Neldia pantas menjulingkan mata ke atas bersama keluhan berat dilepaskan. Perkara melibatkan soal zuriat langsung tidak berminat untuk dibahaskan. Baginya, dia masih lagi muda dan ingin bebas bergerak ke sana-sini tanpa perlu ada difikiran. Bukan itu sahaja, dia takut jika bentuk badannya berubah gemuk. Ya, itulah sebabnya dia belum bersedia untuk mengandung.

“You... you dengar tak apa I cakap ni? I bukan apa, kawan I always tanya bila nak dapat anak? I pun teringin nak ada zuriat. Mesti comel macam you... So, I harap you dah bersedia...” kata Aidil lagi masih dengan nada lembutnya.

“Kawan ke atau bekas bini you yang tanya?” sinis nada Neldia dilontarkan.

“Sayang... I serius ni. Janganlah sebut nama dia lagi. Ini antara kita berdua. I bahas pasal zuriat. You tak teringin ke nak ada anak?” ujar Aidil lagi. Nadanya masih sama. Dia berharap agar kelembutannya dapat membuka hati Neldia itu.

“No! I... I mean, I tak bersedia lagi. You tahu kan I macam mana? Tak suka lah bahas benda ni...” rungutnya. Kepala mulai rimas dengan perkara itu.

“Tapi sampai bila? I dah lama tunggu. Dah lama I bersabar dengan you. Baru-baru ni, ibu pun tanya I pasal benda ni. Dia pun teringin nak cucu... please..” rayu Aidil.

“I don't know sampai bila! Sabar sikit boleh tak?! Kenapa susah nak faham orang? Bagitahu ibu, ini belum rezeki kita.” membuak-buak darahnya saat itu. Mood sudah pun dipukul arus ombak laut dengan ganas.

“Tak, I tak faham kenapa you belum bersedia. Boleh bagitahu I apa sebabnya? Please, sayang. I nak sangat ada darah daging sendiri. Kalau you fikir I kurang bagi perhatian lepas ada anak nanti, no! Semua tu tak betul!”

“That's not the reason, Aidil.” balas Neldia ringkas.

“Then, what? Tell me,”

“I masih nak bergerak bebas jalan ke sana-sini. Malu lah I kalau kawan I ajak jalan tapi tak dapat ikut. Nanti dia orang tanya, kenapa? I nak jawab apa? Jaga budak? Tolonglah!” katanya tanpa memikirkan perasaan lelaki di hadapannya. Rambut yang jatuh diselitkan ditelinga kemudian dia meneguk air putih yang tersedia disitu.

Aidil terdiam seribu bahasa mendengar jawapan isterinya. Harapan setinggi gunung yang ditaruh untuk isterinya serta-merta runtuh saat itu. Sangat mengecewakan!

“Malu sebab jaga budak? Biarkan je mereka tu. You nak jalan, I boleh bawa. Cakap aje kemana nak pergi...” nada Aidil mula ditekan.

“You lain, kawan I lain. You tak faham situasi dia berbeza! For your information, kawan I dah berkahwin 6 tahun but still tak ada anak. Suami dia rilex aje. Tak gelabah macam you!”

“Dia lain, I lain! You jangan nak sama kan semua orang, Neldia! You're so disappointing...” Nada Aidil mulai kendur.

“You jangan nak salahkan I pula! You tak pandai sabar! Kalau you nak sangat ada keturunan, nak ada darah daging sendiri, you pergi kahwin lainlah!” Neldia memukul meja dengan kasar. Naik turun nafasnya diambang kemarahan itu. Dia bangkit dan melangkah meninggalkan Aidil seorang diri. Perasaannya sudah melayang jauh. Panggilan daripada suaminya dibiarkan tanpa menoleh.

Aidil merengus geram. Dia kembali duduk setelah melihat isterinya pergi begitu sahaja. Dia mengenangkan nasibnya sendiri. Apakah dia gagal mendidik isterinya? Salahkah dirinya meminta zuriat daripada isterinya sendiri? Ah, dia buntu! Dia meraup wajahnya dengan kasar. Apa yang perlu dia lakukan sekarang?

“Kenapalah you susah sangat nak faham I, Neldia? For a long time, I bersabar dengan you. You nak I bersabar sampai bila? Sampai I berambut putih?” dia mula membebel seorang diri. Sesekali dia menggelengkan kepala. Tidak percaya candle light dinner mereka berakhir dengan perbalahan. Sudahlah!

****

kalau ada typo tu, faham²lah ye hehe >< HAPPY READING YOU ALL <33

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-05-11 22:54:52 

hahaha ...dapat kifarah dah sikit sikit hidup senang di atas harta orang..next tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience