USAI membersihkan diri, Marissa mencapai telefonnya. Dia mencabut wayar pengecas. Telefon yang mati akibat kehabisan bateri itu dibukanya. Ada 3 miscall dan 10 WhatsApp.
Marissa membuka call log. Missed call dari Eshan. Kemudian, dia membuka WhatsApp. Sama juga, dari Eshan. Selebihnya dari group kerja dan group alumni universiti.
Mar, kau marah aku lagi ke? Sorry, okay? – 8.10 malam
Mar, janganlah macamni, kau buat aku macam aku ni dah buat salah besar kat kau. – 8.17 malam
Marissa! 1 tick je kau bagi aku? Call pun masuk voicemail – 8.25 malam
Marissa….. - 8.37 malam
Kalau kau tak balas WhatsApp aku atau ignore call aku, aku pergi rumah kau. – 8.45 malam
Okay, fine! Aku pergi rumah kau sekarang! – 9.08 malam
Marissa hanya tersenyum. Lucu hatinya mengenangkan sikap Eshan yang macam budak-budak tu. Haa, tahu takut. Lama jugak dia ignore si Eshan tu. Biasa paling lama dia merajuk 2 3 hari, entah kenapa kali ini dia nak ajar sikit Eshan tu. Bagi cadangan yang bukan-bukan.
WhatsApp Eshan dibiarkan tanpa balasan. Esok-esoklah jelah dia balas. Kakinya juga terasa sakit-sakit setelah seharian berjalan dengan Fahim, mencari barang-barang hantaran. Penat juga ye nak siapkah majlis perkahwinan ni. Marissa membaringkan dirinya. Matanya semakin layu. Dan akhirnya dia tertidur kepenatan.
- - - - - - - - - - - - - - - - -
Eshan memandang telefonnya. Bluetick! Marissa dah baca WhatsApp dia, tapi satu pun tiada balasan dari dia. Eshan bengang. Sudahlah semalaman dia tak dapat tidur sebab terlalu memikirkan Marissa.
Sampai hati kau Mar, buat aku macam ni. Hanya sebab aku ajak kau kawen, kau pulak yang betul-betul pergi nak kawen dengan mamat mana tah. Sepupu la konon! Dua minggu Marissa, dua mingguuu jee, mudah sungguh hatimu berubah.
“Marissssaaaaa!!!!!!!” jerit Eshan.
Pintu biliknya dibuka. Terjegul ibunya, Puan Suriati di hadapan pintunya.
“Kamu ni dah kenapa Angah? Dari semalam lagi umi tengok kamu ni macam orang mati bini. Yang disebut-sebut nama Marissa tu dah kenapa? Tak malu kalau jiran-jiran dengar.” Marah Puan Suriati.
“Umiiiii, Eshan nak kahwinnnn. Nak kahwin dengan Marissaaaaa!!” Eshan masih lagi dengan perangai ‘gilanya’ itu.
“YA ALLAH kamu ni dah buang tabiat agaknya. Dah! Bangun, mandi, siap-siap. Teman umi pergi pasar. Nak masak lebih sikit, kakak kamu nak balik tengah hari nanti. Matahari dah tegak macam ni, masih dengan selimutnya, bilik tak berkemas. Kamu ingat Marissa tu nak kawen dengan kamu ke. Aish apa nak jadi lah dengan anak aku ni.” Panjang bebelan uminya.
Eshan mengeluh. Umi dia pun tak mampu nak faham apa yang dia rasa, apatah lagi dia sendiri. Ini semua sebab Marissa! Perlahan dia bangun menuju bilik mandi dan membersihkan diri. Usai mandi, dia bersiap ala kadar dan mengemas katilnya. Telefon dipandangnya. Masih lagi tiada balasan. Seronok sangat keluar dengan jantan mana, itu yang tak bangun-bangun lagi agaknya. Eshan mendengus.
- - - - - - - - - - - - - - - -
Suasana di pasar basah itu agak meriah memandangkan hari ini hujung minggu. Peniaga dan pembeli masing-masing leka dengan urusan jual beli. Eshan dan Puan Suriati juga tidak terkecuali.
“Umi, banyak lagi ke barang nak beli? Ni dah ada ayam, udang, sayur. Dah banyak sangat umi beli ni.” Eshan mula membebel. Dia menuruti ibunya dari satu kedai ke satu kedai. Tangannya penuh membimbit plastik lauk itu. Entah apa lagi yang dicari uminya.
“Alah, dah alang-alang datang dengan kamu ni, umi beli la siap-siap untuk seminggu. Nanti kamu sibuk, susah pulak umi nak keluar.” Jawab Puan Suriati. Tangannya lincah membelek sayur-sayur yang ada.
Sedang mereka berdua leka memilih sayur, Eshan tiba-tiba terdorong ke hadapan akibat dilanggar oleh seseorang.
“Eh sorry-sorry Encik. Jalan licin pulak kat sini.”
Sekejap. Macam kenal je suara ni. Eshan berpaling. Marissa!
“Laa, kau ke Shan, sorry-sorry. Jalan licin ni haa, tambah pulak banyak barang kat tangan aku ni, tak seimbang jadinya. Eh makcik pun ada.” Ujar Marissa ramah. Mimik mukanya menunjukkan seolah-olah tiada apa pun yang berlaku antara mereka berdua, sedangkan Eshan sikit saja lagi ingin meletup melihat tingkah laku Marissa yang selamber itu.
“Haa, Marissa. Sorang je ke datang pasar? Mana mak kamu? Amboi banyaknya barang kamu beli” tanya Puan Suriati.
“Mak ada kat rumah, tengah kemas-kemas rumah. Ada orang nak datang nanti tengah hari ni. Itu yang banyak sangat barang beli ni. Alah, makcik tu pun apa kurangnya, tengok Eshan kiri kanan tu haa penuh tangan. Ha ha ha ha.” Marissa tersenyum. Dia menoleh ke arah Eshan. Ralit benar Eshan menilik mukanya. Ada sesuatukah di mukanya?
“Wah, siap berkemas-kemas lagi. Ada orang nak masuk meminang kamu ke?” Puan Suriati mengusik. Dia melihat anaknya diam tak berkutik. Entah kenapa dengan Eshan ni? Tersampuk dek hantu ke? Selalu pantang terserempak dengan Marissa, riuh sekampung macam tak jumpa setahun.
“Eh tak adalah makcik. Mana ada orang nak kat Mar ni. Sepupu Mar, dia baru balik luar negara, jadi harini nak buat makan-makan sikit, dah lama tak jumpa.”
‘Ada je yang nak kat kau. Kau je yang buat-buat tak Nampak, jual mahal’
“Haa, kau cakap apa Shan?”
“Eh, tak ada apa. Jom, kita borak kat sana kejap. Ada benda aku nak cakap dengan kau. Umi, umi pilih-pilih la dulu sayur tu. Eshan nak ke sana jap.”
“Haa, yelah. Jangan nak buat yang bukan-bukan dengan anak orang.” Pesan uminya.
“Ish umi ni ada pulak ke situ, tengah-tengah pasar ni.”
Eshan menarik tangan Marissa. Marissa terkial-kial dengan langkahnya memandangkan ruang di pasar sempit di antara satu meja ke meja peniaga yang lain. Ditambah pulak dengan tangannya yang penuh dengan barang, makin tak seimbang.
“Eshan, tunggulah sekejap. Kau nak heret aku pegi mana ni? Eshan!”
Tiba-tiba. Gedebuk! Marissa tak dapat mengawal langkahnya, dia tersadung kakinya, badannya terdorong ke hadapan dan menghempap Eshan yang secara tak sengaja berpaling ke arahnya.
Buk! Kedua-duanya terjatuh di atas lantai yang kotor itu. Marissa berada di atas badan Eshan ditambah dengan ikan-ikan yang tercampak keluar dari plastik yang dibawa oleh Marissa. Mata mereka bertentangan. Ada debaran di hati Eshan. Orang-orang di pasar hanya memerhatikan gelagat mereka berdua.
Puan Suriati datang menghampiri.
“Ya ALLAH, angah! Apa yang kau buat ni? Astagfirullah al azim! Bangun!” Puan Suriati bercekak pinggang. Malu sungguh dengan orang sekeliling yang rata-ratanya merupakan orang kampung mereka.
Marissa lekas bangun dari badan sado Eshan itu. Puan Suriati membantu Marissa bangun. Tudungnya sedikit senget. Namun masih terserlah kecantikan dan keayuannya. Ehsan turut bangun sambil mengutip kembali ikan-ikan milik Marissa. Bajunya basah akibat terkena air ikan yang tercampak keluar tadi. Ikan-ikan dimasukkan kembali ke dalam plastik.
Marissa membetulkan tudungnya. Malu sungguh dia dengan kejadian tadi. Puan Suriati menggeleng kepalanya. Apa nak jadilah dengan anaknya ini?
“Nah! Ikan kau, sorry. Kau tak apa-apa kan?”
“Hah? Ye, ye.”
“Okaylah kalau macam tu, kau boleh balik sendiri tak, atau nak aku hantarkan?” tanya Eshan. dia memerhatikan Marissa. Kesian pujaan hatinya itu. Dek kerana tindakan dia menarik tangan Marissa tadi, tak pasal-pasal dia dah berbau ikan.
“Takpe, aku boleh balik sendiri. Aku balik dululah Shan, dah nak tengah hari ni. Risau pulak mak aku. Makcik, saya balik dululah ye.”
“Haa yelah. Hati-hati jalan, kalau ada sakit kat mana-mana bagitahu makcik, biar makcik suruh Eshan bawak kamu ke klinik. Kamu ni satu hal la Eshan. Buat malu umi je tau!”
“Eh, takde apalah makcik. Eshan tu, lagi sakit rasanya sebab jatuh atas lantai tu. Saya balik dulu, assalamualaikum.” Pamit Marissa. Sungguh dia berasa malu dengan kejadian itu. Tambah-tambah Puan Suriati turut ada sekali menyaksikan adegan ‘peluk’ di antara dia dengan Eshan tadi.
Eshan hanya memandang kosong pemergian Marissa. Lain yang diharapkan, lain pulak yang jadi. Dia mencium badannya. Erk! Bau hanyir dari air ikan tadi semakin kuat.
“Umi, jomlah balik. Esok-esok pulak sambung beli. Angah dah tak tahan bau ikan ni.” Eshan merengek macam budak kecil.
“Haa tahu pun kamu, yang kamu gatal nak peluk anak dara orang tu dah kenapa? Baru je umi pesan, tak sampai dua minit, tengok apa dah jadi. Ni kalau ada mulut-mulut yang bercerita mana nak letak muka.”
“Alah, umi. Bukan sengaja pun kan, tak beragaklah kitorang nak berpeluk tengah-tengah pasar ni umi. Jomlah umi. Angah dah tak tahan ni.” Eshan menarik tangan uminya keluar dari pasar itu.
Share this novel