Bab 11

Horror & Thriller Completed 4404

"Ni semua salah kau. Kalau kau tak ajak kitorang main sorok sorok ni, benda ni tak kan jadi." kata Nuranis tidak berpuas hati. Dia menganggap ini semua salah Atikah kerana Atikah yang mula mengajak mereka bermain permainan itu. Jika tidak, elok sahaja mereka bertujuh duduk diam di dalam perpustakaan.

"Aku ajak je yang korang nak kenapa? Kalau korang tak nak pun benda ni tak kan jadilah. Korang yang rela hati nak main sekali. Aku tak ada paksa siapa siapa pun." balas atikah selamba.

"Siapa suruh kau ajak? Kau yang bagi cadangan nak main kan." Nuranis membalas lagi.

Belum sempat Atikah membalas kata kata Nuranis yang menyakitkan hatinya itu Athirah terlebih dahulu menghalang.

"Dah lah tu, korang ni masa masa macam ni pun nak gaduh ke? Waktu sekarang ni tak perlu nak salah kan orang lain tapi salah kan diri sendiri. Salah kita semua sebab kita semua yang memang nak main permainan tu." Athirah berkata dengan tegas.

Mereka diam. Malas hendak membalas. Takut jadi perang dunia ketiga pula nanti. Mereka kembali berfikir bagaimana Maisarah boleh tiba tiba hilang? Ke mana agak nya Maisarah menghilang? Apa yang berlaku kepada Maisarah? Maisarah masih hidup atau sudah mati? Banyak persoalan yang bermain di dalam fikiran mereka berenam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience