1

Family Completed 11588

Aisyah merenung lelaki di hadapannya lama. Lelaki yang selama ini dia menggelarnya ayah. Ayahnya, kamal kelihatan segak berpakaian baju melayu pytih gading dan bersamping berwarna hitam dan emas.

“aisyah, ayah nampak segak kan?” soal encik kamal sambil berpusing-pusing beberapa kali di hadapan cermin. Aisyah mengangguk mengiyakan kerana memang ternyata ayahnya segak.

“encik kamal, tok kadi dah sampai.” Panggil seorang pekerja ayahnya. Aisyah melangkah keluar dari bilik bersama ayahnya menuju ke ruang tamu rumah mereka. Kelihatan ramai tetamu yang berhimpun. Aisyah sempat mengerling ke arah ayahnya yang nampak gementar.

“ayah”panggil aisyah lembut. Tangan ayahnya ditarik meminta ayahnya berlutut.

“ye sayang?” encik kamal memegang lembut bahu anak perempuannya.

“ayah jangan gementar ye? Aisyah doakan ayah dapat buat yang terbaik. Aisyah sayang ayah” encik kamal tersenyum lebar memandang anaknya. Aisyah embalas senyuman ayahnya dan mereka berpelukan.

“aku terima nikahnya nur azreen binti mahmud dengan mas kahwinnya sebanyak RM4500 tunai.” Lafaz encik kamal senafas. Dia memandang ke arah aisyah.

“sah... sah” kesemua mereka menadah tangan. Aisyah tersenyum melihat sinar kebahagian di mata ayahnya yang dahulunya hilang disebabkan pemergian arwah ibunya diserang penyakit misteri.

“aisyah, mari salam ibu baru aisyah.” Panggil ayahnya. Aisyah mengangguk lalu merapati ayahnya dan ibu baharunya, auntie azreen. Wanita itu tidak pernah menyukainya walaupun sebesar zarah. Demi kebahagian ayahnya, aisyah sanggup berendam air mata disakitkan oleh auntie azreen.

“aisyah, aku nak kau denggar semua cakap aku lepas ni. Aku dah jadi isteri bapak kau.” Arah auntie azreen selepas majlis selesai. Aisyah yang penat mahu berehat mengangguk saja mendengar kata-kata auntie azreennya itu.

“sudah, masuk dalam bilik kau. Menyampah aku tengok.” Aisyah hanya menurut.

“abaang, cuba tengok cincin ni. Cantik kan?” soal azreen kepada suaminya. Aisyah yang sedang menonton televisyen tidak dihiraukan. Apa yang penting, dia mahu suaminya memberikan apa yang dimahunya.

“cantik sangat.” Puji encik kamal. Matanya tidak berganjak dari skrin televisyen yang sedang memaparkan perlawanan bola sepak antarabangsa. Pemain kegemerannya sedang sibuk mengejar bola ditatap penuh minat.

“cantik je? Abang tak nak hadiahkan kepada sayang ke?” soal azreen seolah-olah sedang merajuk.

“yelah. Cantik. Awak kan dah banyak barang kemas. Buat apa nak banyak-banyak lagi.” Puan azreen merengus tidak puas hati. Geram pula rasanya bercakap dengan suaminya yang tidak melayan dirinya.

“Abang ni, saya tak kira. Saya nak juga. Kalau tak, abang tidur luar malam ni.” Putus puan azreen sebelum mendaki tangga. Aisyah berpaling melihat mak tirinya itu.

“ayah, kenapa buat auntie azreen macam tu? Kesian dia.” Soal aisyah kepada bapanya sewaktu menghulurkan air kopi kepada ayahnya. Ayahnya mencicip sedikit kopi yaang berasap nipis itu.

“auntie azreen kamu tu yang mengada sangat. Mahu itu, ini , bukannya barang murah-murah pula tu. Tak macam arwah ibu kamu tu, tak suka ayah berhabis duit. Membazir katanya.” Encik kamal terus menunduk bila teringatkan awrwah isterinya itu. Walapun sudah 10 tahun arwah sarah meninggalkkan mereka berdua tetapi tidak pernah sehari pun mereka melupakan arwah. Setiap hari selepas menunaikan solat,tangan mereka akan menadah tangan dan mendoakan untuk arwah.

“Gol!!!” teriak aisyah penuh semangat. Encik kamal yang sibuk mengenang masa-masa indah bersama arwah isterinya terkejut mengurut dadanya. Aisyah, aisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience