38.

Romance Completed 46617

Aura membersihkan badannya selepas sarapan pagi. Sama seperti tadi, rongga hidungnya masih terasa perit.

"Aduhhh kenapa lah Umie tegur." Kata Aura.

"Pelik sangat aku ni?" Kata Aura lagi.

Namun dia abaikan perasaannya itu.

Disisi lain Uthman yang sedang sibuk memberikan makanan kepada ikan didalam kolam ditepi banglo.

Termenung jauh memikirkan kepelikan peragai isterinya sejak semalam.

"Haihhh kejap sentap, kejap marah kejap jadi pontinak nak kokak orang." Kata Uthman.

"Sakit ke apa isteri aku ni?" Tanyanya lagi.

Dia mulai risau akan isterinya. Namun tak sampai hati bertanya pada Aura.

"Hoiii!" Jerkah Luthfan.

Uthman terkejut dengan jerkahan Abangnya.

"Jangan jauh sangat menung tu." Kata Luthfan.

"Aku bukan menung apa. Aku risau dengan bini aku tu bang." Kata Uthman terus terang.

"Kenapa?" Tanya Luthfan mulai duduk dekat kerusi yang ada disisi kolam.

"Perangai dia sebenarnya tak macam sekarang tu. Emosi tak stabil, kuat tidur ni semalam minta yang bukan bukan." Kata Uthman.

"Abang rasa dia mengandung ni?" Kata Luthfan.

"Tak mungkin lah Bang. Aku taknak fikir sampai kesana. Kecewa lak Umie dan Baba nanti." Kata Uthman.

"Mungkin sebab tertekan dengab kerja kot?" Tanya Luthfan lagi.

"Entah lah bang. Aku tak faham dengan semua ni. Kalau betul mengandung mesti perut dia dah nampak sikit. Ni tak rata je." Kata Utman.

"Sabar lah Uth. Adalah tu Allah nak bagi dekat kau. Sabar sikit. Tapi seronok tengok Aura tu. Meriah sikit banglo ni dengan kehadiran dia." Kata Luthfan.

"Tu lah. Sehari je dia takde depan aku Bang, Aduhhh angau aku dibuatnya." Terang Uthman.

Ketawa Luthfan dengan kenyataan adiknya. Dia bersyukur Aura dapat mengubat luka dihati Uthman selepas apa yang jadi dulu.

"Uth, Taknak pindah sini balik le? Mintak posting semula." Kata Luthfan.

"Mana boleh. Takkan Uth nak tinggalkan Aura kat sana sendiri. Ooo bahaya. Kat sini je susah aku nak jaga banyak mata gatal tengok dia. Ni pulak kat sana Aduhhhh." Kata Uthman menepuk dahi.

"Kenapa pulak cakap macam tu?" Tanya Luthfan.

"Abang tahukan semalam Uth bawak Aura dan mertua Uth jalan dekat shopping mall dan pasarraya supermarket, Punya banyak mata lelaki gatal tengok Aura. Huhhh boleh sentap aku bang nengok." Kata Uthman.

Luthfan ketawa lagi.

"Hah tu lah Abang kan. Takpe Uth doakan Abang dapat isteri macam Aura. Baru abamg tahu rasa yang Uth rasa sekarang." Kata Uthman lalu meninggalkan Luthfan.

"Nak kemana???!!!" Teriak Luthfan.

"Bilik." Kata Uthman sepatah.

Malas jak layan Luthfan. Tapi dia bersyukur keatas perubahan Luthfan semula yang mulai ceria kembali.

Uthman masuk kedalam Banglo dan menapak naik kebiliknya. Terlihat siisteri sedang mengeringkan rambutnya.

"Sayang nak kemana ni?" Tanya Uthman.

"Nak jalan kejap dengan Mel." Balas Aura.

"Kenapa tak bagitau tadi?" Tanya Uthman.

"By yang tak timbul dari lepas sarapan nak salahkan Aura pulak." Kata Aura mula buat memek wajah merajuk.

"Alololo Majuk ke ni?" Tanya Uthman mengambil alih Hair dryer dari tangan isterinya.

Aura yang tadi menghadap cermin menoleh dan memeluk Uthman erat.

"Kenapa ni?" Tanya Uthman hairan.

Aura menggelengkan kepalanya dia taknak memberitahu akan dia nak menghidu bau maskulin badan Uthman.

"Sayang tak pernah manja macam ni?" Pelik Uthman.

"Ok. Aura manja dengan Dd je." Kata Aura melepaskan pelukannya dipinggang suaminya.

"By rasakan sayang mengandung ni. Emosi tak stabil lepas tu manja tak bertempat, makan yang pelik." Terang Uthman.

"Aura taknak By mengharap sangat. Aura taknak By kecewa dengan result bila Aura tak mengandung." Kata Aura.

"Takpe kita keklinik dulu. Pastikan." Kata Uthman.

"Not now By. Aura masih tak kuat. Besar perasaan By nak tunggu Aura pregnant, Besar lagi rasa yang Aura tanggung. Sedangkan kita kahwin sebulan awal dari Mel, Dia dah mengandung." Kata Aura mulai sebak.

"Tu rezeki mereka." Kata Uthman.

Rasa bersalahnya oada siisteri menggunung. Tak sengaja terlepas cakap nak Aura berjumpa dengan Doktor ibu dan anak.

Uthman melihat dari cermin, Isterinya sedang melilit shawl diatas kepalanya dengan mata berkaca.

Tak sampai hati melihat keadaan Aura begitu, Dia menarik isterinya masuk kedalam pelukannya. Pecah tangisan Aura dipelukan Uthman.

"Aura mintak maaf, Andai Aura tak mampu nak berikan apa yang By nak sekarang. Aura gagal nak bahagian Umie dan Baba." Tangis Aura hiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience