Jumpa

Romance Completed 28079

Setelah selesai melakukan tekan tubi sebanyak 20 kali, Adam meminta semua untuk berkumpul.

"Baik la semua! Kita akan mulakan kelas PJ kita harini. So far disebabkan Nadia dari kelas 5A berjaya lengkapkan pusingan, Nadia akan mengambil alih kelas harini. Kalau berjalan dengan lancar selepas ini kita akan ada dua guru muda! Aku tak nak sebarang bantahan! So korang boleh pilih team sendiri. Team aku dan team Nadia. Memandang jumlah pelajar di kedua-dua kelas ialah 64 pelajar so satu team ada 32 pelajar. Lebih! Ketua akan keluarkan! Now bergerak ke kanan untuk team aku dan bergerak ke kiri untuk team Nadia" jelas Adam.

Nadia terkejut apabila namanya disebut. Lorgh! Aku jadi cikgu? Erm! Redho je la!

Pelajar lain tergamam. First time dalam hidup ini ada dua tenaga pengajar. Ada yang bersorak kerana telah terlepas dari genggaman penuh Adam. Ada yang terlebih gembira! Oh of course la! Si Alya. Dia siap berbisik dekat Nadia supaya tidak mengeluarkannya.

Pelajar yang lain terus bergerak. Secara majoritinya semua bergerak ke kiri iaitu team Nadia. Yang kekal di kanan hanyalah Diva AAM. Mesti la dekat dengan 'boyfriend' dia. Nak taknak Nadia kena la 'singkirkan' beberapa orang untuk balancekan jumlah!

Kelas PJ berlangsung selama 1jam. Sepanjang latihan itu kedua-dua team berusaha bersungguh-sungguh untuk berlatih. Nadia juga kejam seperti Adam. Bak kata guru sukannya " Dalam sukan kita kena kejam supaya kita dapat menang!". Maka Nadia melatih mereka untuk lebih mempunyai semangat berpasukan. Tidak kurang juga Adam turut melatih mereka dengan gigih. Yang lemah dikuatkan yang salah dibetulkan.

Melalui celah tingkap, seseorang tersenyum manis.

Sungguh sejuk hati ini apabila mereka sudah berbaik. Moga mereka akan berbaik lagi. Nampak sepadan mereka berdua! Pasti sekolah ni akan bersinar lagi! Kata seseorang iaitu Cikgu Rose merangkap pengetua di sekolah itu.

Waktu PJ tamat. Semua pelajar letih! Ada yang berbaring kerana terlalu penat dan ada yang sedang meminum air kerana terlalu dahaga. Ada yang sedang mengipas-ngipas diri mereka dengan tangan dek panas! Namun Adam dan Nadia tampak tenang!

"We Nad...kau tak letih ke?" tanya Sofea perlahan.

"Tak" jawab Nadia sambil tersenyum.

"Seriusly! Aku yang lelaki ni pon penat!" kata Aiman sambil terbaring lemah.

"Haha aku dah biasalah! Setakat lari sekeliling padang, tekan tubi, lari setempat, lompat jauh tu apa la sangat!" kata Nadia.

"Bapak ah. Kau ni robot ke?" kata Awie tidak percaya.

"Ha ah! Aku robot! Hahaha" gelak Nadia. Haih la nasib kawan ja.

"Dah la jom masuk kelas. Lepas ni waktu mata pelajaran fizik" ajak Nadia segera melangkah keluar dari padang.

"Sabar la! Bagi la kami rehat kejap!" ujar Atiffa dalam nada keletihan.

"Tah kau ni! Kau takpa la robot! Kau naik la dulu!" kata Alya tidak lagi mampu berdiri.

Nadia hanya menggelengkan kepala. Haih penat sikit dah tak larat. Dah la baik aku naik dulu. Nadia bergerak ke kelasnya yang berada di blok A. Nadia memasuki kelas dan waktu itu hanyalah terdapat Adam sahaja di tempatnya. Oh ya selepas peristiwa itu mereka menukar tempat dengan rakan sekelas yang lain. Si Alya yang beria-ria nak tukar padahal Nadia okay je. Nadia berfikir lalu mengambil keputusan untuk bergerak ke arah Adam. Tepat di sebelah meja Adam, Nadia meminta izin untuk duduk.

"Boleh saya duduk?" tanya Nadia sopan.

Adam pada mulanya tidak perasan Nadia berada di sebelahnya. Hampir sahaja dia menyiku Nadia. Fikirannya tadi berada di tempat lain.

"Ahh bo...boleh" kata Adam.

"Sejak bila awak gagap ni? Haha" tanya Nadia berbasi-basi.

Adam hanya diam. Dia sebenarnya malu untuk bercakap dengan Nadia selepas apa yang berlaku. Kejadian itu sering kali memainkan di kepalanya.

"Adam?" panggil Nadia lebih kuat. Aku punyalah cakap...dia buat tak tahu je. Ke aku cakap perlahan?

"Yer...kenapa?" tanya Adam lalu mengeluarkan sebuah buku dan mula menulis sesuatu.

"Saya tanya...kenapa awak jadi begini? Kenapa awak seorang yang dingin? Kenapa awak membenci saya padahal saya tak buat salah? Kalau sekadar saya marah awak sebab membuli haritu itu bukan salah saya." ujar Nadia.

"Aku bukan membuli! Dia buat salah! Dia tu bawa rokok, so aku tangkaplah...kau je yang memandai-mandai tuduh aku." jawab Adam.

Nadia terdiam. Oh begitu. So dia dah salah anggap? Alamak!

" Saya minta maaf eh sebab salah anggap awak" Nadia meminta maaf dengan ikhlas.

"Hm"

"Then kenapa awak benci saya? Dan kenapa tadi awak berbaik dengan saya?" tanya Nadia lagi ingin tahu lebih mendalam.

"Aku cuma," Kata-kata Adam terhenti sebaik sahaja kedengaran riuh suara pelajar 5A. Nadia segera bangun dari tempat itu dan bergerak ke tempat duduknya. Bukan apa! Tadi Alya sudah memberi amaran untuk tidak mendekati Adam. Peristiwa pagi tadi pon sudah dimarahinya...namun Nadia telah menceritakan hal sebenar . Sebelum Nadia bangun tadi dia sempat menangkap apa yang diperkatakan oleh Adam iaitu jangan lupa berjumpanya di bumbung sekolah jika mahu tahu jawapannya.

Kelas bermula seperti biasa. Bunyi sahaja loceng rehat, Sofea, Alya dan Atiffa segera mengajak Nadia untuk ke kantin.

" Jom makan!" ajak Alya.

"Jom Nadia! Aku tunjuk dekat kau betapa sedapnya makanan dekat sini!" ajak Sofea pula.

"Tempat pon cantik dan bersih!" kata Atiffa lagi. Amboi macam aku anak raja pula.

"Ermm" Nadia berfikir bagaimana dia hendak mereka jawapan.

"Aku puasa la harini! Esok eh! Hehe" kata Nadia menipu.

"Alaaaaa hm okay la!" kata Alya sedih!

"Erm weyy! Nak tanya sikit boleh! Sini ada tak tempat yang tinggi" tanya Nadia

"Hmm adaaa...bumbung sekolah!" jawab Atiffa.

"Dekat mana tu?" tanya Nadia terus berminat.

"Kenapa kau nak tahu?" tanya Sofea pelik.

"Takdak apa la. Saja ja nak jalan-jalan! Hehe" kata Nadia

"Oh! Tapi tu kawasan larangan sebab tu kawasan singa. Hahaha. Tu kawasan Adam. Adam tak benarkan sesiapa masuk kecuali dia. Bumbung sekolah yang rata cuma blok C je. Itu je. Tempat tu jadi favourite Adam sebab dia boleh mengawal semua orang sebab blok C kan berada di tengah-tengah antara bangunan lain." jawab Sofea.

"Oh...okay! Terima kasih!" ucap Nadia.

"Hm ye la...dah la byeee! Si Alya ni pon dah lapar!" kata Atiffa sambil memandang Alya yang sedang memegang perutnya. Alahai Alya.

"Bye" jawab Nadia ringkas.

Selepas mereka bergerak ke kantin...Nadia bangun dan bergerak ke blok C dimana tangga untuk ke bumbung sekolah terletak di situ. Selepas 4 minit berjalan, Nadia menjumpai pintu yang bertanda " Dilarang masuk " Nadia memasukkan kunci dan membukanya. Kunci itu Adam yang memberikan kepadanya di padang tadi.

Flashback

"Jumpa aku dekat bumbung sekolah rehat nanti. Nah ambil ni" kata Adam lalu memberi kunci kepadanya

"Okay...terima kasih" kata Nadia.

End Flashback

Dengan Bismillah, Nadia memasukinya dan menguncinya semula. Nadia berjalan ke arah tangga dan menaikinya ke tingkat atas. Terdapat sebuah lagi pintu...tetapi tidak berkunci...Nadia mengetuk pintu itu perlahan.

Tok..tok..tok

Adam yang mendengar pintu diketuk mula bersuara.

"Masuk" panggil Adam.

Nadia membuka pintu lalu masuk untuk ke Adam. Nadia terpegun dengan kecantikan suasana di situ. Wau! Memang betul! Dia boleh melihat seluruh sekolah! Tetapi apa yang dia mahukan ialah jawapan dari Adam!

Oky guys!!! Typo abaikan! Hahaha! Thanks for support me! Jangan lupa tekan ???..teruskan berminat dengan cerita ini! Apa reaksi Nadia atas jawapan Adam nanti? Tunggu!!!

Share this novel

ninaarnab
2020-08-05 13:23:02 

best lah cite ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience