BAB 30

Romance Completed 215673

"So, projek kita yang rumah anak yatim tu any progress?," tanya Danial kepada Haikal.

"Don't worry dude. Yang tu aku dah settle awal-awal. Yang tinggal sekarang ni cuma..."

Percakapan Haikal terhenti apabila pintu pejabat Danial dibuka tanpa ada ketukan terlebih dahulu.

"Maaf Encik Danial, Encik Haikal saya dah halang tapi..."

"Its okay, Selina. Awak boleh keluar," arah Danial kepada setiausahanya.

"Danial. I miss you so damn much," ucap Mira manja lantas menuju ke arah Danial.

"Wooo, not so fast. Yang ini sudah dicop. Tak nampak ada tanda 'just married' atas dahi dia," halang Haikal.

'Penyibuk je mamat selenga ni.'

"Baby, you tak rindu kan I ke? Kita sambung balik ye. I janji I takkan curang dengan you lagi," pujuk Mira tanpa menghiraukan Haikal yang menghalangnya.

"Humph, perempuan tak sedar diri. Kau nampak tak dekat tangan aku ni apa? Aku dah kahwin dengan perempuan yang aku cintai. Tak mungkin dan tak akan pernah aku bercinta dengan kau." Cincin di jarinya ditayangkan.

"Ala bercinta boleh putus, kahwin lagi la boleh bercerai."

Tergamam sebentar Haikal dan Danial. Dia ingat kahwin cerai ni perkara main-main ke.

"Mira, lupakan segala misi balas dendam kau. Cari laki lain untuk jadi mangsa kau. Hati dan jiwa aku hanya untuk Mia," luah Danial. Tak nampakkah Mira api cinta untuk Mia membara-bara dalam jiwanya.

"Apa lebihnya Mia, apa kurangnya I? Setakat perempuan selekeh tu choii la," jerit Mira.

"Mia sepuluh kali ganda lagi bagus dari kau. Dia tak tamakkan harta. Sekurang-kurangnya dia tak curang macam kau," marah Danial.

"Sabar Danial. Jangan diturutkan marah tu," nasihat Haikal.

"Get lost from my office now," arah Danial.

Namun Mira tidak berganjak sedikit pun. "Kau nak keluar dengan bermaruah atau kau nak aku paksa kau keluar dengan kekerasan," ugut Danial.

"Fine. Kau ingat Danial suatu hari nanti kau akan tersungkur di kaki aku. Aku akan pisahkan kau dan Mia walau dengan cara apa sekali pun," ugut Mira sebelum melangkah keluar.

Danial mengeluh mendengar ugutan Mira.

"Kau okay?," tanya Haikal.

"Okay," jawab Danial seraya menunjukkan Isharat okay.

"Kita teruskan dengan perbincangan kita," arah Danial.

"No dude. Aku rasa baik kau balik sekarang. Aku tahu kau tengah risaukan Mia," nasihat Haikal. Dari raut wajah Danial pun dia boleh baca yang dia risaukan Mia.

"Takpe lah. Lagipun dia ada di pejabat sekarang." Jam baru je menunjukkan pukul 12. Lunch pun belum lagi.

"Kau betul-betul okay ke ni?," tanya Haikal meminta kepastian.

"Serious I'm okay," tegas Danial. Mana boleh dia campur-adukkan kerja dengan hal peribadi.

Mendengar sahaja perintah dari Danial, Haikal meneruskan perbincangan mereka. Yelah hidup kena profesional.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience