Kepala Hana Aishah terasa berdenyut - denyut saat itu. Kelopak matanya yang berat itu dibuka tetapi segalanya gelap gelita. Dipejam matanya rapat kembali cuba menghilangkan berat bebanan yang dirasai di mindanya. Tubuhnya yang sedang berbaring mengiring itu dirapatkan ke sumber kepanasan yang melegakan segala simpulan di badannya.
Kepenatan tubuhnya tidak dapat dia ungkapkan semenjak dia sampai ke Malaysia. Tetapi saat itu tubuhnya terasa ringan walaupun kepala terasa berat. Satu nafas kelegaan dihelakan. Dia cuba menyelesakan kepalanya di tempat pembaringan itu. Bantalnya terasa keras hari itu. Mungkin kerana itu kepalanya sahaja yang tidak selesa.
Tubuhnya dibaringkan telentang sebelum matanya sekali lagi dibuka. Selepas beberapa minit, dia dapat melihat dengan lebih jelas ruangan di bilik itu. Bantal yang menampung kepalanya itu terasa keras. Tidak lembut seperti tilam yang sedang dia baring itu. Kepalanya sekali lagi cuba digerak ke kiri dan kanan, mahu menyelesakan pembaringannya tetapi gagal.
Selepas beberapa minit mencuba, Hana Aishah mengeluh sebelum matanya dihalakan ke kipas yang sedang berpusing di atasnya. Bunyi kipas yang sedang berpusing itu mendatangkan ketenangan yang tidak dapat dia ungkapkan. Bibirnya mengukir senyuman kelegaan saat itu.
Entah mengapa saat itu, segalanya tentang tempat dia beradu itu terasa sangat dekat dengannya. Haruman bilik itu, kesunyian malam yang ditemani bunyi – bunyi yang sudah terlalu biasa dirinya dengari tetapi sudah lama tidak dia alami.
Mindanya walaupun terasa berat tetapi untuk pertama kalinya kosong tanpa apa – apa masalah yang perlu dia fikirkan. Untuk saat itu, hanya dia dan kesunyian malam itu yang mendatangkan ketenangan yang selalu dia dambakan. Tetapi seperti selalu ketenangan itu pasti ada noktahnya.
Dan noktah untuk saat itu adalah apabila, tempat dia melabuhkan kepalanya itu bergerak. Terus terhenti segala deria Hana Aishah waktu itu. Dadanya berdebar kuat cuba memikirkan di mana dia berada. Saat dia cuba menfokuskan dirinya barulah Hana Aishah dapat mendengar deruan nafas tenang yang kedengaran dekat di telinganya.
Matanya dipejam rapat sebelum dia menjauhkan dirinya perlahan – lahan kerana tidak perlu dia lihat pun siapa empunya `bantal` yang menampung kepalanya ,dia sudah kenal melalui bunyi deruan nafas itu. Bibirnya diketap saat perlahan – lahan dia menjauhkan dirinya sehingga dia sampai di hujung katil.
Jantungnya berdegup kencang apabila dia berjaya menjauhkan dirinya tanpa mengejutkan lelaki itu. Nafas tadi masih tenang beralun. Tubuhnya kaki berbaring di hujung katil memikirkan cara untuk mendudukkan dirinya tanpa mengejutkan lelaki itu. Beberapa minit berlalu dan tubuh Hana Aishah semakin kejang kerana sedang menahan dirinya daripada jatuh tergolek ke lantai.
“Stupid Hana Aishah. How did you end up in his arm?” suara hatinya memarahi dirinya saat itu.
Zikir dibaca sebelum Hana Aishah mendudukkan dirinya perlahan – lahan di atas katil itu. Pergerakan seperlahan mungkin dia lakukan supaya tidak mengejutkan lelaki itu yang masih tidur nyenyak. Apabila dia berjaya duduk barulah dirinya terasa sedikit lega.
Nafasnya diaturkan perlahan sebelum dia bangun berdiri. Saat kaki dapat merasai permaidani berbulu tebal di bilik tidurnya, barulah Hana Aishah sedar kenapa tubuhnya terasa enak di dalam kegelapan malam itu. Seperti burung yang sudah kembali ke sangkarnya, sebegitulah Hana Aishah. Biliknya di rumah ibu bapanya yang menyimpan seribu memori dan menjadi tempat saksi jatuh bangunnya.
Pandangannya semakin jelas semakin lama dia berdiri di permaidani biliknya. Kerinduan mengasak saat dia melihat ke sekeliling bilik yang dia terlalu rindui itu. Sesak yang dirasai di dadanya seperti terbang hilang.
“Home. You brought me home” Hana Aishah berbisik di dalam gelap malam itu.
Ketenangan yang dia rasai tidak dapat digambarkan saat itu. Walaupun dicacatkan dengan kehadiran lelaki itu, Hana Aishah tetap mensyukuri rasa tenang yang mendiami dirinya saat itu. Kakinya digerakkan selepas beberapa minit menyerap seberapa banyak aura ketenangan yang bilik itu berikan.
Dalam gelap malam itu, Hana Aishah menyusuri perlahan menuju ke pintu biliknya. Dia sedaya upaya cuba untuk tidak melihat ke arah katilnya. Tidak mahu melihat bukti punca keenakan tidurnya sebentar tadi. Saat dia tiba di pintu bilik tidurnya, kakinya terhenti.
“Adam” saat nama itu meniti di mindanya barulah Hana Aishah berpaling dan pemandangan di hadapannya saat itu benar – benar mengucar kacirkan segala pendiriannya. Hana Aishah menelan air liurnya melegakan kesempitan yang dirasai di tekaknya saat itu.
Matanya dikelipkan berkali – kali cuba untuk melenyapkan bukti apa yang di lihat di hadapan matanya tetapi seperti tadi pemandangan di hadapan matanya itu masih sebegitu. Tidak berubah walau sedetik pun.
***************************
Kesejukan dini hari itu mencengkam sehingga ke tulang sum sumnya tetapi tidak Hana Aishah endahkan. Malam yang disangkanya tadi rupanya sudah dini hari. Saat dia sampai di ruang tamu rumah ibu bapanya yang sunyi itu, barulah segala kejadian beberapa jam lepas kembali ke mindanya.
Satu keluhan berat dia lepaskan saat mengingati punca dia pengsan. Bintang yang bergemerlapan di angkasa ditenungnya sayu. Hatinya yang tadi selapang – lapangnya, kembali diasak segala macam rasa. Tetapi rasa yang paling dia dapat rasai adalah perasaan bersalah yang menimpanya tanpa simpati.
Sewaktu Hana Aishah menuruni tangga melarikan diri daripada hakikat yang dia tadi tidur beralaskan lengan lelaki itu walaupun bukan di dalam sedarnya, dia tidak tahu mahu tuju ke mana. Mindanya kusut, hatinya gelisah kerana itu tempat terbaik untuk dia adalah taman bunga bapanya.
Deruan angin sepoi pagi itu mendatangkan satu ketenangan yang tidak dapat dia ungkap tetapi seperti bahagia yang hadir dalam hidupnya, ketenangan itu hanya sebentar. Bersilih ganti segala peristiwa selama tiga hari ini menjengah ingatannya. Teacher Basirah yang nyawanya sedang berada di hujung tanduk, Puan Sri Maria yang tidak sempurna seperti dulu, Kapten Azam yang kelihatan terlalu uzur. Semuanya seperti hukuman baginya kerana lari meninggalkan keluarganya.
“Padan muka kau Hana Aishah. Kau sakit jadi kau lari macam pengecut. Sekarang kau terima padahnya. Ehh bukan kau. Orang – orang yang kau sayang, yang kau janji kau akan jaga.. sekarang semuanya dah hancur. Bahagia yang kau cari pun tak ada, keluarga kau pun musnah” seperti perluru berpandu suara hatinya mengutuk dirinya.
Tidak cukupkah sakit yang dia rasai? Kenapa perlu mengejinya lagi? Kalau dia boleh putarkan masa pasti… pasti… mindanya tidak mampu meneruskan kebarangkalian yang mungkin terjadi kerana hakikatnya dia tidak mampu memutarkan kembali masa.
“Dulu lepas tengok cerita hantu nak tidur sorang pun takut adik Along ni. Sekarang fuh bukan main berani feeling feeling sorang – sorang kat luar rumah” suara Fakhih yang seperti selalu melarikan dia daripada relaliti masalah hidupnya yang seperti tiada henti menghadirkan satu perasaan rindu yang teramat sangat.
Hana Aishah tersenyum selebar yang dia mampu saat itu. Sakit yang berlegar di dadanya beransur pergi saat kerusi besi yang dibuat ayahnya itu di duduki abang iparnya.
Kerusi yang boleh menempatkan 4 orang dewasa itu merupakan antara projek ayahnya selepas pencen. Hana Aishah yang sewaktu itu sedang cuti semester tolong mengecat. Ahh rindunya dia pada saat di mana hidupnya bebas tanpa komitmen seberat sekarang. Dulu yang menyerabutkan mindanya hanyalah peperiksaannya, waktu lain dia sibuk berjoli dengan rakan – rakan universitinya.
“I miss you” suara Fakhih membawa Hana Aishah kembali ke situ. Wajahnya dipalingkan memandang Fakhih yang sedang merenungnya dengan wajah yang membawa seribu cerita. Cerita yang Hana Aishah takut mahu dengari.
“I miss you a million times more Along. Hana rindu my only abang” saat itu sebaknya sudah tidak dapat dia sembunyikan. Air matanya bertakung, wajahnya berkerut menahan supaya air matanya tidak gugur.
“Don’t cry. You cried too much already” Fakhih yang sentiasa penuh dengan kata – kata pujukannya.
“Tapi my tear duct macam tak pernah kering. After all the tears” Hana Aishah tersenyum pahit membalas kata – kata abang iparnya.
“Cause you`re Hana not Sahara” Fakhih mengusik cuba menceriakan suasana seperti selalu. Pecah tawa Hana Aishah dini hari itu.
“Manisnya bibir ini. Banyak ke tanam tebu kat bibir tu waktu Hana tak ada” gurauan yang sudah lama dia tidak tahu lakukan meniti bibir Hana Aishah seperti dia sudah biasa sebegitu.
“Boleh la kata banyak jugak. Adalah dalam hmmm.. banyak mana ye” Fakhrul menaikkan kening sebelah kirinya seperti sedang berfikit serius. Lagilah besar tawa Hana Aishah.
“Amboi. Sebesar Stadium MU favourite Along ke?” Hana Aishah mengusik lagi.
“You remember my team” suara Fakhih yang terkejut menarik Hana Aishah kembali ke alam realiti.
“Hana tak pernah lupa. Walau sesaat. My heart is always here” Fakhih mengeluh berat mendengar suara adik iparnya yang kesedihan.
“Along tahu” Fakhih membalas yakin sebelum berhenti sejenak cuba membaca wajah Hana Aishah yang sedang merenungnya dengan satu raut yang memikul seribu bebanan.
“Hana terpaksa Along” air mata yang di tahan Hana Aishah gugur jua saat kata – kata itu meniti bibirnya yang bergetar itu.
“Itu pun Along tahu” Fakhih tersenyum pahit membalas.
“Tapi waktu Hana pergi, Along tak tahu sebab sebenar but after ….” Satu nafas dalam ditarik Fakhih kerana ayat seterusnya membawa seribu rasa.
“I`m glad you went. After knowing the reason behind it, Along tahu Hana dah buat keputusan yang terbaik” Hana Aishah tertawa sinis mendengar ayat abang iparnya.
“Baik ke Along kalau sampai mak terpaksa bertarung nyawa sebab nak tunggu Hana? Baik ke Along sampai mama dah tak sempurna macam dulu?” kepala Hana Aishah digelengkan menjawab persoalan yang dituturkannya itu.
“Hana tak tahu, Hana tak tahu” sebak suara Hana Aishah meluahkan rasa dini hari itu.
“Kalau … if ….” Hana Aishah tidak mampu meneruskan bicaranya. Terlalu banyak kalau.
“Kalau Hana tahu, you`ll you here right that instance. You`ll leave everything you fight for to be with mak. To be with mama” Fakhih memberitahu satu hakikat yang mereka semua tahu kerana itulah sifat Hana Aishah yang sebenar.
“That’s why papa didn’t tell you” Fakhih menyambung selepas jeda seketika.
“Sebab papa tahu Hana perlukan masa. Sebab papa tahu, its time for you to take care of yourself. Sebab…” Fakhih tersenyum lebar kali ini sebelum dia menyambung bicaranya.
“For Adam” satu nafas kelegaan dilepaskan Fakhih saat kata – kata itu diluahkannya.
“Kenapa Hana kena pilih? Why can’t I be there for all of you and Adam?” Hana Aishah hanya meluahkan segala rasa yang dirasainya. Dia rasa dia boleh jadi gila dengan rasa bersalah dan semua persoalan yang berlegar di mindanya. Untuk malam ini dia bersyukur kerana Tuhan pulangkan kembali pendengar soalan – soalan merepeknya.
“Sebab untuk tiga tahun itu, Allah nak Hana fokus dekat Hana. Adam was just a means. You`ve been taking care of everyone for far too long. You need to learn how to let others take care of you” Fakhih menjawab tenang. Sesekali sendu Hana Aishah kedengaran.
“Sebab kalau Hana stay tiga tahun lepas, sadly none of us will be able to care for you” betapa sukar kata – kata itu untuk meniti bibir Fakhih saat itu kerana dia malu dengan hakikat yang berlaku.
“Don’t ever regret for going. Sebab Allah dah makbulkan doa kitorang semua” Fakhih merenung adik iparnya yang sedang merenung ke langit yang dipenuhi bintang dini hari itu sambil menutur penuh keyakinan.
“We just don’t want you to be in pain anymore. No matter how angry mak or mama was towards you, it was their doa that took you away from us. Took… took you far away from all the pain that you were going through” Fakhih mengigit bibirnya menahan getaran saat dia menyatakan hakikat sebenar pemergian Hana Aishah.
Untuk seketika mereka hilang dalam keheningan malam yang diselangi bunyi cengkerik itu. Masing – masing cuba menghadamkan hakikat – hakikat yang baru mereka temui dalam masa beberapa hari ini.
“Its killing me seeing both of them. Seeing abah” air mata Hana Aishah mengalir deras saat dia memecahkan kesunyian mereka.
“I don’t know if I can take anymore bad news” Hana Aishah mengigit bibirnya kuat menahan daripada esakannya bertambah kuat.
“Ada hikmah Hana. For every single thing that happen” Fakhih memujuk adik iparnya yang masih dibuai emosi itu.
“Remember what you told me malam raya first kita semua as family. The raya that supposed to be a blast for all of us but it was so full of pain” Hana Aishah tersenyum pahit mengingat pengalaman raya yang paling sunyi pernah dia lalui.
“I plan, you plan but Indeed He is the best planner. So I trust Him” satu kelegaan menjengah jiwanya saat kata – kata yang sama dia tuturkan pada Fakhih pada malam sebelum raya sewaktu abang iparnya membebel memarahi Fakhrul kerana meninggalkan Hana Aishah keseorangan.
Malam itu, malam raya pertama dia sebagai isterinya Fakhrul. Malam yang sepatutnya mereka sambut dengan meriah ditambah pula dengan kehadiran zuriat pertama dia dan Fakhrul yang sedang dikandungnya. Tetapi malam itu yang hadir membawa makanan untuk dia menjamah sewaktu jam menghampiri pukul 12 malam adalah abang iparnya.
Selepas seharian berlaparan, Fakhih adalah insan yang datang membawa berpiring – piring lauk untuk dia menjamah walaupun dia menolak. Bibir Hana Aishah mengukir senyuman mengingati malam itu. Walaupun memori pahit itu lebih banyak tetapi mengingatkan dua insan yang sentiasa cuba melindungi dia sepanjang raya itu dia bersyukur.
“So, trust Him Hana. Hana anak baik. Hana adik yang baik. Hana kakak yang baik. Hana Ibu yang baik” tanpa penat lelaki itu seperti selalu akan memujinya.
“Hana adik Along yang paling baik kan” Hana Aishah bertanya manja.
“Depends la. Along kena kira balik all the hutang Mc Donald date kita. If you can pay back all the unattended dates for the past 3 years then you`ll go to ranking one” melihat wajah Hana Aishah yang sudah tercebik kesedihan, tawa Fakhih memecah kesunyian pagi yang hening itu.
“Kejam la Along. Hana dah la tengah sedih ni. Nampak tak sedih level mana ni” rajukan Hana Aishah semakin melucukan Fakhih saat itu. Bergema tawa abang iparnya di pagi yang hening itu.
“Tak nak lah kawan cam ni” air mata Hana Aishah yang tadi berhenti kembali mengalir
“Alaa .. alaa… sorry la. Along tak suka la tengok Hana nangis” Fakhih menahan tawanya apabila adik iparnya yang tadi tertawa kembali sedih.
“Sorry naik lori la. Tak nak kawan Along” Hana Aishah memalingkan tubuhnya membelakangi Fakhih.
“Pandanglah Lorong gelap tu. Kejap lagi entah jembalang mana keluar” mendengar kata – kata abang iparnya terus meremang bulu Hana Aishah.
“Eeee Along ni buat seram je la” Hana Aishah memarahi Fakhih tetapi tubuhnya sudah dirapatkan kearah Fakhih kerana ketakutan.
“Along cakap betullah. Dah jom lah masuk. Along dah meremang ni” suara Fakhih kedengaran gentar.
“Along lah. Seru benda tu buat apa” Hana Aishah menelan air liurnya. Hilang terus sedihnya saat itu.
“Dah jom masuk” Fakhih terus berdiri sambil matanya meliar memandang sekeliling. Aduh seram pulak dia rasa melihat kawasan sisi rumah itu. Tadi tengah layan perasaan sedih tak perasan sangat semua itu.
“Along, tunggulah Hana. Janganlah jalan laju” Hana Aishah membebel kearah Fakhih yang seperti mahu melangkah meninggalkannya. Cepat – cepat dia membuntuti abang iparnya.
“Hana ni pun. Nak layan perasaan pun, duduk lah dekat ruang tamu ke, balik air ke. Ada duduk kat luar rumah dalam gelap” Fakhih menyambung bebelannya sambil menyusuri jalan yang gelap itu.
“Hana, tadi lampu luar ni memang tertutup ke” Fakhih bertanya pelik kerana dia rasa seperti kawasan itu terang lagi.
“Mana lah Hana tahu tapi abah selalu memang tak tutup lampu ni. Tak nak bagi penyamun senang masuk” Hana Aishah membalas gugup.
“Habis tu siapa yang tutup lampu ni” Fakhih sudah merasa seram sejuk waktu itu. Dia 90% yakin lampu itu terbuka tadi sewaktu dia melalui Lorong menuju ke pintu kaca rumah Kapten Azam itu.
“Along. Jangan banyak tanya boleh tak? Jalan je lah. Hana tak nak tau jawapannya pun” Hana Aishah merengus geram.
“Attitude much girl” mendengar balasan abang iparnya, Hana Aishah tersenyum sendiri sebelum langkah terhenti. Dia dapat melihat bayangan sesuatu di sebalik langsir di pintu kaca itu. Terus kejung tubuhnya.
“Along” Hana Aishah menarik baju Fakhih sekaligus mahu menghentikan langkah abang iparnya. Suaranya yang kedengaran takut itu berjaya mematikan langkah Fakhih.
“Hana. Not funny ok” Fakhih sudah meliar matanya melihat sekeliling ketakutan.
“I know. Memang not funny. Tuuu” Hana Aishah sudah terketar – ketar menyembunyikan wajahnya di belakang tubuh Fakhih.
“Tu apa nya Hana. Nak kenakan Along pun tunggu la esok pagi bila matahari dah terbit” Fakhih cuba menguatkan suaranya supaya tidak kedengaran gentar walaupun hakikatnya dia sudah kakinya sudah terketar – ketar ketakutan.
“Along. Hana takutlah” Hana Aishah sudah mahu menangis saat itu ketakutan.
“Along lah gelak kuat sangat panggil benda tu” Fakhih menelan air liurnya kesat mendengar bebelan Hana Aishah. Tangannya sudah meraba poket seluarnya mahu mencari telefonnya.
“Ya Allah mana pulak poket ni” tangannya meraba mencari poketnya.
“Along cepatlah” Hana Aishah menepuk belakang badan abang iparnya ketakutan.
“Ya Allah sabarlah budak ni. Along tengah cari phone ni. Poket pun tak jumpa” Fakhih semakin kalut dalam setiap saat yang berlalu. Peluh sudah mulai memercik di dahinya.
“Along. Masuk je lah. Hana lagi seram duduk luar ni” Hana Aishah mengasak apabila deruan angin pagi yang tadi menangkan sekarang menyeramkannnya. Sudahlah belakang badannya itu tiada penghalang. Kalau benda itu datang terus melekap dekat belakang badannya.
“Pandai lah Hana. Along yang kena masuk dulu” Fakhih bersuara gusar. Dia cuba meneliti bayang di sebalik langsir itu tetapi gagal.
“Masalahnya Along takut yang kat depan. Sat gi Miss P datang hinggap belakang badan Hana …..” belum sempat Hana Aishah menghabiskan bicara, dia dapat rasakan sesuatu mendarat di atas kepalanya yang dilindungi tudung sarung ibunya.
“Ahhhhhhh” Hana Aishah menjerit ketakutan dan secara refleks Fakhih yang memang sedang tidak tenang itu ikut menjerit sebelum kedua – kedua lari masuk ke dalam rumah melalui pintu kaca itu.
Tetapi yang lagi tragis apabila mereka sampai di dalam rumah, Fakhih berlaga dengan Lembaga yang semenjak tadi mereka lihat di sebalik langsir.
“Mak!!!!!”
“Mama!!!”
“Ibu!!!”
Jeritan maskulin bercampur feminin memanggil ibu masing – masing mengejutkan seisi rumah pagi buta itu.
*****************************
Fakhrul yang sedang tidur lena itu terkejut saat mendengar jeritan yang memecah keheningan pagi itu. Tidur yang paling lena dia pernah rasai itu termati sebegitu sahaja. Matanya yang terpejam rapat diulit mimpi indah terus terbuka sekaligus membawanya ke alam realiti. Tetapi untuk saat itu, realitinya amat bahagia.
Tubuhnya yang sedang ditindih satu insan yang dia baru tahu kewujudan tidak sampai beberapa hari tetapi sudah bertakhta di hatinya di tempat terpaling tinggi. Di tempat di mana isterinya berada. Fakhrul merenung kea rah Adam yang sedang tidur meniarap di atas dada yang tidak berbaju itu. Dengkuran halus yang menjadi melodi indah di gegendangnya. Wajah polos itu tidur tenang tidak terganggu lansung dek apa pun bunyi disekeliling.
Matanya kemudian dikalihkan ke sisi mencari sang isteri. Hana Aishah yang pengsan tadi, yang membuatkan dia panik. Kelam kabut dia saat dia masuk sambil mengendong Adam yang sudah terlelap di bahunya apabila melihat Hana Aishah yang sudah terkulai di kaki mamanya. Terus dia serahkan Adam di insan yang terpaling dekat dengannya sebelum dia pergi mengangkat isterinya.
Apabila dia pasti Hana Aishah stabil, barulah dia lega. Setelah menyakinkan ahli keluarga mereka yang Hana Aishah stabil dan perlukan rehat, barulah dia kembali ke bilik tidur isterinya dan untuk pertama kalinya merasai nikmat yang selalu dia impikan. Tidur sekatil dengan anak isterinya. Nikmatnya tidak dapat dia ungkapkan saat Hana Aishah ditarik ke dalam rangkulannya manakala Adam tidur di dadanya.
Wajahnya yang tadi bahagia bertukar gusar saat dia melihat pembaringan yang kosong di sisinya. Jantungnya berdegup laju dikala perasaan takut mula mengusai diri. Kenangan tiga tahun lepas kembali. Pemergian Hana Aishah. Ya Allah, sampai di sini sahajakah nikmat yang kau berikan. Terlalu singkat.
Bunyi bising di kejauhan itu mengejutkan Fakhrul daripada dibuai memori silam yang pahit. Sepantas mungkin dia mengangkat Adam dan diletakkan dengan berhati – hati di dalam kot bayi yang diletakkan oleh Hana Azuwa. Kot bayi yang digunakan kesemua cucu – cucu Teacher Basirah. Fakhrul tersenyum bahagia melihat anaknya yang tidur nyenyak. Berat mahu meninggalkan anaknya walaupun sesaat tetapi memikirkan isterinya dia melangkah laju menuruni tangga.
“Astaghfirullahal Azim” dia beristghfar panjang melihat pemandangan di depannya.
Fakhih sudah terduduk sambil mengurut dadanya dengan wajah pucat di satu sudut. Manakala Wazir pula sedang bersandar di dinding bertentangan dengan Fakhih dengan reaksi yang sama. Bapa mertuanya yang berkain pelikat dan ber T shirt pagoda itu sedang berdiri dengan muka baru bangun tidurnya sambil memegang kayu baseball.
“Whats the noise?” suara serak papanya yang baru keluar daripada bilik tetamu kedengaran seiring dengan bunyi pintu bilik dibuka.
“Ya Allah along. Along ke yang menjerit tadi” suara Tan Sri Fadhil naik seoktaf saat melihat keadaan Fakhih yang masih duduk dengan wajah pucat itu.
“Wazir la yang pegi duduk dekat belakang langsir” Wazir yang duduk bersandar menggelengkan kepalanya seperti tidak mempercayai apa yang terjadi.
“Yang korang duduk mengekek ketawa dekat luar macam puntianak tu buat apa” Wazir mempertahankan dirinya.
“Astaghfirullahal Azim. Baguslah dengan yang laki pun sama dengan yang perempuan. Menjerit takut dekat hantu” Kapten Azam membebel sebelum duduk di sofa di ruangan keluarga rumahnya. Fakhrul yang masih tercegat di situ masih berdiri cuba mencerna semuanya.
“Ni semua budak ni punya pasal” Wazir dengan Fakhih bersuara serentak. Kedua – dua mata mereka mencerlung memandang ke arah pintu kaca rumah itu. Fakhrul ikut memandang sebelum dia melihat punca dia kelam kabut turun sebentar tadi.
“Ya Allah. Sayang” kaki Fakhrul secara automatik melangkah menuju kea rah isterinya yang sudah terbaring di lantai rumah mertuanya. Hana Aishah yang berbaju kelawar itu sedang terbaring dengan mata terbeliak memandang ke atap siling rumah dengan mata berkedip – kedip.
“Ya Allah Along. Buat malu papa aja. Ingat apa rupanya menjerit takut hantu” Tan Sri Fadhil dengan rambut kusutnya mengetap bibir geram melihat perangai anak sulungnya.
“Saya ingat perempuan mana la menjerit tadi. Kelam kabut saya cari batang baseball” Kapten Azam menahan tawanya mengenangkan menantu lelakinya dan anak besannya itu.
“Sayang ok tak ni” Fakhrul yang sedang membantu Hana Aishah berdiri itu bertanya gusar.
“Yang korang ni pun satu, buat apa dekat luar tengah malam tu” Kapten Azam bertanya.
“Bukan Fakhih uncle. Hana tu duduk sorang dekat luar, tu Fakhih teman. Pastu Wazir nak main cak – cak pulak tengah malam” Fakhih membela dirinya.
“Lain kali jangan gelak sakan pagi – pagi buta. Sikit lagi nak kena heart attack” Wazir mengomel. Malu pula dia apabila kantoi takut hantu depan bapa mertuanya.
Hana Aishah yang masih terkejut itu, tanpa dia sedari memeluk erat tubuh Fakhrul yang tidak berbaju itu. Tangan sejuknya menyentuh belakang tubuh Fakhrul sekaligus melegakan ketakutan yang di rasai sebentar tadi. Kepalanya dibaringkan di dada kiri Fakhrul dan seperti selalu irama degupan jantung itu menenangkan dirinya.
“Its ok sayang. I`m here now” Fakhrul memujuk lembut. Dia mengucup ubun – ubun isterinya sebelum dieratkan lagi pelukan.
“Adik, adik. Yang pergi duduk luar pagi buta kenapa” Kapten Azam membebel sambil melihat anak perempuannya yang sedang ditenangkan Fakhrul. Takut benar gayanya.
“Why didn’t you wake me up? I would’ve accompanied you” Fakhrul bertanya lembut. Risau pula dia melihat wajah Hana Aishah yang masih pucat itu. Wajah itu diangkat sebelum dia merenung ke dalam anak mata coklat yang di rindui itu.
Wajah Hana Aishah yang sedang merenungnya asyik itu ditenungnya penuh kasih. Untuk seketika dia dapat melihat isterinya yang dahulu. Yang sentiasa sarat dengan cinta untuknya. Yang sentiasa merenung penuh kasih yang tiada tepi. Kening tebal itu dielus lembut Menyusun cantik kembali, pipi yang cengkung itu diusap perlahan. Keasyikan di sebalik anak mata itu memberi kembali kehidupan dalam hidupnya yang seperti tiada nyawa itu.
“Bah. Apa bising – bising ni. Terkejut Achik?” suara adik iparnya Hana Aqilah mematikan segala saat yang di rindui itu.
Dalam sekelip mata tubuh yang tadi erat memeluknya terus bergerak jauh seperti dia hantu yang isterinya takuti. Wajah yang tadi penuh dengan rasa hilang dalam sekelip mata. Hana Aishah merenungnya saat itu dengan renungan penuh kesakitan. Bukan cinta seperti tadi tetapi mati tanpa rasa.
“Sorry. Hana … Hana…” isterinya tergagap – gagap cuba Menyusun bicara dan melarikan pandangan daripadanya. Fakhrul mengepal tangannya di sisi melihat Hana Aishah yang dia rindui itu hilang dalam sekelip mata.
“Adik” Kapten Azam memanggil Hana Aishah lembut dan saat mendengar nama dipanggil terus kaki Hana Aishah melangkah laju menuju ke Kapten Azam. Erat dia memeluk Kapten Azam saat itu.
“Kenapa ni adik?” Kapten Azam bertanya lembut sambil menepuk belakang tubuh Hana Aishah lembut.
“Adik takut. Tadi ada benda kat luar tu” Fakhrul mengepal tangannya sekuat mungkin menahan dirinya daripada menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya. Dia yang sepatutnya menjadi tempat Hana Aishah berlindung. Dia sepatutnya insan pertama yang Hana Aishah cari sekiranya dalam ketakutan.
“Tak ada benda lah tu. Dah meh abah baca ayat Kursi” Kapten Azam memujuk sebelum membacakan ayat Kursi dan menghembus di telinga kanan Hana Aishah.
“Bagus betul abang ipar Hana dua ketul ni. Bukan protect Hana, tolong jerit sekali” Tan Sri Fadhil membebel memandang ke dua lelaki yang masih di posisi tadi.
“Dah pergi masuk tidur balik semua” Kapten Azam menyuruh apabila dia dapat merasakan pelukan Hana Aishah yang masih erat itu.
“Alaaa. Achik nak tahu cerita jugak” Hana Aishah yang berdiri di anak tangga terakhir itu mengomel tetapi satu jelingan bapanya cukup untuk menggerakkan kaki dia naik.
“Wazir. Along. Pergi naik balik. Baca ayat kursi tu kalau tak nak kena kacau hantu. Bukan jerit panggil mak” sempat Tan Sri Fadhil membebel sambil mengerah semua untuk kembali ke kamar masing – masing.
“Adik” Kapten Azam memanggil lembut tetapi kepala Hana Aishah digelengkan. Raut wajah Kapten Azam tersenyum pendek.
“Hmm. Tidur bilik abah lah gaya nya ni” Fakhrul melihat isterinya mengangguk mendengar ayat Kapten Azam itu.
“Dah jom” Kapten Azam merenggangkan pelukannya sebelum memeluk baju Hana Aishah erat. Mereka berjalan menuju ke bilik Kapten Azam di sebelah ruangan keluarga itu.
Fakhrul hanya mampu menahan rasa melihat Hana Aishah yang dibawa pergi Kapten Azam. Hatinya menjerit menyuruhnya pergi menenangkan isterinya tetapi hakikatnya dia tahu Hana Aishah tidak mahukan dia. Wajah kecewa Fakhrul jelas kelihatan saat dia menarik nafas berat. Dia masih ingat reaksi isterinya pertama kali mereka pergi menonton wayang bersama menonton wayang selepas keguguran anak mereka.
**************************************
Wajah Hana Aishah berkerut - kerut saat gelak tawa manusia kedengaran. Kepalanya berdenyut kuat saat dia membuka matanya. Silauan cahaya mentari menyuluh ke dalam matanya menyakitkan lagi kepalanya.
Hana Aishah mengerang kesakitan sebelum kelopak matanya tertutup rapat kembali. Tubuhnya yang berbaring terlentang itu diiringkan ke kiri membelakangi punca cahaya matahari itu.
“Allah” bibirnya mengeluh berat sambil memicit kepalanya.
Beberapa minit dibiarkan berlalu tanpa melakukan apa - apa pergerakan. Denyutan tadi semakin berkurangan dan sekali lagi Hana Aishah cuba membuka kelopak matanya.
Matanya berkelip beberapa kali menghilangkan kekaburan matanya. Kali ini pemandangan di hadapan matanya membuatkan bibirnya mengukir senyuman lebar.
Almari kayu berwarna coklat dengan ukiran yang telah lama dia hafal. Almari yang telah bersama keluarga mereka selama dia hidup.
“Mana boleh buang. This almari is the first thing we bought together as husband and wife” kata - kata Kapten Azam sewaktu mereka menyuruh ibu bapa mereka menggantikan almari yang sudah usang itu. Usang tetapi masih utuh berdiri.
Kejadian beberapa hari ini kembali menjengah ingatan dan hati Hana Aishah dipangguk sayu.
“Please bring mak back. Ada hutang aku tak langsaikan lagi dengan mak Ya Allah. I promise to take care of her. Just let me have this one. Please” bibirnya berbisik sayu sebelum setitik demi setitik air matanya mengalir.
“Wa. Tambah lagi teh ni” suara bapanya kedengaran sekaligus memaksa Hana Aishah menarik tubuhnya duduk.
Seperti selalu, kepalanya pusing sebentar sebelum dia dapat melihat jelas. Memang semenjak dulu dia akan mengalami kejadian sebegitu setiap kali dia bangun dari pembaringan.
Kalau dahulu setiap pagi Teacher Basirah akan membuatkannya milo panas kerana mengikut teori ibunya, dia tidak cukup tenaga sebab itu selalu pening. Tetapi semenjak dia berkahwin rutin itu terhenti.
Sakit peningnya disimpan sendiri. Awal itu kerana dia tidak biasa menceritakan masalah kepada Fakhrul kemudian lama - lama perasaan itu bertukar menjadi rasa takut untuk menyusahkan lelaki itu.
Dia sudah terbiasa mendengar amarah Fakhrul dari semenjak dia berkerja untuk lelaki itu lagi. Dia arif benar dengan sikap lelaki itu yang tidak suka apabila sesuatu menyusahkan hidupnya yang sentiasa perlu sempurna itu.
“If you’re living just to hinder others back with your incompetence self, then do you think you’re worth living” kata - kata yang terpahat di mindanya.
Kata - kata yang dilafazkan Fakhrul dihadapan pesakit dan rakan - rakannya sewaktu mereka membuat rondaan pagi hanya kerana dia terlupa untuk membawa stethoscope nya.
Sebenarnya bukan terlupa tetapi salah seorang rakan sejawatnya meminjam tetapi lupa untuk memulangkan. Tetapi tiada beza pun sama ada dia menerangkan atau pun tidak, dia tetap salah di mata Fakhrul.
Hana Aishah tertawa sinis mengenangkan perjalanan hidupnya. Seumur hidupnya dia tidak pernah bayangkan jodohnya adalah lelaki yang tidak pernah penat menyakiti dia.
“I’m tired of asking already. After everything, just let me have this. I need to redeem all the pain I’ve caused my family. Please” dia berbisik perlahan memejamkan matanya rapat.
Hana Aishah berdiri sebelum melangkah ke bilik mandi ibu bapanya. Tuala bersih yang disimpan di almari di dalam bilik air itu diambil sebelum tubuhnya yang bersimpul itu dibiarkan lega di bawah pancuran air panas.
Segala kepenatan fizikalnya seperti terbang pergi saat dia berdiri di bawah pancuran air panas. Lama dia berada di bawah pancuran. Sambil melegakan kekusutan di tubuhnya sambil itu memberi dirinya kata - kata semangat untuk menghadapi hari ini.
“You’re stronger than this. You went through hell. Just have faith” kata akhir yang dia pesan kepada dirinya sebelum dia membalut tubuhnya dengan tuala tebal itu.
Saat kakinya melangkah keluar dari kamar mandi barulah dia tersedar yang bajunya semua ada di atas. Hana Aishah menepuk dahinya.
“Pakai baju mak lah dulu” dia mengomel sendiri sebelum dia melangkah menuju ke almari bapanya tetapi sewaktu melintasi katil itu, matanya tertacap pada sepasang blaus dan seluar palazzo yang diletak kemas di atas tilam itu.
Kakinya menukar arah sebelum dia duduk di atas katil. Set baju yang lengkap dengan pakaian dalamnya dan tuala wanita itu dipandangnya curiga. Memikirkan siapa gerangan yang meletakkan pakaiannya itu di situ.
“Kak Wa kot” Hana Aishah berkira sebelum dia menyarungkan pakaian yang tersedia itu. Selepas kejadian pagi tadi, tidurnya nenyak di riba Kapten Azam. Untuk kali itu, dia membenarkan dirinya merasai ketenangan yang datang sambil rambut dibelai bapanya.
Suara Adam yang sedang tertawa diselangi dengan suara anak - anak saudaranya mengubati keresahan hatinya sewaktu dia menyarung tudung yang turut tersedia di atas katil itu.
Bismillah dibaca dan dia menarik nafas panjang sebelum membuka pintu bilik tidur itu. Dia menguatkan dirinya untuk berhadapan dengan keluarga mertua yang dia pasti bermalam di situ mengingatkan kejadian pagi tadi.
Pemandangan yang menyambutnya pagi itu tidak dapat dia ungkapkan keindahannya. Walaupun tidak lengkap tanpa Teacher Basirah, tetapi itulah yang dia doakan selama ini. Mereka semua di bawah satu bumbung tanpa kelukaan, kedukaan mahupun pengkhianatan.
Yang dewasa sedang berborak makan di meja makan yang boleh menempatkan 10 orang itu, manakala yang kanak - kanak sedang bermain sambil menunggu giliran untuk disuap makanan oleh pembantu rumah kakaknya.
Senyuman yang terukir dengan kebahagian yang terserlah di anak mata setiap ahli keluarganya tidak setanding dengan apa pun yang telah dia capai hingga ke saat itu.
Air matanya bertakung sebak mengenangkan nikmat yang tuhan bagi dia rasai saat itu. Doa yang dipinta setiap malamnya yang tidak mampu dia lelapkan mata kerana merindui keluarganya. Selepas hampir empat tahun, Tuhan makbulkan.
“Mi. Mi. Mi” suara Adam yang mengejutkan Hana Aishah daripada terus dibuai emosi.
Air mata yang ditahannya mengalir jua saat melihat Adam yang sedang diribakan Kapten Azam. Adam sedang bersandar dengan senyuman mekar dibibir sambil tersengih memandangnya.
Adam yang sangat susah untuk rapat dengan orang baru. Yang selalu melekat dengannya di tempat baru inikan pula dengan ramainya insan baru yang tidak dia kenali.
“Ya Allah cantiknya percaturan Kau” hati dia berbisik sebelum air matanya yang gugur itu dikesat sepantas mungkin mahu menyembunyikan air mata gembiranya.
“Adam stay with Tok Bah, Umi needs to eat. Tok Bah do aeroplane like earlier ok” Kapten Azam menyogok cucu lelakinya itu.
“Pen. Pen” Hana Aishah tertawa melihat Adam yang sudah memusingkan tubuhnya mahu diangkat.
“Terus lupa Umi dah. Tengok tu” Hana Azuwa yang sedang bersarapan itu tersenyum mengomen.
“Where’s mama?” Hana Aishah bertanya selepas meneliti segenap ruang yang dia dapat lihat tetapi tidak menjumpai ibu mertuanya.
“Dekat depan. Tak ada selera katanya” Tan Sri Fadhil menjawab sambil merenung ke arah Hana Aishah dengan satu pandangan yang Hana Aishah tidak pernah lihat sebelum ini. Renungan yang menanggung seribu kerisauan. Kenapalah dia tidak pernah perasan selama ini?
Tanpa berlengah Hana Aishah mencedok bihun goreng buatan kakaknya dan terus menuju ke ruang tamu tetapi tidak menjumpai bayangan Puan Sri Maria. Kakinya meneruskan langkah melintasi pintu utama menuju ke kolam ikan milik Kapten Azam.
Dia menarik nafas panjang sebelum menuju ke arah ibu mertuanya yang sedang asyik melihat ikan di dalam kolam itu. Lansung tidak menyedari Hana Aishah sehinggalah saat dia melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Sri Maria.
Kerusi yang diperbuat daripada simen yang merupakan projek pencen bapanya itu melengkapkan kolam ikan mini yang dipenuhi ikan koi berwarna oren. Walaupun tidak sebesar ikan belaan Tan Sri Fadhil, tetap cantik di mata Hana Aishah.
“Hana” saat dia melabuhkan punggungnya, suara sebak itu memanggil. Hana Aishah tersenyum pahit sebelum dia mengaut bihun menggunakan garfu silver itu.
“Papa cakap mama tak ada selera. Come Hana suap. Mesti ada selerakan” Hana Aishah menahan air matanya daripada mengalir saat dia menyuakan garfu yang berisi bihun merah itu ke mulut ibu mertuanya.
Air matanya ditahan melihat mulut yang sentiasa memanggilnya dengan lembut itu sudah tidak sempurna. Bibirnya mencuba sedaya upaya mengukir satu senyuman sebahagia yang dia mampu.
“Anak mama dah balik” tubuhnya ditarik rapat ke dalam pelukan yang dia terlalu rindui semenjak empat tahun lepas.
“Hana mintak ampun mama. Hana tak tahu. Kalau Hana tahu, I would’ve never leave you alone. Hana ... hana” tersekat - sekat suaranya menahan sebak.
“Hana tak salah. Not even a lil bit. Ni semua balasan untuk dosa mama dekat Hana. Dekat arwah Adam” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju. Pelukan ibu mertuanya direnggangkan.
Tangannya mengelap air mata Puan Sri Maria yang mengalir deras. Kedua - dua pipi Puan Sri Maria yang sudah berkedut itu dikucupnya lama.
“Never say that. Seribu sakit pun yang Hana lalu, I would’ve never ever want you to end up like this. Hana tak marah mama. Hana tak boleh” dia menggelengkan kepalanya sambil mengusap sisi kiri kepala Puan Sri Maria yang dilitupi tudung sarung berwarna maroon itu.
“Hana mintak maaf sebab Hana tinggal mama when you need me the most. Hana janji Hana nak jaga mama, nak jaga papa but... but...” Puan Sri Maria tersenyum lebar pagi itu. Untuk pertama kalinya dalam beberapa tahun ini, hatinya menjumpai ketenangan yang dia cari.
“Hana tak tinggal mama dah kan lepas ni” Hana Aishah mengangguk kepalanya laju sebelum dia mengucup dahi ibu mertuanya lama.
“Dah. No more tears after this. Mama kena makan. Hana nak mama sihat balik” Hana Aishah tersenyum lebar dalam air matanya.
Dia mengaut kembali bihun goreng sebelum disuakan ke mulut ibu mertuanya. Puan Sri Maria mengesat air mata menantunya sebelum menyambut suapan menantunya.
Pagi itu, di sisi kolam itu perut Puan Sri Maria kembali penuh kerana hatinya telah menjumpai kemaafan yang dia cari selama ini. Mereka berbual seperti tiada perpisahan yang pernah terjadi.
Fakhrul yang semenjak tadi menjadi pemerhati dapat merasakan tubir matanya hangat.
“Just give me one more chance. I need you. Please” hatinya meminta perlahan di waktu Dhuha itu.
Matanya asyik melihat Hana Aishah tampak sempurna. Tiada satu pun cacat cela. Menyesali kebodohannya yang meragut bukan hanya satu nyawa tetapi mungkin lagi satu nyawa yang sedang bertarung di hospital.
“Assalamualaikum” renungannya terhenti saat dia mendengar suara maskulin yang memberi salam sekaligus membawa dia ke satu realiti pahit. Hana Aishah isterinya bukan Hana Aishah yang dahulu.
“She is not the same woman before she left. You want her, you need to earn it” kata – kata Tan Sri Fadhil dini hari tadi sewaktu dia melihat Hana Aishah ditenangkan Kapten Azam kembali bermain di mindanya.
Share this novel
jangan sesekali buat Hana dengan fakhrul get back.. fakhrul doesn't deserve Hana .. and buatlah Hana tu berdendam sikit
pls eve dont make hana get back with fakhrul