MAB 30

Romance Completed 901188

“I promise to be that kind of man to your daughter.”

Itu janji Zahran sebelum lelaki itu melangkah keluar dari biliknya beberapa minit tadi. Lega. Tetapi pada masa yang sama, bimbang. Lega kerana akhirnya ada seorang lelaki yang akan menjadi teman hidup Arianna yang mampu menerima buruk dan baiknya. Tetapi bimbang jika Arianna menyayangi Zahran lebih dari menyayangi dirinya. Bimbang kerana kini dia punya saingan. Agak sengit juga kerana mereka berada di level yang sama. Perasaan ingin memiliki ke atas gadis yang sama, walaupun dengan cara yang berbeza. Aura dominan Zahran itu sangat jelas dan dia yakin tidak salah menilai. Jika tidak, masakan lelaki itu berani menemuinya dan berterus-terang tentang hubungannya dengan Arianna. Tentu bukan sedikit keberanian yang dikumpul sebelum Zahran bertemunya hari ini.

Nekad. Ya, lelaki itu nekad; menjelaskan pendiriannya yang tidak ada apa-apa yang boleh menghalang jika dia mahukannya.

Lelaki itu seperti itulah yang dia bayangkan untuk menjadi teman hidup Arianna. Anak yang degil dan manja seperti Arianna memang memerlukan lelaki yang tegas seperti Zahran.

Membuang nafas, Datuk Eric cuba merasionalkan fikirannya, berlapang dada yang Arianna sudah cukup dewasa untuk membina kehidupannya sendiri. Sudah sampai masanya untuk dia melepaskan Arianna kepada lelaki yang sudah berjanji tidak akan mensia-siakan anaknya itu.

TAMAT waktu pejabat, Datuk Eric tidak menunggu lama. Hospital dia tuju, berniat mahu menjenguk Michelle walaupun isterinya itu masih mogok bercakap dengannya. Biarlah. Mungkin selepas dia memberitahu kedatangan Zahran, Michelle akan sedikit lunak.

Membuka pintu wad Michelle, dilihat dua wanita kesayangannya sedang berbaring di katil, menonton entah apa pada telefon Arianna. Menyedari kehadirannya, Michelle hanya memandang sekali lalu sebelum kembali fokus pada telefon. Michelle jarang merajuk atau protes, tetapi sekali dia melakukannya, dia seperti terdengar bisikan di telinga ‘lebih baik mati saja’.

Hanya Arianna yang bangun dari katil lalu tersenyum dan menyapanya. “Daddy…”

“Hai…” Melabuhkan duduk di birai katil, dipandang Michelle yang hanya memasang wajah datar.

“Buat apa tadi?” tanyanya. Memandang Michelle, tetapi pertanyaannya ditujukan kepada Arianna.

“Tak ada apa. Tengok kasut, dress, aksesori.”

Datuk Eric memanggut-manggut. “Dah makan?”

“Dah.”

Hening. Arianna sibuk dengan telefonnya, tersenyum-senyum sambil jemari laju menyentuh skrin. Tentu berbalas mesej dengan Zahran. Ah, sekarang dia jadi cemburu pula dengan lelaki itu. Pernahkah Arianna tersenyum-senyum begitu saat bermesej dengannya? Tentu sekali tidak.

Haih, sepertinya dia harus bersaing dengan Zahran untuk mendapatkan perhatian Arianna.

“Your boyfriend came to see me this morning.”
Kata-katanya itu berjaya menarik perhatian anak dan isterinya. Michelle yang sejak semalam enggan memandangnya, kini menatapnya lekat. Dengan wajah tegang tentunya, seolah-olah dia melakukan kesalahan yang tidak bisa diampunkan.

“Oh…Then…” Arianna tidak tahu harus berkata apa. Zahran tidak bercerita apa-apa dengannya selepas menemui daddynya tadi. Sehingga detik ini, dia tidak tahu apa yang berlaku antara Zahran dan daddynya. Puas dia bertanya, tetapi Zahran mengalihkan percakapan, tidak mahu menjawab; membuat hatinya menjadi tidak enak.

“Then…He boldly admits that he likes my daughter.”

“I like him too.” Arianna memberanikan diri membuat pengakuan. Mereka di hospital, mommynya masih terlantar, tidak mungkin daddynya akan lepas kendali.

“Ahhh…” Datuk Eric mendesah dramatik sambil memanggut-manggut. “…did you sleep with him?” Pertanyaan itu sudah lama berlegar-legar dalam kepalanya, namun untuk bertanya pada Zahran, rasanya tidak wajar.

“What? No!”

“Betul ke?” Datuk Eric ragu. Namun jawapan Arianna itu melegakannya.

“Betullah daddy! Daddy ingat Ari macam apa?” Sedikit sebal Arianna dengan serkap jarang daddynya.

“Kalau dia berperangai tak baik, semuanya berpunca daripada didikan you.” Michelle akhirnya bersuara. Meskipun bicaranya pedih menikam hingga ke ulu hati, tetapi cukup membuat Datuk Eric senang. Setidaknya Michelle sudah mula merespon percakapannya.

“So, it’s all my fault?”

Tiada jawapan daripada Michelle, membuat Datuk Eric kembali mengalihkan perhatiannya kepada Arianna.

“Berani betul dia datang jumpa daddy, asks for my blessings to marry you.”

Arianna diam, tidak tahu harus berkata apa. Namun kali ini dia nekad. Jika daddynya marah atau menghalang, dia tidak akan mengubah pendiriannya. Dia hanya mahukan Zahran dan dia hanya akan berkahwin dengan lelaki itu.

“Kalau dia tak datang jumpa you, your daughter will die as a virgin. Sampai mati you tak ada keturunan.” Celupar Datin Michelle menjawab. Masih belum habis lagi marahnya dengan si suami.

“I belum habis cakap lagi.”

Datin Michelle akhirnya mengunci mulut, membiarkan suaminya menghabiskan bicara. Melihat isterinya sudah diam, atau tepatnya protes, Datuk Eric menyambung kata.

“Daddy sebenarnya dah kenal dia lama. Looking at how he manages Imperial, I’m in awe of him. Young, stylish, energetic, smart, and good looking too. Daddy pernah terfikir, bertuah perempuan yang akan jadi isteri dia.”

Sedikit demi sedikit, senyum mula terbit di wajah Arianna. Adakah kata-kata terakhir daddy itu satu petanda baik? Hati sudah berbunga-bunga, namun dia tidak mahu terlalu awal berasa gembira.

“Kalau you rasa macam tu, kenapa you tak terfikir nak jadikan dia menantu?” Lgi-lagi Datin Michelle menyela percakapan suaminya.

“I pernah terfikir tapi…”

Berdebar-debar Arianna menunggu lanjutan kata daddynya. Adakah soal agama dan kepercayaan yang membuat daddynya terganggu dan enggan menerima Zahran?

“…I tak tergamak nak offer anak kita ni. Dahlah tak cantik, degil, manja, kurus kering, suka melawan. Kalau kena reject, malu…”

“Daddy!”

Datuk Eric tergelak. “Daddy terima dia as your boyfriend and your future husband.”

Berkaca mata Arianna menatap daddynya. Apa dia tidak salah dengar? Sejenak dia mematung sebelum dia terloncat bangun lantas menerpa daddynya. Tubuh daddynya dipeluk erat.

“Thank you daddy. I love you…I love you…I love you…”

“Only now that you love your daddy?” balas Datuk Eric. Tangannya bergerak, membalas pelukan Arianna.

“Daddy approve atau tidak hubungan Ari dengan Zahran, I will still love you. You’re my daddy. Even though I won't be happy with the man you choose for me, but that doesn't diminish my love for you.”

Kata-kata Arianna itu membuat Datuk Eric mengeratkan pelukannya. Kata-kata terakhir Arianna itu benar-benar menyentuh sudut hatinya yang paling dalam. Ya, jika dia menentang hubungan Arianna dengan Zahran, anaknya itu tentu akan akur. Tetapi, akan bahagiakah Arianna? Tentu sekali tidak, sedangkan pada hari Arianna dilahirkan dia sudah bersumpah akan memberi seluruh kebahagiaan di dunia ini untuk anak tunggalnya itu. “I love you too. Your happiness is my priority.”

“Apa yang buat you terima Zahran?” tanya Datin Michelle. Ketika itu hanya tinggal dia dan Eric di bilik. Arianna disuruh pulang oleh Eric setelah semalaman anak itu menemaninya.

“Because he’s rich.”

Datin Michelle tertawa tidak percaya dengan jawapan suaminya yang langsung tidak berselindung.

“She’s my daughter, Michelle. I ada hak untuk pastikan dia hidup senang even after she got married. I ada hak untuk pastikan lelaki yang akan jadi suami dia, boleh bagi kesenangan sama seperti yang I bagi. Sejak kecil, dia tak pernah susah. Apa yang dia nak, semua dia dapat. Cuba you fikir kalau dia kahwin dengan orang biasa, berapa lama dia boleh bertahan? I takut nanti kahwin belum sampai seminggu, dia dah lari balik rumah kita.”

Datin Michelle terdiam; mula berasakan kata-kata suaminya itu ada benarnya.

“She’s my only child, the only heir that I have, so I nak yang terbaik untuk dia. Zahran ni I dah kenal lama. I kenal family dia jugak. His father, his twin brother, they are all capable in business. Smart and gifted. He will give a good gene to our grandchildren.”

Datin Michelle tersenyum, membayangkan hidupnya nanti dikelilingi cucu-cucu yang comel dan lincah. Namun mengingat pengalaman yang dilaluinya sebelum mengandung dan melahirkan Arianna, senyumannya sirna.

“Macam mana kalau dia pun nanti tak boleh mengandung?” Tergetus pertanyaan itu dari bibirnya.

“Don’ t worry. I don’t think Zahari will force Zahran to find a mistress semata-mata nak dapatkan anak. And I tak rasa Zahran pun akan jadikan tu alasan untuk cari perempuan lain. Tapi, kalau dia berani buat macam tu, I’ll make sure he will suffer to death.”

Tiada jawapan daripada Datin Michelle. Jauh merenung entah ke mana, keluhan lolos dari bibirnya.

“Kenapa?” tanya Datuk Eric.

“Masa Arianna bercerita tentang Zahran tadi, I could see her eyes shining brightly. Her smile, her voice, her expression when she talked about Zahran, I…could feel she’s really deeply in love with the guy.”

Datuk Eric tersenyum. “So, you rasa I dah buat keputusan yang betul?”

“Yeah.”

“So, can you forgive me now?”

“Asalkan you janji takkan kecewakan anak I lagi, then I’ll forgive you.”

“Dia bukan anak you sorang, Michelle. Dia anak kita.”

Datin Michelle sungging senyum sinis. “Oh yeah? Tapi bila papa kata tak ada cucu pun tak apa, you tak cakap apa-apa. You sokong dia.”

“Michelle…”

“Kalau tak ada cucu pun tak apa, suruh dia jangan pedulikan Arianna lagi lepas ni. Kalau dia nak gugurkan nama Arianna daripada penerima harta dia pun, I tak peduli. I nak you betulkan kepala papa you tu. Bagitahu dia jangan berkata sewenang-wenangnya pada Arianna.”

Datuk Eric diam. Bagaimana dia mahu dia membetulkan kepala papanya yang keras itu? Papanya itu tidak pernah mahu menerima nasihat orang.

“You takut? Kalau you takut, I sendiri akan bagitahu dia. Kalau dia berani cakap macam tu lagi tentang Ari, I takkan teragak-agak tinggalkan rumah tu and tuntut cerai.”

“Michelle, you boleh tak jangan cakap tentang cerai?!” Sedikit meninggi suara Datuk Eric apabila isterinya menyebut perkataan yang cukup dibencinya itu.

“I nak you buat papa mintak maaf dengan apa yang dia dah cakap pada Ari. Walaupun dia orang tua, tapi tak semua yang dia cakap dan buat tu betul. I bukan nak buruk-burukkan dia, I masih hormatkan dia sebagai bapa mentua, tapi I nak you sedarkan dia. Ari tu manusia tau. Dia ada perasaan. Apa perasaan you kalau Ari kata, tak ada daddy pun tak apa?”

Terkesiap Datuk Eric dengan kata-kata terakhir isterinya. Ya, bagaimana jika Arianna melontarkan kata-kata yang sama kepadanya? Tentu sekali dia terluka dan sedih.

“I will talk to him,” ujarnya.

“Make sure you will.”

“Yeah…I promise.”

“Kalau papa dah mintak maaf dengan Ari, only then I will forgive you.”

“Michelle…You tak boleh hukum I atas kesalahan papa.”

“Well, apa boleh buat. Kalau you tak sokong papa you, I takkan hukum you.”

“Tapi I dah janji nak cakap dengan papa tentang ni kan?”

“Prove it. Then, you’ll have my forgiveness.”

“Are you serious?”

“Yes, I’m serious.”

Datuk Eric berdecit tidak suka. Namun, dia malas bertekak. Michelle sudah mahu berbicara dengannya pun sudah cukup bagus. Dan ya, Michelle betul. Ayahnya perlu disedarkan supaya tidak terlalu ego dan lancang berkata-kata sehingga melukakan perasaan orang lain.

.
. .

SELESAI makan malam, Datuk Eric menyambangi bilik bacaan untuk bercakap dengan ayahnya. Malam ini sahaja masa yang ada kerana esok ayahnya akan ke Kyoto selama lima hari. Pintu diketuk terlebih dahulu. Mendengar suara menyuruhnya masuk dari dalam, barulah dia menolak kenop pintu.

“Eric…” Tan Sri Albert yang sedang duduk meneliti beberapa dokumen di mejanya mendongak sejenak.

“Are you busy?”

“Not exactly. Papa actually tengah fikir nak pindahkan 15% share bahagian papa dalam Yun Hua pada Arianna.”

Melabuhkan duduk di depan papanya, Datuk Eric tidak berkata apa-apa. hanya diam memerhati, sambil berusaha menata semula bait kata yang sudah dia rancang kemas untuk berbicara dengan lelaki tua di depannya ini.

“What’s up?” tanya Tan Sri Albert apabila Eric hanya diam membatu tidak bersuara.

“I want to talk about Arianna.”

“What’s wrong with her? Dia buat hal apa kali ni?”

“You talk as if my daughter is a trouble maker. Arianna membesar dengan kita. Dari umur satu hari sampai umur 29 tahun, kita yang jaga dia. So, her attitude reflects on how we raised her.”

Melipat tangan ke dada, TS Albert bersandar pada kerusinya, memandang Eric dengan tatapan tidak suka.

“You nak cakap apa sebenarnya?”

“I nak papa minta maaf dengan Arianna.”

TS Albert tertawa sinis. “For what?”

“Tentang apa yang papa cakap semalam. Tak ada cucu pun tak apa. Not only did you hurt Arianna, but you hurt me and Michelle. Papa tahu how hard it was for us to get even one child, and you sampai hati kata tak ada cucu pun tak apa.”

“I tak bermaksud apa-apa, Eric. It just comes out from my mouth sebab I terlalu marah dengan Arianna.”

“That’s it! It just comes out from your mouth just like that. Tapi, papa dah melukakan hati Arianna dan Michelle. Tahu tak macam mana rasanya bila dia rasa macam tak diperlukan dalam keluarga ni? Macam kewujudan dia dikesali. Tak ada pun tak apa.”

TS Albert terdiam. Ya jujurnya dia juga kesal dengan apa yang keluar dari mulutnya. Dia sayangkan Arianna. Satu-satunya cucu dan pewaris yang dia ada, tetapi kadangkala tingkah Arianna yang di luar daripada norma kebangsawanan mereka membuat kesabarannya menipis.

“I know you love her, but please…Next time, just be careful with what you said. Dia memang tak membantah, tak melawan, tapi I takut satu hari, bila dia dah tak mampu bertahan, dia akan lari tinggalkan kita. Cukuplah dengan apa yang kita dah buat selama ni. I think it is time for us to give her some freedom. Kalau dia tak sukakan Aaron, untuk apa kita paksa. Kalau dia tak bahagia, kita pun takkan bahagia.”

“I cuma nak yang terbaik untuk dia,” ujar TS Albert.

“Terbaik pada kita, tapi bukan untuk dia. I dah tak nak paksa dia lagi, pa. Her boyfriend came to see me this morning, and I’ve given my blessing to them.”

Bulat mata TS Albert memandang Eric apabila anaknya itu menyebut tentang teman lelaki Arianna. Menegakkan tubuh, tidak dapat dia menyembunyikan perasaan ingin tahu dari wajahnya.

“Zahran. Zahran Tan Sri Zahari.” Tanpa menunggu papanya bertanya, Datuk Eric menyebut nama teman lelaki anaknya itu.

TS Albert menganga tidak percaya. “Sejak bila?”

“Couple of months ago.”

Hening. TS Albert tidak tahu harus berkata apa, Datuk Eric pula sudah meluahkan semua yang mahu dipekatakan.

“Papa tahu kenapa Arianna memberontak dalam diam?”

Tiada jawapan. Namun pancaran mata TS Albert jelas menunjukkan dia mahukan jawapannya.

“Sebab kita terlalu mengongkong dia. Kita sekat kebebasan dia. Bila dia silap, kita hukum tanpa bagi peluang dia membela diri. Kita tak sedar, apa yang kita buat tu, jadikan dia pemendam. Dia takut nak berterus terang, dia takut nak bersuara, dia takut nak beritahu apa yang dia nak. Dia terima apa yang kita beri walaupun semua tu bertentangan dengan kehendak dia. I tak sedar semua tu sampailah…Michelle sedarkan I. Macam mana kalau suatu hari, dia pulak yang kata. Tak ada daddy pun tak apa, tak ada grandpa pun tak apa. I can live my own life. How’d you feel?”

“Kita sama-sama sayangkan Arianna and kita sama-sama buat silap. I hope it is not too late for us to give her a chance to find her own happiness with Zahran. I yakin Zahran boleh jaga dia lebih baik dari kita. I dah warning dia.”

TS Albert tertawa perlahan. “Apa yang you warning dia?”

“Kalau Arianna tak boleh mengandung atau lahirkan anak, don’t he dare look for another woman. Otherwise I will make him suffer to death.”

“Zahran Tan Sri Zahari?” TS Albert menggumam nama itu. Ya, dia cukup kenal dengan susuk yang disebut anaknya itu. Bukan hanya Zahran, malah dia mengenali seluruh ahli keluarganya. TS Zahari, antara lelaki paling berpengaruh di Malaysia dalam dunia perniagaan. Disenaraikan oleh Forbes sebagai salah seorang lelaki terkaya di Malaysia dengan pendapatan tidak kurang dari 20 billion, dan rasanya dia tidak akan menolak jika Arianna menjadi menantu keluarga itu. Bukan dia mahu Arianna membolot harta keluarga TS Zahari. Tidak. Kerana hartanya sendiri sudah banyak dan semuanya untuk Arianna. Dia cuma mahu Arianna berkahwin dengan lelaki yang dalam kalangan mereka, yang mempunyai status sosial yang sama dengan mereka. Katakanlah dia mementingkan diri, tetapi sebagai datuk kepada satu-satunya pewaris keluarga, dia berhak untuk menentukan kesenangan cucunya. Ya, dia dan Eric sependapat dalam hal ini.

“Ya, dia datang jumpa I dengan muka macam…hei Datuk, by hook or by crook, I want to marry your daughter.”

TS Albert tertawa. “Yes, dia macam sombong sikit compared to his twin brother.”

“Couldn’t agree more with you.”

Tiada jawapan daripada TS Albert.

“I don’t have anything else to say.” Datuk Eric bangun, mahu beredar dari bilik itu. “Jangan lupa minta maaf dengan Arianna, otherwise Michelle won’t forgive me.”

Kata-kata anaknya itu membuat TS Albert ketawa besar.

“Takut isteri?” ujarnya.

“Of course la. Kalau dia lari, minta cerai, I will go crazy,” balas Datuk Eric dan terus keluar tanpa menunggu jawapan papanya.

.
. .

ARIANNA memerhatikan penampilannya di depan cermin. Blaus putih lengan panjang, dipadankan dengan skirt pleated labuh. Tidak pernah dia berpakaian sesopan ini kecuali jika ke gereja. Zahran akan menjemputnya malam ini untuk bertemu keluarganya. Berdebar sudah tentu kerana sebelum ini dia hanya bertemu TS Zahari dan Zahrin semasa mesyuarat sahaja. Zahran ada bercerita serba sedikit tentang keluarganya, terutama tentang ibunya. Dari cara Zahran bercerita, Arianna tahu yang Zahran sangat menyanjungi ibunya itu; membuat dia juga tidak sabar mahu bertemu wanita itu.

Berpuas hati dengan penampilannya, barulah dia keluar dari bilik dan melangkah turun. Daddy, mommynya sedang bersantai di ruang utama. Serentak dua pasang mata itu menoleh sebaik mendengar derap langkahnya.

“Wow…You look unexposed,” ujar Datuk Eric apabila melihat pakaian Arianna yang agak tertutup. Selalunya pakaian Arianna, kalau tidak terdedah di atas, terbuka di bawah. Kalau tidak tebelah di bawah, terlondeh di atas. Puas juga dia menegur, namun tidak pernah diambil peduli. Malam ini elok pula anaknya itu berpakaian tertutup.

“If you wear hijab, then you will look like a nun,” tambahnya lagi.

Arianna berdecit. “Nampak pelik ke?”

“It's weird when you dress without showing your skin,” ujar Datuk Eric lalu tertawa.

“If I wear something that exposed my skin, Zahran will sew it until all parts of my skin that shouldn't be seen are covered.” Tidak sanggup Arianna mengingat bagaimana Zahran menjahit belahan dressnya sehingga dia tidak mampu berjalan. Habis rosak dressnya sudah tidak boleh dipakai. Hanya disimpan sebagai kenangan awal perkenalannya dengan Zahran.

“Ahhh…” Datuk Eric mendesah penuh dramatik. Terbit rasa cemburu dengan Zahran. baru beberapa bulan menjalin hubungan dengan Arianna, lelaki itu sudah berhasil mengawal anaknya. “…so it’s all because of Zahran.”

“Bukanlah daddy…This is the first time I will meet his family. Takkanlah nak pakai…”

“Nak pergi mana?”

Kata-kata Arianna terhenti, apabila tiba-tiba suara datuknya muncul menyela percakapannya. Sontak dia menoleh, sebelum mendekati datuknya itu, memimpin tangannya duduk di sofa.

“Nak jumpa…family Zahran.” Teragak-agak Arianna menjawab. Menunduk, dia hanya melirik reaksi datuknya dengan ekor mata. Dia tidak memberitahu langsung kepada datuknya tentang hubungannya dengan Zahran. Cuma daddy yang menyampaikan berita itu kepada datuknya. Sehari selepas mommynya dimasukkan ke hospital, datuknya ke Kyoto selama lima hari dan baru pulang pagi tadi. Belum sempat dia bertemu mata dengan datuknya itu.

“Kenapa nak jumpa family dia?”

“Because his family wants to meet me.”

“Why?” TS Albert masih belum puas menyoal.

“You already know, kenapa masih banyak tanya!” Arianna merungut sebal.

“Know about what?”

“Daddy already told you.”

“Told me what? I baru balik dari Kyoto pagi tadi, tahu-tahu you nak pergi jumpa keluarga Zahran. Why? Is there anything I don’t know?”

Datin Michelle sudah mahu membuka mulut, namun Datuk Eric cepat-cepat menggenggam tanganya, membuat dia menoleh. Dilihat suaminya menggeleng sedikit, seolah-olah meminta dia tidak campur dahulu. Malas membuat kecoh, dia akhirnya akur.

“And who is this Zahran? Zahran TS Zahari? Or ordinary Zahran from somewhere?”

“Zahran TS Zahari.”

“Oh…” TS Albert mengangguk-angguk. “…So, kenapa nak jumpa family dia?”

“Because I want to marry him! With or without your blessing, I will still marry him.”

TS Albert tertawa. “Oh…Dah pandai melawan sekarang.”

“Bukan melawan. I just want to marry a man I’m in love with. Please let me marry him.”

“But just a few a minutes ago you insisted on marrying him with or without my blessing.”

“It just comes out from my mouth. I didn’t really mean it. Dengan rela atau tidak, I want you to give your blessing. I will marry Zahran. Fullstop!” Terdengar berani, namun Arianna sebenarnya masih takut dengan aura datuknya. Jika datuknya menghalang dia berkahwin dengan Zahran, lelaki tua itu ada sejuta cara untuk menghalangnya. Dia cuma berharap dalam hati, dengan status sosial Zahran, datuknya akan merestui hubungan itu.

TS Albert berdecit kagum. “Wah, my beautiful, graceful, granddaughter is so loud now.”

Arianna diam. Menunduk sebelum tangannya bergerak memicit-micit bahu datuknya.

“Can I marry him? Can I? Can I?” ujarnya.

“Mintak kahwin macam nak mintak gula-gula.” TS Albert menggeleng sebal.

Mendengar suara TS Albert yang tidak terdengar marah, malah wajahnya juga kelihatan tenang, Datuk Eric, Datin Michelle dan Arianna tahu yang TS Albert akan memberi restunya.

“Can I?” Arianna mengulangi pertanyaannya.

“Is he a good man?” tanya TS Albert. Bukan mudah untuk melepaskan satu-satunya cucu yang akan mewarisi semua yang dia ada. Arianna anak yang sangat baik, penurut dan berhati lembut. Jadi dia mahu lelaki yang menjadi pasangan hidup Arianna adalah lelaki yang baik dan tidak akan mengambil kesempatan atas kebaikannya. Dia tegas, dan kadangkala lidahnya lancang, tetapi jika bersangkut dengan Arianna, dia tidak akan berkompromi.

“Of course he’s a good man. Very noble, well born, righteous, decent and patrician.”

TS Albert memanggut-manggut. Tangan Arianna yang masih memicit-micit bahunya digenggam.

“Can you guarantee that he will take good care of you?”

“Of course.” Senyum mula terbit di wajah Arianna.

“Then go ahead. Marry him.”

“Really?" Wajah datuknya dipandang tidak percaya.

"Do I look like I'm kidding?"

"Grandpa!! Thank you…Thank you grandpa!” Bertenggek di atas lengan sofa, bahu datuknya dirangkul dan dipeluk erat.

“And I'm sorry for my words that may have hurt you a few days ago. You’re my only granddaughter, the only heir I have, and I love you so much. You are the reason for me and your daddy to work hard so that you will live in a bed of roses.”

“Stop it. You’re gonna make me cry…” Suara Arianna berubah serak. Kepala dilentokkan ke bahu datuknya tanpa melepaskan rangkulan.

Tangan TS Albert bergerak, mengusap wajah Arianna. Ketegasannya sebelum ini bukan bererti dia tidak menyayangi atau menghargai Arianna. Justeru kerana terlalu sayanglah dia agak keras dalam mengawal hidup cucunya itu. Dia tidak mahu kehilangan satu-satunya pewaris yang dia ada. Sama seperti Eric, dia mahu Arianna sentiasa berada dalam lingkungannya.

“Bila I kata tak ada cucu pun tak apa, I didn’t really mean it. I’m sorry.”

“Because you allowed me to marry Zahran, then you’re forgiven,” ujar Arianna.

TS Albert menyengir sebal sebelum mengalihkan pandangan ke arah Eric dan Michelle.

“Michelle, I know my words have hurt you. I’m sorry. This you for giving me this wonderful angel.”

Datin Michelle tersenyum nipis. Tidak sangka bapa mentuanya itu akan menurunkan ego dan memohon maaf kepada dia dan Arianna.

“Tolong maafkan anak I jugak. He will go crazy kalau you lari dan tuntut cerai,” sambungnya lagi membuat Arianna terkekeh.

Bukan dia tidak nampak hubungan dingin mommy dan daddynya beberapa hari ini. Sepanjang umurnya, tidak pernah sekali dia melihat daddy dan mommy seperti itu. Bingung juga dia memikirkannya, tetapi untuk ikut campur, dia tidak tahu apa puncanya. Ya, malam ini baru dia tahu mommynya marah dengan kata-kata datuknya, sehingga daddy turut terpalit.

Bunyi deru enjin kereta di depan pintu utama, membuat Arianna menegakkan tubuh. Segera dia bangun dan berlari ke pintu.

“See…Sebab tu I nak dia kahwin dengan lelaki yang dia tak berapa suka, so that dia tak excited sampai lupakan kita,” rungut TS Albert. Cemburu juga melihat keterujaan Arianna menyambut kedatangan Zahran.

“Yeah…We have competitor now,” balas Datuk Eric lalu sama-sama membuang keluh bersama ayahnya. Berdiri dari duduknya, dia memimpin tangan ayahnya menuju pintu utama, menyambut kedatangan Zahran.

“Tan Sri, Datuk…” Zahran menyapa sebaik melihat TS Albert dan Datuk Eric. Menghulurkan tangan, yang lantas disambut oleh dua orang itu.

“How are you doing?” TS Albert bertanya, basa basi.

“Well. How about you? I guess your trip to Kyoto was good.” Zahran cuba berlagak tenang, walau dalam hati hanya dia yang tahu. Jantung berdebar dan berdetak hebat sejak petang tadi. Berdepan dengan TS Albert dan Datuk Eric sebagai orang tua Arianna sangat berbeza berbanding dia berdepan dengan mereka untuk urusan perniagaan.

TS Albert tertawa senang. “Yes. Things are good. Thanks for asking.”

Zahran memanggut-manggut; berdehem sekali sebelum menyuarakan hasratnya. “I would like to ask your permission to bring Arianna to meet my family tonight.”

“Yes, please do. Cuma jangan lupa hantar dia balik.” Datuk Eric berseloroh.

Zahran tertawa. “Yeah, okay.”

“Send my regard to your parent,” ujar TS Albert.

“Sure. So…Boleh I bawak Arianna sekarang?”

“Ya sure. Drive carefully,” ujar Datuk Eric.

Mendapat kebenaran Datuk Eric, Zahran mendahului langkah Arianna menuju ke kereta, lalu membukakan pintu kereta untuknya.

Mengucapkan terima kasih kepada daddy dan datuknya dengan hanya gerak mulut, dia mengekori langkah Zahran sebelum masuk ke tempat duduk penumpang.

TS Albert dan Datuk Eric memerhati sehingga kereta Zahran hilang dari pandangan. Serentak keluhan lolos dari bibir mereka.

“You’re sighing,” ujar Datuk Eric.

“You too!”

“Are you nervous?” tanya Zahran apabila Arianna hanya diam.

“Ermmm..” Angguk.

“Why?”

“Entahlah. I’m afraid of your parent’s first impression about me. You know…We’re not from the same religion. Tambah-tambah lagi dengan I punya veganisme, I takut kalau family you tak boleh terima.”

Zahran tidak segera menjawab. Mengalihkan seketika fokus dari jalan di depannya, dia melirik sekilas ke arah Arianna; meneliti penampilan Arianna malam ini yang terlihat agak sopan.

“Looking at your appearance tonight, I'm sure, their first impression on you will be good,” ujarnya.

“Are you sure?”

“Yeah. If you wear hijab, you’ll look like a nun.”

“Hey!!” Satu penumbuk dia layangkan ke bahu Zahran. Kata-kata sama yang terlontar dari mulut datuknya tadi.

“My grandfather also said the same thing.” Arianna merungut sebal. “Do I look extremely weird in this clothes?”

“No la. You look extremely beautiful with that attire. Nampak sopan and unexposed,” ujar Zahran. Tanpa perlu diajar atau diberitahu, Arianna ternyata tahu bagaimana untuk berpakaian saat bertemu keluarganya.

“Yalah. Sebelum you jahit baju I, baik I pakai yang siap-siap berjahit.”

Zahran tertawa. “Baguslah kalau you ingat. Sebab I takkan teragak-agak jahit semua baju you if they are not sewn perfectly.”

Arianna mencebik sebal. “Annoying betul.”

“Malam ni semua family I ada kat rumah. Ibu, ayah, Zahrin, Dina, the twin and Liyyan, and my baby sister Zara.”

“Liyyan?”

“Yup. Anak Zahrin. Adik kepada twin. He’s so naughty. Nanti you tengoklah. Lily Lana dengan mulut becok dia sampai tak terlayan. Tapi rasanya Dina dah warning siap-siap kalau ada tetamu so that they don’t talk too much.”

“The twin is so cute. They really look like you.”

“No. They look like Zahrin.”

“Oh right. And your baby sister? How old is she?”

“24, but she’s still a baby to me.”

Arianna tertawa. “Dia ada boyfriend?”

“Ada. Tapi dah lama I tak nampak dia keluar dating. Mungkin dah putus. And you kena hati-hati dengan dia. She will judge you at first sight. She’s quite loud. Kalau dia tak suka, dia akan tunjuk depan-depan. So, pandai-pandailah.”

“Macam youlah.”

“Yup. I memang tak pandai hipokrit.”

“How about Zahrin and Dina?”

“No need to put so much worries on Zahrin because he will always support me. Dina neutral. Tapi selalunya dia akan ikut Zahrin. I rarely see her disagreeing with her husband.”

Arianna memanggut-manggut. Teringat pertemuannya dengan Zahrin tempoh hari di mana lelaki itu meminta dia tidak meninggalkan Zahran.

“Zahrin ada jumpa I hari tu.”

Sontak Zahran menoleh dengan wajah berkerut dalam saat mendengar penuturan Arianna.

“He asked me not to leave you. He told me about you, him, and Dina. He married Dina with a mounting guilt to you. He also said, except Dina and their children, he would give up everything in this world for you. He will do anything for you. He wants you to be happy and he prays that you will meet a woman who will love you unconditionally, a woman who can make you smile and you can proudly say to the world you’re the luckiest man. Masa dia bagitahu I semua tu, I’m jealous with the bonding between you two.”

Terdiam Zahran dengan kata-kata Arianna. Dia tidak menyangka Zahrin masih dihantui rasa bersalah dengan kisah silamnya bersama Irdina. Berbanding dia yang lantang, Zahrin lebih banyak memendam. Jarang dia mendengar atau melihat Zahrin memberontak atau menyuarakan perasaannya.

“Seronok ada kembar kan?”

“Yeah. You can always count on him.” Zahran bersuara perlahan.

Mengapa Zahrin tidak pernah memberitahunya tentang rasa bersalah itu? Mengapa Zahrin lebih memilih untuk memendamnya sendiri? Benar, sehingga Zahrin menikahi Irdina buat kali kedua, dia masih belum dapat menyingkirkan perasaan terhadap cinta pertamanya itu, tetapi bukan bermaksud dia masih belum ‘move on’. Tidak. Dia cuma perlukan masa. Dan sekarang rasa itu sudah sepenuhnya dia sisihkan dengan adanya Arianna yang mengisi segenap ruang dalam hatinya.

SESAMPAI di Villa Seroja, Arianna disambut ramah oleh PS Wahida dan TS Zahari.

“Tan Sri, Puan Sri…” Arianna menyapa sambil menundukkan sedikit kepalanya. Segan kerana sebelum ini dia hanya mengenali TS Zahari sebagai rakan perniagaan Yun Hua. Tidak pernah berjumpa atas tujuan peribadi seperti ini. Dengan PS Wahida pula, ini kali pertama mereka bersua secara langsung.

“Panggil uncle dengan auntie je. No need to be so formal,” ujar PS Wahida.

Arianna tersenyum dan mengangguk sedikit.

“Come. Semua orang dah tunggu,” ujar PS Wahida.

Mendengar perkataan ‘semua orang’, dada Arianna mula berdegup tidak keruan. Berapa orang yang dimaksudkan dengan ‘semua orang’ itu? Dalam kepalanya mula mengira-ngira. Zahrin, Dina, dan tiga anaknya, TS Zahari, PS Wahida, dan Zara. Lapan orang. 10 termasuk dia dan Zahran. Harap tidak ada tetamu tambahan yang membuat dia gugup.

Beberapa langkah menuju ke ruang makan, suara jeritan dari arah tangga mengejutkan mereka. Tidak lama, seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan tiga tahun berlari turun dari tangga bersama satu patung dinosaur dan satu patung kuda laut di tangannya. Siapa lagi kalau bukan si nakal Liyyan. Belum sempat mereka merespon, kelihatan Lily dan Lana pula berlari turun mengejar Liyyan bersama tangisan nyaring.

“Lily, what happened?” tanya TS Zahari. Ditangkap tubuh Lily yang melewatinya saat mengejar Liyyan.

“Liyyan ambik mainan Lily. Liyyan, give me back my Sukiki!!!!” jerit Lily. Nyaring suara sehingga merah mukanya.

“Liyyan…Give back Lily’s toy.” Zahrin yang entah bila muncul, tiba-tiba bersuara.

“No!” Menyembunyikan kedua-dua tangan di belakang tubuhnya, Liyyan berkeras tidak mahu memulangkan mainan Lily membuat si kakak itu kembali berteriak.

Berdesing telinga mereka dengan jeritan itu.

“Lily, tak mau jerit. Nanti uncle beli yang lain. Banyak-banyak,” ujar Zahran.

“Tak nak! Lily tak nak yang lain. Lily nak Sukiki!!”

“Apa tu Sukiki?”bisik Arianna.

“Nama kuda laut dia tu,” jawab Zahran.

“Oh…” Mata Arianna menancap pada kanak-kanak lelaki yang masih tegak menyembunyikan mainan kakaknya. Rambut hitam lebat dengan rambut depan hampir menutup mata, mata bundar, kulit cerah kemerahan, ah benar-benar comel. Membuat dia terfikir bagaimana agaknya anak dia bersama Zahran nanti.

“Liyyan!” Zahrin sudah menaikkan sedikit suaranya sehingga seoktaf, namun itu sedikit pun tidak membuat Liyyan mengalah.

Lana yang geram, menerpa ke arah Liyyan lalu merebut mainan itu membuat Liyyan pula menjerit. Dipegang kemas mainan di tangannya tidak mahu lepas.

“Lana…Lana…Jangan rebut. Kalau rebut, nanti lagi dia tak nak bagi.” Zahrin menarik tubuh Lana menjauhi Liyyan.

“Daddy…” Ah, si kembar itu sudah mula menangis. Entah bila akan habis drama rebut-merebut itu.

“Jangan menangis. Nanti daddy pujuk Liyyan,” ujar Zahrin.

“This is mine!” Liyyan bersuara, sengaja memancing amarah kakak-kakaknya. Semakin Li-La menjerit, semakin dia suka.

“Liyyan!” Irdina yang baru muncul dari arah dapur setelah mendengar kekecohan di luar, bersuara memanggil anak lelakinya itu.

Mendengar suara mommynya, wajah angkuh yang dia paparkan tadi perlahan mengendur. Hanya dengan isyarat mata dari Irdina, perlahan Liyyan melangkah menghampiri Lily dan Lana lalu memulangkan mainan kakak-kakaknya itu.

Wah! Kagum Arianna dengan isteri Zahrin itu. Seisi rumah gagal menenangkan tiga beradik itu. Tetapi dia hanya muncul beberapa saat, mencengil sedikit matanya ke arah Liyyan, dan semuanya selesai.

Liyyan yang merajuk kerana dimarah mommynya, segera berlari ke arah Zahrin.

“See…Kalau dengar cakap daddy tadi, tak ada kena marah dengan mommy.” Mengangkat Liyyan ke gendongannya, Zahrin menyusul langkah Irdina ke dapur. Diikuti oleh yang lain.

Suasana kembali tenang apabila mereka mula mengambil tempat di meja makan. Lily, Lana juga tidak lagi menunjuk protes. Mungkin sudah berpuas hati kerana mendapat semula mainan mereka. Liyyan pula enggan duduk di kerusinya. Memeluk erat tubuh Zahrin sambil menyembamkan muka ke dada daddynya itu. Begitulah selalunya jika dia merajuk dengan Irdina.

“Liyyan, come here…” Irdina menghulurkan tangan, mahu mengambil Liyyan dari pangkuan Zahrin, namun anaknya tidak menoleh. Menyembunyikan muka pada dada daddynya.

“It’s okay. Biar I pegang dia,” ujar Zahrin.

“Are you okay with it?” soal Irdina.

“Yeah.”

Yakin Zahrin tidak akan kepayahan untuk makan sambil memangku Liyyan, barulah Irdina duduk di kerusinya. Setiap perlakuannya itu tidak luput dari tatapan Arianna. Suka dia melihat keluarga kecil Irdina dan Zahrin. Nampak bahagia dan serasi. Lengkap dengan anak-anak yang comel dan nakal. Ya, nakal yang tidak keterlaluan dan masih terkawal.

“Zahran bagitahu, Arianna vegan ya?” PS Wahida memulakan bicara apabila melihat Arianna yang masih canggung.

“Ya.”

“Is it related to your religion or what?”

“Ada vegan yang related dengan agama, tapi family saya tak. Just to show respects to other living things.”

“Oh…Makanan vegan ni first time tukang masak auntie masak, tak tahulah sedap ke tidak. Tapi bila auntie rasa tadi, boleh tahan jugak.” PS Wahida berkata ramah sambil menghulurkan sepinggan nasi bersama lauk yang kelihatan seperti ayam goreng kepada Arianna.

“What’s that?” tanya Zahran.

“Cendawan kepala monyet,” jawab PS Wahida yang membuat Lily dan Lana terkekeh-kekeh ketawa.

“Shhh…” Mencengil Irdina memandang dua anaknya itu.

“Kepala monyet boleh makan ke?” soal Lana.

“Cendawan kepala monyet, honey. Also known as cendawan kubis bunga, atau nama saintifiknya hericum erinaceus,” ujar Zahrin. Tidak pasal-pasal dia juga belajar tentang makanan vegan apabila Irdina diminta ibunya membeli makanan vegan yang hanya diperolehi secara atas talian. Agak sukar mencari makanan vegan di pasar raya.

“Oh…”

“You wanna try it?” tanya PS Wahida.

“Tak nak. Tak sedap,” ujar Lana.

“Belum cuba belum tahu. It tastes like chicken. Sedap,” ujar Arianna. Seketul cendawan yang digoreng berempah itu dimasukkan ke mulutnya.

“Ye ke?” Lana berkerut tidak percaya.

“Ya. Tengok, uncle pun makan.” Arianna meletakkan seketul cendawan goreng ke dalam pinggan Zahran, membuat lelaki itu menyengir.

‘Banyak-banyak cendawan, yang jenis kepala monyet jugak kau makan,’ rungutnya dalam hati. Namun dimasukkan juga cendawan itu ke mulutnya demi meyakinkan Lana.

"Are you flirting with my uncle?"

Tersedak Zahrin dengan pertanyaan yang keluar dari mulut Lily. Mengapalah anaknya menyebut perkataan itu di depan semua orang? Ada Irdina pula.

Terkulat-kulat muka Arianna tidak tahu harus menjawab apa.

"Lily, who taught you that?" tanya Irdina. Ditekan sedikit suaranya sambil mata mencerlung memandang Lily. Bagaimana kanak-kanak seusia Lily tahu perkataan seperti itu.

"Daddy."

Sontak setiap pasang mata di meja itu menancap pada Zahrin.

"I can't believe you taught such word to your five-year-old daughter." Zahran menggeleng dengan wajah jengkel.

"There's one boy in her school tried to get her attention by giving her chocolates. So I told her, not to flirt with anyone, or let anyone flirt with her until she's 40."

"40??" Riuh seketika meja makan itu yang tidak bersetuju dengan Zahrin.

Irdina menggeleng tidak percaya. 40? Hah! Apa Zahrin mahu anaknya menjadi fosil terlebih dahulu?

"You know what Lily, your daddy is right. You should wait until you reach 40 before flirting with anyone," ujar Zahran yang membuat buntang mata Irdina memandangnya.

"... and make sure he has a lot of money, good looking with good manners and comes from a noble family. You got that? Bear it in your mind," tegasnya lagi

"Now you sound like my daddy," bisik Arianna.

"Really? And look what kind of man you've got now when you listen to your daddy."

Arianna mencebik. 'Perasan.'

"Auntie umur berapa?" Lana pula bertanya.

"40?" Lily menimpal.

"Nope. I'm 29."

"So, you cannot flirt yet."

"Yes." Arianna mengangguk mengiakan.

"Daddy, can I kiss Darrel? He's so cute."

Pertanyaan Lily yang membuat Zahrin hampir tercekik. Yang aneh-aneh saja permintaannya si Lily ini.

"Lily. I told you not to flirt until you reach 40."

"Tapi auntie kiss uncle boleh? She doesn't even reach 40." Lily menjawab dengan nada tidak berpuas hati.

"What?" Serentak, TS Zahari, PS Wahida dan Zara memandang Zahran dan Arianna.

“Siapa yang mula cium dulu?” tanya Zara membuat buntang mata Zahran memandangnya.

“Auntie!” jawab Lana.

Arianna seperti mahu mencair dan meresap ke dalam lantai sehingga tidak ada sesiapa dapat melihat kewujudannya lagi.

Zahran pula sudah kembang kempis dadanya memandang Lily dan Lana. Dua mangkuk aiskrim dengan harga seperti tiga hidangan makan malam di restoran lima bintang, ternyata belum cukup menutup mulut anak-anak saudaranya itu.

TS Zahari dan PS Wahida pula tidak tahu merespon apa. Zara pula terkekeh-kekeh.

“That’s not a kiss, honey. Auntie and uncle bumped into each other and it just happened. Real kiss is not like that,” ujar Irdina apabila melihat Arianna sudah merah mukanya.

Lily dan Lana mengangguk-angguk. “Patutlah uncle marah sangat masa tu. Dia kata auntie orang gila.”

Aduh, belum habis rupanya. Tunduk, Zahran menggeleng tidak berdaya. Bibir dikebam membentuk garis lurus. Anak-anak Zahrin ini memang tidak boleh dipercaya.

“Sekarang auntie dah tak gila, sebab uncle dah betulkan skru otak dia,” balas Zahran membuat Arianna berdecit geram.

“Okay, stop talking.Lily, Lana, finish your food,”ujar Zahrin, tidak mahu si kembar itu terus-menerus berbicara lantas membocorkan lebih banyak rahsia sehingga memalukan Arianna dan Zahran.

Suasana makan malam selepas itu kembali tenang apabila Lily dan Lana tidak lagi bersuara.

“Hari tu auntie ada tertengok satu reality show UK dekat TV and you’re one of the jury,” ujar PS Wahida, memecah keheningan di tengah-tengah makan malam mereka.

“Oh ya, pencarian model baru untuk Patricia Model Agency.” Arianna mengangguk.

“So selalu ulang alik KL London?”

“Ya, dulu. Tapi sekarang dah tamat kontrak dengan agensi tu, so dah tak ulang alik lagi. Sekarang cuma jadi house ambassador untuk Tiffany, tak perlu selalu ulang alik.”

“Oh…So sekarang full time dengan Yun Hua?” TS Zahari pula menyoal.

“Nampaknya macam tulah. Perlahan-lahan belajar sebab daddy tak benarkan selamanya saya jadi model. Actually it just started as a hobby. Tak sangka lama-lama jadi kerjaya.”

“Is it fun to be a model?” Zara tiba-tiba bertanya.

“Macam kerja lain jugak. Kadang seronok, kadang tak seronok.”

“I want to know more. Ceritalah,” ujar Zara.

“Is it okay? I takut semua orang boring nanti.”

“Tak apa. Cerita je.”

“I kalau start bercerita, nanti tak boleh berhenti.” Arianna tidak berbohong tentang itu. Sekali dia mula membuka mulut, susah untuk berhenti. Apatah lagi jika bercakap tentang sesuatu yang dia suka.

“It’s okay, kalau tak boleh berhenti, then I will stop you,” ujar Zahran.

“Well…okay." Memandang semua yang berada di meja itu yang kelihatan berminat untuk mendengar, Arianna mula bercerita."... I have been in the industry for almost a decade. Ada pros and cons of course. The pros or what’s really fun about this job are no 9 to 5 job. Everyday could be a holiday if you wanted, and the jobs are usually enjoyable, diverse and different every time, and the teams are usually different which makes it exciting. Being a model will give you a clear motivation to workout and keep yourself in shape. It’s an enjoyable industry if you really do like it, and you get to meet a lot of people. Oftentimes, you get to work with celebrities or celebrity models, and it is not a typical job. You feel good about yourself because you know you look good.”

“Wow. Zara pernah dapat offer jadi model, tapi abang Zahran dengan abang Zahrin tak bagi. So annoying.”

“Hey, watch your mouth. She just talked about pros.” Bulat mata Zahran memandang Zara.

“Right. Now tell her the cons,” ujar Zahrin.

“Well, the cons are if you want to make a living with modelling, you need to be motivated in staying in top physique and being able to sustain it. Lots of discipline involved that people do not see like gym, portion control, skin care etc. And no stable income, tapi sebab I involve dalam modelling just as a hobby, so that’s not a problem for me. Kalau Zara pun tak ada masalah sebab Zara pun takkan jadikan model sebagai kerjaya, right? Kalau untuk suka-suka, I think there’s no problem with it.”

“Of course there’s a lot of problem.” Hampir serentak Zahrin dan Zahran berkata.

“Oh right…Two big problems,” balas Arianna membuat Zara terkekeh.

“Tapi memang betul. Banyak sangat masalah and we have to be prepared mentally and physically. Because…We could constantly casting and constantly being rejected. The worst part is, modelling is a lonely job because you don’t have a close knit of coworkers because every job is different and every person on set is always different. This is also a pro as well. Sometimes, you will also constantly doubting yourself and your appearance and you might become ocd about it since the field is mostly about how you look.”

“There is no clear future path since modeling is pretty short lived unless you can look like you 25 when you 45 which is possible and I have seen it.”

“Modelling ni either long working days or lounging around doing nothing. Long working days may mean anything from 10–20 hours. My longest working day was 2 immersed into one which was 24 hours for a tv commercial shoot. Very tiring.”

“See, pronya sikit, consnya banyak. Nampak tak kenapa abang tak bagi Zara jadi model?” kata Zahran.

Zara diam. Mendengar cerita Arianna, rasanya dia tidak menyesal patuh dengan Zahran dan Zahrin yang melarangnya menjadi model.

“So, you menyesal jadi model?” Zahrin pula bertanya.

“Tak menyesal, because it gives me a lot of experience. Sekarang I tak terikat dengan agensi, so macam lega sikit.”

Dari satu topik ke satu topik, sehingga akhirnya makan malam itu selesai. Bagi Arianna, keluarga Zahran sangat menyenangkan. Tidak ada tatapan atau pertanyaan menghakimi. Terasa dirinya diterima sebagai sebahagian daripada mereka. TS Zahari walaupun tidak banyak bicara, tetapi aura kebapaannya jelas ketara terutamanya ketika dia melayan cucu-cucunya. PS Wahida yang sangat lembut bicaranya membuat Arianna berasa seperti dilayan ibu sendiri. Zahrin, Irdina, Zara juga melayannya dengan hangat membuat dia yakin yang fia diterima di dalam keluarga itu.

SEBELUM masuk tidur, Irdina dan Zahrin memastikan Lily, Lana, dan Liyyan menggosok gigi terlebih dahulu.

“Lily, mommy tak suka dengan apa yang Lily cakap dekat meja makan tadi,” ujar Irdina sambil membantu mengelap mulut Lily setelah selesai gosok gigi.

Zahrin yang membantu Lana, hanya menjeling sekilas,

“About what?” soal Lily.

“About flirting and kissing…that’s not something that should come out from your mouth. Lana pun sama.”

Lily diam. Bila mommynya sudah berbicara serius, dia takut untuk bersuara.

“I’m sorry…”

“Say sorry to your uncle. Apa yang awak cakap tu dah memalukan auntie dengan uncle tau. Did uncle ask you to keep it as a secret?”

Lily dan Lana mengangguk. Tunduk memandang lantai, tidak berani berkata apa-apa.

“Kalau orang suruh simpan rahsia, then you have to keep it. It’s okay kalau nak bagitahu mommy and daddy. Tapi jangan bocorkan rahsia orang macam tadi. Faham?”

Lagi-lagi Lily dan Lana hanya mengangguk.

“Malam ni first time auntie datang jumpa atuk dan nenek, tapi Lily Lana dah bagitahu benda yang memalukan. Tak baik macam tu.” Irdina benar-benar tidak menyangka Lily dan Lana akan menyebut tentang itu. Fikirnya mereka sudah lupa kerana perkara itu juga sudah lama.

“If it is a secret, then it has to be a secret. Unless kalau nampak perempuan lain cium daddy, then you have to tell me.”

“Kenapa libatkan I pulak?” Berkerut wajah Zahrin tidak puas hati.

“Dengan budak-budak kena cakap betul-betul,” jawab Irdina sambil memandang Zahrin. Wajah kacak seperti itu, berduit pula, tentu dikejar banyak perempuan gatal yang tidak bermaruah. Perlu dicegah segera sebelum berlaku. Kembali mengalihkan tatapan kepada si kembar, dia menyambung. “Kalau nampak daddy dengan perempuan lain, kissing, hugging, or flirting, then kena cepat-cepat bagitahu mommy.”

“Sama jugak kalau nampak mommy kissing, hugging, or flirting dengan lelaki lain, cepat-cepat bagitahu daddy.” Zahrin juga tidak mahu kalah.

“Kalau orang lain, tak payah bagitahu?” soal Lana.

“Yes. Exactly. Ingat tu.” tegas Irdina.

Lily dan Lana serentak mengangguk.

“Ok now go to bed.”

Mendorong sedikit Lily dan Lana ke katil, segera dia menyelimutkan anak-anaknya itu lalu menghadiahkan ciuman di pipi mereka. Kemudian giliran Zahrin juga melakukan perkara yang sama.

“Jangan lupa nanti minta maaf dengan uncle.” Irdina mengingatkan.

“Okey mommy.”

Share this novel

EeraIqmal
2022-09-08 08:02:29 

sye slalu bca novel awk calyta☺️.. smuanya best2.. watak2 dlm novel awk smua berkait.. kisah zahrin dan irdina, kisah zahran dan arianna.. nie plak kisah adrian miya.. terbaik la

norsila
2022-09-01 11:37:06 

hahaha best dn lucu ..hahahaha..

awer
2022-08-31 22:38:04 

haha. besttt


NovelPlus Premium

The best ads free experience