BAB 4

Romance Completed 7963

Salam Delima …

Maaf jika kehadiran surat ini menganggu fikiran awak. Saya minta sangat yang awak takkan buang surat ini sebelum membacanya. Saya tahu ia akan ambil masa awak tapi saya pohon. Sekali saja.

Sebenarnya saya ada perkara ingin beritahu awak. Kalau boleh saya nak beritahu awak tapi saya tak berani. Saya juga tahu yang awak takkan membuang masa untuk berjumpa dengan saya. Tak apalah kalau begitu.

Biar saja saya berterus- terang. Saya sebenarnya sukakan awak. Mesti awak terkejut. Maafkan saya kerana bertindak sebegini melulu. Tapi saya sudah tidak dapat tahan. Lagipun selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi. Jadi lebih baik saya luahkan di sini saja.

Saya jadi lega kerana sudah luahkan kepada awak. Selepas ini terserahlah sama ada awak akan membenci atau apa saja. Saya tak kisah kerana saya mencintai awak. Saya rasa sampai di sini saja. Insya-Allah kalau betul kita berdua ada jodoh. Pasti suatu hari nanti kita akan di pertemukan lagi.

Yang ikhlas Fikri…

Aku sangat-sangat terkejut dan tak sangka. Aku jadi tergamam seketika.

“Delima? Hei.. apasal ni?” Lia aku tidak hiraukan. Mungkin dia jadi pelik dengan sikapku ketika ini. Seperti mendapat berita yang sangat besar.

“ weh… ceritalah kenapa?” aku memandang Lia tanpa berkelip.

“ Fikri…” Lia mengangguk.

“ kenapa dengan dia? Dia ada masalah dengan kau ke?” aku pantas menggeleng. Aku menyerahkan surat itu kepada Lia. Aku suruh dia sendiri yang membaca.

Fikri adalah teman aku dan Lia semenjak semester dua lagi. Kami tidaklah begitu rapat. Kami kenal pun melalui tugasan kerja. Tapi aku sama sekali tak sangka yang dia ada perasaan dekat aku. Patutlah setiap kali aku jumpa dengan dia. Dia akan berikan senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan.

“ What?” jeritan kecil Lia buat aku tersedar.

“ OH MY GOD!” Lia menekup mulut lalu memandangku dengan pandangan tidak percaya. Aku mengangguk kerana betul apa yang di bacanya.

“ patutlah layanan dia terhadap kau selama ini sangat baik. Kalah layanan terhadap kawan-kawan.” Aku mengeluh.

Perkara ini telah buat aku bingung. Ia sudah jadi satu masalah buat aku. Aku baru dapat tenangkan fikiran sebab kejap lagi aku nak balik kampong. Tapi surat yang telah aku baca tadi mengnaggu ketenteraman aku.

Kalau aku tahu begini, aku takkan baca sampai bila-bila,.

“ jadi kau nak buat apa selepas ini?” aku hanya menjongket bahu.

“ kau tak nak beritahu dia yang kau tiada perasaan terhadap dia?” aku menggeleng.

“ cari nahaslah kalau macam tu. Nanti aku yang dapat malu. Tak nak lah aku.” Bantahku.

“ habis..cam ne? kau nak biarkan je?” aku terdiam.

“ kau kena selesaikan juga walau apapun caranya. Kalau tidak ia akan memakan diri kau.” Aku memadang ke luar tingkap.

“ apa yang harus aku lakukan? Kenapa aku mesti terjebak juga dengan masalah cinta macam ni. Haih…”

“ kau harus jumpa dia sebelum kau balik kampong. Tak apa sebab aku akan temankan kau.” Aku mengangguk lemah.

*****

Keadaan jadi sunyi sepi semenjak 10 minit yang lepas. Aku jadi kekok pula apabila berdepan dengan budak ni. Haissh..

“ erk…Fikri. Saya nak minta maaf.” Ucapku lalu menjelingnya sekilas. Dia kelihatan diam tidak berkutik.

“ maafkan saya kerana tidak dapat terima cinta awak. Saya tahu awak ikhlas. Saya dapat rasakan perasaan itu. Tapi awak salah Fikri. Awak salah orang. Saya bukanlah wanita yang sesuai untuk awak. Jadi maafkan saya dan tolong lupakan saya..” ujarku tenang tanpa melihat ke arahnya.

Tiba-tiba dia ketawa.

“Delima … maaf jika buat awak gelisah. Sepatutnya saya yang minta maaf. Tak mengapalah. Awak tak beritahu pun saya dah tahu jawapan awak. Jadi awak jangan risau dan tak perlu rasa bersalah kerana awak tak salah.” Jelasnya tenang.

Aku melihat dia dengan senyuman lega.

“ terima kasih kerana memahami. Saya yakin yang awak akan dapat insan yang lebih baik dariapda saya .”

“ Amin…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience