Bab 2

Romance Completed 146002

PEMANDANGAN bandar raya dari balkoni kondominium mewahnya pada malam ini agak samar kerana penglihatannya dibatasi dengan hujan lebat yang turun membasahi bumi.

Izz Rafael duduk menyandarkan tubuhnya di atas kerusi dengan kedua-dua kakinya di atas meja bulat di balkoni itu. Gelas kaca berisi cecair berwarna kekuningan yang dipegangnya, digoncangkan dalam bentuk bulatan mengikut arah lawan jam. Cecair yang berpusar di dalam gelasnya direnung lama sambil melayan fikiran dan perasaannya.

"Rasanya aku pernah nampak lambang tu, tapi kat mana eh? Buah rantai tu bukan buah rantai biasa. Aku yakin itu simbol lambang. Siapa kau sebenarnya?" desis Izz Rafael sambil membayangkan wajah seseorang.

Sepanjang hari, fikirannya tidak lepas daripada memikirkan tentang wanita semalam. Wanita pertama yang berani memijak egonya. Ada sesuatu yang membuatkan dia tertarik dengan wanita itu.

Ketenangan dan keyakinan pada wajah wanita itu serta renungan sepasang mata cantik berwarna hazel coklat yang membalas renungan matanya terlihat begitu berani sekali. Belum pernah ada mana-mana wanita yang berani membalas renungan mata helangnya, apatah lagi menolak dan mengugutnya seperti yang dilakukan oleh wanita semalam.

"Aku suka perempuan yang mencabar macam kau," desis Izz Rafael sambil membayangkan wajah Rya Inara. Keluhan terpacul dari mulutnya. "Haih! Macam manalah aku boleh tak ingat nak tanya nama dia," desisnya lagi. Mungkin kerana terkejut, otaknya lumpuh buat seketika pada waktu itu.

Pandangannya dilemparkan ke arah bandar raya yang kini sudah boleh dilihat dengan jelas. Lampu-lampu jalan serta bangunan yang berkerlipan, kini kembali menyerikan pemandangan malam. Selepas sejenak berfikir, Izz Rafael lantas berdiri, lalu dia masuk ke dalam.

Bergerak-gerak bola matanya menanti panggilannya dijawab, tetapi dia tidak menunggu lama pun untuk panggilannya itu dijawab. "Hello, Radzi."

"Hello, tuan."

"Kau kat mana?"

"Saya ada kat bawah, tuan. Tengah bersembang dengan security guard kat pondok pengawal. Ada apa tuan call?"

"Aku nak keluar. Kita pergi ke kelab malam semalam."

"Eleh! dia ingat dia anak mafia, dia dah hebat sangatlah tu," kata Rya Inara dengan matanya yang sedang fokus menonton tayangan Hollywood di Netflix sambil menikmati mee segera dan segelas air suam. Bukannya dia tidak mampu untuk makan makanan yang lebih mewah, tetapi hanya itu sahaja selera tekaknya sekarang.

Sejak tadi, dia bercakap-cakap sendiri memprotes dan mengejek watak-watak serta babak di dalam tayangan yang sedang ditontonnya. Memandangkan dia tinggal seorang diri di apartmentnya, itulah yang biasa dia lakukan pada waktu malam kalau dia tidak keluar pergi ke mana-mana.

Pada waktu siang pula, dia bekerja tetap di sebuah syarikat menjual kereta sebagai Perunding Jualan. Begitulah kehidupannya sejak lima bulan lepas. Segala kos hidupnya, diusahakannya sendiri dengan susah payah. Walaupun agak payah, dia berasa aman dan damai dengan kehidupan barunya.

Bunyi deringan telefon di atas meja membuatkan Rya Inara mendecit. Serta merta dahinya berkerut dengan muka tidak puas hati. "Siapa pula yang call waktu-waktu macam ni!" Jam bulat pada dinding ruang tamunya dikerling sekilas sebelum dia menjawab panggilan tersebut. "Hello."

"Hello, Rya. Aku nak minta tolong kau ni," kata suara wanita di hujung talian.

"Kau nak minta tolong apa? Kau nak aku ganti kau lagi ke?" soal Rya Inara sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya dengan matanya yang masih fokus pada skrin TV besarnya.

"Tak... bukan nak minta ganti. Aku segan nak menyusahkan kau sebenarnya, tapi, kau je satu-satunya kawan yang aku ada sekarang."

"Kenapa? kau nak pinjam duit ke?" teka Rya Inara.

"Bukan."

"Cakap jelah. Apasal kau macam takut-takut pula ni? Bukannya aku nak telan kau pun," kata Rya Inara, lalu dia meminum airnya sesudah dia makan.

"Hmm... tadi, aku gaduh dengan boyfriend aku..." Kata-katanya terhenti di situ.

"Haa, dah tu?"

"Dia mengamuk gila tau. Aku takutlah, Rya. Dia chat aku tadi, dia cakap dia nak datang sini nak pukul aku," luah Selina dengan nada risau.

"So, kau nak aku buat apa?" soal Rya Inara dengan nada bersahaja. Kalau diikutkan kehidupannya sejak kecil, dia tidak pernah berkawan dengan sesiapa. Dia sejenis orang yang lebih suka buat hal sendiri dan bukanlah dalam kategori orang yang mengambil berat, tetapi sejak dia memulakan kehidupan baru, banyak perkara yang berubah tentang dirinya.

"Aku nak minta ambil. Aku tidur kat rumah kau malam ni, boleh?"

"Bukan kau kerja ke sekarang?" Sekali lagi, Rya Inara mengerling jam pada dinding yang menunjukkan pukul 10.30 malam.

"Aku cakap kat Mr. Mike tadi, aku sakit perut. Mula-mula dia tak bagi aku balik tau, tapi bila aku cakap yang kau akan datang ambil aku, terus dia setuju. Lama dah aku perasan yang Mr. Mike tu, asal sebut nama kau je, mesti dia terus setuju. Rya... aku betul-betul nak minta tolong kau ni. Aku tak ada sesiapa kat sini yang aku boleh minta tolong. Nanti aku bayar minyak kere..."

"Kau tunggu aku, sekejap lagi aku sampai," pintas Rya Inara, lalu dia terus menamatkan panggilan telefon.

Izz Rafael duduk bersandar sambil berpeluk tubuh dan menyilangkan kakinya dengan mata yang sedang merenung wajah pengurus kelab malam yang baru duduk di depannya.

"Ada apa tuan nak jumpa saya? Ada apa-apa yang tak kena dengan service ke?" soal Mr. Michael dengan muka risau. Bukannya dia tidak tahu siapa lelaki di depannya sekarang walaupun lelaki itu jarang datang berkunjung di kelab itu.

Izz Rafael tersenyum nipis. "Your service is okay. Aku panggil kau sebab aku nak tanya pasal pekerja kat sini."

Berkerut dahi lelaki bermata sepet yang mempunyai tatu naga di leher itu. "Err, kenapa dengan pekerja kat sini, tuan?"

"Aku nak maklumat pasal dia," kata Izz Rafael dengan muka serius.

"Dia? Err... pekerja yang mana satu, tuan?"

"Pekerja yang hantar minuman kat bilik ni semalam."

Michael menyepetkan matanya yang sudah sedia sepet. "Yang mana ya? Ramai pelayan saya kat sini, tuan. Ada dua belas orang semuanya."

Izz Rafael memandang Radzi. Seolah-olah faham apa maksud renungan majikannya, Radzi terus berdeham memandang lelaki bermata sepet itu.

"Pelayan tu tinggi, cantik, badan tak gemuk dan tak kurus sangat. Rambut ikal keperang-perangan, dia pakai rantai emas ada buah bentuk pistol bersilang, lepas tu..."

"Rya? Rya Inara?" Laju Michael memintas percakapan Radzi.

Izz Rafael dan Radzi saling berpandangan sebelum mereka serentak memandang pengurus kelab malam itu.

"Dia je yang pakai rantai macam tu kat sini. Rya tu kerja part time je kat sini, tuan. Tiga kali seminggu. Malam ni dia tak kerja. Err... kenapa dengan dia, tuan? Maksud saya, kenapa tuan nak maklumat pasal dia?" soal Michael dengan pelat Melayunya.

"Sebab aku nak." Ringkas jawapan yang terpacul dari mulut lelaki berwajah dingin itu.

Masalah, masalah. Apa aku nak buat ni? Kalau aku tunaikan permintaan dia, aku akan kena dari pihak sana pula nanti. Michael kelihatan teragak-agak. Jelas terlihat keresahan pada raut wajahnya.

"So, Mike... can I have it?" Izz Rafael membetulkan duduknya, lalu dia meneguk minuman yang dituangkan oleh Radzi tadi.

"Saya boleh bagi tuan maklumat pasal dia kalau ada dengan saya, tuan, tapi masalahnya, saya cuma tahu nama dengan umur dia je," bohong Michael. Hanya itu sahaja satu-satunya cara yang dia terfikir untuk melepaskan diri daripada tersepit di antara dua pihak, iaitu menipu.

"Hmm, pelik." Izz Rafael meramas-ramas dagunya yang berjambang nipis sambil memandang Michael dengan pandangan curiga.

"Macam ni, tuan. Untuk pengambilan pekerja kat sini, syaratnya cuma perlu cukup umur, ada IC dan akaun bank je, yang lain-lain tak penting," jelas Michael untuk menguatkan lagi hujah pembohongannya.

"Bila jadual kerja dia?"

"Minggu depan, tuan. Sekarang weekend. Weekend dia tak kerja," jawab Michael sambil memaksa bibirnya mengukir senyum.

"Betul kau tak tahu tempat tinggal dia?"

"Betul, tuan Saya tak tahu. Saya tahu nama dengan umur dia je," tegas Michael.

Izz Rafael meneguk habis minumannya, lalu dia terus berdiri. "Okay, then I will come again next week. Radzi, let's go."

Michael melepaskan keluhan lega sebaik sahaja dua orang lelaki itu keluar dari situ. "Fuh! Gila aku nak bahayakan nyawa Rya. Mati aku nanti kalau ada apa-apa jadi kat dia. Tapi... kenapa Tuan Izz beria nak maklumat pasal dia?" gumamnya sambil bersandar dan berpeluk tubuh.

Hakikatnya, lelaki bermata sepet itu sebenarnya tahu mengenai latar belakang Rya Inara, tetapi Rya Inara tidak mengetahui pengurus kelab malam itu tahu tentang dirinya.

Rya Inara berdiri menyandarkan belakangnya pada sisi keretanya sambil berpeluk tubuh menanti rakannya datang. Mujur sahaja ketika dia sampai tadi, ada kereta yang keluar dari petak parkir yang terletak tidak jauh dari pintu kelab malam. Kalau tidak, memang berpusing-pusinglah dia mencari tempat parkir.

Tubuhnya dipeluk erat. Hoodie jaketnya ditarik menutupi kepalanya kerana angin malam selepas hujan yang bertiup, terasa dingin menerpa tubuh dan kulit wajahnya. Rya Inara masih menanti dengan sabar sambil mendongakkan kepalanya memandang langit yang masih dilitupi awan buat seketika.

"Mana pula dia ni?" Rya Inara menarik sedikit lengan jaket untuk melihat jam tangannya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam kelab malam, tetapi belum sempat dia melangkah, Selina sudah pun keluar.

"Rya, Rya!" Selina melangkah pantas menuju ke tempat Rya Inara dengan muka cemas.

"Kau dah kenapa macam rupa orang nak terberanak ni?"

"Dia betul-betul datang Rya. Dia dah nak sampai. Jom kita pergi cepat."

"Siapa yang nak sampai? boyfriend kau?" soal Rya Inara dengan reaksi tenang.

"Ya, ya... dia chat tadi, dia nak sampai dah. Jomlah kita cepat-cepat pergi dari sini." Selina dengan pantas masuk ke dalam kereta.

Rya Inara melepaskan keluhan kecil, lalu dia masuk ke dalam keretanya. Baru dia hendak menghidupkan enjin kereta, seorang lelaki dengan muka bengis, mengetuk cermin tingkap di bahagian Selina bertubi-tubi sambil membentak mengugut.

"Rya, aku takut! tolong aku, Rya!" jerit Selina sambil menggenggam kuat tangan Rya Inara.

Kalau diikutkan, boleh sahaja Rya Inara terus memecut pergi dari situ, tetapi dia mengambil keputusan untuk keluar dari kereta.

"Rya, jangan keluar! kita terus pergi je, Rya!" rayu Selina yang sedang ketakutan, tetapi rayuannya tidak diendahkan.

"Kau boleh bayar ke kalau cermin kereta aku pecah?" soal Rya Inara dengan muka serius.

"Eh, betina! kau suruh Selly keluar sekarang! se... ka... rang!!!" bentak lelaki yang sedang mengamuk itu.

Rya Inara menarik nafas panjang untuk kekal bertenang. Berdesing telinganya mendengar cara panggilan lelaki itu tadi. "Eh, jantan! Kau tak layak jadi pasangan Selly lah! Tugas lelaki ni, jadi pelindung perempuan, bukan macam apa yang kau buat ni."

"Kau siapa nak tegur aku, hah! kau siapa! kau jangan ingat aku tak berani belasah kau!" Lelaki itu menjegilkan matanya sambil berjalan menuju ke tempat Rya Inara, namun Rya Inara kekal berdiri bersiap sedia di tempatnya menanti lelaki itu tiba.

Belum sempat Rya Inara mengeluarkan senjata dari poket jaket hoodienya, seorang lelaki tiba-tiba datang dari arah belakangnya dan menolak kedua-dua bahu lelaki yang sedang mengamuk itu. Rya Inara cuba melihat wajah lelaki itu, tetapi dia tidak dapat melihat wajah lelaki yang tiba-tiba muncul itu kerana lelaki itu membelakanginya.

"Chill out, man! Nak pukul perempuan ke? Tak cukup jantanlah!" kata lelaki yang tiba-tiba muncul itu dengan nada tenang.

"Kalau bukan urusan kau, kau jangan masuk campur!!!" bentak teman lelaki Selina sambil menghayunkan penumbuknya, tetapi lelaki yang tiba-tiba muncul itu lebih pantas. Satu tumbukan padu dilayangkan tepat-tepat di rahang lelaki yang sedang mengamuk itu membuatkan lelaki itu terus terundur dan terduduk di atas jalan.

Lelaki itu mengusap buku limanya, lalu dia menoleh memandang Rya Inara dengan gaya ala-ala macho. Dia baru hendak masuk ke dalam keretanya di seberang jalan ketika dia ternampak seorang lelaki sedang mengamuk di tepi sebuah kereta tadi. Pada mulanya, dia tidak peduli, tetapi selepas dia melihat orang yang dicarinya itu keluar dari kereta, barulah dia pergi melibatkan diri. "Rya, you tak apa-apa ke?"

Serta merta berkerut dahi Rya Inara selepas dia melihat wajah lelaki itu. "Macam mana you tahu nama I?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience